Sunday, May 31, 2009

SEMUA YG BAKAL BERGELAR UMI........ABI...USAH TERASA HATI.....

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang
lima
waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada

mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


begitu indahnya Islam..sengaja dberikan kewajipan ketaatan kpd ibu TIGA KALI GANDA ketaatan seorg anak kpd ayahnya...bukan apa..kerana...walau langit terbelah....walau taufantsunami melanda...walau LaNina menduga...si ayah TIDAK AKAN MAMPU menandingi jasa si ibu dlm tiga perkara...


pertama...MENGANDUNGKAN anak...

kedua...MELAHIRKAN...

ketiga....MENYUSUKAN.....

wahai para bapa sedunia...

usah berkecil hati...kerna anakmu mengurangkanmu dlm ketaatannya...

kerna jgn bapa lupa....bahawa para isteri wajib memberi sepenuh ketaatannya padamu setelah ALLAH DAN RASUL...

syurga anak terletak di bawah kaki IBU....

syurga isteri terletak di bawah tapak kaki SUAMI...

adil bukan???

begitulah indahnya Islam...sunnatullah...syariatullah....sempurna..tiada cela...jika keduanya seiring bersama berirama dlm roda hidup MANUSIA..

semunya yg membaca..

para bakal umi...ibu...emak...mama...

para bakal suami...husband...ketua keluarga....


Andai Islam menjadi cara hidupmu....

Insyaallah...semuanya sejahtera...


p/s:sampai berjumpa...

hamba hina~

Saya saayang Ibu..........


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.


Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya...

Ps :Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.

"Saya Sayang Ibu"

Saturday, May 30, 2009

ORG MELAYU NI KREATIF KN??KN??

mm..org melayu ni mmg kreetif..btul..xtpu..xcayer???

btul ni xcayer???

cayer je lah...ust hamba sndri ckp tau..."org melayu ni kreatif betul..."

nk tau knapa beliau berkata sebegitu rupa??nak tau x??..sebabnyer...

sebabnyer...kalau kita tgk cte2 HANTU BUATAN ORG MELAYU...byk...mmg byk kt tv...wayang...(x g tgk pn...tp dgr2 kabo ler..xtau la betul ke idak...)

mcm2 nme kn hantunye...LANGSUIR...(asal dberi nama tu sbb hantu ni ske kibar2 cm langsir kot..mngkin...agak ja...)PONTIANAK....(mgkn sbb hantu ni ske bawak anak kulu kilir kot...mgkn...cakap ja...)...HANTU POCHONG...(mgkn sbb dy ske lompat2 cm nk menari poco2 je gayernye...mgkin...bayangan ja...)..ble nmpak hantu tu xda badan...tinggal kepala ja...bg nama..PENANGGAL...sbb bdn dia dh tertanggal...ble nmpk hantu pakai baju raya...pggl....HANTU RAYA....aih...mcm2 ada...(mcm astro ja kn...)

HAKIKATNYA....semua hantu tu berasal dr keturunan...baka...saka...dan...baja yg sama...iaitu SYAITAN...atau nama manjanya...SETAN...siapa suka pergi shopping kompleks nma i-SETAN???cpt ngaku...he..dlu2 hamba ada la pernah TERpergi k sna...tp skrg x lg..ntah..xtau knapa..dh bankrup agaknya kompleks tu...biarkan saja...mm..berbalik kpd cerita kita...tntg apa ya???ah..org melayu kretif...

so..skrg dh percaya x??melayu mmg kretif..pandai mengaitkan isu semasa dgn hantu2 agar muda memmberi nama...bkn apa..supaya mudah kerja...mudahkan kerja para penanggkap hantu sedunia...agar nanti tidak konfius..atau..pusing..atau pening....utk mengelaskan para hantu...seronok betul hantu2 zmn sekarang ni kan...free2 dpt nama...sedap pula tu..unik lg..mmg ada kelas...

ok..wahai jari..sila berhenti merapu..pembaca ni dh x laat nk kerut2 kn dahi utk memahami kemerapuanmu..."baik..."(jari menjawab...)

kepada para pembaca...sekarang cuba pejam mata...dh pejam???tipu..kalau dh pejam mcm mana blh baca apa yg hamba tulis ni??he...

ok..pejam mata...tapi jgn rapat sgt...bukak sikit...tp jgn kenyit mata pula...buat biasa ja...

