Letih berbincang utk membetulkan perspektif org lain. Walaupun sudah separuh abad mengamalkan Islam, tapi rupanya, persoalan akidah masih belum selesai. Rukun ke 5 dan 6 masih tidak faham. Masih bertanya mengapa adanya penderitaan. Mengapa kanak-kanak yg tidak berdosa perlu jadi mangsa penganiayaan. Tanya mengapa mesti ada hari pembalasan sedangkan Tuhan sendiri yang menentukan nasib manusia.
Gunakan banyak analogi. Contoh penulis skrip drama. Hero kena belasah sehingga teruk. Wanita kena perkosa. Kanak-kanak kena dera. Tiada siapa pun yg marah pada penulis skrip sebab mampu menilai semua ini sekadar hasil kreatif mindanya.
Sekiranya tahu metafizik wujud dan kewujudan, akan faham kewujudan itu yg sebenarnya "essence" disebalik setiap ciptaan. Kewujudan adalah salah satu aspek Tuhan yg dizahirkan dlm bentuk ciptaan. Realitinya, merupakan pemilikan Tuhan.
Seperti firmannya dlm surah An-Nahl : 93, Jika Tuhan berkehendak, Dia boleh jadikan semua manusia satu umat. Dia menujukkan siapa yg Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yg Dia kehendaki. Mana pula datang tuduhan Dia tidak adil? Dia zalim sedangkan Dia berbuat ke atas salah satu aspek diriNya sendiri? Ibarat rambut kita, samada hendak potong pendek atau biarkan panjang. Bolehkah kita terima bila ada orang tuduh kita zalim terhadap rambut kita bila kita potong jadi pendek? Tentu kita tuduh orang ini gila, sebab rambut itu sebahagian dari pemilikan kita. Atau katakan rambut itu boleh berkata-kata, bolehkah dia merasa dirinya dianiaya sebab keizinannya tidak diminta terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?
Sudah tentu, kita akan tergelak dengan kebodohan soalan ini. Sebabnya, yang dikatakan “saya” itu merangkumi semua aspek yang membentuk diri kita termasuk juga rambut sebahagian aspek fizikal. Diri kita ibarat satu “kota” tersendiri yang mempunyai pentadbir, petugas dan rakyat yang ditakbir. Setiap keputusan yang dibuat, sudah tentulah melalui proses yang melibatkan pihak2 yang bekenaan. Tidak timbul lagi isu mendapatkan keizinan sebabnya semua sudah maklum. Begitulah juga ruh ketika menyahut “bala, syahidna” ertinya semua sudah maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Pentadbir.
Syurga dan neraka juga adalah ciptaan. Walaupun sama-sama ciptaan, tapi mempunyai “status” yang berbeza dari manusia. Analoginya, kita hendak buat kueh. Kita perlu tepung, acuan dan oven. Tepung kita uli ,giling dan terap. Kasihan juga tepung diperlaku begitu. Kemudian, kita letak dalam acuan. Kemudian tepung yg “malang” tadi kita bakar dalam oven. Adakah sama “peranan” tepung, acuan dan oven? Sifat tepung untuk diuli bagi dijadikan biskuit atau kuih lain. Sifat acuan keras, tahan api dan sesuai untuk menampung tepung yang telah siap diuli. Sifat oven, membakar bahan-bahan yang dimasukkan kedalamnya tanpa membezakan. Gabungan kesemua ini yang melahirkan biskut yg enak. Ada sesiapa nak bantah atau melarang mana-mana proses dalam pembikinan biskut ini?
Inilah yang cuba dilakukan oleh human rights group. Mereka hendak “hak” mereka sebagai manusia dari Tuhan. Macam tepung tadi, tidak rela dirinya diuli dan diubah jadi biskut. Hendak jadi seperti acuan atau oven. Bila mereka laung “freedom of rights” , apa yang mereka minta ialah “freedom” dari Tuhan yang sejak awal telah tentukan. Contoh, boleh pilih sendiri samada hendak jadi lelaki atau perempuan, atau separuh-separuh. Tuhan tidak boleh halang.
Jawapan yang Allah berikan dalam Al-Quran mudah saja, jika tidak rela dengan apa yang telah Allah tentukan, carilah Tuhan lain.
Sikap inilah yang telah menghumban Iblis keluar dari syurga. Iblis tidak puas hati sebab Tuhan mencipta Adam a.s. dari tanah. Seolah-olah Iblis pula yang hendak tentukan bagaimana makhluk baru tersebut perlu dicipta, bertepatan dengan seleranya. Puak Yahudi juga menjadi tercela dan terhina, sebab bila Nabi Muhammad dilahirkan dari kaum Arab, mereka tidak puas hati. Mereka hendak Rasul saw dari bangsa mereka sendiri. Sejarah kedegilan mereka sejak zaman awal lagi, ada saja yang mereka hendak protes.
Kaum nasrani juga tertipu oleh Iblis yang terus tidak puas hati manusia yang berasal dari tanah yang lebih dimuliakan. Dibisikkan supaya menaikkan “status” manusia ini ketahap “divine”, barulah ada “class” untuk disujud. Dibisikkan seolah-olah dari awal lagi memang rancangan Tuhan untuk mengirimkan “manusia divine” sebagai khalifah di bumi. Sebelum Adam as. , penduduk bumi telah memporak peranda dan menimbulkan banyak kerosakan sehingga Tuhan perlu baiki semula. Sifat dengki dan cemburu (trademark Iblis) sudah tentu tidak rela makhluk yg lebih “rendah” darinya yang nanti lebih berhasil menjadi pentadbir bumi. Iblis perlu usahakan apa yang dilakukan oleh penduduk bumi sebelumnya, akan juga dilakukan oleh manusia masa kini. Yang penting status-quo, sama-sama nanti masuk neraka.
Kelicikkan Iblis, di akhirat kelak, lepaskan diri dengan menuduh manusia itu sendiri yang bodoh, sebab diberi akal dan ilmu tapi, tetap tidak mahu berfikir dan merenung. Salah sendiri berakhir dengan nasib malang di akhirat kelak.
0 respons=):
Post a Comment