Wednesday, September 30, 2009

Muslim Manga...oh...Muslim Manga

by:tah sesape(gen-9 punya orang)


Bismillah (teks ucapanku yang tak sempat terucap...keh3)


Alhamdulillahi 'alal huda, wasolat wassalam ala nabiyil mujtaba.

يَـأَيُّهَآ الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Maka, apakah ungkapan yang lebih wajar diungkapkan apabila sesuatu tugasan itu telah dapat diselesaikan, melainkan Alhamdulillah dan terima kasih atas segala jasa-jasa. Saya ingin mengambil kesempatan dengan keberadaan saya di sini untuk memanjangkan penghargaan kepada pihak-pihak yang terbabit.


Saya ingin merakamkan terima kasih kepada, pertamanya, kepada krew-krew Muslim Manga. Walaupun ketua editornya kadang kala tidak boleh tidur memikirkan masalah dateline, mereka masih boleh tenang dalam menghasilkan karya. Walaupun telah banyak kata-kata (yang tak elok) dihamburkan supaya disiapkan tugasan setengah muka atau satu muka, sebahagian mereka tetap cool dan membalas dengan senyuman. Tetapi apa yang dapat diperhatikan walaupun dengan peribadi sebegitu, mereka menzahirkan tungkus lumus mereka melalui lukisan-lukisan mereka (inilah yang saya lambat tangkap). Terima kasih banyak wahai sahabat-sahabat, atas usaha yang dilaburkan.


Seterusnya, terima kasih kepada pihak banat yang terlibat dengan kerja-kerja appendages, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak. Walaupun tidak dilihat sebagai tenaga kerja yang sama-sama mengkonstruksi masterpiece (kalo boleh dipanggil la) ini dan juga bookmark, tetapi sebenarnya kerja-kerja menulis surat, fotostat, promote kopi Radix (halal nie...) itulah yang menjadi pelancar usaha menghasilkan Muslim Manga ini. Yalah, mungkin terdapat perselisihan faham, tetapi jasa baik akan sentiasa dikenang sebagai jasa baik.Itulah yang dipanggil adil dan itulah yang lebih dekat kepada taqwa. Terima kasih buat anda semua dan saya mendoakan anda semua mempunyai ciri-ciri seperti yang terdapat dalam surah tahrim ayat 5.


Wa akhiran, terima kasih kepada warga Gen-9, atas sokongan yang diberikan. Wang sebanyak RM 6 itu mungkin kecil di mata kamu semua (rasanya kecil la), itu sebenarnya jasa yang amat besar di benak kami.

Sekian.

(tq dan tahniah khasnya kepada zubair, yasin, haris, anas, naqi, hakim, aleng, firas, aiman, banat-banat dan saya sendiri..heheh)

Saturday, September 26, 2009

salam perantau(edisi raya)

lokasi:smawp3,pusat asasi uia, petaling jaya, selangor
ucapan: selamat hari raya buat rakan rakan yang tak sambung kat uia, yang ada kat mesir, yang belum pergi, yang belajar kat gmi, yang masih kat intec, yang kat usim, yang baru aje sampai u.s ,yang-you name it. ^_^ makan kuih raya ingat ingat lah kitorang kat sini ye.heheh.
juga, kami mengucapkan selamat menempuh imtihan kepada rakan rakan semua...Rabbuna yushhil insyaALLAH...

p/s:arief fly hari ni....moga selamat dan dipermudah semuanya insyaALLAH...

Friday, September 25, 2009

jamuan aidilfitri katanya~

[[[message received]]]

Salam Lebaran, jangan lupa,
malam ini akan diadakan majlis sambutan aidilfitri di smawp3,
jam845p.m.

dialu-alukan semua berpakaian raya sambil membawa kuih raya masing masing
(er,da macam mana ni?haha.jalan catwalk sambil pegang kuih raye kut^_^)

insyaALLAH angpau raya bagi punya!

--->fwd kelas n kawan

Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 22, 2009

::SALAM AIDILFITRI::


Selamat Hari Raya buat semua muslimin dan muslimat.
Minal 'Aidin wal Faizin..

Monday, September 21, 2009

sekolah rendah satu syawal ;)

adapted from http://saidinaali.blogspot.com
mintak maaf banyak tak sempat fikir idea baru.
nak examla katakan ;)
moga ada pengajaran.
untuk saya dan anda. kita semua.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan hanya bagi Allah segala pujian.
(cube tnya student BAR betul tak saya punya translation kalau tak caye)

tatkala jam menunjukkan 8 malam, 19 september 2009,
(masa tu belum tau tarikh hijrinya sebab penimpan mohor besar raja-raja belum umum)
saya bersedia dengan juzuk 30 untuk tarawih malam ke 30,
berharap dengan usaha muraja'ah yg dilakukan boleh meringankan sikit tarawih yang akan dilaksanakan.
saya betul-betul menumpukan perhatian pada usaha muraja'ah tersebut.

hingga tiba-tiba,
"YEAY!! ESOK RAYA..!!"
saya sedikit terkesima, atau perkataan yg lebih tepat, tergamam dan terpaku mendengarkan suara lembut 2 orang kanak-kanak perempuan menjerit kesukaan.