ok..dh pejam??bgs..skrg..fikirkan...apa akn jadi jika gejala ORG MELAYU KRETIF ini terus menular di kalangan anak bangsa kita???akan bertambah lg satu rukun dlm rukun negara...iaitu..KEPERCAYAAN KEPADA HANTU DAN KAUM KERABATNYA...percaya hantu amt dahsyat dan bisa membahayakan keselamatan dan kesihatan negara kita...argh..mgkin kepercayaan ini melebihi kepercayaa kita bahawa..HANYA ALLAH YG MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALANYA....mgkin saja ini bisa terjadi..tetapi igtlah...ALLAH berfirman dlm kitabnya yg mulia.."...padahal mereka tidak akan dapat sama sekalimemberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dgn izin ALLAH..."(AL-baqarah:102)...sila rujuk jika kurang percaya..

maka..semua ini salah siapa???adakah salah kerana org melayu mmg telah dilahirkan semula jadi kretif dlm memberi nama???atau para pendakwah tidak menjalankan tugasnya membetulkan yg salah dan menegakkan yang benar??siapa itu pendakwah??kamu??hamba??ana ??atau kita???jawapannya ada di dada..lihat..tepuk dada..tanya IMAN...usah bertanyakan pada AIMaN...nanti AIMAN jwb...AIMAN TAK KESAH...

tugas ini bkn mudah...namun xmengapa..teruskan usaha...manusia hanya mampu berusaha...ALLAH yg mentakdirkan natijahnya...usah bimbang usah resah...kerana ada dua kemengan yg menanti....hidup mulia fi sabilillah...atau shahid mendapat syurga...INSYAALLAH...segalanyanya mungkin....dgn IZINNYA....segalanya pasti apabila sudah DITAKDIRKANNYA.....

hamba hina memohon maaf jika ada silap bicara...moga ALLAH memberkati semuanya...ameenn...

p/s:usah biarkan hidup anda d selubungi MISTERI......

USAH BIARKAN IA BERULANG...

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah
www.iLuvislam.com

Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti...

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.


Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…
Fadhilat Istighfar:Menghapus dan Menutup Dosa
www.iLuvislam.com
HarakahDaily.net



Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia.



Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.


p/s:-muhasabah...muhasabah...koreksi yg buruk...istiqamah dgn yg baik...Insyaallah....
Langit Ilahi Rotating Header Image

Akhirnya sempurna.

Cover Terasing yang saya buat untuk suka-suka...

Cover Terasing yang saya buat untuk suka-suka...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Akhirnya Novel Terasing telah sempurna. Bermula dari hari Jumaat yang lepas, saya menulis hingga hari Isnin. Ceritanya telah siap. Seterusnya, saya berehat pada hari Selasa, dan pada hari ini saya baca semula, menolak tambah apa yang patut dan memperbetulkan beberapa kesalahan dalam penulisan. Maka, sempurna lah Terasing hari ini dengan izinNya.

Alhamdulillah.

Saya ucapkan terima kasih atas tembakan-tembakan doa kalian kepada saya. Semoga ALLAH berikan kejayaan yang lebih besar pada Terasing, dan tidak lupa juga kepada Novel Relasi yang bakal diterbitkan tidak lama lagi ini.

Justeru, sebagaimana janji saya, saya akan menyiarkan sebahagian dari Novel Terasing ini untuk tatapan pembaca di website ini.

Untuk post ini, saya dahulukan prolognya.

Semoga memberi makna.

Terasing

Kisah ukhuwwah

cinta

Hubungan dengan semua

Baik di langit mahupun yang berada di atas dunia

Kutumpahkan dakwat dengan namaNya

Kuharapkan barakat daripada Yang Maha Esa

Agar segala huruf di dalam kisah ini

Mampu menyentuh hati-hati manusia

-Hilal Asyraf-


Prolog

Dua janji

Suasana ketika itu damai. Hati benar-benar disapa besarNya DIA. Terasa benar diri ini akan kekerdilan seoranng hamba. DIA telah menciptakan matahari yang sedang terbit itu. Kemudian DIA lah yang mewujudkan angin, bertiup sepoi-sepoi basaha mengelus rambutku. Membuai jiwaku tenang. Dan bibir terasa ringan menutur tasbih, memuji kebesaranNya, yang menciptakan segalanya.

“ Ha, berangan apa tu?” Satu suara menyapa menggetarkan gegendang telinga.

Aku tidak menoleh. Sudah kuketahui empunya suara.

“ Berangan apa pulak, tengah kagum dengan ciptaan ALLAH ni” Aku menjawab dengan senyuman.

