Saturday, August 22, 2009

mmm...mari kita kaji semula......

bismillah...suhanallah...walhamdulillah...astaghfirullah....


suatu petang....

naqib:assalamualaikum..apa khabar adek-adek abang semua hari ni?
adek-adek:alhamdulillah..nahnu bilkhair...
naqib:baiklah...hari ini kita akan kupas sedikit tentang tauhid...
secara ringkasnya siapa boleh bagitahu apa iti tauhid??
imran:mmm....i'tiqad dan percaya bahawa tiada tuhan selain Allah...dan Allah itu Maha Esa...
naqib:mmm...betul tu...jawapan imran boleh diterima...Ok..Ada sesiapa tahu ada berapa pembahagian tauhid??
iman:ada tiga...pertama tauhid rububiyyah..kedua tauhid uluhiyyah...ketiga tauhid asma' wassifat...
naqib:mmm..boleh terangkan lagi dgn lebih jelas?
ali:mm..tauhid rububiyyah...percaya bahawa Allah yg menciptakan seluruh alam semesta ini...,tauhid uluhiyyah...percaya bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah...,tauhid asma' wassifat...percaya bahawa Allah bersifat dengan segala nama dan sifat kesempurnaannya...
naqib:alhamdulillah..pandainye..adek-adek abang ni...



begitulah yg diterapkan dalam setiap usrah yg dia hadhiri...tauhid itu terbahagi kepada tiga..dari sekolah menengah hingga ke universiti...
tetapi suatu hari..ada sesuatu yg menggoyahkan pemahamannya itu selama ini...


tempat:majlis ilmu
masa:penghulu segala hari...

ustaz:baiklah..ana buka peluang pada sesiapa yg ingin bertanya...
seorang penanya:salam ustaz,benarkah tauhid itu terbahagi kepada tiga??boleh ustaz terangkan apakah perbezaan antara Rabb dan Ilah???
ustaz:wa'alaikumsalam..baiklah..sebenarnya yg membahagikan tauhid kepada tiga itu ialah seorang ulama' yg dikenali sebagai Syeikh Ibnu Taimiyah dalam sebuah kitab yg dikarangnya...namun ramai ulama' yang menolak pembahagian ini kerana bimbang berlakunya gejala membeza-bezakan antara Rabb dan Ilah..sebenarnya tauhid itulah tauhid..tiada beza antara Rabb dan Ilah..Rabb itulah Allah dan Ilah itu juga Allah..bila mati nanti setiap daripada kita akan ditanya di dalam kubur dengan beberapa soalan famous dan telah lama bocor(tetapi belum tentu kta dapat menjawab kesemuanya dengan tepat bila dah dalam kubur nanti)..soalan yg pertama akan ditanya ialah "marrabbuka??"(siapa tuhan kamu??)..mengapa tidak ditanya man ilahuka??..hakikatnya Rabb dan Ilah itu adalah sama dan setiap muslim wajib menTauhidkanNya....


wallahua'lam.....

4 respons=):

tah sesape said...[Reply]

assalam...tidak lagi berniat untuk mengomen kerana hati dan fikiran sudah jemu memikirkan concequence nya...tetapi rasa terpanggil dengan hadis Rasulullah
يَحْمِلُ هَذَا الْعِلمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُه يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ
الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ

penulis amat benar dalam mengatakan bahawa pembahagian tauhid kepada tiga ini dicetuskan oleh Imam Ibnu Taimiyah. Ramai ulama'yang menolaknya? Mungkin perlu merujuk kepada statistik tetapi jika difikirkan tentang silibus pengajaran tauhid di sini dan di Timur Tengah khususnya, penting untuk kita mengetahui beberapa fakta lain di sebalik yang diberikan penulis.
Ramai mungkin tidak mengetahui bahaw epistemologi tentang ilmu tauhid ini dipelopori oleh dua orang tokoh.Imam Ibnu Taimiyah yang pertamanya dan Abu Hassan Al Asy'ari yang selainnya.Kedua-dua mereka mewujudkan aliran yang berbeza dari segi metodologi tetapi sama dari segi matlamat pengajaran ilmu tauhid iaitu Makrifatullah.
Perbincangan tentang ini tidak sesuai berlaku di blog2 atau ruangan komen dan ats dasar itulah saya melimitkan maklumat yang perlu ditulis kepada satu perenggan di atas sahaja.Saya juga tidak mengulas panjang dalam sesi study circle tentang hal ini meskipun dia temasuk dalam silibus.(bukan nak riak atau apa aaa)Menagapa tidak sesuai?Kerana perkara ini walau disebut sahaja di jalanan berpotensi menghasilkan pertelingkahan.Perbncgn ini perlu dilakukan dalam keadaan penuh ilmiah dan ikhlas dan juga dengan kebersamaan alim ulama' yang adil.
Nasihat saya bagi sesiapa yang pedulik,silalah rujuk saifulislam.com dan bacalah artikel yang bertajuk seperti "aku salafi anakku bagaimana" dan genre seumpamanya.Moga-moga bermanfaat.
Wallahu mustaa'n...

MZ said...[Reply]

betul2..sy stuju dgn saudara tah sesape..bab2 mcm ni bukan benda yang boleh diambil ringan. kalau diikutkan tauhid adalah satu madah yang berat.lagi pon bagi sesiapa yang kurang tahu bleh menambahkan lagi kekonfiusan dalam hal ni.

tapi 'ala kullihal..bg sy,bdk2 lepasan dq semua seharusnya dah jelas mengenai hal tauhid ni.sama2 lah kita mencari dan menambahkan ilmu.

hamba hina said...[Reply]

bismillah..subhanallah...walhamdulillah...astaghfirullah....

terima kasih kepada pemberi komen tah sesape...komen yg bermanfaat..ana sekadar berkongsi tentang apa yg ustaz cakap..seperti tajuk artikel ini..mari kita kaji semula....

kpd MZ:sepatutnya budak2 lepasan DQ dah jelas tntg bab ni...mungkin ada di antara pengunjung2(terdiri dari budak bekas DQ dan bukan DQ) yg masih konfius dan inginkan penjelasan yg lebih mendalam kerana hamba sendiri pernah diajukan soalan sebegini...mari kita kaji semula....

"Nasihat saya bagi sesiapa yang pedulik,silalah rujuk saifulislam.com dan bacalah artikel yang bertajuk seperti "aku salafi anakku bagaimana" dan genre seumpamanya.Moga-moga bermanfaat."

cubalah ikut nasihat 'tah sesape' di atas,moga bermanfaat...

tah sesape said...[Reply]

erm..tambah sikit

Sebenarnya segala pembahagian2 ini adalah berdasarkan dalil dan diulas dengan hujah yang kuat dari segi autoriti hujahnya ataupun logika akal.Maka segala aspek aspek seperti linguistik, tidak harus dijadikan satu faktor untuk kita ragu.Jika begitu kita boeh mengandaikan mengapa kita menyebut ilah dalam kalimah syahadah..nasihat akhir cariklah ilmu dan kurangkan kontroversi