Friday, April 29, 2011

^-^

mulakan dengan nama Allah,Ar-rahman Ar-rahim
yang sentiasa ihsan pada hambaNya...

sebuah kisah tentang sorg kwn kiter ni..

namenye "dy"(bkn nama sebenar)..

hari ni hari yg gembira buat dy..
majlis perpisahan dgn sir UNGS yg dikasihi...
i juz want u to know that i love durian too Sir!!

sejak dpt lecturer org foreigner..
tbe2 ase nk cari calon foreigner jgak..
bagi menyahut seruan Sir stiap hari...
SEMPURNAKAN SEPARUH LAGI AGAMAMU!!!!KAWEN!!
SETIAP HARI TAU sir seru suruh kawen..seyes x tipu..

then ..
mulakan langkah nak balik rumah..
cuti seminggu tu...
jgn jelez ye...

ok..
now everithing dah settle..assignments sume dh submit..
hati lapang tak sabar nak balik jupe jerry..

sampai di kereta..
aik..
npe xleh start ni??
cbe lg skali...
aik??
tak de bunyi langsung??

ohhh...
now i know..
lampu tak tutup 3 hari 3 malam..
that is it!
batery kong mmg kong tahap kong yg kne gnti batri br..

sume bnde dh cbe..
msuk gear 2..tolak kete..
start start..
ohh..tak start jugak..

gne jumper(pelompat) pak cik 'tak tau spe name dy'.. pon tak jalan jgak..

ok..mmg kne tukar baru..
tak pon kne gi charge..xpe tiada tanda2 kedai kete berada berhampiran..

ohh..
selawat banyak2..stay cool....

tbe2..jupe lecturer lame..
tak sangka beliau igt lg nama dy...


beliau sudi tumpangkan dy sampai stesen KTM kepong sentral..

alhamdulillah~


sempat solat asar sat..then KTM dtg btol2 right afta dy kuar surau..

ok..naik..

dlm tu..
Allah..
no need to say..
dh nama pkul 5 PTG..mcm ikn sardin la jawabnye...
Allah..selawat byk2..cool...

tbe2 ader baby menangis + menjerit + melalak = bising!!!
then his mama shut his mouth with a towel..DENGAN PENUH PERASAAN!
uish!!mcm nk bunuh anak je gayenye..x bernafas bdak tu..

then terpikir..
mcm ni ke ble dh ada anak??
ohh...'tak nak pikir boleh tak'

akhirnya...stelah bbrapa jam kesabaran dy di uji dgn 'kesardinan'..
tbe juge di destinasi yg dituju..

Alhamdulillah..tak sangke KTM skrg dh maju ad LIF!!!
siap psg lagu lg tu!
dlm lif tu ad makcik2 tua n akak yg mengandung n org2 yg bwk beg roda besar..
dan 'dy' adalah org muda yg belum kawin dan tak mengandung pon..

xpe..rezki dpn mata ..xbek tolak..

then..amek teksi..
on the way sampai rumah..pakcik teksi tu cte mcm2 psl batery kete..
snanye ad lg stu cara nk hidupkan enjin kete yg dh mati bateri..

amek bateri kete org laen then psg kt kete kite..
pastu stat enjin..then letak balik batery kete kte kt tempat asalnye...
n batery ad bbrapa size..

N12..N18..N22..
ohh..

best jugak diari hari ni..
tarbiah Allah..cubitan sayang dari yg Maha Penyayang..


kita merancang..Allah juga merancang..
perancanganNya adalah yg terbaik..

so..
juz be cool..

^-^

~sayer~

Friday, April 22, 2011

Bahan Bacaan Malam Jumaat untuk Lelaki

Hari Jumaat, Hari MuliaSabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” 
(Sahih Muslim: 854 )
 
Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” 
(Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)


2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” 
(Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)



3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” 
(Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

 
5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” 
(Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)



Kesilapan-kesilapan di hari Jumaat

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” 
(Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.”
(Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” 
(Sahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” 
(Sahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” 
(Sahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ”
(Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” 
(Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” 
(Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)
 
coffee n pasta from : u-jam