Saturday, June 20, 2009

facebook.

( Email yang di forward oleh kenalan, untuk perkongsian dan penilaian )

Sebelum ini heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat-maklumat peribadi mereka yang mempunyai akaun facebook.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?


Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?


Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.


Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Fikirkanlah.

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

Saturday, June 13, 2009

Dugaan...Cubaan....

Assalamualaikum.....

Tanggal 7 Jun,budak2 gen9 Iqrac mendaftar diri di CFSIIUM...Bermulalah hidup baru...Dengan seminggu dah duk kt situ, pelbagai mehnah dan tribulasi datang melanda...Cubaan dan dugaan cukup kuat...InsyaAllah,kita saling ingat mengingat kpd semua termasuklah diri ana yang hina ini...Anan x tau ape yg ana post ni...Selamat menempuhi hidup yang lebih mencabar fan lebih real...

Friday, June 5, 2009

Surat Tawaran Biasiswa

Assalamualaikum....Perhatian kpd semua bakal mahasiswa dan mahasiswi CFSIIUM, memandangkan terdapat sedikit masalah yyang berlaku dekat website MOHE,jadi kita semua tak perlu untuk download surat tawaran seperti yang dikehendaki....Biar UIA je tlg download untuk kita...Jadi untuk no. rujukan yang dia orang nak dalam borang perjanjian tu,just tinggalkan kosong je...Ana menyampaikan dari sumber yang boleh dipercayai...Terima Kasih..

Thursday, June 4, 2009

Kaedah umum dalam mengenal sifat2 Allah

Persoalan akidah sebenarnya merupakan perkara yang amat mudah difahami bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya dijelaskan dengan amat mudah dan terang supaya mudah difahami oleh makhluk Allah. Allah S.W.T tidak akan memberatkan dan menyusahkan kita dengan memikirkan perkara-perkara ghaib yang mana akal manusia biasa, tidak akan mungkin dapat memikirkannya.




Akan tetapi, perkara ini menjadi rumit apabila perbahasan ini dicampur adukkan dengan pandangan-pandangan yang mencelarukan minda daripada golongan Mu’tazilah, Jahmiah, ahli-ahli falsafah dan sebagainya yang banyak meletakkan akal semata-mata sebagai batu asas mereka dalam mencari sesuatu hakikat. Ini bukan sahaja tidak dapat mencari hakikat yang dihajati, bahkan ianya menyebabkan manusia lebih jauh daripada kebenaran. Dan ini adalah tertolak sama sekali dalam syariat Islam.

Jumhur ahlu as-sunnah wa al-jama’ah bersepakat bahawa nama-nama Allah S.W.T adalah tauqifiah. Iaitu akal tiada ruang untuk memikirkannya, kerana nama-nama Allah S.W.T merupakan perkara ghaib dan tidak mungkin bagi kita mengetahuinya melainkan dengan kalam Allah sendiri dan wasilah para rasul yang menyampaikannya kepada manusia. Maka qias ataupun ijtihad tidak boleh dilakukan dalam hal ini. Sifat-sifat Allah S.W.T ini boleh diketahui melalui dengan nama-namaNya yang husna.

Pendukung ahli as-sunnah wa al-jamaah telah menetapkan beberapa kaedah umum atau asas dalam mengenal sifat-sifat Allah S.W.T pada nama-namanya yang husna. Kaedah ini didapati dengan hasil daripada kajian meraka dan penelitian yang mendalam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.

Firman Allah S.W.T :

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَا‌ۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِىٓ أَسۡمَـٰٓٮِٕهِۦ‌ۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

“Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya nanti mereka akan mendapat Balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-A’raf : 180)

Dan telah thabit di dalam kitab sohih Imam Bukhari dan Muslim dalam hadis Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah S.A.W telah bersadba :

إن لله تسعة و تسعين اسما, مائة إلا واحدا, من أحصاها دخل الجنة

( Sesungguhnya bagi Allah S.W.T 99 nama, 100 kurang satu, barangsiapa yang menghitungnya akan memasuki syurga )

Para alim ulama’ mensyarahkah kalimah ( أحصاها ) dalam hadis tersebut dengan sesiapa yang menghafal dan memahami maknanya akan memasuki syurga.

Mereka -ahli as-sunnah wa al-jama’ah- telah menetapkan 4 kaedah umum yang mudah difahami oleh orang awam dalam mengenal sifat-sifat Allah S.W.T yang maha suci daripada segalanya. Dan kaedah-kaedah ini mempunyai kaitan yang amat rapat dalam mengenal nama-nama Allah S.W.T yang husna.

