Monday, August 15, 2011

Kekeliruan tentang nasib manusia

Letih berbincang utk membetulkan perspektif org lain. Walaupun sudah separuh abad mengamalkan Islam, tapi rupanya, persoalan akidah masih belum selesai. Rukun ke 5 dan 6 masih tidak faham. Masih bertanya mengapa adanya penderitaan. Mengapa kanak-kanak yg tidak berdosa perlu jadi mangsa penganiayaan. Tanya mengapa mesti ada hari pembalasan sedangkan Tuhan sendiri yang menentukan nasib manusia.

Gunakan banyak analogi. Contoh penulis skrip drama. Hero kena belasah sehingga teruk. Wanita kena perkosa. Kanak-kanak kena dera. Tiada siapa pun yg marah pada penulis skrip sebab mampu menilai semua ini sekadar hasil kreatif mindanya.

Sekiranya tahu metafizik wujud dan kewujudan, akan faham kewujudan itu yg sebenarnya "essence" disebalik setiap ciptaan. Kewujudan adalah salah satu aspek Tuhan yg dizahirkan dlm bentuk ciptaan. Realitinya, merupakan pemilikan Tuhan.

Seperti firmannya dlm surah An-Nahl : 93, Jika Tuhan berkehendak, Dia boleh jadikan semua manusia satu umat. Dia menujukkan siapa yg Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yg Dia kehendaki. Mana pula datang tuduhan Dia tidak adil? Dia zalim sedangkan Dia berbuat ke atas salah satu aspek diriNya sendiri? Ibarat rambut kita, samada hendak potong pendek atau biarkan panjang. Bolehkah kita terima bila ada orang tuduh kita zalim terhadap rambut kita bila kita potong jadi pendek? Tentu kita tuduh orang ini gila, sebab rambut itu sebahagian dari pemilikan kita. Atau katakan rambut itu boleh berkata-kata, bolehkah dia merasa dirinya dianiaya sebab keizinannya tidak diminta terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?
Sudah tentu, kita akan tergelak dengan kebodohan soalan ini. Sebabnya, yang dikatakan “saya” itu merangkumi semua aspek yang membentuk diri kita termasuk juga rambut sebahagian aspek fizikal. Diri kita ibarat satu “kota” tersendiri yang mempunyai pentadbir, petugas dan rakyat yang ditakbir. Setiap keputusan yang dibuat, sudah tentulah melalui proses yang melibatkan pihak2 yang bekenaan. Tidak timbul lagi isu mendapatkan keizinan sebabnya semua sudah maklum. Begitulah juga ruh ketika menyahut “bala, syahidna” ertinya semua sudah maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Pentadbir.

Syurga dan neraka juga adalah ciptaan. Walaupun sama-sama ciptaan, tapi mempunyai “status” yang berbeza dari manusia. Analoginya, kita hendak buat kueh. Kita perlu tepung, acuan dan oven. Tepung kita uli ,giling dan terap. Kasihan juga tepung diperlaku begitu. Kemudian, kita letak dalam acuan. Kemudian tepung yg “malang” tadi kita bakar dalam oven. Adakah sama “peranan” tepung, acuan dan oven? Sifat tepung untuk diuli bagi dijadikan biskuit atau kuih lain. Sifat acuan keras, tahan api dan sesuai untuk menampung tepung yang telah siap diuli. Sifat oven, membakar bahan-bahan yang dimasukkan kedalamnya tanpa membezakan. Gabungan kesemua ini yang melahirkan biskut yg enak. Ada sesiapa nak bantah atau melarang mana-mana proses dalam pembikinan biskut ini?

Inilah yang cuba dilakukan oleh human rights group. Mereka hendak “hak” mereka sebagai manusia dari Tuhan. Macam tepung tadi, tidak rela dirinya diuli dan diubah jadi biskut. Hendak jadi seperti acuan atau oven. Bila mereka laung “freedom of rights” , apa yang mereka minta ialah “freedom” dari Tuhan yang sejak awal telah tentukan. Contoh, boleh pilih sendiri samada hendak jadi lelaki atau perempuan, atau separuh-separuh. Tuhan tidak boleh halang.

Jawapan yang Allah berikan dalam Al-Quran mudah saja, jika tidak rela dengan apa yang telah Allah tentukan, carilah Tuhan lain.

