Tuesday, March 30, 2010

Kepada semua banin gen-9

Assalamualaikum....

Kepada semua banin,insyaAllah pada ahad pagi kita nk g main futsal...dkt je dgn uia ni...sape nk ikt,tlg inform...nk booking padang...ejah ramai2 gi...jom2...al-'aklu salim fi jismi salim..

Saturday, March 27, 2010

Line-up IQRA'

Line-up IQRA' 2010/2011
CFS IIUM PJ



PRESIDENT
Nizar Amsyar bin Md Zaki

VICE PRESIDENT
Muna 'Adilah binti Che Rime

SECRETARY
Mohd Bukhari bin Mansin
Adibah binti Parman

TREASURER
Muhammad Syafiq bin Mohd Zokeri
Wan Qurrotu Aini binti Wan Sanusi

DAKWAH BUREAU
Syed Mohd Syahmi bin Syd Mohmad Faudzi
Siti Zakirah binti Khairuddin

ACADEMIC BUREAU
Muhammadbazli Aminmokhsin bin Aminuddin
Fathy Nabila Najla binti M.Fuad

WELFARE BUREAU
Lutfy Rohim bin Muhdi
Nurul Aina binti Mohd Fauzi

ECONOMY BUREAU
Sufi bin Md Nawi
Nurul Bahiah binti Nor Shakiman





-IQRA' SECRETARIAT-

Wednesday, March 24, 2010

mari ramai-ramai doa untuk sahabat

untuk pengetahuan sahabat gen 9 sekalian, Ikhwan Nordin, abang kepada sahabat kita, Shukri Nordin telah dimasukkan ke hospital, kira-kira semalam, kerana demam denggi.

Keadaannya dilaporkan oleh doktor, cuma tinggal 20 platelet.

Jadi insya-Allah, kita tahu sahabat kita inginkan satu-satunya abang beliau kembali sihat.
Lantas mari sama-sama kita doakan untuk kesihatan beliau.

Moga musibah yang diberi, sekadar penghapus dosa.

Sama-sama kita doa, Insya-Allah.

malam ni, kita buat solat hajat dan bacaan yasin, lepas maghrib kat Surau ABC nak?

Monday, March 22, 2010

multaqa budak-budak dq

IQRA’ Secretariat
Presents

MULTAQA’ BUDAK-BUDAK DQ
(banin je rasa-rasanya)

Date:
22 March 2010
(tomorrow night)

Venue:
ABC musolla

Objectives:
1. Briefing on IQRA’ policy
2. Presentation on gen8’s tenure
3. Naming the next president

Tentative:
8.40pm – congregational isyak prayer
9.15pm - multaqa starts

datanglah ye semua :)

Friday, March 12, 2010

sebiru hari ini =)


buat siapa2 yang dah habis matric,
buat siapa2 yang ada short sem,
buat siapa2 yang ada tapi rasa tak nak pegi,
buat siapa2 yang tak ada short sem,
buat semua,

^_^

Wednesday, March 10, 2010

Asas dalam beragama

Bismillah walhamdulillah wasolati wasalam ala rasulillah.

Asas agama Islam itu terletak pada akidah. Oleh itu bagi seseiapa yang ingin mengenali Islam hendaklah memerhatikan sudut akidahnya. Malah bukan sahaja agama Islam, asas agama samawi lain (walaupun sebenarnya hanya Islam merupakan agama samawi) juga terletak atas akidah. Begitulah kaedah dalam beragama bagi agama samawi.

Manakala bagi agama-agama buatan (man-made religions), penekanan tidak diberikan kepada akidah. Kepercayaan yang berbeza-beza antara penganut-penganut tidak memberi sebarang calar kepada ‘iman’ mereka. Tanda seseorang itu menganuti agama Hindu itu ialah melaksanakan ritual-ritual Hindu. Mereka bebas mengabdikan ‘ibadah’ atau unsur-unsur kerohanian mereka kepada mana-mana tuhan yang mereka kehendaki. Malah tidak pula mereka dihukum ‘murtad’ apabila menyembah tuhan Hindu versi lain dan meninggalkan atau tidak menyembah tuhan Hindu yang lain. Seseorang penganut Buddha pula mungkin sahaja mempercayai pengasas agama itu ialah manusia biasa yang patut dijadikan inspirasi. Di kawasan lain, ada yang mempercayai bahawa Buddha itu ialah jelmaan tuhan, atau manusia yang menjadi tuhan maka sebahagiannya menyembah figure tersebut. Walaupun berlainan persepsi, mereka tetap digelar penganut Buddha kerana alamat seseorang itu menjadi penganut Buddha bukanlah pada kepercayaan mereka.

Berbeza dengan agama Islam, akidah merupakan sesuatu yang thabit. Seseorang itu mungkin seorang pelaku dosa atau seorang yang culas dalam mengamalkan perintah agama tetapi kedua-dua ini tidak akan mengeluarkannnya dari daerah keIslaman. Tetapi apabila seseorang itu melanggar batas-batas akidah secara pasti maka dia dihukum murtad, walaupun dia seorang yang kuat ibadahnya.

