Thursday, June 24, 2010

berkat [ edisi cuti ]

bismillah walhamdulillah.

ini trademark afiq eh? :P

ok, rasanya dah lama tak tulis entri sendiri dekat blog gen ni. rasa2 paling baru pun berapa baris je ayat sendiri. yang lain semua kopi dan pasta punya gaya. biasalah. tapi ada link sekali lah.

sementara tengah cuti dan sementara tak cuti sorang2, saya rasa ada benda yang boleh tahan best jugalah untuk kongsi dengan yang sedang bercuti di rumah. *bestkan? :D*

ada sekali tu dengar ada budak kecil cakap, bila ada orang tanya kenapa dia rajin solat tahajjud.
dia balas,
sebab mak cakap seumur hidup kena solat tahajjud ni paling kurang sekali.
tapi tak tahulah kalau yang sekali tu Allah terima tak.
jadi kena la solat banyak kali.

berbalik kepada situasi kita yang sedang seronok di rumah ni,
apa kata rajin2kan diri anda mengemas rumah. nak menambat hati mak kita, takkan kemas rumah sekali je. kemas banyak kali. kalau boleh tiap2 hari terus.

nanti nak sambung belajar masuk main campus baru la mak kita macam rasa kehilangan sikit bila kita dah tak ada kat rumah. secara tak langsung akan selalu teringat akan kita sekaligus selalu la depa doa kat kita. ye dak?

baru la senang belajar.insyaALLAH.

p/s: pembaca digalakkan berumur lingkungan 10-12tahun =)

Tuesday, June 22, 2010

fruit flies~

Everyone in class listens closely when a knowledgeable student explains some facts to his university professor. Evolutionary theory is a myth. God created everything; the evidence clearly points to it. Nothing else can explain the mountain of evidence. This is science vs. evolution 'Creation Science Facts' expos .

Instructor: There are millions of marvelously designed life forms in the world today, and they all evolved by natural selection.

Student: But prof, natural selection is nothing more than "accidental changes."

Instructor: Natural selection is amazing in what it can produce, and it is all done randomly.

Student: But prof, random action could produce only a very few usable combinations. All the rest would be useless or lethal.

Instructor: We have many evidences of evolution by natural selection in the world today and in the fossil record.

Student: But prof, those evidences only consist of subspecies changes, and that is not evolution. Only change across species could produce evolution.

Instructor: The very fact that there are any changes at all substantiates natural selection.

Student: But prof, such changes are but the result of gene shuffling within the genetic pool permitted by the DNA code governing each species. It is not evolution.

Instructor: The peppered moth is a powerful example of evolution. In fact, it is about all we, I mean one of the best we have.

Student: But prof, both are merely varieties of the same species, Biston betularia.

Instructor: Then there are resistant flies and bacteria.

Student: But prof, the flies are still flies and the bacteria have not switched species either.

Instructor: Natural selection operates by changing one little part and later another. All are slow, gradual, random changes.

Student: But prof, the principle of syntropy requires that everything must be in place instantly, or the organism cannot survive more than a few moments. The liver could not wait millions of years for the heart to be invented.

Instructor: The very fact that different species exist is the best proof that natural selection must have produced them.

Student: But prof, the very fact there are different species no halfway species between them proves that natural selection did not produce them. There should be no distinct species at all.

Instructor: The very randomness of natural selection is its most striking factor.

Student: But prof, to assume that random activity produced all the wonders of nature is to make a god of chance actions.

Instructor: Along with natural selection or instead of it many believe that mutations are the key to evolutionary change. According to this view, which has strong evidence supporting it, random mutations produce all the marvelous creatures in the world about us.

Student: But prof, there is no evidence supporting evolution by mutations. In contrast, there is clear-cut evidence against it.

Instructor: Millions upon millions of chance mutations were needed to produce even one new species.

Student: But prof, mutations are extremely rare in nature. They rarely occur.

Instructor: These mutations worked harmoniously, beneficially to produce all our plant and animal life.

Student: But prof, all mutations are harmful! Most are weakening or damaging, and many are outright lethal!

Instructor: As with natural selection, mutations randomly occur and do their great work by producing random effects.

Student: But prof, randomness could never produce even one new species, much less all of them. The precisioned requirements and interworking of structures and functions within each plant and animal require careful thought, accurate design, and competent craftsmanship. Randomness could never do the job.

Instructor: Fortunately, there were millions of years for the task to be completed.

Student: But prof, everything had to be there, perfect, and all at once, or immediate death would result.

Instructor: The beneficial effects of mutations can be seen all about us.

Student: But prof, not once has a beneficial mutation ever been recorded. They always only harm, damage, weaken, or kill outright.

Instructor: Little changes here and there produce great results over a period of time.

Student: But prof, it has been found that mutations, which are always harmful, have widespread damaging effects on genes.

Instructor: It was not until the use of X rays and mutagenic chemicals that mutations could be intensively studied. The effects of immense numbers of X rays have been studied on millions of generations of fruit flies and other lab creatures.

Student: But prof, this mass of knowledge has only confirmed that mutations are always harmful and are totally incapable of changing one species into another.

Instructor: Given enough mutations over a great enough period of time, anything can happen; which is why we know mutations can produce new species.