Sikap inilah yang telah menghumban Iblis keluar dari syurga. Iblis tidak puas hati sebab Tuhan mencipta Adam a.s. dari tanah. Seolah-olah Iblis pula yang hendak tentukan bagaimana makhluk baru tersebut perlu dicipta, bertepatan dengan seleranya. Puak Yahudi juga menjadi tercela dan terhina, sebab bila Nabi Muhammad dilahirkan dari kaum Arab, mereka tidak puas hati. Mereka hendak Rasul saw dari bangsa mereka sendiri. Sejarah kedegilan mereka sejak zaman awal lagi, ada saja yang mereka hendak protes.

Kaum nasrani juga tertipu oleh Iblis yang terus tidak puas hati manusia yang berasal dari tanah yang lebih dimuliakan. Dibisikkan supaya menaikkan “status” manusia ini ketahap “divine”, barulah ada “class” untuk disujud. Dibisikkan seolah-olah dari awal lagi memang rancangan Tuhan untuk mengirimkan “manusia divine” sebagai khalifah di bumi. Sebelum Adam as. , penduduk bumi telah memporak peranda dan menimbulkan banyak kerosakan sehingga Tuhan perlu baiki semula. Sifat dengki dan cemburu (trademark Iblis) sudah tentu tidak rela makhluk yg lebih “rendah” darinya yang nanti lebih berhasil menjadi pentadbir bumi. Iblis perlu usahakan apa yang dilakukan oleh penduduk bumi sebelumnya, akan juga dilakukan oleh manusia masa kini. Yang penting status-quo, sama-sama nanti masuk neraka.

Kelicikkan Iblis, di akhirat kelak, lepaskan diri dengan menuduh manusia itu sendiri yang bodoh, sebab diberi akal dan ilmu tapi, tetap tidak mahu berfikir dan merenung. Salah sendiri berakhir dengan nasib malang di akhirat kelak.

Tuesday, June 21, 2011

Sang Pencerah


Assalam. Apa khabar semua? Apa khabar iman anda?

Pernah dengar Sang Pencerah? kalau pernah dengar baguslah. Dah tengok? hm kalau belum boleh download dekat bawah ni.


semalam ketika usrah, naqib saya ada mengambil sedikit contoh daripada cerita ini. katanya ada banyak babak yang amat menarik perhatiannya. salah satu daripadanya ialah ketika Ahmad Dahlan (watak utama) ingin memulai pengajian tafsir bagi Surah Al-Maun. Saat itu, seorang muridnya bertanya kehairanan, "bukankah ini kali keempat guru mengajar bab ini?" lalu dibalas oleh Ahmad Dahlan dengan penuh berhikmah, "lalu berapa ramaikah anak yatim yang telah engkau santuni?" .

oklah, skripnya lebih kurang sebab saya pun belum tengok lagi. tapi apa yang ingin disampaikan disini ialah pelaksanaan kita sendiri. penghayatan yang kurang terhadap segala ilmu yang ingin disampaikan, tidak kiralah daripada buku cerita, movie, kuliah-kuliah agama, bahkan daripada pembacaan alQuran itu sendiri, akan menyebabkan kita mudah atau lebih terdedah kepada anasir biasa iaitu fenomena renjatan elektrik voltan rendah. (rekaan)

terkena, terkejut. lepas itu suka hati tak ingat dah baru kena elektrik. lepas tu kena balik, kemudian baik balik. apa-apalah.

jadi memandangkan ramai yang tengah cuti, jadi apa kata kita tengok cerita ni.(?) moga ada manfaat insyaAllah.

---
Sinopsis:
Melalui Langgar / Surau nya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah di Masjid Besar Kauman yang mengakibatkan kemarahan seorang kyai penjaga tradisi, Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) sehingga surau Ahmad Dahlan dirobohkan karena dianggap mengajarkan aliran sesat. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir hanya karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan Jawa di Budi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Nidji), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adishwara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman. [21cineplex.com]

Pelakon: Lukman Sardi, Zaskia A. Mecca, Slamet Rahardjo, Giring Nidji, Ihsan Idol, Ikranegara, Sudjiwo Tedjo
Sutradara: Hanung Bramantyo
Penulis: Hanung Bramantyo

---

tonton online di youtube?
klik-->sang pencerah[full]

Thursday, June 16, 2011

sempat sempit semput

bismillah..

