Sunday, May 16, 2010

Iqamatul Hujjah: Pembeda antara mazhab akidah

Bismillah walhamdulillah

Secara umumnya, setelah peristiwa tahkim umat Islam telah berpecah kepada kelompok-kelompok. Pada awalnya tiada perbezaan yang ketara antara suatu kelompok dengan kelompok yang lain. Tetapi apabila semakin lama masa berlalu, perselisihan faham antara kelompok-kelompok ini menjurang sehingga membabitkan persoalan akidah. Maka setelah itu muncullah apa yang dinamakan dengan mazhab akidah.

Apabila menyebut mengenai mazhab akidah, inilah yang dimaksudkan Nabi dalam hadis riwayat Termizi dan lainya (hasan) yang menunjukkan bahawa umat ini terpecah kepada 73 golongan. Tidak seperti mazhab-mazhab feqah, apabila menyebut tentang akidah, kita tidak boleh berkhilaf kerana khilaf akidah itu menjadi pembeza antara agama Islam dan agama lain seperti kristian(akidah trinity), Yahudi(tidak mempercayai Nabi Muhammad) dan lainnya seperti kewujudan Rasul setelah Nabi Muhammad (Kahar) dan ketidakpercayaan kepada hadis sebagai sumber agama (Kasim). Manakala jika dalam agama Islam itu sendiri, semuanya binasa kecuali sesiapa yang di atas manhaj “Ma ana wa ashabi alaihi” (Apa yang aku (nabi) dan sahabatku di atasnya).

Dan apabila disebut tentang khilaf akidah, khilaf ini berkisar dengan doktrin-doktrin agama itu sendiri seperti keharusan melihat Allah di akhirat kelak, azab qubur, balasan pendosa besar , kelayakan seorang khilafah, Al-Quran: adakah ia lengkap atau memerlukan penambahan dan banyak lagi. Bukanlah dikira khilaf akidah apabila berkaitan metod mempelajari akidah sepertinya halnya Salaf dan Khalaf. Malah terpulang kepada sesiapa pun untuk mempelajari mana-mana metod tanpa perlu dikafirkan orang yang ‘tidak sama silibus’ dengannya kerana doktrinnya masih sama at least di peringkat usul.

Salah satu aspek yang istimewa dalam manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah ialah ‘Iqamatul Hujjah’ atau menegakkan hujah. Untuk lebih memahami konsep ini baiklah kita membawa suatu contoh kes iaitu dalam konteks nahy munkar? Berikut ialah perspektif bagi sebahagian mazhab untuk kes di atas secara ringkas:

1. Bagi mazhab Khawarij, hukum bagi sesorang pembuat munkar ialah bergantung kepada jenis kemungkaran itu. Jika apa yang dilakukannnya ialah dosa yang membawa kepada murtad seperti memakai tangkal, maka orang itu akan dianggap kufur. Maka hak-haknya sebagai Muslim terbatal seperti darahnya menjadi halal, haram dinikahkan kepada wanita Muslim dan kerajaan Islam perlu menjalankan had murtad ke atasnya. Jika dosanya tidak mengakibatkan murtad, dia akan dianggap pendosa(fasiq) dan kredibilitinya sebagai Muslim jatuh seperti kesaksiannya akan diragui. Sesiapa yang tidak menjalankan nahy munkar itu dianggap meninggalkan syariat dan sesiapa yang tidak menganggap kafir(kes 1) atau fasiq(kes 2) orang itu dianggap menyalahi perintah Allah.

2. Mazhab Murji’ah pula akan menganggap amalan seseorang tidak kena mengena dengan iman seseorang itu. Seseorang yang melakukan kemungkaran masih dianggap seorang yang imannya sempurna, suatu idealogi yang bertentangan dengan hadis nabi “Seorang penzina itu tidak akan berzina ketika dia beriman…”. Mereka merasakan tidak meninggalkan suruhan agama apabila seseorang itu tidak menjalankan nahi munkar walaupun mereka turut mengiktiraf perbuatan munkar itu sebagai munkar.

3. Bagi mazhab Syiah pula, aqidah Taqiyah akan mendasari setiap amalan penganutnya. Maka setiap orang yang berbuat munkar tidak dikira munkar kerana mereka sedang bertaqiyah.

