Thursday, April 8, 2010

Setitik mengenai ilmu hadis

Bismillah walhamdulillah

Telah jelas kepada kita bahawa hadis merupakan sumber pengambilan hukum kedua selepas Al-Quran. Perkara ini membuatkan para ulama' meneliti bersungguh-sungguh dan melaburkan sepenuh tenaga ke dalam bidang ini kerana sebarang kesilapan dalam meneliti hadis bakal mencacatkan rupa bentuk Islam secara serius. Hadis bukanlah sekadar kata-kata tokoh-tokoh agama atau individu persendirian yang terdedah kepada kesilapan atau kesalahan. Hadis merupakan sesuatu perkhabaran daripada rasullah yang diakui maksum oleh Zat yang mengutuskannya dan setiap daripadanya merupakan pemutus bagi sesuatu hukum dalam Islam. Allah telah berfriman:

وَمَآ ءَاتَـكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَـكُمْ عَنْهُ فَانتَهُواْ

Tambahan lagi, hadis tidak mendapat jaminan seperti Al-quran. Al quran, Alhamdulillah, Allah telah menjamin akan ketulenannya sehingga hari kemusnahan dunia kelak. Al-quran yang sampai kepada kita ialah al-quran yang sama ketika diturunkan pada zaman wahyu. Tetapi hadis sentiasa pula terdedah kepada sebarang penukaran(adulteration). Maka secara sengaja atau tidak sengaja, terdapat pula kata-kata yang dinisbahkan kepada nabi sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Jarak masa yang jauh antara zaman sahabat dan zaman pengumpul (compiler) hadith terkemuka seerti Bukhari, Ahmad ibn Hanbal dan selain mereka menjadi sebab ulama' hadith begitu tegas dalam meneliti sebarang riwayat. Pada zaman dahulu juga tidak terdapat perkakas komunikasi seperti masa kini, malah tidak terdapat pula apa yang dianggil, ' mesin pengesan pembohongan' (liar detetector), maka faktor-faktor ini memberikan laluan mudah bagi sesiapa yang berniat buruk terhadap Islam bagi mencemarkan imejnya yang mulia dan ditambah lagi dengan kelemahan-kelemahan periwayatan hadith yang tidak sengaja dilakukan.

Tetapi Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan umat Islam ini dengan sesuatu yang amat berharga iaitu sistem isnad. Berkata Ibnu Hazm : (Sanad ini ialah) Perpindahan (kata-kata) daripada seorag yang thiqah kepada seorang yang thiqah sehingga sampai kepada nabi secara bersambung (tidak terputus), telah Allah mengekhaskan kepada kaum Muslimin daripada segala agama. (As-Sayuti,Tadrib ar-rawi fi syarh taqrib an-nawawi, jilid 2, ms 109) Melalui ini, ulama' telah dapat mengkelaskan sesuatu hadith itu mengikut ketulenannya dan dieberikan taraf yang bersesuaian.

Akan tetapi sesuatu hadith yang baik sanadnya mungkin sahaja boleh ditolak atau tidak digunapakai oleh ulama-ulama. Mengenai ini Syeikh Rashid Redha telah mengatakan: Adalah perlu dibezakan antara apa yang sabit dengan nas Al-quran dengan apa yang sabit dengan hadis ahad(perseorangan) dan qiyas para ahli fiqah. Sesungguhnya sesiapa yang ingkar dengan apa yang ditetapkan oleh al-quran maka ia dihukum kafir, tetapi sesiapa yang ingkar dengan khukum lainnya hendaklah dikaji alasannya. Tidak ada seorang pun imam yang berijtihad yang tidak pernah mengeluarkan pendapat-pendapat yang berbeza daripada sesetengah hadis sahih, apabila mereka mempunyai sebab-sebab terentu yang dijadikan alasan yang boleh diterima dan orang ramai akan mengikut mereka (Syeikh Muhammad Al-Ghazali, pent: Dr Ismail Ibrahim, sunah nabi: antara ahli fiqh dan ahli hadis, ms 85, Nurin enterprise Kuala lumpur)

Ulasan di atas dibuat oleh Syeikh Rashid Redha mengenai manhaj sebhagian ulama yang menolak hadith yang sahih atas alasan-alasan tertentu. Akan tetapi ada sebahagian orang telah mengatakan: “Hadith Dhaif ialah daripada nabi juga, mana boleh kita menolak sesuatu daripada nabi..”. Membaca kenyataan ini membuatkan kita keliru atas dasar apakah orang sebegini bercakap. Maka kita tertanya-tanya adakah dia ini bercakap atas dasar ilmu atau atas dasar sentimen, atau hanya membantah sesuatu yang dia sendiri tidak faham mengenainya. Ulama'-ulama' dahulu ada yang mengenepikan hadith yang betaraf sahih daripada Muslim dan Bukhari demi menetapkan sesuatu hukum fekah. Maka jika hadith sahih pun ditolak maka apatah lagi hadith yang dhaif. Moga-moga Allah mengampuni saya wa iyyakunna.

Tiada sesiapa pun yang menghalang guna hadith dhaif tetapi perlulah dengan metadologi yang benar. Seperti kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali: Orang-orang yang mementingkan hadis-hadis lemah lebih berhak memetiknya di dalam persekitaran yang jauh daripada aqidah dan hukum-hukum syariah....Hadis-hadis lemah itu bolehlah diambil kira dalam kes-kes sampingan atau dalm menguatkan sesuatu yang telah diputuskan oleh dalil-dalil yang kuat daripada kitab Allah dan Sunnah rasulnya. Inilah metadologi para ulama' kita dahulu (Syeikh Muhammad Al-Ghazali, pent: Dr Ismail Ibrahim, sunah nabi: antara ahli fiqh dan ahli hadis, ms 89-90, Nurin enterprise Kuala lumpur)

Wallhu Musta'an

ps: Kebanyakan sember ialah secondary..tak sempat nk cari sumber asal.

5 respons=):

Anonymous said...[Reply]

Alhamdulillah, post yg bermanfaat..^_^

tapi..'settik' ? adakah kesilapan yang tidak disengajakan?

tah sesape said...[Reply]

Bismillah

tq n telah dibetulkan

花生豆花Alex said...[Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...[Reply]

apehal org kt atas nih??

admin said...[Reply]

spam la tu wahai inchik anon...

nt min padamkan..