Salah satu fakta yang perlu kita sedari apabila kita melangkah keluar dari Darul Quran dan melangkah di Uia ialah; kita sudah TIDAK lagi berada di Darul Quran.
Ya, mungkin kita secara fizikalnya menyedarinya; kita berpijak di bumi itu, belajar, makan, minum dan menjalani rutin harian kita di situ, tetapi percaya atau tidak, tidak ramai yang PEMIKIRANNYA sedar tentang hakikat yang saya nyatakan di perenggan pertama.
"Selamat datang ke dunia sebenar budak DQ,"cerita rakan se-Darul Quran kepada saya ketika memberitahu apa yang salah seorang commitee katakan kepadanya.
Mengenang kehidupan di masa dahulu; dengan konsep-konsep seperti bia'h solehah, ukhuwah islamiah usrah dan juga termasuk cita-cita menegakkan khilafah(??????) merupakan sesuatu yang berharga terutama kepada orang yang berasal dari suasana kontra atau dalam bahasa kasar "suasana kurang islamik"
Tidak dinafikan kadang kala istilah itu dibicarakan dengan nada retorik yang dapat dikesan oleh telinga-telinga kita kerana nada itu dibentangkan dengan obvious sekali oleh mereka yang berkepentingan(saya mengambil risiko yang amat tinggi untuk menulis ini). Dan istilah-istilah itu kebanyakannya juga disambut dengan gurauan-gurauan yang secara tidak langsungnya memberitahu kita sebenarnya tidak serius atau tidak endah dengannya(saya pon join gak). Tetapi siapakah yang boleh menyangkal benda-benda sebegitu atau apa yang diistilahkan sebagai suasana kehidupan di masa dahulu, amat kita rindui.(atau secara peribadi saya yang merindui tapi mesti ade orang cam saya kan2)
Maka di "dunia sebenar" ini, kita bertemu dengan perkara-perkara yang tidak bisa kita ketemu, mengalami pengalaman yang tidak selalu kita alami malahan ada antaranya tidak mahu kita alami dek kerana kebejatannya dari aspek akhlak, dan perkara-perkara lain yang pastinya sesiapa pun memahami apa yang cuba saya sampaikan ini. Segala-galanya tampak berbeza(sedikit atau banyak) dengan pengalaman kita di Darul Quran.
Tiada lagi strict perbatasan antara insan yang berlainan gender dalam aspek pergaulan meskipun ramai berikrar untuk menjaga itu.
Tiada lagi semua orang berakhlak seperti yang dikehendaki atau sekurang-kurangnya tidak menzahirkan apa yang buruk dan tidak disukai.
Tiada lagi semua jubah, tudung labuh, dan stongan. Termasuk juga tiada lagi ana, anta, anti, hua ataupun nahnu.(saya dah stop lama dah guna bahasa camni..sejak kat DQ lagi)
Tiada lagi kelas-kelas mengaji setiap hari dan input tarbiah secara langsung(bukan undergroud)
Suasana kini berUBAH.Atas alasan berubah kita pun perlu berubah.Tidak lagi mengikut norm yang biasa kita lakukan di Darul Quran,tetapi sebaliknya mengambil watak yang lebih global di bumi Uia ini.
Dan bukanlah maksud saya dengan perUBAHan itu kita menukar peribadi kita atau melepaskan segala hasrat nafsu yang terkekang di Darul Quran.Tidak, bukan itu maksud saya kerana orang mukmin itu umpama ikan di lautan.Tidak masin dagingnya walau di persekitarannya sebegitu.Apa yang perlu diubah hendaklah cara pandang dan fikir itu, menerima sesuatu tidak dengan kesimpulan yang sama.(agak sukar untuk memberikan contoh untuk pernyataan di sebelah)
Situasi ini dalam kaedah usuliyin boleh disamakan"Taghair al-Fatwa bi taghair al-Amkinah wa al-Azminah" iaitu berubahnya fatwa disebabkan berubahnya tempat dan zaman.Banyak contoh-contoh yang boleh kita ambil seperti dalam kes pemberian zakat kepada muallafatun qulubuhum di zaman Saidina Umar(Syiah telah menggunakan kes ini untuk menuduh Umar sebagai zindiq), alasan timbulnya qaul qadim dan qaul jadid oleh Imam Syafie' dan banyak lagi.
