Friday, July 24, 2009

eleh...yakin sgt la dgn halal dy tu.....
























بسم الله الرحمن الرحيم

bismillah...walhamdulillah....

suatu hari di musim cuti sekolah...dia pulang ke kampung halaman...Kampung Air Kangkung...Melaka..(err..knapa gelak??klaka ke nama kg dia tu??xbaek tau gelakkan..kecik hati dia...)

cerita bersambung...

sesampai sahaja di kampung air kangkung...dia begitu merindukan sayur kangkung masakan neneknya...spesyal sungguh..sayur kangkung yg segar..di tanam d tepi kali...dipetik satu persatu...dibasuh..disiang...setelah bawang ditumis harum...sayur kangkung yg segar dimasukkan ke dalam kuali..lalu digoreng dgn penuh keinsafan dan penghayatan...diadun bersama zikir dan selawat..mulut nenek terkumat-kamit....membaca ayat al-quran....

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم والله غفور رحيم
(ali imran:30)
(maaf x sempat nk letak baris..tp sume dh mashi kan...he)

mak kata..tu ayat pengaseh..nenek baca setiap kali tgh masak..."no wonder la aku asyek gila bayang ng sayur kangkung nenek tu..."(monolog dia d dlm hati...

ok...cukup stakat tu sesi masak memasak kite..hari ni hamba nk cerita pasal dia..bkn pasal nenek dia...

ok...
sambung baca...

suatu pagi...dia ke dapur...luas..bersih...nenek yg kemas dapur stiap kali lps masak..(err...knapa ada cerita pasal nenek lg ni...??dh2..cukup2...)

ok..
sambung..

Venue:dapur
Time:waktu pagi

dia:assalamualaikum...ai mak cik..mkn sorg2 je ke??meh orang temankan...
mak cik:(tanpa jawab salam..)ahh...dudok la...tu kusi banyak tu..dudok2...bersila...
dia:mmm...mak cik...pnah dengar pasal HPA x??(he...agenda promosi HPA bermula...)
mak cik:OOooO...HPA..pnah2...pak itam kau slalu dok sebut pasal benda alah tu...pekenamenye tu...HDA ye??
dia:eh!!bkn hda la...HPA...Halal Produk Al-wahida...
mak cik:ahh...yele...apapeler....
dia:mm..pak itam ckp ape kt mak cik??
mak cik:entah..die sebok ler dok promote menda tu...cakap menda tu bagus tuk kesihatan la...xda toksin la...dijamin halal la...
dia:'senyum'....he...betul tu mak cik..HPA ni satu-satunya produk yg seratus peratus proses pembuatannya dibuat oleh tangan org Islam...mmg diyakini kehalalannya....
mak cik:ELEH...YAKIN SGT LA DGN HALAL DIE TU....
dia:err...(terkedu)..knapa??mak cik x yakin ke??
mak cik:ala...cube kau tengok air gas die tu..pe name tu...sarsi radix..kola radix...hah!..MANE ADA TANDA HALAL JAKIM...
dia:ekk???'garu kepala..' "xpenah perasan la pulak bende tu...."(monolog dia...)






sambung....

Venue:di depan kedai cermin mata
Time:tengahari nk masuk asar

selesai betulkan spek matanya yg tercabut skru...
amoi kedai:lain kali lu jangan pijak ini spek lagi aa...nanti habis tercabut semua sklu diaa wO...
dia:'senyum sumbeng'...he

mak:dek..mak teringin nak makan kueh kek la...
dia:kat ne nak beli??

di sebelah kedai cermin mata tu ada kedai kek...TULISAN CINA besar2....

dia:err...ni kedai cina...xda kedai melayu ke mak??

soalannya x berjawab..mak dia telah pun masuk...dia..hanya menunggu di luar...

mak:eerrmm...sedapla roti die ni..nak??
abang dia:nak sket...ngapp....errmmm...sedapla....


err...dia terbisu...berfikir dan berthinking....

aik??produk yg hundred percent org melayu buat..diragui kehalalannya...ni..org cina buat...yakin pulak??dah la halal die tu x berapa nak JAKIM sangat....
boleyh ek camtu??