4 kaedah tersebut adalah seperti berikut :

Kaedah pertama : Hendaklah tidak menyerupakan Allah dengan segala sesuatu pun sebagai batu asas dalam memahami nama-nama Allah dan sifat-sifatnya yang maha sempurna.

Allah S.W.T sendiri telah membuktikan dalam firmannya :

فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ

وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

“Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan , dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (Asy-Syura : 11)

Dalam ayat ini Allah S.W.T telah menyatakan bahawa diriNya tidak menyerupai sesuatupun daripada ciptaannya. Dan maha suci Allah daripada menyerupai makhluk ciptaannya.

Imam Auza’ie, Imam Malik, Imam At-Thauri dan Imam Al-Laith rahimahumullah, mereka ditanya tentang hadis-hadis yang menceritakan tentang sifat-sifat Allah S.W.T lalu mereka berkata :

أَمِرُّوهَا كَمَا جَاءَتْ بِلَا كَيْف

“Perlakukan ia sebagaimana ia datang dengan tanpa membagaimanakan”

Kaedah kedua : Hendaklah menerima dan beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatnya.

Kaedah ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama : Menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan rasulNya ke atas diriNya.

Kita hendaklah beriman dengan segala yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul dengan tanpa membagaimanakan. Firman Allah S.W.T :

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّ۬ا صَفًّ۬ا

“Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris.” ( Al-Fajr : 22 )

Dalam ayat ini Allah telah menetapkan dengan sifatnya datang. Maka hendaklah kita beriman dengan tidak membagaimanakan dan tidak menyerupakan sifat datang itu seperti sifat datangnya makhluk.

Bahagian kedua : Menafikan apa yang telah dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasulnya.

Allah S.W.T telah menafikan dirinya dengan sifat tidak mengantuk, tidak tidur, tidak melahirkan, tidak dilahirkan, tidak diberi makan dan segala sifat yang menunjukkan kekurangan pada sifat Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.” ( Al-Baqarah : 255)

Firmannya lagi :

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ

“ Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,” (Al-Ikhlas : 3 )

Firmannya lagi :

قُلۡ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّ۬ا فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَهُوَ يُطۡعِمُ وَلَا يُطۡعَمُ‌ۗ قُلۡ إِنِّىٓ أُمِرۡتُ أَنۡ أَڪُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَسۡلَمَ‌ۖ وَلَا تَڪُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

“Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, Padahal Dia memberi Makan dan tidak diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama kali menyerah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang musyrik."” (Al-An’aam : 14 )

Dan bermacam-macam lagi contoh penafian Allah S.W.T terhadap sifat yang tidak layak bagi diri-Nya. Dan wajib bagi kita untuk menafikannya juga.

Akan tetapi segala sifat yang menunjukkan kekurangan Allah S.W.T ianya wajib dinafikan. Ini bersesuaian dengan dengan sifatNya yang maha mulia dan suci.

Kaedah ketiga : Berdiam diri dengan apa yang tidak ditetapkan atau yang tidak dinafikan oleh Allah dan rasulnya.

Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa sifat-sifat dan nama-nama Allah S.W.T adalah tauqifiah. Maka kita tidak boleh memikirkan ataupun meletak apa-apa nama kepada Allah S.W.T walaupun ia mempunyai maksud yang baik.

Contohnya nama Nabil yang membawa makna cerdik. Akan tetapi Allah S.W.T tidak menetapkan ataupun menafikan nama tersebut bagi dirinya maka hendaklak kita berdiam diri.

Firman Allah S.W.T :

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Israa’ : 36)

Manakala jika nama-nama yang membawa kepada kekurangan pada sifat-sifat Allah wajib dinafikan.

Kaedah keempat : Dengan tanpa sebarang tahrif (تحريف) ataupun ta’wil (تأويل), tamtsil (تمثيل), takyiif (تكييف), dan ta’til (تعطيل).

Tahrif ataupun ta’wil ialah dengan mengubah nama pada lafaz dan sifat. Firman Allah S.W.T :

ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

“ (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arasy” ( thaahaa : 5 )

Segolongan ulama telah melakukan pena’wilan pada kalimah bersemayam (ٱسۡتَوَىٰ ) kepada maksud menguasai استولى) ). Akan tetapi pena’wilan ini bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T bahawasanya Dia bersemayam di atas Arasy.

Imam Malik rahimahullah -pengasas mazhab maliki- pernah ditanya mengenai al-istiwa’ (الإستواء) dalam satu majlis ilmunya. Dan Imam Malik menjawab :

الإستواء معلوم والكيف مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة.