Empunya suara itu berdiri di sebelah aku.


p/s:-karya terbaru dr Hilal Asyraf..penulis novel VT...besh..xtpu..br bc prolog je pn...dh ader raser aura nk beli buku tu..xcaya???ce tgk sndri kt website ni...langitilahi.com.....(sekadar ingin berkongsi..)

mata kanak-kanak

tertarik utk sambung tajuk d bwh ni...nk criter sikit..bismillah...
pada suatu hari..d satu pondok usang(xdelah usang sgt..tp usang la jgak klu nk dbndgkn dgn umah mahathir...)rumah batu....ader kayu sket2..perabot..kayu jati buatan Indonesia asli..betul!!xtpu!!...xcaya??jemputlh dtg umh..tgk sendiri..tp bkn rmh 'hamba'..umah dy ni...minah..
ewmm..sambung semula cte yg td nk cte...cte psl tntg minah...tp bkn psl minah..tp berkenaan uminyer...tp..bkn perihal uminyer...it's about...anak murid uminyer...

nk djadikan ceghiter...uminyer seorg guru d sebuah sekolah rendh agama JAWI...(bkn rumi..he)..beliau mengaja bdk2 drjh dua...phm2 jelah..budak2 ni mmg mcm2 kerenah..kjap2..."ustajah...dy skodeng makwe sayer!!!!"...(kecik2 dh ader makwe...aih...)...xsmpi bpe minit kemudian..."ustajah...telinga sayer darah...!!!"..."mcm mne blh darah??"..."kwn sayer tumbuk...isk..isk...(menangis dgn muke cememeh sambel menekup telinganya...bayangkan ja..)"..."Ya Allah..dh berdarah ni sy x blh nk buat aper...(umi si aminah terdiam sbntar smbl memikir sesuatu...tbe2...beliau kater...)...kalau jumper doktor ni...kne gnti dgn TELINGER KAMBENG ni..!!..(sambel buat muke selamber...)"....pelajar tu x terkater ape2..terdiam terus..henti nanges jap..terkebil-kebil mlht ustajahnye..serius..xder muker penipu..bergurau...atau bercanda...mmg xda..muker..jujur...'innocent'..."sayer xnk jmpe dokter...xnk tukar telinga kambeng...xnak telinger kambeng......isk..(sambel menyambung tangisan yg terhenti sbntar td..)..kwnnye beri nsht..spontan..."baek jgn jmpe doktor..nt kne tukar dgn telinger kambeng..."..dier angguk2..tanda stuju...'bdk2' 2 lalu terus membawa diri..kembali ke kls semula... tanpa sempat 'ustajah' meletakkan walau setitis minyak but2 pn...(myk serbaguna keluaran hpa...nk tempah??blh jmpe 'ustajah'..he..maaf yer..promote sikit ja ni..)....

sebaek sje 'bdk' 2 hlg dr pndngn mater...'ustajah'(umi si aminah td 2...) tdk semena2..gelak sorg2..(dh lamer thn gelak snanyer...).."hehe...igt td nk gurau je..ade ke patut dier pegi caye??"(kata ustajah..dlm hati je..).."hei..bdk2 zmn skrg ni...mcm2..."..

inilah kuasa imaginasi knk2...mmg kdg2.. tak ada logika!!he...ni cerita benar....bkn 'cobaan' tp betul2!!...kisah 'bdk2' zmn skrang ni....the next generation...voice of tomorrow...pecayer je aper org ckp..tambah2..ustajah yg ckp...cbe bygkan jka ustajah cakap..."Tuhan tu ada tiga..satu Tuhan...satu lg..anak tuhan..satu lg..ibu tuhan..."..msti bdk tu pecaye kn??kn??kn??x mustahil!!..mngkin...amat mungkin!!..jka pemikiran mereka x ikut modul sbena Islam..(he..mcm ribat puler...ckp psl modul ni...)...maka...HANCURLAH MASA DEPAN...

p/s:-jgn biarkan hidup anak2 anda dise lubungi MISTERI....byk lg snanyer...tp...dh luper..aih..forgetfullness...

Friday, May 29, 2009

children's eye

salam...
ini hanye skadar perkongsian, dr pengalaman mase lalu...

bismillahirrahmaanirrahiim...
aku msih ingat pristiwa itu. suasana senja menghadirkan perasaan yg bcampur baur d dlm dri ini..seram, sejuk, ngantuk, x sabar(nak tgk doraemon), dan bermacam-macam feelings lg yg x larat aku nak gmbr kan...
fatrah cuti sekolah yg sdg menyelubungi penduduk malaysia pd ketika itu, aku habiskan dgn tnggl d umah mak sdare belah bapak aku. lokasinye terletak d kg tersusun pengkalan pegoh, pasir puteh, ipoh.namun yg menimbulkan tanda tanye dlm diriku ialah, rumah2 d kg ini tdk lah begitu tersusun kedudukan nye..keh keh keh...