Thursday, July 23, 2009

gambar masjid ni tanpa make-up memang dah lawa...

tapi lepas edit edit makin berseri kan? ^_^

[click]gambar untuk besarkan
credit to harris fauzi for these pictures.

Tuesday, July 21, 2009

Taqwa dan Zaman Realistik

by: tah sesape [gen9 iQrac]

Salah satu fakta yang perlu kita sedari apabila kita melangkah keluar dari Darul Quran dan melangkah di Uia ialah; kita sudah TIDAK lagi berada di Darul Quran.

Ya, mungkin kita secara fizikalnya menyedarinya; kita berpijak di bumi itu, belajar, makan, minum dan menjalani rutin harian kita di situ, tetapi percaya atau tidak, tidak ramai yang PEMIKIRANNYA sedar tentang hakikat yang saya nyatakan di perenggan pertama.

"Selamat datang ke dunia sebenar budak DQ,"cerita rakan se-Darul Quran kepada saya ketika memberitahu apa yang salah seorang commitee katakan kepadanya.

Mengenang kehidupan di masa dahulu; dengan konsep-konsep seperti bia'h solehah, ukhuwah islamiah usrah dan juga termasuk cita-cita menegakkan khilafah(??????) merupakan sesuatu yang berharga terutama kepada orang yang berasal dari suasana kontra atau dalam bahasa kasar "suasana kurang islamik"

Tidak dinafikan kadang kala istilah itu dibicarakan dengan nada retorik yang dapat dikesan oleh telinga-telinga kita kerana nada itu dibentangkan dengan obvious sekali oleh mereka yang berkepentingan(saya mengambil risiko yang amat tinggi untuk menulis ini). Dan istilah-istilah itu kebanyakannya juga disambut dengan gurauan-gurauan yang secara tidak langsungnya memberitahu kita sebenarnya tidak serius atau tidak endah dengannya(saya pon join gak). Tetapi siapakah yang boleh menyangkal benda-benda sebegitu atau apa yang diistilahkan sebagai suasana kehidupan di masa dahulu, amat kita rindui.(atau secara peribadi saya yang merindui tapi mesti ade orang cam saya kan2)

Maka di "dunia sebenar" ini, kita bertemu dengan perkara-perkara yang tidak bisa kita ketemu, mengalami pengalaman yang tidak selalu kita alami malahan ada antaranya tidak mahu kita alami dek kerana kebejatannya dari aspek akhlak, dan perkara-perkara lain yang pastinya sesiapa pun memahami apa yang cuba saya sampaikan ini. Segala-galanya tampak berbeza(sedikit atau banyak) dengan pengalaman kita di Darul Quran.

Tiada lagi strict perbatasan antara insan yang berlainan gender dalam aspek pergaulan meskipun ramai berikrar untuk menjaga itu.

Tiada lagi semua orang berakhlak seperti yang dikehendaki atau sekurang-kurangnya tidak menzahirkan apa yang buruk dan tidak disukai.

Tiada lagi semua jubah, tudung labuh, dan stongan. Termasuk juga tiada lagi ana, anta, anti, hua ataupun nahnu.(saya dah stop lama dah guna bahasa camni..sejak kat DQ lagi)

Tiada lagi kelas-kelas mengaji setiap hari dan input tarbiah secara langsung(bukan undergroud)

Suasana kini berUBAH.Atas alasan berubah kita pun perlu berubah.Tidak lagi mengikut norm yang biasa kita lakukan di Darul Quran,tetapi sebaliknya mengambil watak yang lebih global di bumi Uia ini.

Dan bukanlah maksud saya dengan perUBAHan itu kita menukar peribadi kita atau melepaskan segala hasrat nafsu yang terkekang di Darul Quran.Tidak, bukan itu maksud saya kerana orang mukmin itu umpama ikan di lautan.Tidak masin dagingnya walau di persekitarannya sebegitu.Apa yang perlu diubah hendaklah cara pandang dan fikir itu, menerima sesuatu tidak dengan kesimpulan yang sama.(agak sukar untuk memberikan contoh untuk pernyataan di sebelah)

Situasi ini dalam kaedah usuliyin boleh disamakan"Taghair al-Fatwa bi taghair al-Amkinah wa al-Azminah" iaitu berubahnya fatwa disebabkan berubahnya tempat dan zaman.Banyak contoh-contoh yang boleh kita ambil seperti dalam kes pemberian zakat kepada muallafatun qulubuhum di zaman Saidina Umar(Syiah telah menggunakan kes ini untuk menuduh Umar sebagai zindiq), alasan timbulnya qaul qadim dan qaul jadid oleh Imam Syafie' dan banyak lagi.