“Al-Istiwa’ (bersemayam) dimaklumi dan bagaimana pula tidak diketahui dan beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid’ah”

Imam Malik pun menghalau si penanya tadi kerana dia telah membuatkan orang lain was-was.

Imam Abu Hasan Al-Ash’ari menerangkan makna (الإستواء) bahawa Allah S.W.T bersemayam di atas Arasynya sesuai dengan kebesaran dan kesucian-Nya.

Maka wajib bagi kita untuk beriman dengannya.

Tamtsil iaitu dengan menyerupakan Allah dan makhluk-Nya atau menyerupakan makhluk dan Allah. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, tidak boleh menyerupakan Allah S.W.T dengan apa sekali pun.

Dan firman Allah S.W.T menegaskan :

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.”

Takyiif iaitu dengan membagaimanakan atau menggambarkan sifat-sifat Allah S.W.T. Ini banyak berlaku kepada ahli-ahli falsafah yang mempelajari ilmu akidah dengan menggunakan akal semata-mata. Mereka banyak mempersoalkan sifat-sifat Allah S.W.T dan akhirnya mereka melakukan pena’wilan. Dan hendaklah bagi kita beriman dengan mana-mana sifat Allah S.W.T dengan tanpa membagaimanakan sebaigamana kaedah tadi :

أَمِرُّوهَا كَمَا جَاءَتْ بِلَا كَيْف

“Perlakukan ia sebagaimana ia datang dengan tanpa membagaimanakan”

Ta’til iaitu dengan menafikan atau meningkari mana-mana sifat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas dirinya. Penafian ini biasanya dilakukan oleh kumpulan Jahmiah yang dinisbahkan kepada Jahm bin Safwan. Golongan ini menafikan segala sifat-sifat Allah seperti tangan, wajah, pendengaran, penglihatan dan sifat-sifat lain yang telah ditetapkan-Nya.

Sebagaimana yang telah dibahaskan, kita diminta beriman dengan segala yang telah ditetapkan atau yang telah dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya. Dan kaedah yang keempat ini melengkapkan tiga kaedah sebelumnya.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal sifat-sifat Allah S.W.T melalui 4 kaedah, iaitu :

1. Tidak menyerupakan Allah S.W.T dengan sesuatu pun.

2. Beriman dengan apa yang telah ditetapkan dan dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya.

3. Berdiam diri dengan apa yang tidak ditetapkan dan dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya.

4. Dengan tanpa tahrif, tamtsil, takyiif dan ta’til.

 

Wallahu a’lam.

____________________________________________________

Rujukan :

1. Syarhu asma’ Allah al-husna fi dau’i al-kitab wa as-sunnah oleh Sa’ied bin Wahaf Al-Qahtani.

2. Kuliah Ust Fathul Bari : Al-Asma Al-Husna

3. Al-Ibanah ‘an usul ad-dianah oleh Al-Imam Abu Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari.

4. Syarhu asma’ Allah al-husna oleh Al-Alamah Abdul Rahman bin Nasir As-Sa’die.

solat.kunci segalanya.

satu peringatan penting.
buat saya.
buat anda.
buat kalian semua.
bergelar seorang hafiz bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
bahkan ia sesuatu yang perlu difikirkan.direnungkan.direvise.
kerana?
bergelar al-hafiz bermakna kita mandapat satu PANGKAT.
ya. saya boldkan. dan warnakan dengan MERAH.
bermakna?

AWASS!!
:argh:

menjadi al-hafiz tak bermakna kita boleh melakukan sesuatu yang makruh.
kerana beranggapan
"aku dah hafal quran. quran boleh tampung balik benda ni. takpe kot"
oh tidak.
jangan, jangan, jangan.

pernah rasa malas solat?
pernah rasa macam nak buat dosa?
haha.
jangan kata tidak.
melainkan anda seorang malaikat.

(anda jangan tanya kenapa saya tiba-tiba buat entry yang bernada serius sedangkan saya tak pernah lakukan perkara macam ni sebelum-sebelum ni-buat yang familiar dengan blog saya. sebab ini entry saya. saya punya sukalah. haha)

kenapa kita rasa malas solat?
ouh. mungkin sensitif.
kenapa saya rasa malas solat?
(dah rasa selesa sikit? bagus)
anda pernah minum radix koko?
pernah? bagus. sedap kan?
ya. memang sedap.
rasa macam nak lagi?
kenapa nak lagi?
mestila sebab sedap kan?
kalau tak sedap nak minum lagi tak?
taknak kan?
(minta maaflah saya yang tanya dan saya yang jawab.haha)

itulah jawapanya.
kita rasa malas solat,
maksud saya, saya rasa malas solat sebab,
saya tak merasakan manisnya, sedapnya, lazatnya dan indahnya solat.
mana nak cari sume tu ye?
dalam KHUSYUK.