Apabila kita mengetahui bahawa asas agama Islam ialah akidah, maka untuk memahami ‘rupa bentuk’ agama ini, hendaklah dengan memahami akidah. Hari ini ramai orang yang memahami Islam dari sudut feqahnya, atau dari sudut tasaufnya atau mungkin juga dari sudut politik. Hal ini mengakibatkan mereka memahami Islam dengan salah. Maka tidak hairan, jika mellihat antara mereka yang murtad itu berpendidikan dalam agama,seorang ustazah atau ustaz. Malah kadang-kadang kita melihat seseorang itu ‘hebat’ berjubah dan berserban atau mungkin menjadi imam atau ‘pakar rujuk’ agama dalam sebuah kampung, tetapi pada masa yang sama mereka mempercayai perkara-perkara khurafat seperti tangkal, mandi safar, memuja kubur dan memohon hajat kepada individu-individu yang dianggap wali. Sedangkan tawasul melalui nabi ialah perkara yang dikhilafkan ulama’ maka apatah lagi hukumnya membuat perantaraan dengan individu-individu selain baginda.

Kegagalan memahami hakikat asas agama yang berada di atas akidah menyebabkan sebahagian orang meletakkkan asas kebenaran itu pada sesuatu keramat atau keajaiban. Maka sering kita mendengar sesetengah individu atau kumpulan itu mendakwa “ ‘Tok guru ’kami ini atau ‘syeikh’ kami mempunyai kelebihan tertentu atau keramat tertentu”. Setelah itu didakwanya ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang dibawanya juga benar. Sedangkan kita mengetahui bahawa sesuatu amalan kerohanian hanyalah diterima apabila ia bertepatan dengan Quran dan Sunnah. Keramat-keramat atau kuasa-kuasa ajaib tidak pernah menjadi dalil kepada ketepatan amalan.

Ada pula mendakwa bahawa guru mereka ialah wali-wali Allah atas kemampuan mereka berjalan atas air, bercakap dengan haiwan dan seribu macam keajaiban lagi. Kita membantah mereka ini dengan mengatakan ciri-ciri seorang wali Allah itu ialah beriman dan dan bertaqwa bukannnya dengan mempunyai kuasa-kuasa ajaib. Begitu juga perwatakan zahir seperti serban besar, tasbih yang panjang dan juga jubah labuh tidak pernah menjadi dalil dalam menentukan ‘kewalian’.

Membentuk akidah yang mantap penting supaya iman tidak akan terlucut walau seberat mana dugaan yang dihadapi. Tabiat-tabiat agama dahulu seperti agama Nabi Musa memperlihatkan mukjizat-mukjizat ajaib seperti tongkat yang menjadi ular dan membelah lautan, manna wa salwa dan bermacam-macam lagi bagi memupuk keimanan. Tetapi berlainan pula dengan agama Islam. Mukjizat Al-quran yang ditinggalkan bukanlah sesuatu yang bersifat ajaib secara zahir seperti mukjizat-mukjizat nabi lain. Mukjizat Al-quran bersifat maknawi yang bermaksud difahami keajaibannya melalui daya fikir. Lihat sahaja bagaimana Alquran telah membentuk iman Bilal. Keimanan itu muncul hasil fikiran demi fikiran yang mencetuskan nekad sehingga beliau masih mempertahan tauhid walau diletakkan batu yang besar di atas dadanya. Selain itu,menjadi fitrah apabila wafat seorang nabi maka lenyaplah mukjizat yang dipunyainya. Mukjizat Al-quran pula kekal sehingga hari kiamat bagi sesiapa yang ingin mendapat petunjuk daripadanya malah sesuai pula ajarannya diamalkan tanpa mengenal zaman dan tempat.

Pada hakikatnya mukjizat alquran yang berasaskan fikir menjadi pemupuk akidah bukannya kisah-kisah pelik yang cuba membawa insaf seperti kisah pelik di tanah suci atau mayat bertukar menjadi benda-benda pelik ataupun paling kurang berulat, isteri atau anak yang derhaka muntah darah(dan juga sejadah berdiri barangkali..). Tidak dinafikan bahawa ramai yang insaf atau mendapat hidayah apabila mendengar cerita-cerita ajaib atau menyaksikan kejadian-kejadian pelik sebegini. Tetapi kita tegaskan bahawa cara itu merupakan tabiat agama-agama terdahulu. Maka iman yang diaruhkan (induced) dengan cara begini atau 'iman-iman terkejut' ini tidak bertahan lama (paling lama 3 bulan kot)dan tidak kukuh. Wajah agama kemudian akan dikaitkan dengan cerita-cerita ajaib dan karut-marut. Sesungguhnya umat ini akan mencapai kebaikan jika mereka memahami Alquran dengan kefahaman yang sebenar.

Ironi sebenarnya jika difikirkan, umat terdahulu terpaksa bergelut perasaan melangkau logik akal demi membuktikan iman ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj, tetapi umat kini mudah-mudah memandulkan pemikiran dengan mengenepikan logik akal demi mempercayai perkara karut-marut dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran nabi.

Wallahu Musta’an

Ps: Kalo letak dalil mau 5 muka surat gak nih…

Monday, March 8, 2010

rahsia

DARI EMAIL SEORANG SAHABAT :

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku.. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu...

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah Ya! Benar... akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah.





subhanallah...

wallahu ta'ala a'lam..

ilal liqo'~hamba~

Wednesday, March 3, 2010

Qum Ya Fulan

Wahai orang yang berselimut!!!
Bangunlah untuk solat pada malam hari,kecuali sebahagian kecil
Iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu
Atau lebih dari seperdua itu,dan bacalah Al-quran itu dengan perlahan-lahan…
Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu…
Sungguh!Bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa...
Dan bacaan di waktu itu lebih berkesan...
Sesungguhnya pada siang hari
engkau amat sibuk dengan urusan yang panjang…..!!
QS(73:1-7)



Let us ponder thoroughly the word of Allah…..
Bersama Sucikan …


Bangunkan hamba jika hamba tidur…
Tolong…


Ilal liqo’~ hamba~