Menghubungkan apa yang diperkatakan ini dengan Taqwa, hampir semua memahami tentang peri pentingnya taqwa.Antara adillah yang merujuk kepada ini ialah:
(ali imran:102)
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
(alhujurat:13)
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ
Definisi taqwa,seperti mana yang kita tahu ialah berbagai.Dan taqwa itu sering kali dikaitkan dengan kemuliaan.Selalu taqwa itu dikaitkan dengan "buat atau tidak,sesuatu yang baik atau buruk" kerana ramai salah mengambil definisi Imam Nawawi iaitu:Imtisal awamirihi Wa ijitinab nawahihi.Maka oleh itu ramai apabila memerhatikan suasana maksiat atau kemungkaran yang berlaku di sekeliling, ramai yang menJAUHi individu yang terbabit.Menjauhi dalam erti kata tidak mahu bergaul.
Saya melihat fenomena ini terjadi mungkin kerana seperti yang saya katakan tadi; taqwa itu dikaitkan dengan kemuliaan.Dan ramai apabila melihat sesuatu yang tidak elok dilakukan maka dialog sebegini mungkin terbenak dalam hati.
"eh dia tu buat maksiat, tak bertaqwa langsung, jatuh la tahap kemuliaan die tuh.Mana layak nak geng ngn aku yang lebih mulia kerana lebih bertaqwa nih."Dialog sebegini mugkin terlalu kejam tetapi ramai yang menyetujuinya isu sebegini benar-benar wujud.Akibatnya kita dapat lihat ramai antara kita, dalam gerombolan-gerombolan, bak kata saya tadi bergerak menjauhi mereka ini.
Saya akan berbicara tentang hukum "tinggal-meninggal" ini.Perhatikan adillah di bawah:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِى الْكِتَـبِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ ءَايَـتِ اللَّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ(annisa':140)
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِى ءَايَـتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَـنُ فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّـلِمِينَ
(alan'am:68)
Perhatikan kesalahan yang dinyatakan Allah dalam hal" menjauhkan diri" ini.Ayat pertama menyatakan tentang ayat Allah itu dikufuri dan dipersenda.Ayat kedua juga tentang persendaan ayat Allah.Adakah antara kita pernah melihat orang non-DQ melakukan dosa berat sebegitu di persekitaran Uia? Maka mengapa kita bertindak meninggalkan mereka? Juga perhatikanlah ayat seterusnya dalam surah alan'am.
وَمَا عَلَى الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَىْءٍوَلَـكِن ذِكْرَى لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(alan'am:69)
Ayat ini menyuruh orang yang berTAQWA untuk menasihati mereka supaya mereka turut berTAQWA.
Tiada masalah sebenarnya apabila tidak bergaul rapat dengan mereka kerana:“ Agama seseorang itu adalah berdasarkan agama rakannya maka hendaklah dilihat dengan siapa dia berkawan.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud) .
Tetapi jika kita berniat meninggalkan mereka, tidak menegur sama sekali, memboikot barangkali sambil ada yang menyimpan seribu satu dzan terhadap mereka, maka bagaimana da'wah ini mahu tersebar? Tidak meninggalkan mereka, malahan bergaul rapat dengan mereka tdak bermaksud meredhai perbuatan munkar.Lupakah kita bahawa As-syahid Hassan al-Banna itu berdakwah di kelab dan kedai kopi?(saya bukan aliran haraki aa)
Tindakan memboikot atau memulau seseorang kerana maksiat yang dilakukan itu mungkin sesuai di Darul Quran.Tetapi di bumi Uia, sama sekali tidak, malah boleh mendatangkan sangkaan dan salah faham kepada orang lain.Inilah mindset diubah apabila kita menjejak kaki di Uia.
