Sunday, October 17, 2010

Mawaddah - Taubat


~Hayati lirik yg disampaikan~

Mengapa Dosa Dirasakan Halal?

Pernah tak apabila seseorang diberitahu tentang sesuatu dosanya, maka dia menjawab, “biasa lah…”

Aku teringatkan satu kisah seorang alim dengan anak muridnya.

Satu ketika alim tersebut mengajak anak muridnya berjalan-jalan di luar. Kemudian mereka melalui kawasan berumput. Kata alim tersebut, “cabut rumput di bawah”. Anak muridnya segera mencabut rumput itu menggunakan dua hujung jarinya dengan mudah sekali.

Mereka berjalan lagi, melalui kawasan berpokok bunga renek. Kata alim tersebut, “cabut pokok kecil tersebut”. Anak muridnya segera mencabut pokok tersebut dengan genggaman tangannya.

Mereka berjalan lagi, melalui kawasan berpokok sederhana besar. Sekali lagi alim tersebut menyuruh anak muridnya mencabut salah satu daripada pokok-pokok itu. Kali ini anak muridnya tidak dapat mencabut dengan sebelah tangan. Namun setelah mencuba dengan kedua belah tangannya, maka pokok itu pun tercabut.

Mereka berjalan lagi dan menemui pokok-pokok kayu besar. Alim menyuruh anak muridnya mencabut pokok tersebut. Dengan sifat taat, anak murid itu cuba mencabut dengan kedua belah tangannya. Beberapa kali dicuba namun gagal. Lalu dia memeluk pokok itu dan cuba mencabutnya dengan sedaya upayanya. Malangnya dia tetap gagal mencabut pokok tersebut.

Lalu dia menantikan kata-kata gurunya tersebut. Kata alim tersebut, “demikianlah perbuatan dosa, awal-awal mudah untuk berhenti, namun jika dibiarkan lama-kelamaan menjadi susah untuk berhenti dan bertaubat.”

Semua orang melakukan salah silap dan dosa. Itu tidak dinafikan. Namun salah satu sifat orang beriman ialah dia akan merasa sesal dan gundah apabila melakukan apa-apa dosa dan kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian apabila dosa tersebut diulang kali kedua, ketiga dan seterusnya, perasaan tersebut lama kelamaan akan menjadi hanya lintasan hati yang berlalu begitu sahaja. Akhirnya selepas melakukan dosa tersebut, hati tidak akan merasa kesal lagi.

Ditambah pula dengan tiadanya apa-apa masalah atau musibah yang menimpa diri, maka dia merasakan bahawa dosa tersebut perkara biasa. Seolah-olah hati menjadi lega walaupun setelah melakukan dosa, kerana tiada apa-apa hukuman yang dikenakan kepadanya secara tunai.

Walaupun umum mengetahui adanya hukuman di akhirat dan akan hilangnya berkat hidup di dunia, namun oleh kerana tidak ada apa-apa yang berlaku, semua itu tidak mahu difikirkannya. Berlainan dengan melanggar undang-undang jalanraya misalnya, dia akan dikenakan saman dan sebagainya. Maka sukarlah perkara melanggar undang-undang jalanraya itu menjadi kebiasaan manusia, kerana dia tahu dia akan dikenakan hukuman selepas itu.

Maka dosa tersebut akan dilakukan lagi dan lagi sehingga satu tahap, selepas melakukan dosa hati akan menjadi suka atau bangga. Pada peringkat ini dosa tersebut dilakukan kerana suka. Bila terasa suka untuk berbuat dosa, dia melakukannya. Bila tak suka, dia tak melakukannya.

Apabila keadaan ini berterusan, hati berubah daripada suka menjadi mahu dan perlu. Seolah-olah dosa yang dilakukan itu kerana dia mahu atau perlu melakukannya. Dan sekali lagi, oleh kerana tiada apa-apa yang berlaku kepada dirinya, maka dia merasakan melakukan dosa itu biasa, boleh dan halal.