"ramai yang ambil kesempatan disaat orang lain kesempitan
akibatnya

semuanya kesemputan"

-kata2 seorang personaliti tv (sayer ta ingat namer dier sori)-

fikir fikir balik

ada betulnya

so!!

jgn jadi seperti ketiga-tiga golongan di atas!!

jangankan sempat !! sempit dan semput pon tak elok untuk kesihatan!

salam percutian~

Saturday, June 4, 2011

salam 'alal muslimin ^_^

bismillah

di sini nak umumkan yang telah masuk 2 rejab 1432 pd hari ini

jadi kawan2!!

marilah kita bersam-sama merebut peluang yang ada untuk melatih diri menjadi insan yang bertaqwa!!

kerna bila rejab sudah menjelang

makanya

ramadhan bakal berkunjung^_^

rindunye!

dan bila ramadhan berkunjung

kuncinya adalah taqwa(2:183)

disini ada sedikit panduan utk latih diri jd insan yg bertaqwa

sini

selamat beramal kawan2!!!

Al-Mawlid - Cahaya Seluruh Alam


3 Rejab 1432H - Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang menyuluh cahaya agama ke seluruh alam..

P/s: lagu ini dinyanyikan oleh bekas kumpulan Ruffedge & V.E yang sekarang bergabung dalam satu kumpulan "Al-Mawlid"..Nice..selamat mendengar!!:)

Sunday, May 1, 2011

diari seorang lelaki ..


di kedalaman hatiku
tersembunyi harapan yang suci
tak perlu engkau menyangsikan

lewat kesolehaanmu
yang terukir menghiasi dirimu
tak perlu dengan kata-kata

sungguh
walau ku kelu
untuk meluahkan perasaanku

namun
penantianmu pada diriku
jangan salahkan..

kalau memang
kau pilihkan aku

tunggu..
sampai aku datang..

nanti..
kubawa kau pergi
ke syurga abadi

kini..
belumlah saatnya
aku membalas cintamu..

nantikan ku
di batas waktu....

edcoustic~
nantikanku di batas waktu..

Friday, April 29, 2011

^-^

mulakan dengan nama Allah,Ar-rahman Ar-rahim
yang sentiasa ihsan pada hambaNya...

sebuah kisah tentang sorg kwn kiter ni..

namenye "dy"(bkn nama sebenar)..

hari ni hari yg gembira buat dy..
majlis perpisahan dgn sir UNGS yg dikasihi...
i juz want u to know that i love durian too Sir!!

sejak dpt lecturer org foreigner..
tbe2 ase nk cari calon foreigner jgak..
bagi menyahut seruan Sir stiap hari...
SEMPURNAKAN SEPARUH LAGI AGAMAMU!!!!KAWEN!!
SETIAP HARI TAU sir seru suruh kawen..seyes x tipu..

then ..
mulakan langkah nak balik rumah..
cuti seminggu tu...
jgn jelez ye...

ok..
now everithing dah settle..assignments sume dh submit..
hati lapang tak sabar nak balik jupe jerry..

sampai di kereta..
aik..
npe xleh start ni??
cbe lg skali...
aik??
tak de bunyi langsung??

ohhh...
now i know..
lampu tak tutup 3 hari 3 malam..
that is it!
batery kong mmg kong tahap kong yg kne gnti batri br..

sume bnde dh cbe..
msuk gear 2..tolak kete..
start start..
ohh..tak start jugak..

gne jumper(pelompat) pak cik 'tak tau spe name dy'.. pon tak jalan jgak..

ok..mmg kne tukar baru..
tak pon kne gi charge..xpe tiada tanda2 kedai kete berada berhampiran..

ohh..
selawat banyak2..stay cool....

tbe2..jupe lecturer lame..
tak sangka beliau igt lg nama dy...


beliau sudi tumpangkan dy sampai stesen KTM kepong sentral..

alhamdulillah~


sempat solat asar sat..then KTM dtg btol2 right afta dy kuar surau..

ok..naik..

dlm tu..
Allah..
no need to say..
dh nama pkul 5 PTG..mcm ikn sardin la jawabnye...
Allah..selawat byk2..cool...

tbe2 ader baby menangis + menjerit + melalak = bising!!!
then his mama shut his mouth with a towel..DENGAN PENUH PERASAAN!
uish!!mcm nk bunuh anak je gayenye..x bernafas bdak tu..

then terpikir..
mcm ni ke ble dh ada anak??
ohh...'tak nak pikir boleh tak'

akhirnya...stelah bbrapa jam kesabaran dy di uji dgn 'kesardinan'..
tbe juge di destinasi yg dituju..