Recite (O Muhammad صلى الله عليه وسلم) what has been revealed to you of the Book (the Qur'an), and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat). Verily, As-Salat (the prayer) prevents from Al-Fahsha' (i.e. great sins of every kind, unlawful sexual intercourse) and Al-Munkar (i.e. disbelief, polytheism, and every kind of evil wicked deed) and the remembering (praising) of (you by) Allah (in front of the angels) is greater indeed [than your remembering (praising) of Allah in prayers. And Allah knows what you do.

Al-'Ankaboot 29:45

ha.
tiap-hari hari dalam menempuh hidup yang penuh suka duka serta ranjau,
(cewah.haha)
pernahkah sehari kita rasakan bahawa kita terlepas dari dosa?
kenapa ya?
betul tak kalau saya katakan sebab kita tak khusyuk?
atau anda memang khusyuk setiap kali solat? jelir

anda teringin nak khusyuk dalam solat?
pernah cari cara nak khusyuk?
baaaaanyak sangat kan cara nak khusyuk. kan? kan? kan?

now let me share kunci utamanya.
pernah saya terbaca masa kecik-kecik dulu.
semasa rajin membaca.

khusyuk itu bermakna apa yang kita lakukan ada dalam hati kita.
solat itu ada dalam hati kita.
lalu bagaimanakah solat itu akan masuk ke dalam hati kita,
jika dalam hati kita ada dunia?
saya secara tak sengaja bersetuju dengan quote tu.
dan secara tak sengaja bersetuju dengan aliran sufi.
(kepada salafi, saya bersetuju dengan sufism kerana saya bertolak ansur)
bagi saya, pada PENDAPAT saya,
itulah kunci utama untuk khusyuk.
KELUARKAN DUNIA DARI HATI.
tapi tak bermaksud kita buang dunia,
cuma meletakkan dunia itu di tangan kita.

macam mana nak keluarkan dunia dari hati?
jangan masukkan dunia dalam hati.
setkan minda anda pada mode beta.
(cewah.macam tau sangat.haha)

s
elalu ingat Allah.
seperti firman-Nya.

When you have finished As-Salat (the congregational prayer), remember Allah standing, sitting down, and (lying down) on your sides, but when you are free from danger, perform As-Salat (Iqamat-as-Salat). Verily, As-Salat (the prayer) is enjoined on the believers at fixed hours.

an-nisa' 4:103
betul kan kalam Dia?
Dia suruh solat, dan Dia bagitau macam mana nak khusyuk dalam solat.
Ingat Dia ketika berdiri, duduk dan berbaring.
dengan erti kata lain,
ingat Dia setiap masa.
itu akan memudahkan kita untuk khusyuk dalam solat.

kaitannya mudah.
bila kita ingat Allah, pertamanya, hati akan jadi tenang. betul tak?
minda kita akan disetkn pada frekuensi rendah.
mudah untuk naik atau turun pada bila-bila masa.
kemudian bila nak solat,
dengan mudah frekuensi akan diadjust kembali.

perkara ni disentuh oleh Yang Tercinta dalam hadis baginda.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Apabila dibacakan iqamat sembahyang, janganlah kamu semua tergesa-gesa pergi untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah berjalan dengan baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang. Tunaikanlah sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan mana-mana rakaat yang tertinggal.”


riwayat Bukhari

itu yang usul pada pandangan saya.
saya taklah semasyi Afiq atau roomate saya.
(nak tau ke sape roomate saya? aha. karang malu pulak dia)
apatah lagi Aisyah Jauhara.
(sekadar ulang skrip pentomime haritu. jelir)

perkara-perkara lain, maksud saya,
cara-cara lain untuk khusyuk banyak lagi.
jaga makan, pemakaian dan sebagainya.
tapi itu bergantunglah pada orangnya.

moga dengan perkongsian ni,
memberi manfaat sedikit sebanyak.

tips dari Syeikh Hamid Tahir,
bekas pengerusi persatuan mufti kedah,
kalau nak khusyuk,
solat dekat-dekat dengan orang yang khusyuk.
sebab orang yang khusyuk ada auranya.
tak percaya?
cubalah!
:astig:

Wednesday, June 3, 2009

bukan tentang cinta. tapi tentang dakwah.