Menghubungkan apa yang diperkatakan ini dengan Taqwa, hampir semua memahami tentang peri pentingnya taqwa.Antara adillah yang merujuk kepada ini ialah:

(ali imran:102)
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

(alhujurat:13)
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ

Definisi taqwa,seperti mana yang kita tahu ialah berbagai.Dan taqwa itu sering kali dikaitkan dengan kemuliaan.Selalu taqwa itu dikaitkan dengan "buat atau tidak,sesuatu yang baik atau buruk" kerana ramai salah mengambil definisi Imam Nawawi iaitu:Imtisal awamirihi Wa ijitinab nawahihi.Maka oleh itu ramai apabila memerhatikan suasana maksiat atau kemungkaran yang berlaku di sekeliling, ramai yang menJAUHi individu yang terbabit.Menjauhi dalam erti kata tidak mahu bergaul.

Saya melihat fenomena ini terjadi mungkin kerana seperti yang saya katakan tadi; taqwa itu dikaitkan dengan kemuliaan.Dan ramai apabila melihat sesuatu yang tidak elok dilakukan maka dialog sebegini mungkin terbenak dalam hati.

"eh dia tu buat maksiat, tak bertaqwa langsung, jatuh la tahap kemuliaan die tuh.Mana layak nak geng ngn aku yang lebih mulia kerana lebih bertaqwa nih."Dialog sebegini mugkin terlalu kejam tetapi ramai yang menyetujuinya isu sebegini benar-benar wujud.Akibatnya kita dapat lihat ramai antara kita, dalam gerombolan-gerombolan, bak kata saya tadi bergerak menjauhi mereka ini.

Saya akan berbicara tentang hukum "tinggal-meninggal" ini.Perhatikan adillah di bawah:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِى الْكِتَـبِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ ءَايَـتِ اللَّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ(annisa':140)

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِى ءَايَـتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَـنُ فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّـلِمِينَ
(alan'am:68)

Perhatikan kesalahan yang dinyatakan Allah dalam hal" menjauhkan diri" ini.Ayat pertama menyatakan tentang ayat Allah itu dikufuri dan dipersenda.Ayat kedua juga tentang persendaan ayat Allah.Adakah antara kita pernah melihat orang non-DQ melakukan dosa berat sebegitu di persekitaran Uia? Maka mengapa kita bertindak meninggalkan mereka? Juga perhatikanlah ayat seterusnya dalam surah alan'am.

وَمَا عَلَى الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَىْءٍوَلَـكِن ذِكْرَى لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(alan'am:69)

Ayat ini menyuruh orang yang berTAQWA untuk menasihati mereka supaya mereka turut berTAQWA.

Tiada masalah sebenarnya apabila tidak bergaul rapat dengan mereka kerana:“ Agama seseorang itu adalah berdasarkan agama rakannya maka hendaklah dilihat dengan siapa dia berkawan.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud) .

Tetapi jika kita berniat meninggalkan mereka, tidak menegur sama sekali, memboikot barangkali sambil ada yang menyimpan seribu satu dzan terhadap mereka, maka bagaimana da'wah ini mahu tersebar? Tidak meninggalkan mereka, malahan bergaul rapat dengan mereka tdak bermaksud meredhai perbuatan munkar.Lupakah kita bahawa As-syahid Hassan al-Banna itu berdakwah di kelab dan kedai kopi?(saya bukan aliran haraki aa)

Tindakan memboikot atau memulau seseorang kerana maksiat yang dilakukan itu mungkin sesuai di Darul Quran.Tetapi di bumi Uia, sama sekali tidak, malah boleh mendatangkan sangkaan dan salah faham kepada orang lain.Inilah mindset diubah apabila kita menjejak kaki di Uia.