Student: But prof, using computers mathematicians have found there isn't enough time in a trillion trillion trillion years for mutations to produce even one new species.

Instructor: Mutations accomplish so much.

Student: But prof, the best mutations accomplish the least and therefore damage the least. Those that accomplish the most, kill outright, for they damage in such big ways.

Instructor: Thus we see that mutations are the chief source of evolution.

Student: But prof, new genetic information would be needed for one species to evolve into another. But mutations only warp and damage existing data; they provide no new information.

Instructor: Every mutational change is a step in the right direction.

Student: But prof, organic change requires positive networking changes, and these mutations could never accomplish.

Instructor: The greatest evidence that mutations can produce changes is to be found in fruit fly research.

Student: But prof, all the changes were damaging, and none changed fruit flies into something else. They remained fruit flies.

Mungkin baik pada pandangan mata...

Bismillah walhamdulillah

Al Quran telah menceritakan sikap kaum Musyrikin Mekah yang telah membuat sesuatu amalan jahat (fahisyah) yang telah menjadi amalan turun-temurun. Allah telah berfirman:

“Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata “Kami telah mendapati nenek-moyang kami mengerjakan dan Allah menyuruh kami mengerjakan. Katakanlah: Allah tidak menyuruh melakukan perbuatan fahsya’. Adakah kamu mengatakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui?” (Al-A’raf:28)

Menerusi ayat ini terdapat dua hujah yang dilontarkan daripada Musyrikin Mekah apabila dikatakan melakukan amalan yang buruk:

1. Amalan ini telah dilakukan oleh bapa-bapa kami sebelum ini. Ini semestinya merupakan amalan yang baik kerana jikalah amalan ini buruk sudah semestinya bapa-bapa kami dan orang sebelum kami tidak melakukannya.

2. Amalan ini ialah baik pada pandangan kami dan Allah sangat menyukai malah menyuruh hamba-hambanya berbuat baik. Maka kami tidak nampak sebarang kesalahan dalam melakukan amalan ini.

Musyrikin Mekah telah menjadikan berhala sebagai sembahan supaya dapat merapatkan lagi hubungan mereka dengan Allah. Sebahagian mereka membunuh anak-anak perempuan kerana untuk menjaga maruah dan demi bertaqarrub kepada tuhan(Yusuf Qardawi,Kitab al-halal wal haram). Mereka juga mengkhaskan sebahagian daging yang boleh dimakan dan sebahagiannya tidak boleh dimakan kerana ingin juga bertaqarrub kepada Allah(Al-an’am:138), dan antara mereka mewakafkan binatang-binatang kepada berhala-berhala(Maidah:103). Mereka juga bertelanjang ketika bertawaf di sekeliling ka’bah kerana menyangka pakaian mereka membawa dosa-dosa mereka. Amalan ini mungkin dianggap baik oleh mereka tetapi Allah menganggapnya sebagai fahisyah dan melarang menyandarkan amalan tersebut kepada-Nya.

Dalam ‘kesemangatan’ mencari rasa ketuhanan dalam hati, kadang-kadang insan tidak terlepas daripada bersifat ghulluw(melampau). Sikap ini berpunca apabila seseorang tidak berasa cukup dengan ibadat-ibadat yang ditetapkan oleh Islam dan seterusnya mereka-reka ibadat dan kepercayaan tertentu yang dipercayai boleh mendekatkan diri lagi kepada tuhan. Setelah itu disandarkan pula kepada agama sedangkan agama tidak pernah menyuruh seperti itu.

Maka kita lihat ada sesetengah buku-buku kerohanian menceritakan kisah-kisah wali yang pelik bertujuan untuk menambah motivasi seseorang untuk beramal. Sebahagiannya mengatakan wali itu dan ini bersembahyang 1000 rakaat pada satu malam. Sekiranya satu malam itu bermula daripda 8 pagi sehingga 8 malam (12 jam) sekalipun, sesorang itu hanya mempunyai 720 minit. Adakah seorang wali itu ‘membantai’ satu rakaat itu dengan seminit atau kurang daripada itu? Apabila seseorang yang membenci Islam mendengar cerita sebegini pastinya dia akan berkata agama ini diasaskan atas perkara karut-marut.

Malah antara sebab kemunculan hadis palsu ialah untuk memberi motivasi kepada amalan-amalan baik. Kisah yang menarik ialah mengenai Nuh bin Abi Maryam atau digelar Abu ‘Ismah yang telah mereka-reka hadis palsu mengenai kelebihan Al-Quran untuk menggalakkan orang ramai membaca Al-Quran. Setelah ditanya mengapakah dia memalsukan hadis, dia mengatakan kerana dia mendapati ramai orang berpaling(kurang membaca) daripada Al-Quran sebaliknya menyibukkan diri dengan kitab fiqh, al-Maghazi, dan sirah.(Dr Fuad Syakir, Laisa Min Qaulin Nabiy, ms22-23) Kemudian Dr. Fuad Syakir menaqalkan kata-kata yang menarik daripada Ibn Jauzi dalam bukunya al-Maudhua’t(Hadis-hadis palsu) iaitu: “Orang ini Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam telah meletakkan kelebihan bagi setiap satu surah dan mengaitkan bagi setiap surah fadhilatnya dan menyusun-nyusun faedah tertentu dan mereka-reka hadis yang disandarkan kepada rasul selepas memalsukan sanad….(dia menyebut beberapa sanad hadis palsu itu)…dan yang menghairankan, dia dan orang sepertinya tidak mengetahui bahawa apa yang dilakukannya(memalsukan hadis) ialah suatu dosa.”