Tempat: IIS Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Fees: RM100 untuk pelajar & RM120 untuk bukan pelajar
*** Kalau ada masalah kewangan, jangan segan bagitau saya. InsyaAllah kami volunteer akan usahakan bantuan melalui sponsor.
*** Peserta akan diberi 5/6 buku, 1 vcd/dvd Ahmad Deedat, sarapan, minum petang (lunch belum pasti tapi biasanya disediakan) dan sijil.

Tentatif & Sinopsis Program

Sabtu 20/6/09

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible

Ahad 21/6/09
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.30pm Penutup

Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah

Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-

  1. Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
  2. Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
  3. Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
  4. Dakwah saya tidak akan berkesan.
  5. Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
  6. Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
  7. Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
  8. Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
  9. Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.

Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.

Sesi 2 – Sejarah Kristian

Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-

  1. Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.

  1. Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.

  1. Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.

Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian

Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-

  1. Dosa Warisan
  2. Jesus itu anak tuhan
  3. Jesus itu tuhan
  4. Pensaliban Jesus
  5. Triniti

Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.

Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina

Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.

Sesi 5 – Hinduism

Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.

Sesi 6 – Bengkel Bible

Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.

Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.

Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.

Sesi 7 – Imbasan Semula

Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.

Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam

Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-

Isu umum

  1. Masuk Islam = Masuk Melayu
  2. Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
  3. Islam agama mundur
  4. Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
  5. Semua agama sama
  6. Doa tidak terjawab
  7. Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
  8. Sains dan agama tidak selari

Isu keganasan

  1. Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
  2. Islam disebar melalui mata pedang
  3. Negara Muslim suka berperang

Isu wanita

  1. Wanita tidak boleh jadi imam
  2. Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
  3. Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
  4. Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
  5. Wanita tidak boleh jadi pemimpin
  6. Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
  7. Suami boleh pukul isteri (4:34)
  8. Poligami
  9. Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
  10. Isu tudung

Isu bermusim

  1. Hudud
  2. Negara Islam
  3. Islam Hadhari
  4. Rogol isteri
  5. Tsunami
  6. Moral
  7. Artikel 11 (1A)
  8. Karikatur

Isu Nabi Muhammad saw

  1. Ramai isteri – 12 orang
  2. Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
  3. Kahwin menantu sendiri
  4. Nabi boleh membaca

Soalan dari missionary Kristian

  1. Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
  2. Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
  3. Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
  4. Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
  5. Quran tiru Bible
  6. Quran hasil kerja syaitan
  7. Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar

Soalan dari orang-orang Hindu

  1. Muslim sembah Kaabah
  2. Tuhan Linggam di dalam Kaabah
  3. Semua manusia sepatutnya Vegetarian
  4. Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
  5. Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan

Quran ada contradictions

  1. Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
  2. Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
  3. Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

Sesi 9 – Memahami Mualaf

Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-

Sebelum memeluk Islam

  1. Contoh buruk oleh Muslim
  2. Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
  3. Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
  4. Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll

Semasa memeluk Islam

  1. Masalah semasa hendak bershahadah
  2. Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
  3. Terlalu terikat dengan prosedur, dll

Selepas memeluk Islam

  1. Mualaf diMelayukan
  2. Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
  3. Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
  4. Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll

Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja

Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.

Sesi 11 – Quran & Sains

Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.

Sesi 12 – Soal Jawab

Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata

Friendly Comparative Religion.F.C.R

"and Peace be upon those who follows the right Guidance"
taha 20:47

"Those who listen to the Word and follow the best there of those are (the ones) whom Allah has guided and those are men of understanding"
zumar 39:18

ini bukan artikel copy and paste.
ini adalah iklan.
iklan saya sendiri.
untuk kalian.
yalah.kalian.
pengunjung blog Gen 9.

:okay:

Friendly Comparative Religion.
FCR.
fasa satu.bahasa melayu.
kali terakhir untuk tahun ni.
akan diadakan pada
20 dan 21 Jun.
sabtu dan ahad.

di pejabat
Islamic Information & Services Foundation
Setiawangsa.

yurannya RM100 untuk pelajar.
macam saya.
maksud saya macam kita.

ini adalah barang-barang yang akan kita dapat untuk bayaran RM100 tu
ahmad deedat VCD
a concise reply to christianity
101 clear contradictions in bible
Divinity of Jesus
Follow Paul or Follow Jesus?
20 most common questions about Islam

sarapan dan minum petang akan disediakan.
makan tengah hari insya-Allah akan diberitahu kemudian
sama ada disertakan atau tidak.

