Friday, August 21, 2009

.::BAHANG::.

entri ini dicopy dan paste dari blog ukht salhatul asma'



Assalamualaikum

Subhanallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah,Allahuakbar
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang mentadbir alam semesta.

Bahang Ramadhan kian terasa saat Sya'ban menampilkan diri dan tanpa disedari berlari meninggalkan kita merentas hari dan waktu tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan pendek kehidupan ini.

InshaAllah,
dengan izin Allah Ta'ala,
Mari kita perbaiki akhlak perilaku serta amal ibadah kita sebagai bakal TETAMU Allah.
TETAMU Allah untuk Ramadhan kali ini.
Sebagai 'tuan rumah' sudah tentu Allah Ta'ala menyediakan hidangan serta hadiah terbaik untuk tetamu-tetamunya.

Kita pula,laksana anak kecil yang sudah tentunya seronok apabila menerima hadiah.
Merugilah bagi ssesiapa yang tidak merasai keseronokan menerima hadiah.
Merugilah barangsiapa yang mempersia-siakan bulan ini.

"Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you,so that you may become PIOUS"
(Al:Baqarah:183)

PIOUS bermakana bertaqwa,demikian tadi firman Allah Ta'ala yang menyatakan puasa yang disyariatkan kepada kita ummat Muhammad juga disyariatkan ke atas umat-mat sebelum kita agar kita BERTAQWA.

Maka alangkah bijaknya seseorang muslim itu yang menjadikan bulan suci ini sebagai 'platform' untuk meeningkatkan ibadah serta untuk lebih TAQARUB pada-NYA.
Mari bersama jadikan Ramadhan yang bakal dirai inshaAllah jika panjang umur kita untuk meraih darjat ketaqwaan.

  • RAMADHAN:ertinya sahaja panas terik.
  • Bulan diturunkan AlQuran
  • Berlakunya Perang Badar yang mananya mendapat kemenangan dan ahli2 Badar dijamin syurga
  • Bulan di mana Rasulullah mengambil kembali Kota Makkah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.(Fataha Makkah)
  • Serta terdapat di dalamnya Malam AL-QADR.
Begitulah sedikit history untuk bulan yang bakal datang ini.Yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh sebahagian besar manusia.


Dari Abu-Hurairah R.A: Rasulullah memberi khabar gembira kepada sahabat-sahabat baginda dengan bersabda: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkati.Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya.Pada bulan ini,pintu-pintu syurga dibuka,pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat,juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan,barangsiapa tidak memperoleh kebaikan darinya maka dia tidak memperoleh apa-apa."

Beruntunglah bagi yang memanfaatkan bulan ini.

Setiap amal yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya,dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat bahkab sampai tujuh ratus kali lipat.Allah Ta'ala berfirman

"Kecuali puasa.Itu untukKu dan Aku langsung membalasnya.Ia telah meninggalkan syahwat,makan dan minumnya kerana-Ku.Orang yang berpuasa ini mendapat dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesengan ketika berjumpa dengan Tuhannya.Sungguh,bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari kasturi di sisi-Ku"

Puasa untuk Allah.
Bersama tajdid niat puasa.
Niat yang seikhlas-ikhlasnya.
Sejauh mana keikhlasan kita berpuasa kerana-Nya.
Siapa tahu?
Hanya aku dan Dia.

InshaAllah,Ramadhan ini bakal menjadi Madrasah buat kita.
Madrasah untuk meningkatkan ketaqwaan pada Allah.
Madrasah taqarrub ilallah.
Madrasah yang disediakan oleh "GURU BESAR" yang tiada tandingannya.
Tiada YURAN atau BAYARAN.
Hanya GANJARAN.
(ganjaran bagi yang memanfaatkannya,InshaAllah)


Seterusnya,sebelum anda ke mana-mana,mari melompat ke SINI.

Ramadhan semakin hampir datang,menjengah ke nafsu insan yang bergolak sepanjang musim dalam diam meriak kesedaran pada muslim yang patuh pada Al-KhaliQ.
Datang Ramadhan menenangkan jiwa kami.
Merehatkan perut yang bekerja selalu,cuti tanpa gaji pada sistem penghadaman.
Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran pada Ar-Rahman.
Mengharap tiba Ramadhan kali ini penuh makna.
Siapa tahu mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita atau siapa-siapa.
Usah dipersia.

"Ramadhan Kareeem!!"
(kalau ada org ucap camni,jawabnya:Allahu Akram~)
(^^,)

6 respons=):

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

saya nak tarik perhatian sume pada satu hadis kat poster iluvislam tu.

"Kalaulah seandainya kaum muslimin tahu apa yang ada di dalam Ramadhan, niscaya umatku akan berangan-angan agar satu tahun Ramadhan seluruhnya. Sesungguhnya surga dihiasi untuk Ramadhan dari awal tahun kepada tahun berikutnya .." Hingga akhir hadith ini.

Hadith diriwayatkan oleh:-
-Ibn Khuzaimah, no.886
-Ibn Jauzi, Kitabul Maudhuat, jilid 2 hlm. 188-189.
-Abu Ya'la di dalam Musnadnya.

Hukum:- Hadits ini maudhu' (palsu).

Kecacatan Perawi:- Jabir bin Ayyub

Komentar terhadap perawi tersebut:-
-"Masyhur dengan kelemahannya (Jabir bin Ayyub)" [Ibn Hajar, Lisanul Mizan jld.2 hlm.101]
-"Dia suka memalsukan hadits"[Abu Nua'im]
-"Mungkarul hadits"[Imam Bukhari]
-"Matruk" (ditinggalkan) haditsnya"[Imam An-Nasa'i]

alhikam said...[Reply]

masyaAllah.hebat..enta mgkaji hadis..mabruk.=)
maaf kerana memuji.
bagaimana dgn hadis nabi tntg doa malaikat Jibril,"YaAllah,abaikan puasa hambamu jika sblum brpuasa dia tidak minta maaf pda:ibubapa,suami isteri,org lain.."-antara sms yg diterima-
apa status hadis ini? sbb bru thn ni an dengar..hrp dpt respon,syukran..

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

hadis tu diyakini palsu.

rasanya tak perlu penerangan lagi kot.
asif~

alhikam said...[Reply]

oke.trime kasih saidina ali.

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

la syukran alal wajib ;-)

alhikam said...[Reply]

part ni yg pyah ni.tp hri 2 enta kte ayt lbh kurg sme je.knsep bku psti xlari.cme pnterjemh je yg brbeza.sbb..an ad sbb