bapak sdare ku sdg bersiap-siap utk ke msjid bg menunaikan fardhu maghrib scr berjamaah. aku tdk turut serta, dan aku tdk mempunyai jwpn utk djadikan alasan utk keengganan itu.. pd mase yg same, mak sdare ku sdg menyiapkan juadah mkn mlm d dapur. aku pula?...berseorangan d ruang tengah, bersedia pd bile2 mase shj utk siaran kegemaranku, hahahaha... detik terus berlalu, iklan membuatkan ku tertunggu-tunggu, tingkap umah sudah ku tutup satu-persatu, d umah setengah batu, setengah kayu, di sni lah tmpt ku membesar dulu, kire cam umahku, syurgaku!

"assalamualaikum.."...senyap. aku mengalihkan prhatian ku drpd televisyen. haizzz...saper lak yg dtg tym mghrib2 ni?? ni da mengundang kemurkaan aku ni, rase cam nk mohon smbh derhaka lak. haduuui...aku pun menjengah ke tingkap d ruang tamu. dari jauh shj, sbb kan mmg aku lpk kt ruang tengah sedari td. kebetulan tngkp d bhgn itu msih blom dtutup, cmne ntah aku leh terlupe. seorg lelaki memakai songkok kelihatan d hadapan umah. siape kah? aku pun x knl... aku segera inform kpd bapa saudara ku mengenai kehadiran tetamu x diundang itu. kebetulan beliau sdh pun ready nk ke msjid. mak sdare ku turut selesai menyiapkan mkn mlm, maka beliau pun turut serta ingin melihat siapakah yg hadir. mereka bdua kelihatan pelik dan ragu2. masakan tidak, hanye aku sorg jek yg mendengar ucapan salam sbntr td. namun aku bkali-kali menegaskan bhw aku mlihat dgn mate kpale ku sndri gerangan mnusia yg muncul slps ucapan salam td...

dgn pnuh bhati-hati, cmpur suspens skit, kalo nak include thriller pun orait jek, kami bertiga bergerak menuju ke pintu utama. klak!...pintu dbuka oleh bapa sdare ku. senyap...tiada sesiapa d dpn umah...

aku trus kuar, nk memastikan sama ade llk td benar2 tiada. ya...btol la plak. ek? cmne leh hilang lak brader bersongkok td? musykil2... pelbagai andaian tdk enak muncul satu persatu d benak pemikiran ku.
kisah jin menumpang hidup di umah manusia, lwtn drpd org bunian, alien bersahabat dgn manusia, & bermacam-macam lg la kisah mistik dan paranormal yg ade kaitan dgn insiden yg blaku kpd ku skrg. bpk sdare ku melihat skeliling umah, nmun ttp hmpa.tibe2, mak sdare seakan akan terkejut..aku ngan bpk sdare trus bpaling ke arah nye dgn seribu tanda tanye serta penanda wacana...

"lerh...org hntr surat jmputan rupenye...ni haa ,
'jmputan ke gotong-royong msjid....' ," kate mak sdare ku...cis!! nape brader 2 bg salam pastu blah cmtu jek?? grrrr...bengkek nye ana(gne bhs arab nk neutral kan balik prasaan)..

YA...itulah die pengalaman ku swaktu msih bersekolah rendah dulu. begitulah pengaruh citer2 seram dan gak berunsur ketahyulan, terhadap kanak2. isu yg mungkin dianggap remeh oleh sbhgn drpd kite, actually agak pnting utk dperbincg kan dgn lbih lnjut. pemikiran knk2 bleh dkategorikan sbg msih fresh, tdk tepu, & mdh utk dceroboh oleh perkara2 yg menakutkan spt hantu. mereka bgitu dmomok kan dgn unsur2 sbegini, sehinggakan terbawa-bawa ke dunia realiti. bagaimana ini bleh blaku?

kanak2 sememang nye bnyk
berimaginasi, ssuai dgn proses tumbesaran nya dlm stage mengenali alam sekeliling. pemprosesan idea2 baru amat memerlukan kpd daya imaginasi yg bergerak seiring. sbg cnth, apabila menyksikan sebuah helikopter melakukan penerbangan, maka ade sesuatu yg dpelajari nye - mamat yg bernama helikopter ni bleh terbang d udara. namun ia tdk terhenti bgtu saja. tdk menghairankan sekiranya slps drpd itu, knk2 tsebut mengambil ape2 yg dirase kan seakan-akan helikopter, dan seterusnya 'menerbangkan nya' dgn tgn. dia akan cube mengaitkan sesuatu peristiwa itu dgn peristiwa yg blaku sblm drpd itu, mskipun scr zahir nya ia tdk bkaitan..cume fikiran nya shj yg terus terbayang-byg bgaimana hlkptr bleh trbg. d sni lah kekuatan fikiran seorg knk2.