Maka bagaimana dengan pegangan Ahli Sunnah? Di sisi ahli sunnah, jika seorang melakukan munkar, hukumnya bergantung kepada jenis munkar tersebut. Jika kesalahan itu ialah syirik maka hukuman pelakunya ialah kafir dan sesiapa yang membantahnya dikira melanggar hukum Allah kerana Allah sendiri yang telah mengkafirkan orang syirik.(Al-Maidah: 72). Apabila kesalahan itu tidak mengakibatkan murtad, kesalahan itu boleh juga menjatuhkan kredibilitinya.

Tetapi ahli Sunnah, tidak seperti khawarij, tidak terlalu cepat dalam menjatuhkan hukum. Mereka menetapkan iqamatul hujjah sebelum apa-apa hukum dijatuhkan kepada sesuatu pihak. Iqamatul hujjah di sini bermaksud hendaklah dipastikan kesalahan itu dilakukan secara jelas dan pasti dan tanpa boleh ditakwil dan pelakunya pula melakukan bukan kerana jahil atau terpaksa. Untuk mendapat kepastian di atas, hendaklah seorang pendakwa itu menegakkan hujjah dan dalil-dalil mengapakah perbuatan itu salah. Setelah itu, jika telah jelas kepada dia tentang dalil-dalil yang berkaitan tetapi dia masih mahu melakukannya, barulah dijatuhkan hukuman ke atasnya.

Ahli sunnah juga berpendapat tiada kesalahan jika seseorang itu tidak menegur kemungkaran itu tetapi itu merupakan lambang kelemahan imannya(berlainan dengan khawarij yang mengatakan dosa) seperti yang diceritakan dalam hadis “ ….jika dia tidak mampu maka (cegahlah) dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman”. Tetapi ahli sunnah tidak seperti murji’ah yang menafikan tuntutan nahi munkar. Ada bezanya antara TIDAK menegur (murji’ah) dan TIDAK MAHU (Ahlu sunnah yang apparently lemah imannya).

Inilah ciri terpenting Ahlus Sunah wal Jamaah yang membedakan antara mazhab akidah yang lain. Maka jika terdapat tuduhan-tuduhan seperti puak ini ialah ekstreme hendaklah dibentang hujah-hujah tentang apakah yang melayakkannya dituduh ekstreme. Jika dituduh ekstreme kerana 'memecahbelahkan' dan menimbulkan 'kegelisahan' dalam masyarkat, pastikan kegelisahan itu benar-benar wujud; bukan hanya perasaan 'tidak senang duduk' beberapa individu berkepentingan lantas mereka menuduh orang lain yang memecahbelah dan sebahagian masyarakat pun temakan dakwaan mengarut itu. Jika dipanggil ekstrem kerna 'mencerca' dan 'biadap' kepada ulama' dahulu, pastikan benar-benar dia mencerca ulama' dahulu seperti Syafi'e, Ghazali dan lainnya dan bukannya 'tok syeikh' yang menisbahkan "jika anda kata lain daripada apa yang saya kata, awak telah kurang ajar dengan saya dan guru saya mengikut susunan sanad ni yer...". Maka setelah dibawa bukti dan ternyata tidak boleh di radd lagi, wajarlah orang itu dipanggil ekstreme. Jika belum membuat iqamatul hujjah, janganlah dikatakan "Kami telah berijmak sesama kami dengan 'berkat' endorsement guru kami dan artikel-artikel laman web bahawa pihak itu dan ini amatlah ekstreme..sekian".

Wallhu Musta'an

Ps: erm jangan pandai guna nama jer kot.


9 respons=):

one said...[Reply]

yep.setuju dgn post anda.
But,kenapa anda terlalu menekankan 'beradab' itu?
something bother?
em.pokok utama,
terdpat segelintir 'ustaz2' yang menyebarkan fahaman yang tidak mengiktiraf akidah assyai'rah dlm buku2 mereka serta menghina ulama2 seperti imam Syafi'e dll,
adakah mereka ni juga dikira 'beradab' dan berckp mggunakan dalil?

tah sesape said...[Reply]

menghina?? Adakah dengan menggunakan perkataan carut?

Kalo benarlah apa yang anda katakan..maka anggaplah sahaja puak itu ekstreme

Anonymous said...[Reply]

ustaz2' yang menyebarkan fahaman yang tidak mengiktiraf akidah assyai'rah dlm buku2 mereka:

http://3.bp.blogspot.com/_dgWOGuDaS2I/S79dn-Xy2PI/AAAAAAAABSo/TmeOHsN-HOQ/s400/Rasul+Dahri+Mengkafirkan+Asya'iroh+(Majoriti+Umat+Islam+di+Malaysia).jpg

maaf, tapi saya sendiri telah menjumpai buku tulisan Rasul Dahri di library UIA P.J, dan ada dalamnya tulisan yang menghukum sesat pada tasauf.