Sebahagian ‘institusi’ pengajian agama juga ada mensyaratkan pelajar-pelajar barunya untuk tidak makan daging dengan kepercayaan ia dapat membersihkan hati supaya senang belajar. Kepercayaan ini semestinya bertentangan dengan sunnah nabi dan sahabatnya. Malah mengikut riwayat nabi suka makan daging kambing pada bahagian peha. Bukankah amalan tidak makan daging ini merupakan ‘sunnah tok sami’? Jika kita mengikut sunnah Nabi maka di akhirat kelak kita akan bersama Nabi. Tetapi jika mengikut ‘sunnah tok sami’ maka bersama-sama siapakah kita di akhirat kelak. Untuk apakah sebenarnya kepercayaan-kepercayaan sebegini?

Apabila kita menegur mengenai amalan-amalan yang direka-reka itu maka ada sebahagian yang menggunakan hadis “Maknanya: Sesiapa yang mula menunjukkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka” untuk menyokong kepercayaan dan amalannya itu. Sungguh kita berdukacita, ramai orang meletakkan hadis ini pada tempat yang salah yang memberi isyarat bahawa mereka tidak memahami hadis ini. Sababul wurud bagi hadis ini ialah: Datang kepada nabi kaum yang miskin dan memerlukan bantuan. Nabi pun bangun dan memberikan khutbah mengenai fahilat bersedeqah untuk menggalakkan sahabat bersedeqah. Sahabat-sahabat hanya mendiamkan diri beberapa lama sebelum seseorang bangun dan memberi sedeqah kepada kaum tersebut. Tindakan sahabat tadi memotivasikan sahabat lain dan mereka pun bangun bersedeqah kepada kaum miskin tadi. Nabi pun mengucapkan hadis tersebut untuk describe perbuatan sahabat yang pertama tadi.

Maka sunnah yang baik yang dimaksudkan hadis ialah sunnah yang memang telah wujud dalam Islam seperti membuat majlis ilmu atau pembacaan hadis(Alhamdulillah) bagi menggalakkan mencari ilmu, atau mengajar rakannya tentang sesuatu amalan yang baik seperti doa, maka pahala setiap orang yang mengamalkannya akan sampai pada orang yang memulakannya. Hadis ini tidak bermaksud mewujudkan sunnah ‘baru’ seperti zikir-zikir baru, atau perayaan-perayaan baru yang kita pun tidak jelas untuk apakah ini (cth:10 Muharram bagi syiah), atau kepercayaan baru atau amalan baru seperti ketika Israel menyerang maka bacalah ayat ini dan itu sedangkan apa yang dianjurkan ialah qunut nazilah pada setiap waktu solat dan lain-lain yang baru yang tiada sandarannya dalam nas. Sekiranya maksud hadis itu ialah membuat sunnah baru, maka tindakan Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam patut diberikan kredit.

Begitu juga dengan sesuatu hari yang istimewa atau mulia seperti hari asyura’. Nabi mengisyaratkan bahawa hari itu digalakkan berpuasa. Pada bulan Ramadhan, sebuah bulan yang mulia, maka cara memuliakannya ialah melakukan qiyam Ramadhan(tarawih). Hari raya ialah hari yang mulia maka dalam memuliakannya kita perlu bertakbir dan melakukan ibadah korban jika Aidiladha. Tetapi bulan haram yang mulia tiada ibadat-ibadat khusus yang perlu dilakukan. Maka seseorang itu jika ingin berpuasa, berpuasalah mengikut ketetapan sunnah (Isnin or Khamis, puasa 3 hari dalam sesuatu bulan secara umum, puasa 13,14,15 hb bulan Islam, puasa nabi daud,qada’ dan nazar). Sesungguhnya kepercayaan “boleh berpuasa tak kira hari apa sebab ini bulan yang mulia” ialah anggapan yang agak salah.

Sesungguhnya berpuasa bukanlah satu-satunya amalan yang diajar Islam. Banyak amalan lain yang boleh dibuat jika niat kita hanya “mempertingkatkan amalan dan mentarbiyah diri”. Bahkan saya mencadangkan pada orang ramai untuk banyakkan mengulang Quran kerana ramai kini makin lupa tentang apa yang dihafal. Janganlah kerana ‘bersemangat beribadah’ kita melupakan contoh terbaik(Nabi Muhammad) dalam melaksanakannya.