"eh budak-budak ni biar betul. takkan esok raya?"
secara jujurnya saya masih mengharapkan sekurang-kurangnya sehari lagi ramadhan untuk menjelma, sekurang-kurangnya untuk saya.
(haha.bunyinya agak tak adil kan?)
ini bukan satu percubaan mencipta ayat-ayat poyo,
tapi sebenar-benarnya saya mengharap kehadiran ramadhan walau hanya sehari.
walau hanya sehari.

sungguh saya akui,
ramadhan yang berlalu selama lebih 25 hari di uia,
berlalu agak sia-sia bagi saya, secara peribadi.
mungkin kerana saya kurang bersedia untuk menghadapi ramadhan,
mungkin juga kerana saya kurang berada dalam jemaah yg kuat zauqnya.

di situ saya menyedari kesahihan kata-kata Hassan al-Banna,
"tidak ada kekuatan kecuali dengan jamaah"
saya tak membuka ruang untuk mana-mana individu beraliran sufi untuk membahaskan tentang frasa ini, dalam blog saya.
cuma saya harap saya benar-benar mengambil iktibar untuk masa akan datang.
dan kali ini saya takkan membicarakan tentang ciri-ciri jemaah yg sepatutnya dipilih,
menurut Allahyarham Dr. Fathi Yakan.

malam satu syawal berlalu tanpa tidur,
tapi sayang sekali saya tak menyahut seruan seorang senior saya untuk memanfaatkan malam satu syawal. banyak fadhilatnya. memang banyak.
tapi yang jelasnya, saya lebih menyahut seruan final exam yang akan menjelang beberapa hari lagi.
(anda pun tahu macam mana rasanya menghadapi final exam)
namun saya mengharapkan agar tungkus lumus saya malam itu, diterima sebagai ibadah.
tapi siapa sangka menjelang jam 5, selepas 2 rakaat menghadap Yang Esa,
tersungkur juga saya.haha.

raya kali ini kurang terasa keriuhannya, kurang terasa kelam-kabutnya.
mungkin kerasa kurangnya tenaga 2 insan penting dalam keluarga saya,
adik saya, dan ibu tercinta.

namun sunnah 1 Syawal tetap disusuri.
dan kerana kurangnya kemampuan ibu, kami memilih untuk solat hari raya di satu masjid berdekatan dgn rumah nenek, masjid tempat bersemadinya jasad datuk tersayang.
tapi siapa sangka suasana di masjid ini agak memberi pengajaran bagi saya.
untuk diri sendiri.

saat melangkah ke dalam masjid, kelihatan cuma beberapa kerat manusia.
dan beberapa insan berusia lebih separa abad kelihatan memandang saya dgn pandangan yg...
menakutkan.
*ugh..macam melampau.tapi memang pandangan yang menakutkan*
saya menghulurkan tangan untuk bersalaman, berharap dgn sentuhan kulit dapat mengendurkan ketegangan.

seterusnya saya mengambil tempat berhampiran tempat imam, melihatkan tempat itu kosong.
mendengarkan takbir yang syahdu, saya mula mengikut.
mikrofon bertukar-tukar tangan, dan takbir dilaungkan dgn nada-nada yang berlainan.
terasa indah diversity di bumi Allah yang indah ini.
melihatkan deretan kubur yang terletak di hadapan masjid melalui tingkap,
saya mula merindui saat kematian.
mungkin agak gila bunyinya, tapi kematian adalah saat yang saya benar-benar rindukan.
tapi saat terpandang bumi hijau ini, hati ini segera terpaut pada keindahan dunia.
betapa jelas keindahan dunia mampu melekakan hati dari mengingati mati.

baru sekejap tadi saya merindui mati,
tapi tatkala memandang bukit yang menghijau, hati ini lekas sekali terpaling.

mikrofon akhirnya sampai ke tangan seorang kanak-kanak yang menyejukkan hati yang memandangnya.
dengan suara yang halus, takbir mula berkumandang di corong pembesar suara di masjid.
jelas kedengaran kefasihannya, tajwidnya yang hampir sempurnya, dan alunan suaranya yang dapat menghidupkan hati yang mati, mengubati hati yang sakit.
mungkin kerana dia masih suci dari dosa,
lalu Allah kurniakan dia kemuliaan sebegitu.
dan Allah kurniakan dia kebolehan mengubati hati dengan alunan kalam suci.