Alhamdulillah..tak sangke KTM skrg dh maju ad LIF!!!
siap psg lagu lg tu!
dlm lif tu ad makcik2 tua n akak yg mengandung n org2 yg bwk beg roda besar..
dan 'dy' adalah org muda yg belum kawin dan tak mengandung pon..

xpe..rezki dpn mata ..xbek tolak..

then..amek teksi..
on the way sampai rumah..pakcik teksi tu cte mcm2 psl batery kete..
snanye ad lg stu cara nk hidupkan enjin kete yg dh mati bateri..

amek bateri kete org laen then psg kt kete kite..
pastu stat enjin..then letak balik batery kete kte kt tempat asalnye...
n batery ad bbrapa size..

N12..N18..N22..
ohh..

best jugak diari hari ni..
tarbiah Allah..cubitan sayang dari yg Maha Penyayang..


kita merancang..Allah juga merancang..
perancanganNya adalah yg terbaik..

so..
juz be cool..

^-^

~sayer~

Friday, April 22, 2011

Bahan Bacaan Malam Jumaat untuk Lelaki

Hari Jumaat, Hari MuliaSabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” 
(Sahih Muslim: 854 )
 
Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” 
(Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)


2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” 
(Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)



3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” 
(Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

 
5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” 
(Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)



Kesilapan-kesilapan di hari Jumaat

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” 
(Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.”
(Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” 
(Sahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” 
(Sahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” 
(Sahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ”
(Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” 
(Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” 
(Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)
 
coffee n pasta from : u-jam
 

Sunday, March 20, 2011

PencAriaN bakat muda..

bismillahi Allahu Akbar...

nak tanya ni..

adakah anda :- pernah bergelar ahli Gen 9 suatu ketika di DQ dlu?
- berumur 19 - 21 tahun?
- pandai menulis menggunakan keyboard komputer @ laptop?

jika YA...

ANDALAH bakat muda yg kami cari!!!!

hantarkan kisah2 menarik di tempat anda belajar seperti ini..atau ini..ataupun ini...juga sebarang karya menarik seperti ini..

karya bolehlah dihantar ke alamat dninthgen@gmail.com..
sertakan karya anda dgn slogan.."i luv Gen9 kerana....."(tak lebih dari 13 patah perkataan)...
karya yg bertuah akan disiarkan di blog FAMOUS INI(erk..famous ke??)

SELAMAT BERKARYA!!
HANTAR JGN TAK HANTAR TAU!!!

regards
~admin

Wednesday, March 16, 2011

JANGAN...

bismillahi Allahu Akbar...

assalamualaikum semua..
hamba tak pasti la ana bg salam ni...
ad org yg dgr atau tidak..
blog ni pon hamba tak pasti...
ad org nampak ke tak..
post2 di blog ni pon hamba tak pasti...
masih ada org mendengarnya ke tak...

cume hamba harap ukhwah gen 9 still MANTOP mcm mse ribat dlu..
tapi..
andai kata ukhwah ini menuju..
UKHWAH FAIL!!!
ana katakan...GEN 9 USAHA LAGI!!!

ok la..
ni nk kongsi 6 JANGAN..bkn 6 jahanam ye...

selamat membaca!!

12 kata "JANGAN" yg perlu dihindari :



1. Jangan menunggu BAHAGIA baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu KAYA baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu terMOTIVASI baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu diPEDULIkan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain, maka kamu akan dipedulikan.

5. Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terINSPIRASI baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu PROYEK baru bekerja, tapi berkerjalah, maka proyek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu diCINTAI baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak UANG baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar uang yang datang tapi juga rejeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu CONTOH baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu SUKSES baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.

12. Jangan menunggu BISA baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti bisa!

regarde a toi..(bhs perancis ni..)

~hamba~

Thursday, March 10, 2011

email dari seorang sahabat seIslam...