Inilah dia peringkat-peringkat mengapa perbuatan dosa dirasakan halal oleh umat Islam. Mengapa perkara ini terjadi? Senang sahaja jawapannya. Semuanya berkaitan dengan iman, dan hanya iman. Apabila seseorang beriman melakukan dosa, iman menjadi luntur. Apabila dia berterusan melakukan dosa, iman tercabut. Dengan iman yang lemah, akan merubah hati menjadi suka melakukan dosa. Apabila iman terlalu lemah atau iman rosak, maka hati telah pun keras dan gelap dan sukar untuk menerima kebenaran.

Lantaran perbezaan iman inilah maka kita akan menerima beberapa jawapan apabila seseorang itu diberitahu tentang perbuatan dosanya. Contohnya,

Ya, Allah, nasib baik kau bagitau aku. Aku tak tau sebenarnya.
Eh, betul ke tak boleh buat.
Takkan tak boleh buat kot?
Ye ke…
Biasa lah tu…
Alah, itu pun nak bising.
So, apa yang akan berlaku kepada orang-orang macam ni? Bagi orang dalam peringkat awal, sebarang peringatan tentang dosa tersebut akan segera diubah. Dalam keadaan ini, dia tidak lagi melakukan dosa tersebut.

Bagi orang yang sering mengulang-ulangkan perkara dosa kerana tidak tahu atau tidak diberitahu, selepas diberitahu dia akan berhenti. Namun ada kemungkinan dia akan mengulanginya melainkan peringatan itu diulang lagi dan lagi.

Bagi orang yang melakukan dosa kerana suka, jika ada orang memberi teguran tentang dosa itu, hati menjadi berat untuk menerima perkara yang disukai namun perasaan suka itu masih lagi ada harapan bertukar menjadi tidak suka membuat dosa. Maka kadangkala dosa itu tidak dibuat bukan kerana ianya dosa, tetapi kerana dia tidak suka. Orang begini boleh berubah jika dia bertegas dengan perasaan tidak suka membuat dosa itu dan melazimkan dirinya membuat amalan agama yang lain.

Bagi orang yang merasakan mahu dan perlu membuat dosa pula, jika ada orang memberitahu bahawa itu satu dosa yang perlu ditinggalkan, maka hati menjadi susah untuk menerima bahkan lebih teruk lagi, hati menolak kebenaran tersebut. Maka usaha yang lebih kuat diperlukan supaya orang seperti ini berubah.

Kesimpulannya, jangan mulakan apa-apa sahaja bentuk dosa. Sama ada tinggal sembahyang, lambatkan sembahyang, tak keluar nisab bulanan atau tahunan dan sebagainya. Memang jelas betapa pentingnya usaha ingat mengingati dan ajak-mengajak kepada kebaikan dijalankan oleh semua orang Islam. Ia penting kepada diri sendiri dan orang lain juga.

copy dan paste dari sini

---

mari sentiasa bermuhasabah dan bertaubat.

Thursday, October 7, 2010

Taubat amalan mulia

Taubat bermaksud kembali kepada Allah dengan melepaskan ikatan perlakuan dosa-dosa secara berterusan dari hati yang ikhlas kemudian bangun dengan melaksanakan perintah Allah. Allah telah memerintahkan kepada seluruh orang-orang yang beriman untuk bertaubat.


Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman nescaya kamu beruntung.” (an-Nur, ayat 31) Malahan Allah menyifatkan orang yang tidak mahu bertaubat termasuk dalam golongan yang zalim.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat, ayat 11)

Taubat merupakan sebagai satu penyucian diri daripada segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya di atas muka bumi sama ada disengaja ataupun tidak. Taubat adalah meninggalkan segala amalan maksiat yang dilakukan dan digantikan dengan amalan kebajikan.

Taubat mempunyai beberapa syarat dan rukun-rukunnya. Barangsiapa yang meninggalkan dosa semata-mata tanpa melakukan segala perbuatan yang disukai dan dicintai oleh Allah, maka ia tidak dipanggil orang yang bertaubat. Melainkan ia kembali dan mara menuju ke arah rahmat Allah. Antara syarat-syarat bertaubat ialah segera meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak-hak orang yang dizaliminya atau meminta halal darinya. Taubat hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan kerana sebab lain seperti kerana takut celaan orang.