Dalam ‘kesemangatan’ menegakkan hujah atau berdakwah, janganlah kita memberikan maklumat-maklumat yang salah atau tuduhan-tuduhan yang kesahihannya hanya takat ‘rasa-rasanya camtuh la’. Anggapan menyebarkan apa-apa maklumat keagamaan tanpa mengira kesahihan merupakan perbuatan yang baik ialah anggapan yang salah. Allah berfirman : “Ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakannya dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya suatu yang ringan tetapi di sisi Allah ia amatlah besar”(An-Nur: 15), Seharusnya seseorang itu perlu bertawaquf(berdiam diri) dahulu jika dia tidak mengetahui apa-apa yang sedang dibincangkan atau apa yang dituduhkan. Allah berfirman: “Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya…”(Al-Isra: 36). Malah Imam Syafie r.a telah meninggalkan kata-kata yang amat baik iaitu “Tidaklah aku berhujah dengan seseorang itu melainkan aku mengharapkan Allah menzahirkan kebenaran di atas lidah (supaya lawannya bercakap benar)”(ما جادلت أحدا إلا اتمنّيت أن يظهر الله الحق على الّلسان)

Kadang-kala apabila kita memperhatikan sebahagian artikel-artikel, banyak maklumat yang tidak benar atau sekurang-kurangnya mengelirukan sehingga kita ragu-ragu maksud sebenar artikel itu disiarkan? Adakah dia ingin menegakkan sesuatu yang hujah dan ilmu (maka sepatutnya dia memberikan fakta yang betul) atau dia mempunyai sentimen-sentimen lain sehinggakan apa-apa maklumat, tidak kira betul atau salah, dijadikan bahan asalkan hujahnya tertegak. Sebagai contoh kata-kata seperti “Katahuilah bahawa kepastian terhadap sesuatu perkara itu sebagai halal atau haram adalah tugas para ulamak yang berpangkat mujtahid seperti Imam Malik, Syafei, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal rodiaallahu anhum dan juga para ulamak salafu solih…(dicopy dari post2 yang lepas)” semestinya membawa makna literal yang salah. Yang menetapkan halal dan haram hanyalah haq mutlak Allah. Bahkan AlQuran memberi amaran: "Katakanlah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?" (Yunus: 59), "Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116).

Kemungkinan pernyataan di atas cuba membawa maksud : “Ulama’-ulama’ telah menetapkan hukum melalui ijtihad tentang sesuatu perkara baru maka kita tidak boleh melawan ijtihad mereka” Tetapi ini bertentangan dengan prinsip usul fiqh yang menyatakan ‘Berubahnya fatwa dengan perubahan masa dan zaman’(تغيير الفتاوى بتغيير الأزمنة والأمكنة). Mungkin ayat ini benar apabila menyetuh mengenai persoalan mencipta pendapat ketiga dalam pendapat salaf tetapi apabila dikaitkan konteks artikel iaitu mengenai maulud, ayat di atas tidak mempunyai sebarang significance kerana perayaan maulud nabi tiada pada zaman salaf. Ianya bermula pada zaman kerajaan syiah Fatimiyyah di Mesir. Bagaimanakah ulama’ salaf telah menentukan hukum bagi sesuatu yang tiada pada zaman mereka?

Saya meminta maaf kepada tukang copy and paste artikel tersebut kerana menjadikan artikel tersebut sebagai contoh walaupun banyak lambakan contoh-contoh yang lain. Saya tidak berniat untuk menyinggung beliau mahupun mana-mana individu atau ‘mencari gaduh’ dan niat sumpamamnya. Tetapi sikap ini(kurang berhati-hati menyampaikan fakta) sangatlah mengecewakan terutama bagi orang yang mementingkan adab dalam mencari ilmu. Saya berpendapat selagi ‘ilmu ini tidak ditarikbalik lagi oleh Allah’, saya perlu menyentuh mengenai ini. Jika telah ditarik, maka apa yang menjadi hak kepada saya ialah hanya mendiamkan diri.

Kesimpulannya, tidak semua apa yang dianggap baik itu dianggap baik oleh Allah. Sekiranya ada apa-apa yang kita tidak ketahui dengan jelas (seperti tidak mengetahui dalil-dalil, atau tidak membuat iqamatul hujjah), hendaklah kita mengambil pendekatan berdiam diri dan elakkan mengeluarkan kata-kata yang bakal memusnahkan diri sendiri dan janganlah mengaitkan apa-apa dengan Islam selagi tidak mempunyai ilmu tentang itu. Paling penting janganlah kerana ‘bersemangat’ kita melupakan etika-etika Islam dalam beramal dan berhujah.

Ps: Tiada

Sunday, June 20, 2010

Berlapang dada


SALAMATUSSODRI~MUTIARA YANG HILANG

Maksud firman Allah SWT :

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"
(Al-Maidah :8)

Segala pujian kepada Tuhan sekalian alam, Maha Suci Allah yang telah menciptakan, segala sesuatu terjadi adalah kehendaknya, Penguasa alam Pentadbir semesta. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dengan hadirnya juga rahmat dilimpahi, Muhammad Rasulullah SAW kekasih tercinta.

Alhamdulillah, moga kita dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada sirah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, ulama salaf dan khalaf serta lain-lainya. Kejayaan perjuangan sama ada di medan dakwah atau medan perang, didasari oleh banyak faktor. Faktor utama tentunya adalah keizinan daripada Allah SWT, namun perlu diingat kejayaan dan kekalahan yang berlaku bukan datang tanpa asal-usulnya. Kemenangan datang apabila syarat-syarat untuk mencapai kemenangan itu dicukupi, dan kekalahan datang apabila syarat kemenangan itu tidak dicukupi.

