Saturday, November 28, 2009

Perisai Muslim: Mari memakai ilmu pendinding(????)

Bismillah walhamdulillah wasolati wassalam ala rasulillah.

Jika mengenangkan manifestasi “qaulan sadida”(al-ahzab:70), sesungguhnya masa artikel ini muncul amatlah tidak sesuai , kerana mengenangkan waktu ini lebih sesuai untuk memperkatakan tentang salah satu “hari kebesaran yang dihadiahkan Allah” (hadis) . Tetapi apabila mengenangkan kepentingan maklumat ini untuk dikongsi bersama dan perbatasan masa diri sendiri ,saya berpendapat tidaklah ada salahnya untuk memunculkan artikel ini.

Supernatural

Sesungguhnya tiada sesiapa yang tidak terkejut apabila mendengar berita yang menjadi al-maklum di kebalakangan hari ini (bnda yang syed syahmi cerita kat bawah nih). Maklumlah, tempat kita sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian-kejadian supernatural ini. Tetapi begitulah seperti yang diungkapkan oleh nabi “walakin quluu qaddara allahu ma yasyaa’ ”, segala kejadian itu ialah mengikut percaturan Yang Maha Esa.

Maka jika ada ruang yang tidak menimbulkan fitnah, ingin saya menasihati kepada ‘mangsa-mangsa’ agar bersabar. Walaupun kadang-kadang sabar itu semakin hilang grip nya daripada genggaman kita, hendaklah kita sedari bahawa “sesungguhnya orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang memegang bara api” (hadis ).

Juga,

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku, dan sunnah khulafa rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpeganglah kepadanya, dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu” (Direkod oleh Abu Daud (no: 4609), Tirmizi (no: 2676), Ibn Majah (no: 42). Kata Tirmizi: “hadis sahih”).

Cukuplah firman Allah dibawah ini menjadi penenang hati, terutama buat orang yang paling pertama membaca artikel ini, untuk kita terus bersabar.

(az-zumar:10 )إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّـبِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Manusia itu secara umumnya memerlukan sesuatu sebagai pelindung diri dalam menghadapi hari-hari yang penuh rintangan. Tidak sedikit orang yang mempercayai kepercayaan khurafat seperti tangkal, azimat, atau kertas-kertas yang tertulisnya berbagai tulisan atau gambar-gambar lalu ditampalkan di dinding bilik dengan alasan bertabarruk. Mukmin sejati semestinya bersih akidahnya dan perbuatannnya dari tindakan sebegini.

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

Maksudnya: “Sesiapa menggantungkan tangkal, maka dia melakukan syirik”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 17422). Komentar Al-Haithami, “Perawi-perawi Ahmad adalah tsiqah (kepercayaan)” (Majmak Zawaid 8399) . Al-Albani juga menilainya sahih. (Silsilah Sahihah 1/809)

Mukmin sejati itulah yang meyakini bahawa “sebaik-baik petunjuk itulah ialah petunjuk nabi Muhammad” (hadis). Lantas dalam pelbagai permasalahan yang menimpa, seorang mukmin itu akan cepat-cepat mencari penyelesaian melalui adillah islamiah yang thabit, tanpa semborono mengadakan atau mereka-mereka sesuatu perbuatan.

Mencari pendinding 'halal'

Jika berbalik pada persoalan kes-kes paranormal ini, amat menakjubkan bahawa Islam itu telah menunujukkan cara yang jelas dalam segi amalan, tanpa meninggalkan kita teraba-raba dan keliru mencari jalan penyelesaian. Ternyata amalan-amalan inilah yang tidak boleh disangkal autoritinya, menjadi kepercayaan kita, bukannya amalan-amalan lain yang tiada sumbernya.

Antara amalan-amalannya ialah:

1. “Sesiapa yang membacanya (ayat kursiy)pada waktu pagi dipelihara daripada gangguan jin hinggga petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan dipelihara daripada gangguan jin hingga waktu pagi”(riwayat al-Hakim.”Sahih”(lihat al Targhib wa-al Tarhib (662))

2. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini (surah albaqarah:285-286) pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”(Bukhari(5040),Muslim (807)

3. “Sesiapa yang membaca (surah al-ikhlas, al-falaq, dan an-Nas) tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukup baginya (sebagai pelindung) dari segala gangguan” (al-Tirmizi(3646),”hasan”,Lihat sahih Termizi 3/182)

4. “Sesiapa yang membaca (Bismillahillazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ardi…) sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang maka tidak apa pun yang membahayakannya”( Riwayat Abu Daud (5088), al Tirmizi (3388), “Sahih”.Lihat zad al-Ma’ad 2/371, Tuhfah al-Akhyar(39).)