anda nak tau siapa speakersnya?
Brother Shah Kirit yang pastinya.
ini speaker bertaraf antarabangsa.
Brother Amin Yaakob. anda kenal ke? :-p
dan beberapa lagi yang memang power.
dah tour satu Malaysia bagi talk.
cuma tak terkenal sangat
jangan risau.
kali ni say atak jadi speaker.

anda berminat?
bagitaulah saya.
saya akan rebutkan tempat untuk anda.
sebab tempat adalah terhad.

ini adalah satu program yang sangat penting untuk
SEORANG HUFFAZ TEKNOKRAT.

p/s: ada unsur-unsur kepentingan peribadikah iklan ni?

Tuesday, June 2, 2009

mana boleh!!!!..SUSAHLAH mcm tu....

suatu petang...di musim cuti sekolah..dia membuat keputusan untuk tidak kemana-mana..
duduk di rumah sahaja bersama keluarga...

jarang benar rasanya dapat duduk mengisi masa bersama keluarga..dia mengambil peluang yang ada untuk bermesra dengan mereka...

"..dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...."
(103:3)

..ibunya memulakan..."kejarlah dunia ni seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi..dan kejarlah akhirat seolah-olah kita akan mati pada esok hari.."

dia mengangguk tanda setuju...membiarkan ibunya menyambung bicara..

"kita mesti kejar dunia ni seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi..bekerja sungguh-sungguh..patuh pada majikan..cari duit banyak2..jgn curi tulang..sebab TANGGUNGJAWAB kita DENGAN MANUSIA ni LEBIH BERAT daripada TANGGUNGJAWAB kita DENGAN ALLAH...kalau kita xtunaikan tanggungjawab kita dengan manusia..nanti bila kita dah mati...org tu akan persoalkan kenapa kita xtunaikan tanggungjawab kita pada dia dengan baik..tapi kalau kita abaikan tanggungjawab jawab kita dengan Allah..xpe..nanti Allah akan ampunkan sebab Allah ni memang MAHA PENGAMPUN..."

dahinya berkerut..cuba mencerna apa yang dikatakan oleh ibunya itu...agak bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Ustaz-ustaznya sebelum ini..ustaznya selalu berpesan.."kita mesti mengutamakan tanggungjawab kita pada Allah dahulu dalam setiap perkara yang kita lakukan..."

ibunya menyambung..."contohnya...bila kamu sudah bekerja nanti...majikan kamu menyuruh kamu menyiapkan beberapa tugasan dengan ssegera dan perlu disiapkan masa itu juga..perlu SEGERA...dan dalam masa yang sama..azan sudah berkumandang..maka kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan kamu itu dahulu kerana ianya diperlukan SEGERA..manakala waktu solat masih ada berbaki..masih panjang lagi....kalau tidak..kamu akan menyusahkan majikan kamu..."

kerut di dahinya makin bertambah...seingat dia..ada ayat Al-quran yang pernah dihafaznya berbunyi begini....
"Wahai org-org yang beriman!apabila diserukan azan(bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkan berjual-beli(pada saat itu);yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui(hakikat yang sebenar)"(63:9)
"ayat ni menyuruh kita untuk menyegerakan solat sebaik sahaja azan dan meninggalkan segala urusan keduniaan tanpa berlengah-lengah..."dia teringat kata2 ustaznya yang mengajarkannya ilmu menhafaz Al-quran dahulu...

"tapi bukankah kita kena segerakan solat sebaik sahaja masuk waktu solat(azan)??dia cuba menegakkan apa yang diajarkan oleh ustaznya..

"habis tu kalau azan je..semua org Islam kena pergi solat???"abangnya yang sejak tadi hanya mendengar tiba2 melontarkan soalan..

dengan yakin dia mengangguk"Ya.."

"SUSAHLAH MACAM TU!!!NEGARA KITA NI BUKAN SEMUA ORG ISLAM KAMU TAHU KAN...TAKKANLAH TENGAH2 KERJA..TBE2 AZAN..SEMUA ORG ISLAM KENA BERHENTI BUAT KERJA..PASTU PERGI SOLAT..SUSAH LAH..."abangnya melemparkan pandangan akalnya yang sukar untuk menerima kenyataan adiknya itu..

"Islam ni mudah..kamu jangan pulak nak menyusahkan diri kamu dengan perkara macam ni.."tambah ibunya...