Apabila kita berbicara soal faktor kejayaan ini, lihat bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel yang dikatakan mustahil untuk ditembusi kerana kedudukannya yang amat strategik. Saya tidak berniat membincangkan semua faktor pentingnya, sekadar mahu mengambil satu daripadanya, iaitu sikap Salamatussodri atau berlapang dada al-Fateh dalam menerima pendapat tenteranya dengan tidak mengira pangkat. Lihat bagaimana idea pembinaan benteng Rumelli Hissari yang amat membantu itu yang sebenarnya datang daripada idea seorang tentera bawahan. Al-Fateh berlapang dada menerimanya, tidak seperti kebanyakan pemimpin yang menutup terus ruang bagi pengikut bawahan bersuara dek kerana perasaan yang ego membuta.



Begitu jugalah amalan khalifah Islam yang terdahulu, dan pastinya itu juga amalan Rasulullah SAW, iaitu berlapang dada! Di sini saya mahu menjelaskan, bahawa Salamatussodri ini ruangnya amat luas untuk diamalkan, contohnya, kita lihat bagaimana pertelingkahan antara umat Islam kini dalam pelbagai aliran, 'Asyairah dan Ibnu Taimiyyah, Salaf dan Khalaf, dan lain-lain. Pertelingkahan dalam hal ini semakin meruncing seolah-olah mahu menghancurkan Islam, Kenapa ini berlaku? Saya belum pernah mendengar ajaran daripada Rasulullah SAW yang menuntut kita berpecah belah, bahkan Baginda mengajar kita untuk berlapang dada apabila timbul khilaf atau perselisihan pendapat.

Kata Syeikh Rashid Ridha :

" Kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati, dan saling bertoleransi dalam perkara yang berbeza "

Sangat merisaukan apabila kita melihat situasi kini, tidak tahu di mana hilangnya Salamatussodri. Masing-masing mahu mendabik dada, tidak kenal lagi erti tasamuh atau tolak ansur. Mana hilangnya ajaran Rasulullah SAW yang satu ini? Itu jika kita lihat dalam ruang lingkup yang besar, tapi bagaimana pula jika kita kecilkan skop, iaitu sikap kita dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Mungkin perkara sebegini dipandang ringan sahaja, namun cuba lihat dalam hal-hal yang kita berselisih dengan sahabat kita, adakah seringkali kita bertindak membelakangi Salamatussodri dan sekaligus merajakan emosi?

Saya menyebut perkara ini dalam konteks yang lebih kecil kerana ia lebih dekat dengan kita. Selalunya kita lebih mendahulukan emosi, menjadikan emosi sebagai cara berhadapan dengan perbezaan pendapat, dan ini sebenarnya adalah sikap yang perlu dijauhi. Seringkali apabila berhadapan dengan situasi begini, kita akan merasakan kita betul, namun kita gagal untuk meletakkan diri kita dalam situasi pihak yang satu lagi. Disebabkan inilah Salamatussodri itu tidak kita capai. Merasakan diri kita sahaja yang betul dan tanpa berlapang dada untuk melihat atau menerima pendapat lain, sebenarnya kita telah pun membenarkan jarum-jarum syaitan menusuk, kita membenarkan tuntutan syaitan itu sendiri! Dan sememangnya kerja syaitan laknatullah itu menampakkan apa yang haq(benar) sebagai batil(salah), dan juga sebaliknya.

Kata al Imam Ahmad bin Hanbal :

"Tidak sewajarnya seorang ahli fiqh memaksa manusia kepada pendapatnya dan bersikap keras terhadap mereka."

Ingatlah, mengambil mudah akan sikap Salamatussodri serta tasamuh akan membuahkan penyakit yang amat bahaya, iaitu
penyakit hati, yang semakin hari semakin membesar, jiwa juga akan menjadi semakin keras. Riya', ujub dan lain-lain sifat tercela akan menguasai diri. Ini semua akan berlaku dalam keadaan tidak kita sedar. Kita akan menyangka kehebatan kita dalam berhujah, memberi pendapat dan sebagainya itu adalah sebagai kelebihan yang hanya kita perolehi, sedangkan apa yang dilontarkan oleh pihak lain adalah kurang tepat semuanya. Kita akan menyangka kita benar dalam segala perkara sedangkan inilah yang membuatkan syaitan bertepuk sorak!

Memang susah untuk berlapang dada dalam sesetengah keadaan, namun susah itu adalah disebabkan kita sendiri yang melayan emosi dan mengiakan hasutan syaitan yang cuba rasionalkan dengan akal yang diberi Tuhan, berpandukan rasa bisikan hati yang benar, maka akan terlihatlah akan sikap penuh emosi dan mahu mendabik dada dengan pendapat sendiri, adalah sikap yang tercela. Apatah lagi jika turut memburuk-burukkan pihak yang tidak sependapat dengan kita, sikap sedemikian adalah hasil daripada didikan syaitan yang disandarkan pada emosi semata. Tiada untungnya buat Islam dan diri kita sendiri khususnya jika merajakan sikap sedemikian, akhirnya musuh Islam yang bertepuk sorak serta syaitan pula yang bekenduri besar.