5. “Sesiapa yang membacanya( a’uzu bi kamilatillah taammati min syarri ma khalaq) sebanyak tiga kali pada waktu petang , dia tidak akan digigit kala jengking pada waktu malam( An-Nasaie dalam Amal al yaum wa Lailah(590), “sahih”. Sahih al Jami’(1318), Tuhfah al Akhyar(45)

Itulah sebahagian yang dapat dinukilkan di sini. Meskipun sedikit biarlah ia menjadi amalan yang sentiasa kita istiqmahkan, lebih-lebih lagi mereka yang mendakwa mempunyai ‘saka’ dan ‘hantu belaan’ yang sentiasa mengikuti.

Dinamakan artikel ini dengan perisai muslim, kerana isi-isinya banyak diambil daripada kitab Hisnul Muslim (perisai muslim) yang menghimpunkan senarai doa-doa dan zikir yang ma’thur. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Sa’eed Al Qathanni (kenal ker??). Buku ini amat sesuai untuk sesiapa yang mencari-cari amalan harian untuk diamalkan. Buku ini boleh didapati dalam versi yang diterbitkan Telaga Biru, dengan harga rm 17 di lambakan gerai-gerai buku yang besilih ganti di UIA (saya tak dapat komisen ek promote nih)

Ma'thurat

Ada juga sebahagian orang yang menanyakan tentang bagaimana dengan pula dengan amalan ma'thurat.

Bukanlah saya ingin menafikan segala jasa dan fadhilat yang terkandung dalam kitab tersebut, tetapi terdapat apa yang dinyatakan dalam Hisnul Muslim yang warid dari nabi, tetapi tidak di tandakan dengan bintang dalam Ma’thurat dan juga apa yang tidak terdapt dalam Hisnul Muslim terdapat dalam Al Ma’thurat. Tambahan lagi pengamalan dari segi bilangan, dan masa amalan juga tidak di emphasis kan, tidak seperti Hisnul Muslim yang menyatakan sumber, masa dan bilangan yang perlu dilafazkan . Kesimpulan yang adil ialah ramai yang membaca mathurat tetapi tidak mengetahui kaifiyat yang sebenar dalam membacanya. Salahnya ialah pada pembaca bukan pada kitab. Wallahu A’lam.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memohon perlindungan dan bantuan daripada Allah, sama ada daripada gangguan mistik jin dan makhluk halus lain, ataupun lambakan homework (eap) yang melihatnya sahaja,agak sama effectnya seperti melihat jin-jin yang ada.

Wallahu musta’an.

Ps: Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.(ini ialah versi yang betul ek..saper yang terdapat riwayat dari al juwailani tuh maknanya saya tersilap.)

19 respons=):

hamba said...[Reply]

salam 'alaikum..
minta izin laluan nk tulis sikit blh kn???

nk cakap..ini bkn yg pertama berlaku kes2 yg melibatkan makhluk2 halus di sini....dah byk kali dah sebenarnya..mungkin tiada yg bercerita pada tuan penulis asenye..byk sgt..mnkin..kejadian di AMF hr tu agak diketahui ramai kerana ianya berlaku di tempat yang org ramai ada dan lalu...

walauapapun,hamba setuju ja dgn artikel ni..amalkan ma'thurat dan hayati maknanya serta ketahuilah kaifiyatnya...

insyaAllah...barakallahu fiina...

tah sesaper said...[Reply]

bismillah walhamdulillah

"tempat kita sebelum ini"(perenggan 3,baris 3) merujuk kepada DQ

wallahu musta'an

MUNIRAH said...[Reply]

"tiada siapa yang tidak terkejut"

mgkn ayat ni blh d edit skit..
sbb rsnya ad je y xtkjut pon..

semua berbalik kpd sesorang tu sdri..
cr penerimaan n pengambil iktibaran dn juga pengalaman..

klu iktkn d dq pon ada je y blku tp mgkn xsehebah mana kot..

bnd2 mcm ni bknlah smthng y unexpected sgt..
sbb kita sdri blh nilai..
punca d sblk kjdian..

usya blk sejauh mn kita pny kebergantungan tu..
ni adlh pringtn bt kita y hny bla tringt bla dtmpa musibah (mgkn sesetengah je, termasukla dri ini y lmh)..

kdg2 tll tktkan bnd mcm ni so mnybbkn dri sdri dtmpa musibah..

