Hidup,
Akan disuap pujian,
Janganlah mudah makan perasan.
Hidup,
Akan dilempar ujian,
Janganlah mudah perasaan terkesan.
Hiduplah,
Berpesan-pesan,
Pada teman,
Pada kawan,
Pada taulan,
Moga memberi pengajaran,
Moga menjadi pedoman,
Moga terlekat di ingatan,
Moga disalurkan anggota amalan.
Hiduplah Islam,
Untuk diri supaya dapat rahmat,
Untuk keluarga hidup berkat,
Untuk masyarakat makmur adat,
Untuk Ummat seraya jagat,
Untuk Daulah di puncak hebat.
Hidup,
Hiduplah,
Bekerjalah seakan tidak habis hayat,
Beribadatlah seakan mati itu dekat.
Hiduplah,
Untuk memberi supaya berkat,
Sampaikan dariku walau sepotong ayat.
****************************************
Ahmad Ashraf Azhar.
Mahallah MARA, PA UIAM Nilai.
11 Muharram 1432/17 Disember 2010 | 0000-0012.
0 respons=):
Post a Comment