Bismillah walhamdulillah wasolati wassalam ala rasulillah.
Jika mengenangkan manifestasi “qaulan sadida”(al-ahzab:70), sesungguhnya masa artikel ini muncul amatlah tidak sesuai , kerana mengenangkan waktu ini lebih sesuai untuk memperkatakan tentang salah satu “hari kebesaran yang dihadiahkan Allah” (hadis) . Tetapi apabila mengenangkan kepentingan maklumat ini untuk dikongsi bersama dan perbatasan masa diri sendiri ,saya berpendapat tidaklah ada salahnya untuk memunculkan artikel ini.
Supernatural
Sesungguhnya tiada sesiapa yang tidak terkejut apabila mendengar berita yang menjadi al-maklum di kebalakangan hari ini (bnda yang syed syahmi cerita kat bawah nih). Maklumlah, tempat kita sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian-kejadian supernatural ini. Tetapi begitulah seperti yang diungkapkan oleh nabi “walakin quluu qaddara allahu ma yasyaa’ ”, segala kejadian itu ialah mengikut percaturan Yang Maha Esa.
Maka jika ada ruang yang tidak menimbulkan fitnah, ingin saya menasihati kepada ‘mangsa-mangsa’ agar bersabar. Walaupun kadang-kadang sabar itu semakin hilang grip nya daripada genggaman kita, hendaklah kita sedari bahawa “sesungguhnya orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang memegang bara api” (hadis ).
Juga,
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku, dan sunnah khulafa rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpeganglah kepadanya, dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu” (Direkod oleh Abu Daud (no: 4609), Tirmizi (no: 2676), Ibn Majah (no: 42). Kata Tirmizi: “hadis sahih”).
Cukuplah firman Allah dibawah ini menjadi penenang hati, terutama buat orang yang paling pertama membaca artikel ini, untuk kita terus bersabar.
(az-zumar:10 )إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّـبِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Manusia itu secara umumnya memerlukan sesuatu sebagai pelindung diri dalam menghadapi hari-hari yang penuh rintangan. Tidak sedikit orang yang mempercayai kepercayaan khurafat seperti tangkal, azimat, atau kertas-kertas yang tertulisnya berbagai tulisan atau gambar-gambar lalu ditampalkan di dinding bilik dengan alasan bertabarruk. Mukmin sejati semestinya bersih akidahnya dan perbuatannnya dari tindakan sebegini.
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Maksudnya: “Sesiapa menggantungkan tangkal, maka dia melakukan syirik”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 17422). Komentar Al-Haithami, “Perawi-perawi Ahmad adalah tsiqah (kepercayaan)” (Majmak Zawaid 8399) . Al-Albani juga menilainya sahih. (Silsilah Sahihah 1/809)
Mukmin sejati itulah yang meyakini bahawa “sebaik-baik petunjuk itulah ialah petunjuk nabi Muhammad” (hadis). Lantas dalam pelbagai permasalahan yang menimpa, seorang mukmin itu akan cepat-cepat mencari penyelesaian melalui adillah islamiah yang thabit, tanpa semborono mengadakan atau mereka-mereka sesuatu perbuatan.
Mencari pendinding 'halal'
Jika berbalik pada persoalan kes-kes paranormal ini, amat menakjubkan bahawa Islam itu telah menunujukkan cara yang jelas dalam segi amalan, tanpa meninggalkan kita teraba-raba dan keliru mencari jalan penyelesaian. Ternyata amalan-amalan inilah yang tidak boleh disangkal autoritinya, menjadi kepercayaan kita, bukannya amalan-amalan lain yang tiada sumbernya.
Antara amalan-amalannya ialah:
1. “Sesiapa yang membacanya (ayat kursiy)pada waktu pagi dipelihara daripada gangguan jin hinggga petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan dipelihara daripada gangguan jin hingga waktu pagi”(riwayat al-Hakim.”Sahih”(lihat al Targhib wa-al Tarhib (662))
2. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini (surah albaqarah:285-286) pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”(Bukhari(5040),Muslim (807)
3. “Sesiapa yang membaca (surah al-ikhlas, al-falaq, dan an-Nas) tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukup baginya (sebagai pelindung) dari segala gangguan” (al-Tirmizi(3646),”hasan”,Lihat sahih Termizi 3/182)
4. “Sesiapa yang membaca (Bismillahillazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ardi…) sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang maka tidak apa pun yang membahayakannya”( Riwayat Abu Daud (5088), al Tirmizi (3388), “Sahih”.Lihat zad al-Ma’ad 2/371, Tuhfah al-Akhyar(39).)
5. “Sesiapa yang membacanya( a’uzu bi kamilatillah taammati min syarri ma khalaq) sebanyak tiga kali pada waktu petang , dia tidak akan digigit kala jengking pada waktu malam( An-Nasaie dalam Amal al yaum wa Lailah(590), “sahih”. Sahih al Jami’(1318), Tuhfah al Akhyar(45)
Itulah sebahagian yang dapat dinukilkan di sini. Meskipun sedikit biarlah ia menjadi amalan yang sentiasa kita istiqmahkan, lebih-lebih lagi mereka yang mendakwa mempunyai ‘saka’ dan ‘hantu belaan’ yang sentiasa mengikuti.
Dinamakan artikel ini dengan perisai muslim, kerana isi-isinya banyak diambil daripada kitab Hisnul Muslim (perisai muslim) yang menghimpunkan senarai doa-doa dan zikir yang ma’thur. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Sa’eed Al Qathanni (kenal ker??). Buku ini amat sesuai untuk sesiapa yang mencari-cari amalan harian untuk diamalkan. Buku ini boleh didapati dalam versi yang diterbitkan Telaga Biru, dengan harga rm 17 di lambakan gerai-gerai buku yang besilih ganti di UIA (saya tak dapat komisen ek promote nih)
Ma'thurat
Ada juga sebahagian orang yang menanyakan tentang bagaimana dengan pula dengan amalan ma'thurat.
Bukanlah saya ingin menafikan segala jasa dan fadhilat yang terkandung dalam kitab tersebut, tetapi terdapat apa yang dinyatakan dalam Hisnul Muslim yang warid dari nabi, tetapi tidak di tandakan dengan bintang dalam Ma’thurat dan juga apa yang tidak terdapt dalam Hisnul Muslim terdapat dalam Al Ma’thurat. Tambahan lagi pengamalan dari segi bilangan, dan masa amalan juga tidak di emphasis kan, tidak seperti Hisnul Muslim yang menyatakan sumber, masa dan bilangan yang perlu dilafazkan . Kesimpulan yang adil ialah ramai yang membaca mathurat tetapi tidak mengetahui kaifiyat yang sebenar dalam membacanya. Salahnya ialah pada pembaca bukan pada kitab. Wallahu A’lam.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memohon perlindungan dan bantuan daripada Allah, sama ada daripada gangguan mistik jin dan makhluk halus lain, ataupun lambakan homework (eap) yang melihatnya sahaja,agak sama effectnya seperti melihat jin-jin yang ada.
Wallahu musta’an.
Ps: Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.(ini ialah versi yang betul ek..saper yang terdapat riwayat dari al juwailani tuh maknanya saya tersilap.)