"tidak berlaku sesuatu tanpa izin Allah"

Allah tmpt bergntung sgla pengharapan..
kita usaha u elak dri dgn cra mngamalkan sgla amalan spt y dsbtkn..
tujuan slh stunya spya kita igt n dkt dgn DIA..

aku said...[Reply]

betul tu...semuanya atas kita...kadang2 pakai cmane pun.tp bila Allah kata jadi,maka jadilah ia...Ana penah tgk ada sorang kaum kerabat ana "kena"...semuanya atas diri kita nak pikir benda ni macam mana...tapi jgn sampai terlalu taksub sampai benda yg wajib ditinggalkan...

baek said...[Reply]

saya setuju aje..yang penting hubungan kite dengan allah..
hubungan dengan manusia jugak~

ps: oh,die rupenya budak itu..

allahu yubarik fiih..

saya said...[Reply]

Sesunnguhnya org yg melihat itu tidak merasa spt mana yg dtanggung olh penerima musibah itu..(apa dlm versi arabnya? sy x igt..)

kita doakan mereka yg ditimpa musibah agar dikuatkan semangat,dan terus bersabar..

bagi yg tdak terkena, mari kita terus perbaiki hubungan dgn Allah n manusia(mcm yg baek ckp),krn ustaz sy pernah berpesan, jin2 ini sbnrnya sgt ssh utk menakluki badan seseorang manusia, hanya bila kita LEMAH barulah episod2 rasukan itu berlaku..

WALLAHU'ALAM

tah sesape said...[Reply]

bismillah walhamdulillah,

ade jugak ek org yang tak terkejut..musykil2..

ps:riwayat hidupku yang telah terkantoi..tak leh la nk merayau pas nih.

saidina ali said...[Reply]

beh cibuk..matlamat hidup adalah akhirat semata2..
jgn dilalaikan oleh dunia yg fana..
insyaALLAh idup dalm tarbiah..

baek said...[Reply]

yang penting,jage dulu amalan2 wajib tuh. semayang bia tip top.
tahsinkan semua yang wajib,
tambah yang sunnat.
dok kejar yang sunnat,yang wajib lintang pukang,wajar kah?

ps: sila lah merayau. tiada tanda no entry di'situ'.sangat dialu-alukan 'perkongsian' ilmu itu..~

buat baek banyak2,buat jahat tayah2..

sawah hijau said...[Reply]

betul3.semua adalah betul.

tah sesape said...[Reply]

bismillah walhamdulillah

tujuan artikel ini ditulis ialah untuk memberitahu amalan yang sahih menurut islam berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh nabinya...

melihat kepada komen2 yang ada, saya terperasan kesamaran oleh pembca2 dalam apa yang nk disampaikan.

Saidina Ali said...[Reply]

saya sokong. jadi malas nak komen. :p

MUNIRAH said...[Reply]

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Sblm start nk mx mf dlu..

Ala..xsmstnya post rtkel tu,komen dy kna rigid kt ctu sj.ya,mmg tujuan nk mnympaikan apa y sahih u d amalkan..tp sj ja org nk wujudkan pbncgn lain y agak ke'isu semasa'an..

tp agak related to the topid posted.

lg baguih dr post2 sblm ni y pakat2 merapu tah papa..

tu x kata plak..
papepon..sm2 ke arah kebaikan..
k..maaf ek..
[no offense,no hard-feelings,no heart-feeling}

tah la sesape said...[Reply]

bismillah

tujuan "komen"(atas komen saidina Ali) di atas ialah untuk memberitahu tujuan artikel ini ditulis untuk apa?

Atau dalam kata lainnya ialah thesis statement..

tidak pula "komen" di atas tujuannya untuk me"sound" komen lain.

wallahu mustaa'an

Saidina Ali said...[Reply]

sorry lambat pick-up.
baru terperasan 'backfire' tu. :p

no hard feelings la.

every one is endowed with 'aql.
we should know the distinct difference btween good n evil.

but sometimes, things dont seem so good to us. till then, it still have some good points.

i admit my mistakes anyway.

let's practice critical thinking k.

sawah hijau said...[Reply]

'dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran..'

Anonymous said...[Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
hamba said...[Reply]

asyaAllah.bermula dgn hamba,peti komen ni berlarutan smpi 18...adeh..dh mcm y.m conference pula....xpe la...asalkan bahagia..

tp kn..ape yg anonymous cakap??kod je mmnjg..
xphm lgsg..

tah sesape said...[Reply]

erk ader lagi org merespon setelah lame menyepi tempayt nih..xperr la biar aku jadikan genap ek..

anonymous tuh kan spam....