citer2 seram yg rnck dtayang kan d kace televisyen ketika ini perlu dhentikan sgera. atau plg tdk, dkurang kan siarannya. mungkin ini bkn lngkh terbaik, nmun it's still better drpd tiada lnsung tndakan!
nah, syabab2 yg bakal muncul 20-30 thn akan dtg ialah seorg penakut!! hahahahaha... ini kah yg kite mahukan?
ckup r dgn kmunculan mslh sosial yg pelbagai ragam ketika ini; dadah, mat rempit, ragut, anak luar nikah, ponteng skol, dan semacam lg, membuang mase kite utk menanggani nye. sedang mslh blom selesai, satu lg mslh mncul.
skop 'ghazwatul fikr' seharusnye dpndg dgn lbih luas. kita harus sedar, serangan pemikiran musuh2 islam bkn sj yg melibatkan sport, song & sex, serta yg sewaktu dgn nye, 'ketakutan' terhadap pontianak, langsuir dan mkhluk mistik khayalan lain seharus nye turut diberi perhatian sewajarnya. kekang sblm parah..ingat! bak kate RL STINE (penulis novel seram Goosebumps) : tempat yg paling menakutkan ialah fikiran kamu.

Thursday, May 28, 2009

template. atau kamu panggil layout itu bukan senang mahu pilih.

assalamualaikum

mula mula rasa sangat segan mahu promote blog ini pada kamu semua rakan rakan gen9.
serius. tidak klentong walau sepatah. memang malu aihhh~

tapi,,, sekarang dah tak. sebab layout yang baru ini sangat la lawa. heheh.

takpe. kalau rase tak puas hati, beritahu awal awal. sebab nanti senang kerja. senang nak add widgets[benda alah] kat tepi tepi ni.

hmm... alkisahnya, kerja pilih layout ni takdelah susah sangat pun. tapi, syed syahmi dah mula dengan sempoi dan santai... so, takleh la nak pilih layout yang serius dan buat orang tertekan... kena la ikut dia punya 'gaya'.

hey, kite memang nak blog ni santai je kan? ke nak skema?
benda ni pun boleh beritahu. InsyaALLAH tiada masalah... sebab kalau dah tak suka, tukar ja lah...^_^
ni antara yang terpilih.
------------------------------------------------------------------------------------------------

owh ya, saya mewakili sidang penulis blog ini, menjemput siapa siapa ahli gen kita untuk menulis dalam blog ini. baru lah sentiasa ter'update'...huhu

ok. syarat syaratnya ialah...
1-pernah menulis karangan bahasa melayu atau inggeris melebihi 250 patah perkataan.
2-mestilah ahli IQRaC generasi ke-9

tu je kot.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
lagi satu,
kalau request anda untuk menjadi author telah diterima, mohon dapat jaga bahasa, budaya, tatasusila, adab, akhlak...dan apa apa yang kalian rasa penting untuk menjaga imej kita sebagai hamlatul Quran...^_^

regards,
nik uqbah

Tuesday, May 26, 2009

tamat tak bermaksud berakhir. kan?

apa anda akan kata?

dur awwal dah habis.
dur thani pun dah habis.
rasanya semua dah balik rumah.
sibuk dengan persiapan nak ke IIUM.
(english, please.hehe)

tapi sayangnya yang di atas takde kaitan dengan tajuk.hehe
eh, ada sikit.

apa pun,
jelas yang sesi kita di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
sesi 2008/2009, dah tamat~!
Yes.
I mean it. KITA.
siapa kita?
bak kata owner blog ni, Nik Uqbah,
saya. anda dan mereka.
tapi bak kata saya pulak,



ini dia.
mereka ini sebenarnya.
(dan juga beberapa orang yang 'mahal' gambarnya, lalu tak masuk dalam gambar.hehe)

sesi kita dah tamat.
tapi belum berakhir kan? per

ya. memang belum berakhir.

pertamanya, adakah anda rasa ukhuwah selama setahun setengah ini akan berakhir?
(cewah.ayat skema sket.hehe)
saya jawab tak.
kenapa?
sebab sekarang dah ada blog Gen 9!
hehe.

jadi selamat datang saya ucapkan kepada
sahabat sahabiyah Persijilan Tahfiz Darul Quran 2008/2009
ke blogspot rasmi Gen 9!
(lawa kan button badge dgn t-shirt gen? hehe)

p/s: uqbah, suruh la sape2 tukar layout!