Menyebut tentang skop dakwah itu, mungkin ramai yang akan berfikiran seperti; pakai tudung labuh,jangan usya banin, semayang jangan lewat dan perkara-perkara sebegitu.Usaha ini tidak dinafikan baik tetapi kurang optimum dalam pelaksanaannya dan juga efficiency.Mungkin jika kita seorang yang berpengaruh atau berkuasa, ramai akan mengikut kata-kata kita.Maka semua orang akan menjaga perbatasan aurat dan pergaulan dan sudut-sudut lain.Tetapi itu bukanlah matlamat sebenar dakwah "memaksa" orang mengikut norma agama.Perhatikan ayat ini:

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيدًا قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(ala'raf:164)

Matlamat da'wah ialah mendapat perlepasan tanggungjawab daripada Allah dan juga agar mereka beTAQWA.Bagaimana taqwa dalam konteks ini?Adakah dengan,seperti yang diperkatakan, kita "memaksa" mereka melakukan dengan melakukan suruhan dan larangan agama mungkin dengan menambah nas supaya mereka tiada upaya melainkan mengikut kata-kata kita?Jika begini maka kemungkinan apabila kita tiada di sekeliling, mereka akan kembali kepada asalnya.Jadilah mereka rata-rata seperti rakyat Arab Saudi.Di negara sendiri mengamalkan agama cukup baik tetapi apabila keluar dari sempadan mereka, ramai yang lupa.

Maka Taqwa bagaimana kita hendak arahkan mereka?Taqwa dalam konteks kini ialah untuk mendidik seseorang itu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk lantas membuat pilihan yang tepat.Begitulah firman Allah:

يِـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
(alanfal:29)
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَءَامِنُواْ بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(57:28)

Dalam zaman realistik ini, kedua-dua ayat ini sepatutnya menjadi kayu pengukur TAQWA kepada diri kita dan juga orang lain.Kita pelu faham tidak semua orang yang dibesarkan dalam suasana yang baik seperti Darul Quran.Dan ramai juga yang telah melakukan maksiat sama ada di waktu sekarang atau dahulu disebabkan kejahilan dan faktor lain.Jika taqwa itu diukur melalui kadar maksiat yang dilakukan, maka barangkali kita akan menjadi orang yang menuturkan dialog di awal artikel ini.

Inilah yang perkara lain yang perlu ditukar.Cara kita menanggapi suatu perkara.Seperti pepatah Inggeris"The first impression will always be the last impression".Saya yakin jika kita terlebih dahulu menukar perspektif kita kepada sesuatu yang lebih realistik, segala usaha untuk berdakwah akan menjadi lebih mudah dan kurang mengecewakan(kepada diri kita bukan kepada orang lain ek..sbb innak la tahdi man ahbabta....).Insya-Allah.

Kesimpulannya, segala usaha untuk mengislahkan itu perlu direncana dengan baik dan dnilai dengan hati yang ikhlas(tidak membalas dendam) dan fikiran yang realistik.Tukarlah cara berfikir dan tukarlah cara memandang. Tetapkanlah sifat istiqamah dan akhlak mulia.Sedarlah kita tidak lagi berada di Darul Quran, bumi barakah yang kita cintai itu.

Saya mendapat motivasi untuk menulis artikel ini apabila berbincang dengan rakan-rakan selepas GPDP. Salah seorang rakan saya memberitahu tentang masalah di pihak banat dan mad'u yang ada di Uia.Bagaimana mereka ini bertindak menjauhi atas sebab "kefasikan"(keh2) mad'u yang ada. Authencity berita itu tidak dapat saya pastikan, maka saya tidak mahu memukul rata atau menyangka sesuatu dengan bukan sifatnya.Pun begitu, saya merasakan rakan saya(bukan calang orang aaa...perwakilan nih) has a point there. Pembuatan artikel ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus tetapi hanya untuk memberi peringatan buat sesiapa yang sudi mendengar.

ps: segala kata-kata dalam kurungan tidak bermaksud menghampehkan diri, tetapi hanya menunujukkan kita sama- sama hampeh dan mempunyai kekurangan. Tiada sesiapa yang superior dalam tegor menegor..Banyak lagi yang kekurangan dan perlu dikupas apabila berbicara tajuk ini,dan mungkin jua saya tersilap.saya memohon tunjuk ajar dan ampun jika ada shotcomings