Menyebut tentang skop dakwah itu, mungkin ramai yang akan berfikiran seperti; pakai tudung labuh,jangan usya banin, semayang jangan lewat dan perkara-perkara sebegitu.Usaha ini tidak dinafikan baik tetapi kurang optimum dalam pelaksanaannya dan juga efficiency.Mungkin jika kita seorang yang berpengaruh atau berkuasa, ramai akan mengikut kata-kata kita.Maka semua orang akan menjaga perbatasan aurat dan pergaulan dan sudut-sudut lain.Tetapi itu bukanlah matlamat sebenar dakwah "memaksa" orang mengikut norma agama.Perhatikan ayat ini:
وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيدًا قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(ala'raf:164)
Matlamat da'wah ialah mendapat perlepasan tanggungjawab daripada Allah dan juga agar mereka beTAQWA.Bagaimana taqwa dalam konteks ini?Adakah dengan,seperti yang diperkatakan, kita "memaksa" mereka melakukan dengan melakukan suruhan dan larangan agama mungkin dengan menambah nas supaya mereka tiada upaya melainkan mengikut kata-kata kita?Jika begini maka kemungkinan apabila kita tiada di sekeliling, mereka akan kembali kepada asalnya.Jadilah mereka rata-rata seperti rakyat Arab Saudi.Di negara sendiri mengamalkan agama cukup baik tetapi apabila keluar dari sempadan mereka, ramai yang lupa.
Maka Taqwa bagaimana kita hendak arahkan mereka?Taqwa dalam konteks kini ialah untuk mendidik seseorang itu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk lantas membuat pilihan yang tepat.Begitulah firman Allah:
يِـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
(alanfal:29)
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَءَامِنُواْ بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(57:28)
Dalam zaman realistik ini, kedua-dua ayat ini sepatutnya menjadi kayu pengukur TAQWA kepada diri kita dan juga orang lain.Kita pelu faham tidak semua orang yang dibesarkan dalam suasana yang baik seperti Darul Quran.Dan ramai juga yang telah melakukan maksiat sama ada di waktu sekarang atau dahulu disebabkan kejahilan dan faktor lain.Jika taqwa itu diukur melalui kadar maksiat yang dilakukan, maka barangkali kita akan menjadi orang yang menuturkan dialog di awal artikel ini.
Inilah yang perkara lain yang perlu ditukar.Cara kita menanggapi suatu perkara.Seperti pepatah Inggeris"The first impression will always be the last impression".Saya yakin jika kita terlebih dahulu menukar perspektif kita kepada sesuatu yang lebih realistik, segala usaha untuk berdakwah akan menjadi lebih mudah dan kurang mengecewakan(kepada diri kita bukan kepada orang lain ek..sbb innak la tahdi man ahbabta....).Insya-Allah.
Kesimpulannya, segala usaha untuk mengislahkan itu perlu direncana dengan baik dan dnilai dengan hati yang ikhlas(tidak membalas dendam) dan fikiran yang realistik.Tukarlah cara berfikir dan tukarlah cara memandang. Tetapkanlah sifat istiqamah dan akhlak mulia.Sedarlah kita tidak lagi berada di Darul Quran, bumi barakah yang kita cintai itu.