"benar...Islam itu mudah..tetapi jangan pula dipermudah-mudahkan.."dia teringat pada kata-kata ustaz yang sgt dihormatinya itu...

dia terdiam lalu berfikir dan terus berfikir...betulkah Islam tu mudah???dia bertanya sendiri..pertanyaan yang dia sendiri tidak pasti..terasa jahil menghimpit diri..masih banyak yang perlu dipelajari...



betulkah Islam itu mudah??sesuaikah untuk dijadikan cara hidup pada dunia masa kini??jika anda mempunyai jawapannya.. komenkan pendapat anda di sini...

hamba yang masih mencari jawapan~

SEBUAH KISAH TENTANG DIA.....

bismillah...

izinkanku bercerita...
suatu kisah...
tentang 'dia'....

dia masih budak..seorang kanak2..usianya baru menhinggap 6 tahun mengikut kalendar masihi..dia punya satu hobi..hobinya berbasikal ke sana ke mari..katakan saja gaya apapun ketika menunggang basikal...dia mampu melakukannya...berbasikal dgn satu tayar...kayuh sambil bersila..memandu basikal dgn tgn d belakang kepala...katakan saja..dia mampu melakukannya..

suatu hari..kawan memuji..."wah!!!hebatlah kamu!!!boleh buat macam2 gaya!!!kalau aku..mesti dh lama jatuh accident..."

ada juga yg mengeji..."weyh!!!ko igt bagus sangatkah buat aksi2 berbahaya macam 2(xda lah berbahaya sangat sebenarnya)..kejap lg kau mati tengah jalan..baru padan muka!!!!aku mmg buat xnmpak ja...biar kau mati katak...!!!haha..."

walau apapun kata mereka...dia tetap dia...dengan caranya...

di suatu petang yang hening...hari Isnin mungkin..tidak pasti hari apa...tapi yang pasti..dia..seperti biasa keluar bersama basikalnya...mengayuh penuh gaya...dia rasa bahagia..bagai dunia dia yang punya...

makin laju...makin hebat rasanya....

pastinya ketika menuruni bukit yang cerun...akan bertambah kelajuan roda basikalnya...sengaja dia mencari bukit yg cerun...untuk merasakan kelajuan yang sebenar...ditambah lagi kayuhannya..walau hakikatnya mmg sudah laju yang teramat(bagi hadlaju sebuah basikal)...

akibatnya...

basikalnya hilang kawalan...dia x dapat melihat dengan jelas apa2 objek di hadapannya...

tidak semena-mena....

DDDAAAAMMMMBBBBOOOOOMMMMMGGDDDDBBBBUUUUUSSSSSHHHHHH!!!!!!

dia terlanggar sesuatu....tetapi...

satu...dua...tiga.....

*gelap*

"dik..bangun dik..dik...kamu pergi mana td??puas mak cari..balik2 dh pengsan macam ni..dik.."

"aaarrrgghhh...adoi...mak..sakit...adoi..."(sambel memegang kepala...)

"Ya Allah budak ni..kamu pergi mana dgn basikal kamu tu???sampai luka2 mcm ni..kamu berlumba ya??(teramat risau..naluri keibuan..mengalir air matanya..x tertahan melihat anak bonsunya dlm keaadaan menghibakan itu..)

dan dia....

satu...dua....xsempat tiga...

*gelap semula*

"AAAARRRRGGGHHHHHH!!!!!!!!!SAAAKKKKIIIITTTT!!!!!!"

"bang!kenapa dgn anak kita tu bang??tiba2 dia menjerit..."

"entah la budak tu..cuba awak pergi tengok..kot la dia dh sedar.."

"bang..badan dia panas sgt ni bang..baik kita bawak dia pergi hospital...saya risaulah bang..anak kita ni bang..."

sekitar tiga pagi..'dia' dkejarkan ke hospital berdekatan...dimasukkan ke ICU....

"doktor..otak anak saya ok ke??kepala dia ada darah td..doktor...???kenapa diam je ni???"

"ada anak awak mengadu sakit kepala sebelum kemalangan ni??"

"xada pula doktor..dia sihat je selalunya doktor..sebab dia ni mmg suka beriadah..kayuh basikal..tiap2 petang dia keluar dgn basikal dia keliling satu kampung.."

"sebenarnya..anak awak mengalami hentakan yang kuat di kepala..mungkin otaknya agak terganggu..kurang cerdas berbanding biasa(dgn kata lain..lembab sikit) "

si ibu terduduk..terasa baru semalam melahirkan anak itu....jauh di sudut hati..terus-terusan menyalahkan diri...mengapa membiarkan dia keluar seorang diri???

terus menunggu di sudut katil..tersengguk2 menahan ngantuk...digagahkan jua diri..menanti anak membuka mata yang terkatup sedari tadi...