Saturday, July 18, 2009

dirimu seorang muslim


Dalam perjalanan menuntut ilmu,
Tiada erti kecewa,
Selagi pengharapan
disandarkan hanya kepadaNya,

MencintaiNya dengan sepenuh hati,
Memberi kemanisan yang pasti,

mentaatiNya tanpa berbelah bahagi,
beerti kejayaan gemilang sedang menanti,

Jatuh bangun adat perjuangan,
Kerana disitu terbitnya kematangan,

Jadilah pemimpin terbaik bagi dirimu,
Buktikan pada ‘mereka’ bahawa
DIRIMU seorang MUSLIM yang MAMPU,
Mampu membawa
KEIZZAHAN ISLAM dalam dirimu,
Tak kira dimana tanah pijakmu….

Segalanya Mungkin…
Mungkin terjadi…
Mungkin tidak terjadi…

Apa yang pasti…
Qada’ dan Qadar itu ditentu Ilahi…
Apabila Dia mengatakan ‘jadi…’
Maka ‘jadi’ itu menjadi PASTI…

Ingatlah ….
Dia pernah berjanji…
Mintalah padaKu..
PASTI AKAN diKABULI…

Sunday, July 12, 2009

aku taknak bangun!!

"bangun, bangun!!"


"hey fauzul(bukan nama sebenar) bangunla! dah dekat pukul 8 ni!"


"taknak taknak!" jawab fauzul (bukan nama sebenar) selamba.


adakah anda fikirkan entry saya kali ini berdasarkan ini?
nyata anda salah! :-P
padan muka! hehe


sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
kita mengaku kita beriman.
kita hafal ayat,



"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengaku beriman
sedangkan mereka belum diuji?"

bahkan sangat masyi kerana ayat tu di awal surah. hehe
kita mengaku bahawa setiap orang diuji.
akan diuji. sedang diuji. dan PASTI DIUJI.
(dan ikutlah cara sunnah. pasti dan pasti ada kejayaan.
iklan sebentar. hehe)

sahabat-sahabat sekalian,
sesunggguhnya ini bukan ucapan atau surat.
ini hanyalah satu entry untuk blog Gen-9 yang telah lama tak dikunjungi atau dilawati.
walaupun setiap hari mengulang-ulang ayat 'zaara' dalam kelas bahasa arab.
(bagi pelajar yang kurang cerdik bahasa arab macam saya)

kembali pada entry kita.
saya akui, bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdik macam saya,
(kurang cerdik ya. bukan bodoh. jangan buat lawak kasar pulak. :-p)
agak sukar untuk cope dengan cara pembelajaran di universiti.
walaupun sebenarnya CFS dan bukan universiti.hehe
kadang-kadang bila ada kuiz dan tutorial atau apa-apa,
terutamanya mathematics, physics and chemistry.
ada yang terpaksa menjeling kawan sebelah,
pura-pura kalkulator dan sebagainya,

tapi yang ego, belagak sendiri dan buat sendiri walaupun tahu memang salah. haha
bila dapat result, rasa kecewa.
ada juga yang kecewa masa jawab soalan tu.
"adoi..kenapa la aku tak reti jawab soalan ni..."
perlu jawapan ke soalan tu?
jawablah ape korang nak. saya jawab tak.
ini entry saya. so ikut suka saya la. haha

ya. it is understood that keadaan-keadaan macam ni memang mengecewakan diri sendiri.
waktu-waktu macam ni rasa sangat inferior.
macam-macam fikiran negatif datang.
betul tak?
(sila jawab betul.hehe)

kita mula melihat orang di sebelah,
"cis dia ni. study sikit je. main banyak. kalau pergi gym, pegi sekor. tak ingat kawan. pastu tak ingat nak balik bilik. apasal dia cam pandai sikit dari aku?"

sahabat-sahabat yang dirahmati, insya-Allah
awal tadi kita membicarakan ayat surah 'Ankabut ayat 2.
kenapa ya Allah letak ayat tu di awal surah?
mungkin Allah tau akan wujud huffaz awal juzuk, awal sura, awal maqra'.
jadi Dia inginkan para huffaz ni sentiasa ingat ayat-ayat macam ni.
pernah tak korang perhatikan ayat-ayat di awal juzuk, awal surah dan awal maqra'?
perasan tak ayat-ayat yang berkenaan adalah ayat-ayat yeng penting dan menarik?
tell me, Allah tak buat susunan-susunan ni secara sia-sia kan?