tapi secara tidak sengaja saya terpandang seorang pembesar masjid warga separuh abad.
dengan pandangan tajam dia merenung kanak-kanak itu.
pandangan yang sesiapa sahaja mampu faham.
pandangan yang bermaksud, "eh, hentikan, budak-budak!"

lalu seketika kemudian, seorang dewasa di sebelahnya mengambil kembali mikrofon.
barangkali takut dengan pandangan tajam pakcik separuh abad tersebut.haha

masjid semakin dibanjiri para muslimin yang sama ada mengikut sunnah mendirikan solat aidil fitri, ataupun mengikut adat, pagi raya kena pergi solat.
datang seorang pakcik yang kelihatannya tawadhuk, menghulur tangan bersalaman dengan saya, dan saya menyambutnya dengan tawadhuk juga.
saya tak mampu menyangkal,
sikap tawadhuk akan melahirkan tawadhuk dari hati yang lain jugak.
setuju?

dan begitulah pengajaran yang saya peroleh pada pagi yang cukup indah itu.
dan rumah kami,
tidak juga seperti tahun-tahun sebelumnya.
rumah kami diserbu para pelawat!

moga kehadiran mereka benar-benar membawa rahmat,
pemergian mereka menghilangkan dosa!

p/s: dalam ujian sentiasa ada rahmat.

Friday, September 18, 2009

entah bila lagi...

salam..di kesempatan ini..hamba terasa terpanggil untuk mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada empat org sahabat gen9..dua banat dua banin..dua ustaz..dua ustazah..he..alhamdulillah...hidayah..ummu habibah...khairulazmi..syed anas...semuanya selamat menerbangkan diri mereka pada 14 sept bg banat dan 15 sept bg banin..hari tu..baru ja berlalu...x lupa juga sebanat lagi yg akan menerbangkan dirinya 24 sept ni rasanya...dalilah...

semua ambil kos medic...bkn kosmetic...he..jd semuanya bakal jadi doktor yg hafaz Quran...besar tanggungjawab tu kawan2...berat mata memandang..berat lagi bahu antum org yg memikul...

pesanan dari Malazi buat Misri(org mesir)...
a)jangan nakal2..... ingat pesan Allah dan RasulNya
b)hari raya nanti jangan lupa menangis teringatkan org Malaysia..mak abah di kampung..dan sanak saudara...
c)bila2 teringatkan ahli2 gen9..ingatlah haluan siswa..BANIN!!!USAHA LAGI!!!he..rindu ayat tu...xpown..ingat masa ribat...UKHWAH FAIL!!!..he..rindu ayat tu jugak..buktikan..statement tu salah...
d)doakan kejayaan kami semua dan antum antunna org semua...di dunia dan juga di akhirat...




regards~
hamba hina

p/s:-beruntung fly di kemudian hari mcm mereka ni..dapat special farewell dari kami..

salam juang di bumi kinanah....semoga berjumpa lagi..di hari yang lebih diberkati...


venue:rumah
time:sebelum balik kampung air kangkung

Thursday, September 10, 2009

sekarang sudah fasa ketiga kan? :)

alhamdulillah^_^


Peluang 'Last Minute' &

Lailatul Qadar

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadarjuga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Ramadhan 1428 H

27 September 2007

21 sept 2008 (21 ra,adhan 1429 H)

Wednesday, September 2, 2009

MAJALAH GEN-9

Assalamualaikum...

Ana nak buat sedikit pengunguman atau pemberitahuan kepada semua budak gen-9...Terlebih dahulu ana nak minta maapf sebab tak dapat nak edarkan majalah seperti yang ana cakap dekat audi time konvo dulu...Kalau ikutkan apa yang dijanjikan company printing tu, minggu kedua lepas kita konvo patut majalah tu dah siap, tapi ada sedikit masalah n ecely bukan sedikit,tapi banyak masalah...Dah lebih 10 kali dia janji nak hantar,lepas esok,esok,n then minggu depan, then sampai sekarang benda tu still tak sampai dengan pelbagai alasan yang diberi...Ana bkan nak mengutuk tapi secara jujur, ana pun dah tak tahu nak buuat macam mana..Just nak antum tau sedikit sebanyak kenapa majalah still tak dapat diedarkan sampai sekarang..dan akhirnya,lepas dapat majalah ni mesti banyak yang akan antum komen sebab terlalu banyak kecacatan dalam majalah tu..anan minta maaf banyk dari pihak ana (kalau kesilapan tu kami yang buat).Dan lagi satu, kalu diikutkan, cara majalah tu dicetak bukan seperti yang kami mahukan...Jauh dari jangkaan kami...Kami nak lain, tapi printing tu print lain...Harap antum menerima seadanya majalah tu...akhirnya, ana minta maaf banyak2 atas segala kesilapan dan kecacatan pada majalah tersebut dan juga diatas kelambatan pihak ana mengedarkan majalah tersebut..Wassalam....