Maksud firman Allah SWT :

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "

(Al-Baqarah: 237)


Cubalah wahai sahabat sekalian, nilaikanlah setiap perkara itu dengan ilmu, dan jangan terlalu mudah mencantas pendapat pihak lain. Walaupun pihak yang lain itu dapat mencetuskan sesuatu yang tidak sealiran dengan kita, berlapang dadalah, carilah solusi atau penyelesaian dengan menggunakan akal yang dipandu oleh hidayah Allah, bukan sekadar dengan emosi yang dipandu syaitan laknatullah.

Ambillah ibrah atau pengajaran daripada kisah-kisah terdahulu, belajarlah daripada sejarah supaya kita dapat bertindak dan berfikir secara lebih rasional. Jagalah hati dari penyakit penyakitnya dengan Salamatussodri(berlapang dada) serta tasamuh (toleransi). Ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang punya akal untuk berfikir, insan lain juga punyai benda yang sama. Yang baik daripada Pencipta,yang lemah daripada yang dicipta.
Wallahu'alam.

Monday, June 14, 2010

Rejab Kembali, Sya'ban Menanti, Ramadhan Dirindui.



اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان

Ya Allah, berikanlah kami keberkatan pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan jadikanlah kami bertemu dengan Ramadhan.

Firman Allah dalam Surah Taubah ayat 36,


Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketentuan Allah (di Luh mahfuz) pada hari Dia menjadikan langit-langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka jangan kamu menzalimi diri kamu di dalamnya (bulan-bulan tersebut). Perangilah orang-orang kafir keseluruhannya sebagaimana mereka memerangi kamu keseluruhannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa.
 Ayat di atas mengkhususkan empat bulan sebagai bulan-bulan haram iaitu tiga bulan yang berturut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, dan Muharram dan satu bulan yang bersendirian yakni bulan Rejab.

Menurut Imam al-Razi RH,

Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53). 

 Imam al-Qurtubi menjelaskan (Jilid 8, ms. 67):


Allah Taala mengkhususkan empat bulan dengan menyebutnya, dan melarang kezaliman dilakukan di dalam bulan-bulan ini adalah untuk memuliakannya (bulan-bulan ini), walaupun kezaliman tersebut sememangnya dilarang pada setiap masa.

Berkata Imam Ibn kathir dalam tafsirnya berkaitan ayat di atas:

Berkata Ali bin Abi Talhah dari Ibn Abbas: Sesungguhnya bilangan-bilangan bulan di sisi Allah... al-ayat.. Maka janganlah kamu menzalimi pada bulan-bulan tersebut diri-diri kamu pada keseluruhan bulan, kemudian dikhususkan darinya empat bulan dan Allah menjadikannya sebagai bulan-bulan haram,dan menambah kemuliaannya dan Dia menjadikannya berbuat dosa padanya lebih berat dan amal soleh padanya lebih hebat pahalanya.

 Subhanallah, maha suci Allah SWT, penerangan oleh ulama-ulama muktabar ini jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab sebagai bulan yang istimewa dan ia menunjukkan satu motivasi supaya umat Islam menambahkan amalan dalam bulan ini bersesuaian pahalanya dilipatkali gandakan.


Puasa Pada Bulan Rejab


Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim satu hadith dari Uthman bin Hakim berkata:


Aku berkata: Aku bertanya Sa'id bin Jubair mengenai puasa bulan Rejab, kami pada waktu itu di bulan Rajab. Dia berkata: Aku mendengar Ibn Abbas RA berkata: Adalah Rasulullah SAW berpuasa, sehingga kami menyangka dia tidak berbuka; dan bila dia berbuka, sehingga kami menyangkanya tidak berpuasa.

 Imam Nawawi mensyarahkan hadith di atas dengan berkata (Syarh Sahih Muslim, Jil.8, ms.225):



الظاهر أن مراد سعيد بن جبير بهذا الاستدلال أنه لا نهي ولا ندب فيه لعينه، بل له حكم باقي الشهور، ولم يثبت في صوم رجب نهي ولاندب لعينه، ولكن أصل الصوم مندوب أليه. وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب إلى الصوم من الأشهر الحرم، ورجب أحدها. والله أعلم.

Bermaksud: 
Yang nyata bahawasanya maksud Sa'id bin Jubair ialah menunjukkan bahawa tidaklah dilarang dan tidaklah disunatkan berpuasa Rejab (kerana bulannya), bahkan untuk puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit juga larangan dan galakan untuknya secara sendirian. Sebaliknya asal hukum puasa ialah mandub (digalakkan). Dalam Sunan Abi Daud, Rasulullah SAW menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah antaranya.

Syarahan Hadits tersebut dalam Kitab Syarah Muslim, Juzu 8, mukasurat 38-39, cetakan Daarul Syaqafah:


“Yang Zohir, bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadits ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadits ini untuk ain (diri) puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum puasa dibulan-bulan haram). Tidak tsabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak tsabit nadab (sunat) bagi diri Rejab, tetapi asal hukum berpuasa Rejab, adalah diSUNATkan. Didalam Sunan Abi Daud, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam” 

 Berkaitan hadith riwayat Abu Daud adalah seperti berikut (Aun al-ma'bud, Jil.4, 507):



((صم من الحرم واترك، صم من الحرم واترك، صم من الحرم واترك)) وقال بأصابعه الثلاثة فضمها ثم أرسلها.
Bererti: Berpuasalah dari bulan haram kemudian tinggal, bulan haram kemudian tinggal, bulan haram kemudian tinggal. Dia berkata dengan menunjukkan tiga jarinya dan dirapatkan kemudian dilepaskan (tidak dirapatkan).