mungkin kita diuji dengan kurang cerdik,
agak kita lebih banyak berusaha.
agar kita lebih kuat berusaha.
agar kita sedar,
kalau kita hendakkan sesuatu, we gotta work hard for it!

dan mungkin jugak yang di sebelah dijui dengan kecerdikan.
mungkin dia tak perlu berusaha keras untuk berjaya,
tapi Allah nak tarbiyah dia untuk merendah diri dan bersyukur.
dan dia juga perlu sedar bahawa Allah punya kuasa untuk menarik nikmat itu bila-bila masa yang Dia hendakkan.

kalau anda tak percaya Allah akan buat itu,
anda boleh mintak testimonial atau pengakuan benar dari penulis sendiri.
dan saat ni baru akan terasa ruginya tak bersyukur.
tapi bila dah terlewat, apa gunanya kan?

jadi itulah pointnya sahabat-sahabat.
bear in mind bahawa setiap kita diuji.
dan ujian setiap kita berlainan.
kadang-kadang kita melihat seseorang sedang diuji dan dia kelihat belum berjumpa jalan hakiki.
hati kita mencemuh.
wajarkah itu?
saya bercakap tentang diri saya.
moga saya beroleh hidayah.
maksud saya petunjuk hidayah.
bukan wanita bernama hidayah.

berbanggalah kerana kita diuji.
itu tandanya Allah masih ingat pada kita.
Allah masih sayang pada kita.
kalau kita tak terasa seperti diuji, bukan tanda nya ujian itu senang,
tapi masih adakah Allah dalam hati kita?
peringatan buat diri sendiri, insya-Allah.

kerana mata si penulis ini lebih awal membaca dari kalian.
sama-sama kita thabat dalam memartabatkan Islam.
sama-sama kita wakafkan diri untuk Islam.
kerana kita milik Allah.
bukan milik sesiapa.
dan kita untuk Allah.
bukan untuk sesiapa.

sahabat-sahabat,
sama-sama kita thabat dalam ujian.
ujian in baru peringkat 2.
akademik bukan segalanya.
Allah pemilik segalanya.
dan Dia miliki akademik.
Dia akan beri akademik pada sesiapa yang Dia hendak.
mintalah pada Dia.
salam perjuangan.

(saya ulang. ini bukan surat)
p/s: jangan lafazkan 'AKU TAKNAK BANGUN! bangunlah setiap kali jatuh'
gpdp takde kuasa. hehe. iklan lagi

Wednesday, July 8, 2009

astaghfirullah...malunya......

Malu...suatu sifat istemewa yg dikurniakan kpd manusia...kdg2 haiwan pn ada yg pemalu...MALU2 KUCING....MALU2 KAMBING...kucing dan kambing...dua haiwan yg pernah dikaitkan dgn sifat MALU...tp..apa istemewanya mereka dua EKOR ni...pemalu sgt k??jd..jika ada manusia yg tidak punya rasa MALU..mahu atau tidak...suka atau terpaksa...ANDA PERLU BERASA MALU...kerana jika anda bkn seorg yg PEMALU...ANDA ADALAH SAMA ATAU LEBIH HINA DARJATNYA DARI DUA SPESIES HAIWAN YG DIGELAR KUCING DAN KAMBING....

tunggu dulu...jgn terasa hati jika apa yg hamba katakan ini terkena batang hidung anda sendiri...MEMBERS OF THE FLOOR...PLEASE REMAIN BE SITTED...THANK YOU...