Salam. Bismillahirrahmanirrahim.

Currently, Al-Amin Bangi is trying to gather RM500,000 to build a surau that can hold up to 700 jamaah. Thus, this email is forwarded to you to offer you a great business deal and a huge forever-lasting prospect that you may redeem in Hereafter. If you wish to donate, you may kindly bank in to the stated account below or hand over the cash to me.


You might also want to buy a ticket and attend Majlis Amal Sumbangsih on 30 April. You can refer to the link given for more information.

http://remymer.blogspot.com/2011/02/i-majlis-amal-sumbangsih-musolla-al.html

We would really appreciate it if you can relay this information on to other people. We also would like to thank you in advance for your kindness. JZKK.


regards,

Zubair


Tawaran hebat kini bermula,
Untuk tabungan hari akhirat,
Cepat-cepat kita menderma,
Renung-renungkan "fastabiqul khairat" [2:148]


>>>Towards RM500k by April,30 ^_^
TABUNG MUSOLLA AL_AMIN BANGI
BANK MUAMALAT
1210-0000223-718
maryam jailani
FormerAl-AminStudents'Association [FASA]

Tuesday, March 8, 2011

lembik ke lembat??

Langit Ilahi Rotating Header Image
Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?
Dec 16th, 2010
by Hilal Asyraf.

Baitul Muslim, apakah yang selama ini kamu fahami? ~ picture by addy-ack of deviant art.

Baitul Muslim, apakah yang selama ini kamu fahami? ~ picture by addy-ack of deviant art.

Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan.

Namun saya akui, salah cara memandang Baitul Muslim, memang akan membawa kepada ke’lembik’an. Tinggal, saya kira, sebenarnya adalah untuk semua. Bukan muslimah sahaja. Muslimin pun boleh jadi lembik kalau fikir Baitul Muslim ini tidak kena pada caranya.

Baitul Muslim = Cari Jodoh? Saya kata tidak.

Pertamanya, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya Baitul Muslim. Ramai yang akhirnya tersesat ke satu solusi seperti tajuk subtopik kita, yakni Baitul Muslim disamakan dengan pencarian jodoh, pencarian pasangan dan sebagainya.

Kesilapan kefahaman inilah yang membawa kepada ke’lembik’an apabila Baitul Muslim diperbincangkan. Maka yang disibukkan nanti adalah isu “adakah si fulan bin si fulan atau si fulanah binti si fulan itulah yang ditakdirkan untuk aku?”, “saya termimpikan si dia, apakah dia orangnya?”, “saya nampak tanda di langit, tiba-tiba hati saya teringatkan dia. Apakah itu tandanya?” dan sebagainya.

Diri juga akan menjadi sibuk dengan isu: “Mencari Pasangan Yang Ditakdirkan.” Sibuk hanya dengan ciri-ciri pasangan kirana dan sebagainya.

Baitul Muslim seakan-akan menjadi satu fikrah pencarian jodoh, melibatkan isu-isu takdir dalam jodoh, istikharah, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Kalau kita memahami bahawa Baitul Muslim hanya setakat itu, atau dalam erti kata lain, kita melayan Baitul Muslim dengan etika sedemikian semata-mata, maka benarlah membincangkan Baitul Muslim akan melembikkan pemikiran semua.

Sebab Baitul Muslimnya hanya sekadar di gerbang perkahwinan.

Baitul Muslim yang sebenarnya

Sebenarnya, pada pertama sekali, mengapakah istilah Baitul Muslim seakan-akan diangkat menjadi agenda besar dalam kehidupan seorang mukmin?

Kita lihat semula ya mengapa isu ‘Baitul Muslim’ adalah isu yang hangat. Bukan kerana Baitul Muslim adalah isu jodoh, mencari pasangan, cinta dan sebagainya. Lihat semula pada perkataan Baitul Muslim. Apakah maksudnya?

“Rumah Orang Islam.”

Maka kita kembali kepada asalnya.

Istilah Baitul Muslim muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud – Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Individu muslim – rumah tangga muslim(Baitul Muslim) – masyarakat muslim – kerajaan muslim – khilafah islam – empayar islam – Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).

Baitul Muslim menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini. Itulah sebabnya muncul perbincangan berkenaan Baitul Muslim.

