Wednesday, August 11, 2010

Welcome to University Of Ramadhan!



Ramadhan Kareem..

Nahmaduhu..nasta’inuhu..nastaghfiruh..


AlhamduliLlah..Ramadhan yg sekian lama kita nantikn telah kunjung tiba..Ana yakin dan pasti bahawa sahabat2 sekalian telah tidak sabar2 utk memasuki ‘University Of Ramadhan’ ini.(em,cam thiqah sgt je bunyi ‘ana’ tu).Seperti mana lumrah bagi setiap universiti,semestinya akan ada sessi suai kenal yg sinonimnya kita kenali sebagai Ta’aruf Week. Mengaitkan dengan ‘UOR’ ini,kebiasaannya Ta'aruf week atau akronimnya TaWe berlaku dlm minggu pertama sejurus mana kita meng’register’kan diri sebagai studentnya dengan ‘akur janji’ di permulaannya. Kebanyakan kita baru ingin menjinak2kn diri utk meng’adapt’ suasana yg berbeza di UOR ini (sesuai dgn makna Ramadhan itu sndiri). Saya ‘haqqul yaqin’ bhawa puasa ini adalah bukan sesuatu yang janggal bagi ‘antum orang’ oleh kerana kebanyakannya sudah well-prepared sebelum memasuki UOR (almaklumlah puasa sunat isnin & khamis tak pernah tinggal).


Apa yang istimewanya UOR ini,setiap hari yang mana sebelum kita memasuki ‘kelas2’ yg disediakan oleh pihak UOR ,kita kena perbaharui nawaitu kita di permulaan hari. Menarik bukan. Bagi sahabat dan sahabiah,saya yakin dan pasti antum orang dapat survive dalam minggu TaWe ini. Sesuatu yg agak menarik, kelas2 yg disediakn dalam UOR ini tidak menggunakan sistem attendance yg perlu dihadiri sekurang2nya 80%(ye ke?) daripada overall kelas bagi sesuatu subjek tu utk melayakkan kita menduduki exam di penghujungnya(kalaulah UIA buat sistem camtu kan bgus). Tapi,saya yakin antum orang akan menghadiri sebanyak mungkin kelas2 yg disediakn (dengan husnu zhan yg teramat) tanpa risau akan attendance. Mudahnya, mahu atau tidak utk kita hadiri sesuatu kelas di UOR ini ‘hundred percent’ly bergantung kepada diri kita. Inilah yg melabelkan ‘gpa’ kita di sisi pemilik UOR. Dengan kata lain, sebagaimana antum orang berlumba2 utk mencapai dean’s list dgn gpa 4 flatnya (terutamanya bagi medic student) seperti itulah perlunya kita berlumba2 utk mendapatkn “Allah’s list”(yg pasti tiada surat yg akn smpai di rumah).


Apa yg ingin saya bawakan sebenarnya adalah mengenai kecenderungan kita sebagai student dan kita sebagai hambaNya. Pengaplikasian amalan mestilah ada dalam peranan kita sebagai student universiti tidak kira di mana2 jua universiti yg antum org berada yg hanya sementara sifatnya kepada peranan kita yg paling penting sebagai 'student of life'. Tentunya sebagai student kita tidak mahu fail dalam apa jua kos yg kita ambil. Jadi,as ‘precaution step’ perlulah kita utk menghadiri kelas di UOR ini dgn bersungguh2. Dan yg penting, apa2 input yg kita dpt melalui kelas2 UOR ini dapat kita aplikasikan di luarnya, bukan seperti kebanyakan student yg belajar hanya fokus utk periksa; dan natijah di luarnya tiada pengamalan terhadap ilmu.(antum org x kn?)




Tuntasnya, dalam bulan Ramadhan ini harapnya kita dapat berlumba2 utk melakukan sebanyak mana amalan yg mungkin. Bagi sahabat2 yg hafiz Quran, mungkin bulan ini adalah masanya yg paling sesuai utk antum org me’masyi’kan lagi quran yg ada walaupun sedia masyi. Semoga natijah diberi nanti adalah setimpal dengan amalan yg kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yg layak utk memperoleh anugerah ‘Piala taqwa’ yg teragung dgn 'cgpa' yg cemerlang beserta 'bonus' berupa voucher 1 malam lebih baik drpd seribu bulan. Akhirul kalam, selamat menghayati Ramadhan Al-Mubarak. Tajdid niat,ikhlaskan hati; LiLlahi ta'ala. Selamat Beramal!

Sekian,wassalam.

(p/s: sori la ye,bhasa bersepah sket)

0 respons=):