Sunday, July 12, 2009

aku taknak bangun!!

"bangun, bangun!!"


"hey fauzul(bukan nama sebenar) bangunla! dah dekat pukul 8 ni!"


"taknak taknak!" jawab fauzul (bukan nama sebenar) selamba.


adakah anda fikirkan entry saya kali ini berdasarkan ini?
nyata anda salah! :-P
padan muka! hehe


sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
kita mengaku kita beriman.
kita hafal ayat,



"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengaku beriman
sedangkan mereka belum diuji?"

bahkan sangat masyi kerana ayat tu di awal surah. hehe
kita mengaku bahawa setiap orang diuji.
akan diuji. sedang diuji. dan PASTI DIUJI.
(dan ikutlah cara sunnah. pasti dan pasti ada kejayaan.
iklan sebentar. hehe)

sahabat-sahabat sekalian,
sesunggguhnya ini bukan ucapan atau surat.
ini hanyalah satu entry untuk blog Gen-9 yang telah lama tak dikunjungi atau dilawati.
walaupun setiap hari mengulang-ulang ayat 'zaara' dalam kelas bahasa arab.
(bagi pelajar yang kurang cerdik bahasa arab macam saya)

kembali pada entry kita.
saya akui, bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdik macam saya,
(kurang cerdik ya. bukan bodoh. jangan buat lawak kasar pulak. :-p)
agak sukar untuk cope dengan cara pembelajaran di universiti.
walaupun sebenarnya CFS dan bukan universiti.hehe
kadang-kadang bila ada kuiz dan tutorial atau apa-apa,
terutamanya mathematics, physics and chemistry.
ada yang terpaksa menjeling kawan sebelah,
pura-pura kalkulator dan sebagainya,

tapi yang ego, belagak sendiri dan buat sendiri walaupun tahu memang salah. haha
bila dapat result, rasa kecewa.
ada juga yang kecewa masa jawab soalan tu.
"adoi..kenapa la aku tak reti jawab soalan ni..."
perlu jawapan ke soalan tu?
jawablah ape korang nak. saya jawab tak.
ini entry saya. so ikut suka saya la. haha

ya. it is understood that keadaan-keadaan macam ni memang mengecewakan diri sendiri.
waktu-waktu macam ni rasa sangat inferior.
macam-macam fikiran negatif datang.
betul tak?
(sila jawab betul.hehe)

kita mula melihat orang di sebelah,
"cis dia ni. study sikit je. main banyak. kalau pergi gym, pegi sekor. tak ingat kawan. pastu tak ingat nak balik bilik. apasal dia cam pandai sikit dari aku?"

sahabat-sahabat yang dirahmati, insya-Allah
awal tadi kita membicarakan ayat surah 'Ankabut ayat 2.
kenapa ya Allah letak ayat tu di awal surah?
mungkin Allah tau akan wujud huffaz awal juzuk, awal sura, awal maqra'.
jadi Dia inginkan para huffaz ni sentiasa ingat ayat-ayat macam ni.
pernah tak korang perhatikan ayat-ayat di awal juzuk, awal surah dan awal maqra'?
perasan tak ayat-ayat yang berkenaan adalah ayat-ayat yeng penting dan menarik?
tell me, Allah tak buat susunan-susunan ni secara sia-sia kan?

mungkin kita diuji dengan kurang cerdik,
agak kita lebih banyak berusaha.
agar kita lebih kuat berusaha.
agar kita sedar,
kalau kita hendakkan sesuatu, we gotta work hard for it!

dan mungkin jugak yang di sebelah dijui dengan kecerdikan.
mungkin dia tak perlu berusaha keras untuk berjaya,
tapi Allah nak tarbiyah dia untuk merendah diri dan bersyukur.
dan dia juga perlu sedar bahawa Allah punya kuasa untuk menarik nikmat itu bila-bila masa yang Dia hendakkan.

kalau anda tak percaya Allah akan buat itu,
anda boleh mintak testimonial atau pengakuan benar dari penulis sendiri.
dan saat ni baru akan terasa ruginya tak bersyukur.
tapi bila dah terlewat, apa gunanya kan?

jadi itulah pointnya sahabat-sahabat.
bear in mind bahawa setiap kita diuji.
dan ujian setiap kita berlainan.
kadang-kadang kita melihat seseorang sedang diuji dan dia kelihat belum berjumpa jalan hakiki.
hati kita mencemuh.
wajarkah itu?
saya bercakap tentang diri saya.
moga saya beroleh hidayah.
maksud saya petunjuk hidayah.
bukan wanita bernama hidayah.

berbanggalah kerana kita diuji.
itu tandanya Allah masih ingat pada kita.
Allah masih sayang pada kita.
kalau kita tak terasa seperti diuji, bukan tanda nya ujian itu senang,
tapi masih adakah Allah dalam hati kita?
peringatan buat diri sendiri, insya-Allah.

kerana mata si penulis ini lebih awal membaca dari kalian.
sama-sama kita thabat dalam memartabatkan Islam.
sama-sama kita wakafkan diri untuk Islam.
kerana kita milik Allah.
bukan milik sesiapa.
dan kita untuk Allah.
bukan untuk sesiapa.

sahabat-sahabat,
sama-sama kita thabat dalam ujian.
ujian in baru peringkat 2.
akademik bukan segalanya.
Allah pemilik segalanya.
dan Dia miliki akademik.
Dia akan beri akademik pada sesiapa yang Dia hendak.
mintalah pada Dia.
salam perjuangan.

(saya ulang. ini bukan surat)
p/s: jangan lafazkan 'AKU TAKNAK BANGUN! bangunlah setiap kali jatuh'
gpdp takde kuasa. hehe. iklan lagi

0 respons=):