Saya mendapat motivasi untuk menulis artikel ini apabila berbincang dengan rakan-rakan selepas GPDP. Salah seorang rakan saya memberitahu tentang masalah di pihak banat dan mad'u yang ada di Uia.Bagaimana mereka ini bertindak menjauhi atas sebab "kefasikan"(keh2) mad'u yang ada. Authencity berita itu tidak dapat saya pastikan, maka saya tidak mahu memukul rata atau menyangka sesuatu dengan bukan sifatnya.Pun begitu, saya merasakan rakan saya(bukan calang orang aaa...perwakilan nih) has a point there. Pembuatan artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus tetapi hanya untuk memberi peringatan buat sesiapa yang sudi mendengar.
ps: segala kata-kata dalam kurungan tidak bermaksud menghampehkan diri, tetapi hanya menunujukkan kita sama- sama hampeh dan mempunyai kekurangan. Tiada sesiapa yang superior dalam tegor menegor..Banyak lagi yang kekurangan dan perlu dikupas apabila berbicara tajuk ini,dan mungkin jua saya tersilap.saya memohon tunjuk ajar dan ampun jika ada shotcomings

9 respons=):
Part yg ana tertarik sangat
"Matlamat da'wah ialah mendapat perlepasan tanggungjawab daripada Allah dan juga agar mereka beTAQWA.Bagaimana taqwa dalam konteks ini?Adakah dengan,seperti yang diperkatakan, kita "memaksa" mereka melakukan dengan melakukan suruhan dan larangan agama mungkin dengan menambah nas supaya mereka tiada upaya melainkan mengikut kata-kata kita?Jika begini maka kemungkinan apabila kita tiada di sekeliling, mereka akan kembali kepada asalnya.
ana hadapi dalam dorm ana.. ye ana di nilai bukan di PJ (penginapan kami bukan bilik2,tp dorm). ana terpisah drpd bberapa shbt dq yg lain.Ana berdepan dengan saudara2 seislam yg dtg drpd pelbagai latar belakang.. 75% adalah mereka2 yg 'open' pemikirannya dalam agama.. mereka sempurnakan segala kewajipan sperti solat dan puasa dan lain2.yg bestnyer lg, dyorg mengaji hampir stiap mlm. emm..dan dyorg sedar akan ape yg haram dan ape yg halal..ana percaya drpd cara mereka berborak-borak..dyorg tahu kena tutup aurat tapi..susah ana nk terangkan..pada mereka,sbb nak cantik tu xpe..syarat pmakaian dyorg,1)tutup aurat(tutup kulit lebih sesuai rasanya kalau nak dilihat dr cara mereka lah),2)nampak cantik,3)tak lah terlampau seksi (kalau seksi sikit2 xpe)..ye lah sbb dah ramai org pakai camtu,jadi takkan lah org nak tengok dyorg sangat pun kalau dyorg pakai seksi2..
Ana mintak maaf,ni je yg dapat ana tuliskan satakat ni.ada hal lebih penting perlu diselesaikan.Bapa saudara ana telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi.bapa saudara yg banyak mbantu kluarga ana..mintak sahabat2 dpt sedekahkan Al-fatihah pd arwah..
mungkin lps2 ni,kalau ada kesempatan,ana sambung..
wassalam..
alhamdulillah wasolati wasalam 'ala rasulillah.
Takziah buat pemberi komen atas bapa saudaranya.Kita wajarlah mendoakan utk allahyarham dan mengamil kematian itu sebagai pengajaran.
Ehem.pendapat tak semena-mena:
Berdasarkan apa yang ditulis,kita boleh mengandaikan bahawa teman sebilik itu menggunakan logik akal dalam menfsirkan apa "yang boleh dan apa yang tidak boleh" dan secara tidak langsung menunjukkan mereka tidak faham dgn pengetian yang sbnr.Masalah "memahamkan" ini merupakan masalah yang biasa dihadapi dalam arena tegur menegur ini.Saya pasti ada banyak lagi yang ingin diperkatakan jadi saya tidak boleh jump into conclusion dan memberi komen balas.Ini jerlah yang termampu nk balas..moga bermanfaat.Dan seperti yang dikatakan dalam artiel,artikel ini memerlukan kupasan lebih luas,jd mungkin ada point yang tertinggal jd harap di complement kan.
ps:bukan kat nilai jer dok dalam dorm, mahallah aisyah pon same gak..
betul tu afiq.
al-fatihah.
sambungan..
ana xde mood nk smbung..maaflah..cume ana dah dpt jwpnnyer ana rase..
ana akan cube gune cara pling lembut..x nak paksa,tp biar dyorg faham sendiri atas sbb ape hukum2 tu jd mcm tuh..
dan yg pling penting,"jgn terlalu tension sbb nak dptkan natijah yg cpt"..doa dan jgn tinggalkn mreka2 tuh..(abg ana pesan)..