Mufti sudahpun banned buku2 Rasul Dahri tp nmpaknya masih ada yg terlepas ke uia pj..

http://hip.lib.iiu.edu.my/ipac20/ipac.jsp?session=HX73504834Q06.111816&menu=search&aspect=basic&np

berhati-hatilah.

tah sesape said...[Reply]

Erm..Rasul Dahri...
Beliau nih memang agak keras sikit n bukan semua perkara orang bersetuju ngn dier..

Tapi tentang buku yang dier tulis sudahkah Cik membacanya dan meneliti dalilnya dan mendapati Rasul Dahri menyalah tafsir dalil tersebut? Dia Menolak tasauf atau unsur2 tasauf yang tertolak seperti salah tafsir kepada ayt quran, kisah nabi Musa dan KHidir,lafaz zikir yang direka2 dan bnda mengarut yang lain?
Jom la kite check same2 nak?
Atau pon saudari mendengar kata-kata(atau tgk laman web) orang lain yang apparently bermusuh dengan dia dan melihat video youtube yang telah dipotong-dipotong...

Kaedah dalam usul ialah:
كلمة الاقرار يطوى ولا يروى
"Perkataan sesama seteru itu dilipat bukan diriwayat"(betul ke eje aa??)
Kalo setakat laman web blogspot, saya boleh beri laman web yang lebih dahsyat fitnahnya terhadap individu tertentu seperti Ibnu Taimiyah dan lainnya dan bahasa die tahap aduka teruna dah...Beramallah dengan keyakinan bukan hanya bertaqlid jemaah (atau ijmak yang tak diktiraf)

Jika telah perhati sendiri dalil2 yang lemah atau tafsiran yang menyeleweng terhadap dalil yang kuat..maka bolehlah dicop 'keras' orang ini dan hindarilah pendapat dier..kalo xbesteju dengan dier, lawanlah dengan hujah dan dalil ..Byk org xknal dier pon, jdik camner pulak boleh jadik faktor pemecahbelah(menggangu keharmonian Tanah Melayu lak tuh)

Udah2 la jawapan skrip..tgk video nih pon best gak..tgk faktor pecahbelah

http://www.youtube.com/watch?v=v8eNcrgNleU

ps: saya ada dalil sendiri yang cukup kuat kenapa Rasul Dahri boleh digelar keras...Moga2 Allah ampunkan kite sume..

Anonymous said...[Reply]

tidak syak lagi, dalam dalil2 yang diberi banyaknya berbentuk ()[fahami:dalam kurungan ditulis perkataan tasauf] yg merupakan tafsiran beliau sendiri.

Saya telah baca bahagian itu. Sayang tidak sempat meminjam..

dan ternyata beliau tidak mengspesifikasikan tasauf yang bagaimana kerana tulisannya hanya bercakap mengenai TASAUF tanpa menulis tarekat @ tasauf yg tertolak.

Bahayanya?

org2 yg membaca berpotensi besar menghukum Tasauf adalah sesat.
maka sesiapa belajar tasauf, dia sesat.

meghukum sesat pada sesama Muslim pada sesuatu yang TIDAK SESAT (baca: yang tidak sesat yakni bkn ajaran menyeleweng) adalah ke arah memecahbelahkan masyarakat. jangan terkejut kalau saya katakan sudah ramai mahasisiwa yang menggunakan hujjah beliau untuk menyesatkan tasauf. jangan terkejut kalau saya katakan di laman web sosial sudah ada dipamerkan link ke blognya.

saya hanya bawakan perkataan 'berhati-hati'..takut2 ada yang terjumpa buku beliau, spt yg terjadi pd saya pd 1 malam di lib uia pj; terjumpa Rasul Dahri & Amina Wadud sekali..

dan saya tidak menghukum beliau semata2 kerana blog2 atau paparan dlm video mereka yg memusuhinya.
saya telah menjumpai dan membaca sebahagian drpd buku beliau.
malah mufti2 sendiri telah banned buku beliau.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=327

maaf sebab x dapat bawakan dalil2 beliau kerana x sempat meminjam.
biar begitu, saudara punya dalil bukan? pohon perkongsian.. :)

Allahu 'Alam, Waalahu musta'an..

p/s: ini bkn jawapan skrip

tah sesape said...[Reply]