Baitul Muslim dilihat sebagai batu-bata yang membina bangunan Daulah tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi terpenting dalam melahirkan para mujahid, pejuang di jalan Allah, da’ie, penyeru di jalan Allah SWT.

Inilah dia origin Baitul Muslim yang sebenarnya. Baitul Muslim adalah hakikatnya agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Bukan semata-mata isu jodoh, solat istikharah, mimpi-mimpi, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Apabila dipisahkan Baitul Muslim daripada originnya.

Apabila perbincangan isu jodoh, ciri-ciri pasangan, tidak dikaitkan dengan perjuangan membina daulah Islam, ini akan menghasilkan perbincangan kosong yang tidak membawa makna. Hanya satu keseronokan bermain ’tilik nasib’ untuk ‘mencari pasangan yang ditakdirkan’ semata-mata.

Inilah dia yang membuatkan perbincangan Baitul Muslim, berputar dalam bulatan yang tiada akhirnya. Tidak memberikan manfaat. Bahkan tidak membina jati diri seorang mukmin. Juga tidak memberikan mudharat kepada jahiliyyah.

Sedangkan Baitul Muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul Muslim juga menitik beratkan pembinaan peribadi mukmin itu sendiri di dalam diri kita. Membincangkan isu-isu tarbiyah pasangan dan pembinaan anak-anak. Menyebabkan isu-isu seperti tanggungjawab diri, kebersihan diri, disiplin diri, hubungan dengan Allah SWT, semuanya diangkat naik dalam perbincangan Baitul Muslim ini.

Bukan semata-mata cari jodoh, istikharah, mimpi nampak apa, mimpi saya benar atau tidak, oh mungkin dialah yang ditakdirkan untukku, ciri-ciri dia cukup ke ha untuk jadi pasangan aku, ciri-ciri aku ni layak ke nak dapat isteri seperti Khadijah dan sebagainyalah.

Apabila Baitul Muslim itu dipisahkan daripada isunya yang sebenar – salah satu peringkat dalam agenda membina kembali daulah Islamiyyah – jadilah pembincang-pembincang Baitul Muslim merupakan orang-orang lembik yang meninggalkan perjuangan ummah.

Penutup: Baitul Muslim yang ori, itu yang patut hangat diperbincangkan

Saya masih ingat pada zaman saya sendiri tertipu dengan istilah Baitul Muslim itu. Saya dulu pun fikir Baitul Muslim ini isu cari jodoh, pilih pasangan, cinta dan sebagainya. Akhirnya bila fikir semula, semua itu tidak membawa manfaat kepada diri. Tidak membawa peningkatan pada diri. Yang ada hanyalah mudarat.

Tetapi apabila faham apakah sebenarnya Baitul Muslim, mula dididik dengan serius berkenaan pembentukan peribadi mukmin, di situlah bermulanya penglihatan yang besar kepada isu tanggungjawab, isu tarbiyah diri, isu disiplin diri, isu mempersiapkan peribadi untuk menjadi murabbi kepada keluarga dan sebagainya. Di situlah mula rasa untuk menggerakkan diri.

“Berusaha ke arah mampu.”

Itu istilah yang saya suka guna pakai. Sebab kalau nak kata ‘mampu’ membina baitul muslim, entah sampai bila baru boleh tahu diri ini mampu atau tidak bukan? Sekurang-kurangnya, disiapkan target menggerakkan usaha-usaha ke arah mampu itu.

Itulah hasil Baitul Muslim yang ori, apabila diperdalami. Mustahil menghasilkan kelembikan bukan? Kalau bincang yang ori la. :-)

Tetapi kalau dibincangnya hanya sekadar jodoh, cinta, istikharah betul ke tak betul, memang pusing-pusing macam mana sekalipun, paling boleh pergi jauh pun gerbang perkahwinan sahaja

dari

10 signs of the heart's death....

