Friday, May 14, 2010

Idealogi dan Jawapan 'Skrip'

Bismillah walhamdulillah

Ada sesetengah pihak apabila mendengar sesuatu yang berlainan daripada apa yang ‘tok syeikh’nya katakan, mereka akan menjawab kepada orang tersebut dengan jawapan ‘skrip’ (mungkin juga diwariskan bersanad turun temurun) iaitu: Kamu tidak beradab dan kamu akan memecah belahkan masyarakat.

Apabila berhujah dan berbincang dan setelah itu tenyata pendapat mereka lemah, mereka akan menggunakan ayat-ayat ‘skrip’ mereka. Setelah itu di ‘divert’ kan topic perbincangan itu daripada membincangkan topik-topik seperti akidah, ibadah tiba-tiba memasuki bab ‘akhlak’.

Kadang-kadang setiap orang yang berhujah itu menjadi pelik kerana apakah sangat perbuatan yang dilabel“kurang ajar”itu. Terfikir juga kadang-kadang adakah tohmahan ‘perbuatan kurang ajar’ itu memang bermaksud kepada perbuatannya atau dipanggil kurang ajar itu kerana semata-mata menyatakan pendapat seseorang ‘tok syeikh’ itu salah. Setelah itu, sedang lama kita (baca:nahnu/kami) berfikir apakah sebab-sebab dia memanggil kita dengan panggilan kurang ajar, dia akan menambah dengan penuh ironi iaitu “semoga hati kita semua dapat menerima kebenaran”. Baginya sesuatu kebenaran itu bukan berada di atas hujah-hujah tetapi diasaskan atas ‘ketenangan ’dan‘ keberkatan’ majlis ilmunya (yang dia dan rakan-rakannya sendiri rasa wujud)

Perbahasan antara Kaum Muda dan Kaum Tua dalam persoalan lafaz niat (maaf tak dapat nk cari source) merupakan sesuatu contoh yang menarik. Kaum Muda mengatakan bahawa niat itu tempatnya di hati bukannya di mulut. Tetapi Kaum Tua menegaskan harus melafazkan niat di mulut dengan alasan untuk ‘menetapkan’ hati. Kaum Muda pula menjawab bagaimana pula mulut boleh membetulkan hati sedangkan hati merupakan tempat bermulanya sesuatu perbuatan? Dalam kata lain hati sendiri yang menggerakkan mulut jadi adakah diterima akal mulut membetulkan hati. Melihat hujah-hujah tersebut, kita sendiri (jika aqalnya sihat) boleh menilai pihak mana yang lebih tepat kehujahannya dan perlu diingatkan ini hanyalah mengenai perkara yang kecil belum lagi menilai kes-kes yang berkaitan maslahah yang besar(seperti pendidikan wanita, wali mujbir, adat-adat Melayu). Tetapi apakah yang menjadi hujah balas Kaum Tua selain tohamahan kurang ajar dan memecahbelahkan masyarakat lantas mengambil tindakan pihak berkuasa (masa tu Sultan dan Raja-raja Melayu, bukan jabatan agama) untuk menghalang pengaruh mereka. Sehinggakan apabila kita membaca buku sejarah tingkatan 3 dan 5, kita membuat konklusi “jikalah dibiarkan sahaja usaha pembaikan (islah) Kaum Muda itu, pastilah Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan yang lebih awal atau sekurang-kurangnya Negara ini dapat diwarisi dengan lebih bebas acuan penjajah dalam sistem pemerintahan”.(melainkan jika anda mengatakan buku-buku sejarah ini tidak bersanad maka tidak boleh dipercayai, itu tidak tahulah).

Terdapat pula orang yang mengatakan pihak-pihak yang telibat dalam gerakan islah ini suka membongkar perkara-perkara khilafiah yang akhirnya melibatkan perpecahan dalam masyarakat. Dan menariknya mereka mengatakan, jika terdapat tarjih antara pendapat-pendapat maka ini akan dihebahkan secara biadap di dada-dada akhbar dan televisyen. Ungkapan ini sungguh menarik tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui:

1. Tidak pernah kita melihat tajuk-tajuk akhbar yang berbunyi seperti ‘Bid’ahnya majlis tahlil’, ‘Bid’ah kenduri arwah’ dan perkara yang memang benar menyalahi syara’ yang sering diamalkan masyarakat awam. Sebaliknya kita pernah terdengar tajuk-tajuk kontroversi tetapi membawa maslahah yang besar seperti ‘masuk Islam tidak perlu menukar nama’ dan ‘haramnya aktiviti tajassus (skodeng) dalam mencegah maksiat’.