KAMBING...KUCING...artikel ni bkn nk cerita tntg mereka...tetapi nk cerita tntg manusia..manusia yg tarafnya lebih hina dari mereka ber'dua ekor'(tahukan siapa??)..tak..tak..bkn tntg anda...tntg 'dia' ni..dgn si 'dy'...dengarlah dlu ye..hamba cerita..

bismillah...

suatu hari..di hari minggu...'dia' dan sahabatnya(dua2 banat DQ) bercadang untuk keluar 'outing'(biasalah org melayu,suka ulang dua perkataan yg sama maksud..)..x jauh...dkt ja..rawang....

untuk pergi ke rawang..mereka naik komuter...ceritanya bermula di situ...

pintu automatik terbuka..mereka masuk..lihat ke kiri dan kanan...mereka tersenyum...alhamdulillah...ada tempat duduk...mereka pn duduk..

sampai di satu stesyen(perlu dirahsiakannya namanya)...komuter berhenti seketika...pintu automatik terbuka..sssrrrreeetttt....(bunyi pintu...)..penumpang2 dr stesyen itu pn masuk...

pandangan 'dia' dan sahabatnya tertumpu pd pnumpang yg baru masuk...ramai lelaki..rmai juga perempuan...jgn salah faham..mereka bknnya tidak menjaga pandangan..tetapi mereka ingin mencari kalau2 ada warga emas atau org bersalin untuk diberikan ruang kerusi untuk duduk...(budi bahasa budaya kita...)

namun...tiada waraga emas..tiada org bersalin(mm..maksud hamba,org yg bakal bersalin)...hampa...hamcur harapan mereka untuk berbuat baik dan menambah pahala pada hari itu...

laen yg dinanti..laen pula yg muncul....mata mereka sama2 membuntang terkejut bagai melihat matahari baru terbit dari barat...(terkejut mcm dunia sgt2 dh nk kiamat la maksudnya..)

nk tahu mereka nmpak apa???

mmm...seorang amoi(melayu snanya..tp nmpk mcm cina...)..xda apa yg ganjil...cuma..mereka telah berjumpa dgn manusia yg br hamba sebutkan di atas td...lebih tidak MALU daripada KAMBING DAN KUCING...BINATANG PN TAHU MALU...

bajunya..skirtnya...sersa-serbu-serbi xckup kain..ni bkn stakat pnjm baju adik di rumah...tapi dy pnjam baju baby dlm 'incubator'...(masyaAllah!!!!ASTAGHFIRULLAH!!!!MALUNYA!!!!RASA NK BAGI JE KAIN PURDAH AKU NI KT DY SUPAYA 'DY' BLH TUTUP MUKA...tu pun kalau 'dy' ader raser MALU la...)kata 'dia' di dlm hati...tp lidahnya kelu x mampu berkata apa...

tiba2..."HEI KAK..TAK CUKUP KAIN NAMPAK..."tegur seorang pemudapemuda itu merasa bertanggungjawab menegur kemungkaran yg berlaku d dpn matanya..walau dgn 'caranya' yg tersendiri....)sambil tersenyum kambing dan sengih seakan memerli dan mengeji...

nak dibandingkan dgn 'dia'..pemuda tu xda lah nampak baik sgt pn..dgn seluar jeans yg terkoyak d lutut...dgn gayer selekeh 'up sikit' dr penageh...'dia' blh dikatakan jauh lebih nmpk 'alim' drpd pemuda itu...nampak je alim..nampak je mcm kuat iman..berjubah..tudung labuh..siap berpurdah lg...tp..bkn kata nk mencegah maksiat...nak menegur perkara mungkar dpn mata pn tak berani..xcukup kuat iman kata 'dia'...

'dia' tertunduk MALU...MALU dgn iman sendiri yg masih goyah...MALU dgn PEMILIK HATInya...siang malam 'dia' dok ngaku CINTANYA PADA KHALIQ DAN NABI TIDAK BERBELAH BAHAGI...nah!!!bukti d depan mata..mana bukti CINTA yg 'dia' bangga2kan selama ini???nak membela agama ALLAH DAN RASULNYA PN X BERANI...INIKAH BUKTI CINTA SEJATI???

RENUNGLAH KISAH INI WAHAI SEKALIAN YG MENGAKU DIRI...sebagai..PEMBURU CINTA ILAHI...


p/s:-sebuah kisah benar seorang akak senior yg telah ditokok tambah oleh hamba hina ini...kalau ada yg x puas hati..yg terasa hati...yg ingin meluahkan rasa hati...sila hantarkan komen anda ke post ini....sama2 koreksi diri....

Thursday, July 2, 2009

Umi is amazing.........


MY Umi IS AMAZING

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Umi is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Umi makes

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Umi is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have an Umi that’s so amazing

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had an Umi that’s amazing
Would be amazing