10 Tanda Hati Mati

Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

dari

Friday, January 21, 2011

update

assalamu'alaikum.

apa khabar semua? hmm, tak tahu ada orang baca lagi atau tak blog ni. tapi follower macam makin bertambah he he.

kebelakangan ini, hidup kami(baca: abang-abang gombak yang dah semester2) agak sibuk jugalah dengan assignment, workshop dan lab report yang ibarat membuka paip air tapi tak tutup2. ada je :) mungkin tu yang buat engin best (?)

ok first thing first, syed syahmi, selaku bekas biro tarbiah IQra uiapj ada mengatakan bahawa tak lama lagi, berbondong-bondong rakan2 gen9 dQ-uiam akan masuk ke main campus. so tahniah in advance.
---> main campus tak banyak beza dengan masa matrik sebenarnya, kecuali dia besar dan kita lebih bebas. idk.

benda keduanya ialah... kenapa yahoogroups sudah tak aktif? [sebab pernah aktif ke?] tak, tu tak jadi masalah sebab banin ada group dekat facebook. syed buat private so sape2 banin yang tak join lagi, boleh lah berbuat demikian.

cerita paling akhir bagi post ini, tetapi paling penting, saya nak mewakili budak dQ mengucapkan selamat pengantin baru buat syafiq rushdi. semoga bahagia dunia akhirat. ameen. (fyi, dia ni bekas batch kita. and fyi too, dia kahwin tahun lepas).

=)

ok tu je. dan itulah sebab post ini ditulis.

belajar rajin2 lillahitaala.

Sunday, January 16, 2011

Hakikat..Why? >>The WINNER!!

B.O.N 11' - Zikra


Salam..sorilah, den sajo yo upload video nie utk tatapan korg..buat somak sket kek blog yg den raso mcm sunyi yo..e'em,kepada yg terlibat dalam video ini, tahniah buat kalian..nice la ..
BANIN USAHA LAGI!!
p/s: sori video x lawa,gune nset je rakam..

Thursday, January 6, 2011

the pearls

Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib

Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil

Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i


Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya.

Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.


Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.


Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya.

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]


Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.


Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?


[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]

::...::
::...::

Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani pada halaman 10:


[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah]
• Dhikrullah dan
• Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan
• Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh

nice info here
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/311
and here
http://almukminun.blogspot.com/2011/01/hakikat-kesufian-faktor-utama.html

Sunday, January 2, 2011

KEY TO SUCCESS..

“I haven’t failed, I’ve found 10,000 ways that don’t work”

~Thomas Alva Edison~

Thomas Alva Edison

Thomas Alva Edison

Recently I read an article about human greatest invention. I found that one of the greatest invention is the electric light (read the reference here). Well, it is true that the electric light has changed human life tremendously. Before it, we need to burn oil to produce light, but now, we can produce light by just with the flick of hand. However, some of you might not know the history of the light bulb invention. It was invented by Thomas Alva Edison in 1879 through thousands of experiments.

Thomas Alva Edison was born on February 11, 1847. Born as a genius, Edison was despised by all his siblings. His curious question always deemed as stupid by his friends, and even by his parents. He loves to do experiments. He even did an experiment on a train where he work part-time, and he even burn the train. But all of these, never stop his passion to do experiment. Those hardwork is not gone for nothing. He got his first patent on telegraph, and the world started to realize that indeed, Edison is a smart guy.

When he started his experiment on electric light, once again, the people mock at him. Many people said that it is impossible for him to do it. But once again, he ignores all the negative thought, and keep on keeping on. The research wasn’t easy. Even his research team got discouraged and suggested to stop the experiment. Edison always answer them, we have not failed. We only found 10,000 ways that do not work. In the end of the day, Edison is right, he succeed to make the first electric light. The world marveled at his work. Lesson number one: perseverance is the key to success.

In 1876, he moved his research lab to Menlo Park, where he had dreamed since he was a child. Eventhough he already owns what a researcher should be happy of, he keep on improving his work. Lesson number two: don’t be complacent of what you have achieved. Always have the spirit of excellence.

His life after the shifting to Menlo Park was not easy at all. Several accident happened to him, and in 1878, he breathed his last breath. Only enjoying 2 years of his dreamland. Lesson number three: everything does not go as what you like. Be realistic and always live your life to the fullest whatever might happened.

Guys, sometimes we are just like Edison. We can not show our fullest potential because of our environment, because our friends around us always despised us. I believe that everyone of us are a genius in our own field. Some of you might be a genius in dancing, but your friends might mock you that your skill are useless. Guys, never let the negative impact affect you. You should make those negative comments about you as a motivation for you, as a milestone for you to step to higher level. Be persevere in every problems that you face, and have a good success!!!

~Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration~

motivation4us.com