Erm alhamdulillah

Syeikh..
1.Jika seseorang menggunakan istilah dan membencinya hendaklah dipastikan padanya apakah yang dimkasudkan dengan istilah itu. Contohnya saya kate saya menyampah dengan budak tariqat. Yang dimaksudkan dengan tariqat di sini ialah kumpulan yang hanya bertaqlid buta kepada gurunya, yang percaya benda2 pelik, yang mentakwil ayat quran secara jahil dan yang membuat perkara bid'ah(sori tak dpt nk bg contoh utk setiap perkara)
2. Inilah yang agak bersangkut paut dengan istilah:
لا مشاهة في الاصطلاه
Jadik pegi la pahamkan apa yang die maksudkan dulu dan dalil dier..
Ke memang dalam buku tuh ade satu muka muka surat yang tulis camnih: MEMPELAJARI TASAUF ADALAH SESAT. pastu dier fullstop tak ulas aper2 pi lak tajuk baru..kalo camtuh ternyata la dier tersilap.
3.Menghukum tasauf sebagai sesat apparently bukan pendapat yang baru Rasul Dahri buat. Ade ulama'2 seblum dia yang mnafikan kewujudan tasauf dalam Islam terutama yang melibatkan ahli feqah(rujuk fatawa mua'asarah:yusuf qardawi). Maka jikalah Rasul dahri ini dihukum pemecahbelah masyarakat, nmpknya ahli feqah yang terdahulu lebih dahulu memecahbelahkan masyarakat.
4. Pandangan ahli feqah di atas wujud kerana ajaran tasauf sememangnya memang popular dengan unsur2 sesat seprti wahdatul wujud seperti yang diwujdkan al-Hallaj. Kemudian ader juga prinsip yang diragui seperti mahabbatullah yang disebut oleh Rabiah al adawiyah. Adakah anda aware dengan kewujudan unsur2 ini? Jangan kerana Tok syeikh anda org kuat tasauf pastu bile ader org kate sesat, anda ckp orang yang kate sesat tuh pecah belah..
5. Mungkin anda boleh kater menafikan ajaran tasauf dalam Islam tuh ialah satu tafsiran yang melampau kerana sifat ikhlas dan ihsan itu ialah ajaran tasauf.
6. Saya tak terkejut langsung(mengenai yang link ke blogspot beliau). Banyak lagi budak dq yang link dn jd followers ke blog yang lebih pelik dari Rasul Dahri..blog yang kuat menipu lak tuh
7. Saya tidak nampak apa2 bahaya apabila sesorang menjumpai buku Rasul Dahri..Malah apabila seseorang itu terjumpa orang2 yang konfiden sesat seprt Kasim ahmad atau amindah wadud skali pon. Jika ada orang terjumpa kemudian konon2 memcahbelah masyarakt marilah kita membuat iqamtul hujjah. Kerana Islam ini ditegakkan di atas bukti yang nyata(Yusuf:108). Kita check Adakah betul tuduhan yang diberikan itu? Dan jangan pula kerana ada sentimen2 keberkatan dan ketenangan, kita pun emosi mempertahan tasauf.
8. Mengenai laman web mufti Johor yang anda berikan (time kasih awal2), sy lihat The 100 A Ranking Of The Most Influential Persons In History
Michael H.Hart..pon dier haramkan sedangkan ramai masuk Islam dengan buku nih dan mendapat pengiktirafan ramai(Tak taulah kalo anda nk guna hujah, dia telah menyamakan kedudukan rasullah dan kufar lain). Dan ironik nya banyak juga buku sufi2 yang dier hramkan.. (xnk panggil mufti johor nih pecah belah ker?)
9. Banyak buku yang tidak patut diharamkan,unfortunately diharamkan.. dan lebih ajaib lagi banyak buku yang patut diharamkan kini berlegar2 di pasaran(Jangan haramkan Muslim manga dah aa..haha)Memerhatikan fakta ini, dimanakah kredibiliti sesuatu bdan agama itu sehingga boleh pula dijadikan hujah untuk mengatakan sesuatu buku ini ialah 'suka memcah belahkan'..