 Imam Nawawi telah menukilkan hadith ini dalam kitabnya Riyadh al-Salihin. Beberapa pengarang semasa antaranya Dr. Mustafa Bugha dan rakan-rakannya mensyarahkan hadith ini berkata (Nuzhah al-Muttaqin, Jil.2, ms.130):


Sesungguhnya puasa sunat adalah digalakkan kerana ianya ketaatan yang Allah SWT dan Rasulnya menyukainya lebih-lebih lagi dalam bulan haram. Makruh berpuasa berterusan (siyam al-dahr iaitu puasa setahun selain hari raya) kepada sesiapa yang ditakuti mendapat mudarat, atau menyebabkan hak yang wajib atau sunat terabai sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim: "Tidak ada puasa bagi sesiapa yang berpuasa berterusan". Namun sesiapa yang tidak memudaratkan dia dengan berterusan puasa dan tidak menyebabkannya terabai menunaikan hak yang wajib atau sunat, tidak makruh bagi pihaknya, bahkan mustahab (digalakkan), dan yang paling afdhal berpuasa selang sehari.

Bekal Akhirat. 


Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang semakin hampir, kita merasakan bahawa barakah Ramadhan dan kemuliaannya, kita dimotivasikan untuk menambahkan amalan-amalan kita. Puasa secara khususnya merupakan amalan-amalan yang digalakkan. Meneruskan puasa sepanjang Rajab dan sya'ban, tidak memasukkan kita dalam golongan siyam al-dahr kerana siyam al-dahr yang dimakruhkan ialah mereka yang berterusan berpuasa selama setahun kecuali hari-hari yang diharamkan berpuasa sahaja. Walaupun begitu, mereka yang berpuasa kena memastikan bahawa mereka dapat menunaikan hak-hak yang wajib dan sunat yang mereka perlu penuhi.


Selain itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan lain seperti solat-solat sunat, sedekah dan sebagainya. Semoga kita dirahmati Allah. Bertuahlah saudara-saudari yang dapat menambah amalan bersempena dengan motivasi al-Quran berkaitan dengan kelebihan dan besarnya pahala di bulan-bulan haram, dan rasa syukur dekatnya kita dengan Ramadhan.


Jikalau ada yang menggelar Ramadhan dengan 'Universiti Ramadhan', maka tidak salah rasanya saya menggelar Rejab sebagai 'Madrasah Rejab' sebelum kita sama-sama memasuki 'Universiti Ramadhan'. 


Wallahu 'alam.


*Artikel dipetik dan diadaptasi dari tulisan Dr. Asmadi Mohamed Naim.



1. PhD in IRK (al-Fiqh wa Usul al-Fiqh) (1999-2004) Thesis title: Nazariyyah Faskh al-Uqud fi al-Fiqh al-Islami (In Arabic) International Islamic University Malaysia (UIAM)
2. Master in IRKH (al-Fiqh wa Usul al-fiqh) (1998-1999) (UIAM) Disertation title: Ahkam al-Rahn wa Tatbiqatuhu al-Mu'asirah fi Maliziya (In Arabic). International Islamic University Malaysia (UIAM)
3. Bachelor of Syariah (Hons), (al-Fiqh wa al-Tasyri') (1993-1997) University of Jordan, Amman, Jordan.
4. Thanawi Certificate (Islamic Studies) (1992)(al-Azhar curriculum) Ma'had of University of Islamic Studies, Karachi, Pakistan. Equivalent to STAM/ Diploma
5. Certificate in Arabic Language, Language Centre, University of Jordan, Amman, Jordan. (1989-1990)Level 1 to 3

Sunday, June 13, 2010

kosong~

Aku hidup bukan satu,
Kamu bangun bukan dua,
Kita berdiri sebagai kosong,
Atas dasar filsafat hakikat Satu,
Satu yang Wujud dan Abadi,
Hidup,
Tak ada permulaan takkan punah.

Dunia ini ketawa terbahak-bahak,
Atas kita yang kosong,
Memundak dia yang turut kosong,
Realiti mayapada adalah khayalan,
Fantasi kelajuan cahaya,
Buatan kita yang kosong,
Mantik buktinya mendefinisi,
Kenapa kita memuja tempat persinggahan,
Sedangkan akhirnya amat sukar,
Persoalan membawa jawapan,
Satu telah memberi.

Kita kosong di sini,
Pada Satu hakikat wujud kita mesti tuju,
Denai bukannya tapi jalan,
Lurus menanti dengan senyum,
Buat kosong yang dahaga dan mencari,
Air Kasih Satu,
Kita tunduk mesti,
Moga kosong menjadi nilai,
Pada persinggahan terakhir

darisini~
http://kusujud.blogspot.com/2010/03/kosong.html

Friday, June 11, 2010

Saya hendak belajar ilmu membersihkan hati...