Oleh itu, orang yang hendak bertaubat mestilah menyesali perbuatan-perbuatan dosanya, menghilangkan segala keinginan berbuat dosa dan menyesali kelengahan taubatnya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Menyesal itu adalah taubat.” (riwayat Ahmad Ibn Majah) Di samping itu, hendaklah ia merasa bahawa dosa itu adalah keji dan sangat berbahaya. Ini bererti taubat yang benar tidak mungkin disertai dengan perasaan senang apabila teringat dosa-dosanya yang lalu. Ibn Qaiyim menyebutkan tentang berbagai-bagai kesan buruk yang diakibatkan oleh perbuatan dosa iaitu menghilangkan ilmu, menjadikan jiwa hampa, mempersulitkan urusan, melemahkan atau mengelisahkan badan, menghalangi taat, menghilangkan barakah, mengurangi taufik, menyempitkan hati, melahirkan kejahatan-kejahatan yang lain, menjadikan ketagih kepada berbuat dosa, hina di ahdaapan Allah, hina di mata manusia, binatang-binatangpun melaknatnya, selalu terhina.

Ditabiatkan suka berbuat dosa, digolongkan sebagai orang-orang yang terlaknat, menghalangi terkabulnya doa, rosak di daratan dan di alutan, hilang rasa keislamannya, kurang rasa malu, melenyapkan nikmat Allah, mendatangkan bencana, mendatangkan perasaan takut, terjerat dalam belenggu syaitan, mati dalam su’ al-Khatimah (kematian tanpa iman) dan mendapat siksaan di akhirat. Inilah kesan yang diakibatkan oleh perbuatan dosa. Oleh itu, umat Islam perlu menjauhi perbuatan dosa dan segera bertaubat apabila mendapati dirinya terjebak dalam perkara maksiat. Ia berazam untuk meninggalkan maksiat dan berazam untuk taat kepada perintah Allah selama-lamanya.

Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas dan Allah memberi peluang peluang bagi umat Islam untuk bertaubat dan dilarang sama sekali berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat.” (al-Zumar, ayat 53)
Dalam pencarian taubat ini, hendaklah ia menjauhi tempat-tempat maksiat kerana khuatir terjerumus ke dalamnya lagi dan menjauhi orang-orang yang menghantarnya ke lembah maksiat. Wajib orang yang telah bertaubat menjauhi dan meninggalkan mereka dengan memutuskan hubungan di samping berusaha memberi peringatan jika kita mampu. Orang yang bertaubat hendaklah memilih teman-teman yang baik yang dapat menolongnya menjalani kehidupan yang baru. Hasil yang diperolehi oleh orang yang bertaubat ialah jiwanya akan tenang dengan kelazatan keimanan yang sememamgnya kelazatan itu tidak akan diperolehi kecuali orang yang memilikinya.

Orang yang bertaubat hendaklah yakin bahawa Allah Maha Pengampun walaupun ia melakukan dosa sebesar gunung kerana rahmat Allah amat luas.

Firman Allah yang bermaksud : “ Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.” (al-A’raf, ayat 156) Hadis Rasulullah juga menjelaskan bahawa orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali. Taubat mempunyai kedudukan yang tinggi dan seseorang hamba memerlukan taubat setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan. Syaitan sentiasa berusaha menyesat dan mendorongkan manusia ke arah kesesatan selagi roh belum terpisah dari jasadnya. Oleh itu, manusia perlu beritighfar dan memohon ampun dari Allah supaya terhindar dari ganguan syaitan. Masa untuk bertaubat terbuka luas selagi roh tidak sampai ke kerongkong. Tetapi apabila ajal maut sudah datang, pengakuan bertaubat tidak berguna lagi. Oleh kerana kita tidak mengetahui bila maut datang menjemput, seharusnya kita sentiasa melakukan taubat.

Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama roh nyawanya belum sampai di kerongkong (hampir sangat kepada maut)” (riwayat Turmizi)

Terdapat empat kategori hamba ynag bertaubat.

Pertama orang yang melakukan maksiat kemudian bertaubat dari maksiat kemudian terus kekal dalam keadaan membuat amal kebaikan. Mereka ini dikategorikan sebagai orang yang tetap dalam taubatnya dan inilah dinamakan taubat nasuha iaitu taubat yang seikhlasnya kepada Allah. Mereka ini memiliki nafsu al-Mutmainnah iaitu jiwa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah. Allah mengambarkan sifat golongan ini dengan firmanNya yang bermaksud : “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai di sisi Tuhanmu.” (al-Fajr, ayat 28)

Golongan kedua pula adalah orang yang telah bertaubat kepada Allah dan melakukan amal kebaikan tetapi dirinya masih terikat melakukan dosa-dosa kecil yang tidak dapat dielakkan. Apabila ia terjerumus melakukan dosa, ia segera bertaubat. Mereka ini mempunyai nafsu lauwamah iaitu nafsu yang mencela orang tabah berhadapan dengan perkara-perkara tercela tanpa ada rancangan terlebih dahulu. Nafsu jenis ini biasanya terdapat pada sebahagian besar orang pada zaman ini dan sebaik-baik bagi mereka adalah bertaubat.

Golongan ketiga adalah golongan yangf bertaubat dan terus kekal dalam keadaan bertaubat sehingga pada suatu ketika dia tidak mengawal diri lalu terjebak dalam keadaan maksiat. Walaupun begitu dia tidak pernah lalai dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Nafsu ini dikenali sebagai nafsu musauwalah yang bermaksud nafsu yang memperdaya.

Perkara ini dirakamkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud : “dan sebahagian mereka yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka akan mencampuradukkan amal-amal yang baik dengan yang lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Taubah, ayat 102)

Golongan keempat adalah golongan yang bertaubat dari melakukan kemaksiatan tetapi perkara ini hanya berlaku seketika. Kemudian dia kembali melakukan dosa-dosa tanpa bersegera untuk bertaubat malah terus bergelumbang dengan maksiat. Mereka ini termasuk dalam golongan nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang mengajak melakukan perbuatan keji dan menjauhkan diri dari melakukan kebaikan.

Antara kesan buruk maksiat yang akan menimpa pada individu ialah cahaya iman dan ilmu akan tertutup. Ilmu adalah cahaya pada hati sedangkan dosa pula adalah titik hitam yang hanya menutup hati. Hati orang yang melakukan maksiat menjadi keras dan buas, khususnya hubungannya dengan Allah. Dosa juga menjadikan hatinya itu biasa dengan membuat keburukan sehingga hilang perasaan bahawa maksiat itu adalah satu perkara yang keji dan kotor. Di samping itu, tidak merasa benci melihat maksiat berleluasa di depan mata dan tidak ada niat langsung untuk menghalang perkara tersebut. Akhirnya maksiat akan menyempitkan segala urusan kehidupannya kerana orang yang sentiasa memohon ampun maka Allah akan membebaskannya dari segala kesusahan dan diberi rezeki tanpa disangka-sangka.

Rasulullah menyeru umatnya supaya memperbanyakkan beristighfar dan Rasulullah sendiri memohon ampun dan beristighfar lebih dari 70 kali setiap hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya aku sentiasa memohon ampun kepada Allah dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali.” Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah mengapa baginda banyak melakukan ibadat dan beristighfar sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa baginda yang lepas dan segala dosa di belakang hari. Jawab baginda: wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya.?”

[taken from here]

Monday, October 4, 2010

IIUM Kuantan Open Day 2010 (IKOD 2010)


To all gen9, you all are invited to come for the IIUM Kuantan Open Day, yes. An Open Day. Open to all! 
(Cuti panjang kan, bolehla datang... ;-)) 

A lot of interesting events are going to be conducted including these:



Confuse about your career?

Tazkirah Maghrib by Ustaz Azhar Idrus
For further information and the schedule of events, please follow this link