Sekian

ps:

Anonymous said...[Reply]

nastaghfirullah..

bukan tok syeikh saya yang kuat tasauf, ulama' tajdid ad-dahlawi pun mempelajari tasauf, malah hujjatul Islam al-ghazali pun belajar tasauf.juga antara Imam Mazhab 4 dan malah banyak lagi..

bagaimana kredebiliti mereka ini dibandingkan dengan ustz Rasul dahri?

pokok utama, bkn sahaja kerana dia menyesatkan tasauf, tetapi dia juga telah menghukum sesat pada akidah as-syairoh dan al-maturidi.

seseorang bila menyebut membenci sesuatu hendaklah dipastikan apa yg dibenci secara istilahnya..
masalahnya memang tidak ada ditulis. Tasauf dan titik
bagaimana org awam boleh memahami istilahnya jikalau penulis tiada menyebutnya? mungkin saudara mampu buat begitu..maaflah saya insan kurang ilmu..

saya ingin tahu juga tasauf bagaimana yang ditolak ulama' fiqh tersebut; secara istilahnya..

dan mungkin saudara perlu menyebut begini, aku benci tarekat sesat. barulah jelas dan adil bukan?

http://jomfaham.blogspot.com/2010/02/pujian-para-ulama-terhadap-tasawwuf.html

laman web ini dijamin bukan penipu. malah menjaga adab tatasusila.

Sekian.
Allahu 'Alam.

tah sesape said...[Reply]

Bismillah..
1.Syah waliyuallah ad dahlawi, pengasas deoband?? Imam empat mazhab??? Mungkin buku teks awak kate gitu tp sbnrny Saya ada beberapa qaul imam syafie yang saya tidak suka meletakkannya di sini kerana mengelakkan fitnah, yang kalo anda baca pun anda akan kata Imam Syafie pemecah belah rupanya. Harap dpt bersemuka secara individu jika hendk tau sangat.
2.Saya terpaksa menjelaskan apa yang komen di atas ini dan sebelum ini. Begini saya kata saya benci orang tariqat..Dan difahamkan abul Hasan ali An Nadwi itu ialah'orang tariqat' tapi apabila melihat kepada masadir(sumber) dalam penulisannya sumenye berlandas sunnah yang tepat dan tidak pula beliau mengemphasize bnda2 pelik cam mimpi, bid'ah dan lainnya. Maka inilah yang dinamakan pejuang sunnah sejati. Adakah saya membncinya kerana orang tariqat? Tentunya tidak.
3.Istinbat daripada cerita di atas ialah dan qaul2 Imam lain ialah bukan 'jenama' itu menjadi masalah sebaliknya unsur, isi dan prinsip yang menjadi masalah. Unsur2 sperti keyakinan bahawa dalil naqli tidak mencukupi untuk mengetahui sifat Allah, takwilan secara berlebihan, atau jika sufi amalan bid'ah yang melampau(sila baca tentang al hallaj dalam kepercayaan wahdatul wujud)
4.Saya lebih berminat membetulkan cara fikir daripada membela mana-mana2 individu. Sebahagian daripada kita menghukum berdasarkan 'jenama'. Ada pula bagai buta dalil apabila mempertahan. Adakah ini manhaj ahli sunnah waljamaah sebagaimana ahli kalam menyebut
"mendahulukan dalil daripada akal".
5. Malah dri saya yang apparently tidak tahu adab dan hati tak besih ini, ingni memberi cadangan kepada anda untuk mentakwil perkataan individu tersebut dengan apa yang dimaksudkan dengan 'kullu' ialah bukannya semua tetapi kebanyakan.Mungkin selepas itu anda lebih tenang. Sebab saya ada mendengar orang mentakwil perkataan nabi 'kullu bid'at dhalalah' ialah kebanyakan. mentakwil nas dan sifat Allah memerlukan dalil tpi mentakwil perkataan dn perbuatan manusia tidak memerlukan dalil jadik msti lebih mudah betul x?
6.Jika anda masih mengekalkan mauqif anda kepada individu tersebut terpulanglah. Tetapi jika anda sendiri mengaku anda tidak cukup ilmu, mengapakah dibebankan akal itu dengan maklumat2 yang anda tak faham lantas mengambil bara'ah(berlepas diri).Mengapakah tidak bertawaquf dahulu atau bertanya kepada ahli ilmu yang 'luar lingkaran' sedikit? Tidak takutkah jika2 anda salah faham dan berdusta tentang apa yang tidak dia maksudkan? Ini hanya cadangan daripada orang yang tak reti akhlak.
7. Dan laman web anda itu amatlah menjaga sopan santun dan tatasusila ketimuran.

ps:saya meminta izin radd artikel anda yang telah lama anda terbitkan. tajuk:"ermm mari kita cek balik" rasenye..

Anonymous said...[Reply]

Alhamdulillah.. :)

apa-apa pun, kita tidak menolak tasauf (baca: tasauf yg benar) bukan?

Alhamdulillah untuk itu.. :)

Sekian sahaja, no hard feelings eh?
My apology.
Allah lebih mengetahui.

p/s: sy tiada mengarang artikel.