"mak..."

"adik...alhamdulillah..isk..isk...adik dah sedar dik...mak risau sangat..kenapa adik asyek tutup mata je dari tadi.."

dia mencuba utk senyum...terharu dgn tulusnya kasih ibu...
risau ibu tidak menentu...walau dia hanya cuma jatuh basikal....bukannya jatuh bangunan..

perlahan-lahan didekatkan wajahnya dgn ibu...

"mak..tutup mata sekejap..."

ibunya lalu menutup mata...akur dgn permintaan anaknya...

diciumnya kedua2 mata ibunya....sambil berbisik..

"sekarang ibu pula pejam mata ya...biar adik pula yang berjaga....mata ibu ingin berehat juga..."

tersentuh hati ibu...limpahan air mata dibiarkan bercucuran membasahi pipinya dan pipi anaknya tersayang...berdakap dlm tangisan...

kasih ibu membawa ke syurga...

kasih anak..entah sampai ke mana.....



terima kasih ibu kerana sudi melahirkanku.......!!!!!!
hamba hina~

Monday, June 1, 2009

ini ada SATU PENGUMUMAN PENTING!


IIS PUBLIC HOLIDAY TALK
Topic: Concept of Haram in Islam
Assalamualaykum, dear brothers and sisters...If you are a Muslim, you will be restricted from many things:
no drinking alcohol
no pork
no gambling
and no Yoga!
In short, Islam is NO FUN!
Is that true?Come and find out the answer and let us learn more about the concept of haram in Islam.
Date: 6th JUNE 2009 (Saturday)
Time: 11am-1pm
Speaker: Bro Yusri Mohamad (ABIM)
Venue: IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula,
Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, KL

Refreshment provided and enjoy special discounts on selected items at Saba Islamic Media.

All are welcome, Muslims & Non Muslims as well.
Bring along your family and friends.
Organised by Islamic Information & Services Foundation (IIS) and Saba Islamic Media Sdn Bhd.

p/s:kalau nak map to IIS,mail me k?

pandu cermat jiwa selamat

Zaaaassssss!!!

sebuah BMW meluncur pantas. dipandu oleh jejaka profesional(namun bukan al-hafiz), memang sangat elegan. *dulu aku dapat tawaran darul quran, tapi tak habis. keluar pergi medic JPA. kalau tak, sekarang dah jadi member huffaz teknokrat.* hatinya berbisik tatkala memandu.

tiba-tiba...

"alamak..... tak guna!!" fuuuuh. nasib baik dia sempat mengelak. sebuah kereta Perdana yang hampir membuatnya eksiden berhenti di bahu jalan. tingkap diturunkan, nampak wanita si pemandu.

"errr, sori...salah saya!" ketakutan wanita itu.

sambil meneruskan pemanduan, jejaka tadi memaki hamun,"bodoh!! kau takde mata ke haa? naik basikal la mangkuk!!" agak kejam bunyinya.

wanita itu pun membalas balik sambil menjerit,"woi!! lembu jalanan!!"

"apa?! kau panggil aku lembu jalanan!! arghhh....jaga kau!!"

DAAAAMMMMMM!!!

"encik, encik tak apa-apa?" wanita tadi menghampiri BMW.

"erk...erk...nape tak cakap ada lembu tengah melintas...hadui mak, sakit nya kepala..."

"saya dah cakap tadi...."bisik wanita itu.

TAMAT. pengajarannya:
  1. berhati-hati ketika memandu
  2. budi bahasa budaya kita
  3. jangan bersangka buruk terhadap orang lain
  4. jangan menyesali perkara lalu, Allah knows best. khas untuk mereka yang menyesal keluar dari dq.
  5. pandang kanan, kiri, dan kanan semula. baru melintas. khas untuk lembu.

Tempe!!!! Tempe!!!!


ASSALAMUALAIKUM. ..

Bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt
..amin

KISAH PENJUAL TEMPE

moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan...

Rumput Dan Kasih Sayang




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput
di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya
tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang
itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik
dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

Sayangilah mereka selagi mereka masih ada.walaupun ada pepatah benda yang pergi pasti ada penggantinya,tapi syukar untuk cari pengganti seperti mereka..

P/s...maksud mereka tu lebih difokuskan untuk ibu bapa kita ek...nanti ada lak salah anggap cakap ana ni jiwang....