"Saya hendak belajar ilmu membersihkan hati," kata seorang ulama besar kepada seorang ahli sufi.

"Tuan sudah banyak ilmu. Saya di sini hanya mengajar sekadarnya," ujar ahli sufi secara terus terang.

"Betul, saya ingin belajar di zawiyah tuan ini. Saya ingin menghilangkan perasaan takbur."

"Pengajaran saya tidak menggunakan kitab.." perlahan ahli sufi berkata.

"Mana boleh belajar tanpa kitab? Tuan tidak tahu tentang itu?" ujar ulama besar itu.

"Orang yang memang ilmunya tinggi semacam tuan, tidak perlu lagi belajar melalui kitab."

"Setahu saya, sesiapa sahaja belajar perlu berkitab," kata ulama besar itu. Serban besar dan jubah indahnya bergeser ditiup angin.

"Baiklah, apa itu takbur?" tanya ahli sufi seakan menguji.

"Apabila merasakan diri sendiri yang terbaik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran," jawab ulama besar itu dengan yakin. Ilmu-ilmu yang begitu seakan sudah berada di hujung jarinya.

"Tuan sudah mahir asas ilmu takbur."

"Tetapi saya ingin membuang rasa takbur..."

"Benarkah tuan ingin membuang takbur?"

"Itulah tujuan asal saya datang ke sini"

"Kalau begitu, buang serban dan jubah tuan dahulu. Dan ambil mangkuk kosong ini dan mengemislah di tempat tuan mengajar," kata ahli sufi.



"Apa? Mengemis? Mengemis itu bukankah kerja yang hina?"

"Tujuan mengemis ini bukan malas atau meminta belas ihsan manusia," kata ahli sufi itu hanya tersenyum.

Sambungnya, "Tuan perlu mengemis untuk menghilangkan ego. Supaya terasa hina di hadapan manusia setelah selama ini tuan dikenali sebagai ulama besar!"

"Oh, saya tak mampu. Saya datang ke sini untuk belajar ilmu yang tersirat. Saya ingin menelaah kitab-kitab yang hebat dan tinggi."

"Oh, saya tidak mengajar kitab-kitab seperti itu. Saya hanya belajar mengamalkan ilmu yang telah lama kita sama-sama ketahui."

"Jadi, tuan tidak sangguplah mengajar saya?"

"Tidak, tetapi tuanlah yang tidak sanggup belajar daripada saya!"

Pesanan Buat Mereka Yang Gemar Kepada Ilmu 

Telah berkata Imam al-Ghazali rahimahumullah di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah;

....ketahuilah bahawasanya sebesar-besar sebab yang dapat mengukuhkan perangai yang jahat di dalam hati ialah menuntut ilmu dengan tujuan hendak menunjukkan kelebihan dan dengan tujuan supaya pandai bercakap  kerana orang awam (orang yang tidak berilmu) adalah agak lebih jauh daripada perangai-perangai yang jahat dan orang yang mencari ilmu adalah menjadi sasaran penyakit-penyakit hati yang dapat memebinasakan.

Maka lihatlah pada dirimu dan timbanglah baik-baik, yang mana lebih penting dan yang mana lebih baik. Apakah yang lebih baik itu belajar ilmu yang membawa engkau supaya berhati-hati daripada segala perkara yang membinasakan engkau lalu engkau sibuk dengan memperbaiki hatimu dan membangun akhiratmu ataukah yang lebih baik itu kau bergaul dengan orang yang bercakap kosong maka engkau mencari ilmu yang menjadikan engkau orang yang takbur, riak, hasad, ujub sehingga akhirnya engkau binasa. Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (hasad, riak, ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, iaitulah "hubbud dun-ya" oleh kerana itu Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Cinta dunia itu adalah punca segala kejahatan" 

Merendah Diri Itu Sifat Seorang Satria! 

Kata Imam Al-Qushairi;

"Futuwwah (kesatriaan) adalah perbuatan bijak yang kamu lakukan
tanpa melihat dirimu dalam perbuatan itu." 

"Futuwwah bererti seseorang
tidak menganggap dirinya lebih tinggi (yakni, lebih mulia) dari orang lain."

Namun awas! Satria apakah yang kita maksudkan?

"Barangsiapa yang yakin bahawa dirinya merasa tawadhuk, rendah diri, maka bererti  ia benar-benar orang yang takabbur." [al-Hikam, Ibnu Athoillah]


*rujukan: Solusi Isu No. 20, kitab Bidayatul Hidayah, blog Firus Fansuri, dan..Ketika Cinta Bertasbih?  ;)  

Thursday, June 3, 2010

Sampai bila nak jadi burung pipit?

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.
tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

entri diambil dari sini [link]

Wednesday, June 2, 2010

demonstrasi

1) demo di kedutaan turki.
Friday,4th June 2010, 11a.m.
(naik lrt boleh berhenti di ampang park dan jalan ke tabung haji)
ringkasan:
tujuan:

2)demo di hadapan kedutaan us.
Friday, 4th June 2010, 2p.m.

---
usaha:

wallALLAHua'lam.