Assalamu'alaikum w.b.t
Nahmaduhu..Nasta'inuhu..Nastaghfiruh..
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]
"Bulan Ramadhan, awalnya rahmat,
pertengahannya keampunan,
dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka." [Al-Hadis]
Ana yakin dan pasti,sahabat dan sahabiah sekalian sudah agak sinonim mendengar tajuk ini. Saban tahun kita diperingatkan tentangnya. Sedar atau pun tidak kita hampir memasuki apa yang dikatakan sebagai 'ausatuhu maghfirah' dalam bulan Ramadhan. Bagaimana dengan iman kita sepanjang 1/3 bulan Ramadhan yang telah kita tempuhi? Yaziid aw yanqus??Apa khabar amalan kita??Rasa-rasanya sudah cukupkah ia?? Sama2 la kita mengkoreksi diri kita semula. Semoga kita tidak terlepas untuk memperoleh rahmatnya. Baiklah. 'Separuh masa kedua' ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita menganalogikan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.
Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?
Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.
Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan 'Nafsu' masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahkanlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.
Tambahan lagi apabila dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kita lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.
Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, pastinya… kita di ambang kekalahan! 'Piala Taqwa' yang kita rebut-rebutkan itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.
Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Marilah kita berlumba-lumba meraih keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa-dosa yang menghitami hati kita..sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...
Bak kata pujangga.. Ramadhan itu senantiasa diharap kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Tatkala bersua, rasa tidak mau berpisah walau sedetik..

Masya Allah..Betapa indahnya Ramadhan jika kita benar-benar menghayatinya..
Kata pujangga yang lain..
Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..
Pendek kata, memang sangat merugikan kiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaiki amalan-amalan kita. Semoga ruh Ramadhan ini akan meresap dalam diri kita baik di bulan ini mahu pun pada bulan-bulan yang lain. Insya Allah.. Selamat menjalani ibadah puasa, moga diampunkan segala dosa, dilipatgandakan ganjaran pahala di sisi Allah.
Salam ramadhan kareem-
5 respons=):
masya-Allah tuan yang tinggi.
cuma nak ingatkan tuan tentang sesuatu yang tuan tak tersengajakan.
moga sama-sama kita ambik iktibar ;)
"Bulan Ramadhan itu permulaannya rahmat, pertengahannya maghrah (ampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka."
Hadith diriwayatkan oleh:-
-Al 'Uqaili, dalam Adh Dhu'afa no.172
-Ibn Adi, jld. 1 no.165
-Al Khatib, dalam Al Muwadhdhih, jld. 2 no.77
-Ad Dailami, jld. 1 hlm.10-11.
-Ibnu 'Asakir, jld.8.
[dari jalan Sallam bin Siwar dari Maslamah bin Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah secara marfu']
Hukum:- Hadith mungkar.
Kecacatan Perawi:- Sallam bin Sawwar, Maslamah bin Shalt
Komentar terhadap perawi tersebut:-
-"Tidak ada asalnya dari Az Zuhri."[Al 'Uqaili]
1)Sallam bin Sawwar
-"Dan Sallam (bin Sulaiman bin Siwar), menurutku adalah
seorang munkarul hadits, dan Maslamah tidak dikenal."[Ibn Adi]
2) Maslamah bin Shalt
-"Dia itu matrukul hadits."[Ibn Abi Hatim]
"Wahai manusia, sungguh bulan yang agung telah datang (menaungi) kalian, bulan yang di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa (pada bulan itu) sebagai satu kewajiban dan menjadikan shalat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada bulan tersebut dengan (mengharapkan) suatu kebaikan, maka sama (nilainya) dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan yang lain .. Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya adalah merupakan pembebasan dari api neraka .." sampai selesai.
Hadith diriwayatkan oleh:-
-Ibnu Khuzaimah. no.1887.
-Al-Muhamili di dalam Amalinya, no.293.
-Al-Asbahani, At-Targhib [dari jalan Ali bin Zaid Jad'an dari Sa'id bin Al-Musayyib dari Salman].
Hukum:- Hadits ini sanadnya Dhaif (lemah)
Kecacatan Perawi:-Ali bin Zaid
Komentar terhadap perawi tersebut:-
-"Tidak kuat"[Imam Ahmad bin Hanbal]
-"Dha'if"[Ibnu Ma'in]
-"Lemah di segala penjuru" [Ibnu Abi Khaitsamah]
-"Jangan berhujjah dengan hadits ini, karena jelek hafalannya."[Ibn Khuzaimah, Tahdzibut Tahdzib, jld. 7 hlm. 322-323]
-"Dia lemah, sebagaimana hal ini dinukilkan oleh Imam As-Suyuthi di dalam Jami'ul Jawami"[Ibn Hajar, Al-Athraf]
-"Hadits yang Mungkar"[Ibn Abi Hatim menukilkan dari bapanya, Illalul Hadits, jld. 1 hlm.249]
wallahu'alam.
salah tolong tegur k? ;)
Salam...syukran 'ala at-tazkir...Hm insyaAllah...Memang x boleh dijdikn hujah hadis dhaif..Tp,skurang2nya, kita boleh mengambilnya sbg fadhail,pmangkin kpd ibadah kita...juga pringtn kpd diri...al-maklumlah,manusia terkenal dgn tabiat semula jadinya yg mudah lupa...Ok..Terima kasih skali lg atas peringtan tersebut..
masya-Allah..tinggi iman tuAN.
penerimaan yg baik.
just as expected ;)
sebab tu dapat A math n bio. ;)
herm citer pasal piala taqwa, teringat lak main PES kat blik penulis..MasyaAllah(hahahah)
Post a Comment