InsyaAllah akan cube seihsan mungkin..
wassalam..
salam 'alaikum...
bismillah...
kd entah sesape...ana mcm fhm je mksd ayt anda yg d bhgian bwh artikel tu...ye..ana..fhm..anda seorang anak yg soleh..membantu ibu menyapu sampah,melipat kaen,membasuh pinggan,menjaga kucing..semua tu adk - beradik lelaki ana xpernah atau jarang skali buat..mgkn sbb tu ana x terfikir anda mampu menonton tv sambil2 menjalankan tanggungjawab sbgi seorang ank yg soleh...
anda ada ilmu..ana ni kurang ilmu..xlayak nk tegur lebih2...buatlah apa yg anda mahu...kerana anda seorg yg tahu hukum...
p/s:ana msh baru dlm dunia dakwah ni..baru knl apa itu menjadikan Islam sbgi cara hdp..ana rasa identiti ana dh terbongkar..mcm mna blh terbongkar..entahlah...anda lbh tahu..tp..jka ada apa2 hutg atau dendam yg perlu d langsaikan..ana akn lgsaikan semampunya...tp dgn cara yg Islam anjurkan lah...Insyaallah...
bismillah walhamdulillah..
seharusnya perbincangan ini di buat di blog lain yang cik anonymous sendiri.
Tidak ada dendam, salah laku, atau dosa sekalipun dalam hal ini.Perbezaan ijtihad berlaku antara ulama'2 yang dikenali ketaqwaannya.Inikan pula antara pejuang2 amatur.
Ana banyak berfikir lately.Seharusnya kita atau lebih spesifik ana patut berlapang dada atas segala teguran.Tidak perlu bersusah payah membuat artikel baru dalam membalas komen, membuat komen baru bagi menjawab komen atau menyelitkan sesuatu di satu tempat yang tidak perlu diselitkan.Mungkin kata2 yang paling mudah dan optimum(aisaruhuma walam yajid lahu ism) ialah dengan berkata "Anti betul.InsyaAllah ana tak tgk lagi citer tuh dah." Tetapi apa yang berlaku ialah ana membuat usaha merasionalkan tindakan ana yang kurang sesuai itu.
Jadi atas dasar itu, saya menarik balik kata2 saya dalam komen balas, artikel dan juga artikel di blog "lain".
Mintak maap zahir dan batin(alamak atas guna ana ek...anggap jer la "ana" ngn "saya" tuh sama keh2)
bismillah...
"Anti betul.InsyaAllah ana tak tgk lagi citer tuh dah." Tetapi apa yang berlaku ialah ana membuat usaha merasionalkan tindakan ana yang kurang sesuai itu.
Jadi atas dasar itu, saya menarik balik kata2 saya dalam komen balas, artikel dan juga artikel di blog "lain".
Mintak maap zahir dan batin(alamak atas guna ana ek...anggap jer la "ana" ngn "saya" tuh sama keh2)
ye..setiap tindakan ada rasionalnya..tapi anda masih xtahu kn identiti ana?
bismillah
erm seriously ini perlu di bawa di blog yang lain.(uqbah pas nih tolong delete sume komen aku kat artikel nih)
jawapannya ialah:tak tau...
kah.. kah.. kah.. kah.. kah..
Romantik giler..
insyaAlah baitul Muslim..
Post a Comment