2. Sebaliknya kita akan menjumpai tajuk-tajuk yang disebutkan di atas dalam buku-buku Fiqh. Buku Fiqh Manhaji dalam Mazhab Syafie menceritakan mengenai hal-hal kenduri arwah dan tahlil itu. ( lihat bab solat jenazah,subtopic:perkara bid’ah bersama mayat). Perkara ini amat buruk sehinggakan ada orang yang akan gembira jika ada orang yang meninggal kerana dia dapat makan free pada malam itu.

3. Jika terdapat pun risalah-risalah yang membincangkan hal-hal seperti tasyahud dan berdoa beramai-ramai (dok jumper lagi stkat nih) yang menyertakan dalil-dalil yang sahih, maka itu hanyalah pandangan-pandangan yang lain daripada apa yang ‘tok syeikh’ kamu ajar. Jika hendak menolak pandangan itu, silakan, tetapi hendaklah berdasarkan dalil bukan kerana ’ostad aku ajar lain’.

4. Membawa masyarakat kepada al-Quran dan as-Sunnah tidak pernah menjadi punca perpecahan. Al-Qardawi dalam buku ‘kaifa nata’mul ma’a sunnah’, menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan sunnah sebagai asas ilmu tamadun. Ada sesetengah orang apabila ditanyakan bagaimana boleh perpecahan itu terjadi, dia menjawab “apabila imam habis menyelesaikan solat maka ramai-ramai akan meninggalkan saf, ini menunjukkan ketidaksepaduan masyarakat”. Kita menjawab ”Syeikh, Nabi mengatakan umat tidak akan bersatu jika saf tidak lurus ketika solat bukannya kerana umat tidak menunggu imam berdoa”. Dalam satu riwayat (saya xreti pakai yang lemah ek) disebutkan Nabi terus bangun setelah solat. Jika itu merupakan simbol perpecahan maka Nabi pasti lebih mengetahuinya dan tidak membuatnya. Maka bagaimana boleh dating andaiam perpecahan itu (melainkan jika anda lebih berilmu dalam agama ini daripada Nabi)

5. Umat ini telah lama berpecah kerana politik dan hal-hal kedunian yang lain seperti pecah amanah dan lainnya. Sesetengah pemimpin bagaikan hilang intergriti dan etika Islam ketika memegang jawapan. Sementara itu terdapat pihak, jika impian Daulah Islamiahnya telah tercapai kini, maka ucapan-ucapan kempennya akan melayakkan dia menerima had qazaf. Ulama’-ulama’ yang berkepentingan juga tidak terkecuali dalam ‘menyumbang’ kepada perpecahan. Sebab itulah semasa upacara mandi Safar atau pesta air di bulan Safar hendak di abolished kan, terdapat ulama’ yang membantah kerana terdapat menteri-menteri semasa itu mahu meneruskan upacara tersebut.

Kadang-kadang sesetengah pihak yang suka memberikan jawapan skrip ini, mereka sendiri yang membawakan idealogi skrip mereka kepada orang lain. Mereka menganjurkan wacana dengan nama-nama yang baik seperti seminar permunian itu dan ini. Malangnya di dalamnya dibentangkan tohmahan yang tidak berasas dalam bahasa yang sengaja menimbulkan kekeliruan. Mereka menggunakan istilah-istlilah seperti musyyabbih, mujassimah dan lain-lain untk menggelar orang yang ‘berlainan’ dengan mereka. Setelah menabur segala fitnah itu, ajaibnya mereka pula menuduh orang lain mengenai biadap dan memecahbelahkan. Ini seperti yang diungkapkan syair arab:

ضربني و بكى شتمني واشتكى

"Dia telah memukulku tetapi dia pula yang menangis, dia telah mencercaku tetapi dia pula yang mengadu (kerana makan hati).”

Malang sekali apabila kita mengajak dialog bagi membentangkan hujah-hujah, pihak ini seakan-akan menarik diri kerana konon-konon mahu mengelak perdebatan yang sia-sia. Sedangkan dia sedang berfikiran salah terhadap orang lain. Malah mungkin juga terhadap metodologi agama ini. Kita katakan :Tiada masalah jika hendak masih berpendirian lama tapi biarlah berasaskan keyakinan kerana dalil bukan keyakinan kerana ‘tok syeikh’. Apabila kita mahu menegur tentang apa yang dituliskan dalam blognya atau apa yang dia telah beritahu orang lain, maka akan ada yang menjawab:” Saya tidak tahu. Saya hanya copy artikel ini atau saya mengambil kata-kata ini daripada seorang ustaz, maka pergilah berhujah kepada penulis asal.” Maka, jika pendapat yang anda sebar ini, anda tidak tahu menahu tentangnya,di manakah komitmen anda terhadap surah Al-Isra’ ayat 36.

Wallahu Musta'an

Ps: Tiada ps..

0 respons=):