Sunday, May 23, 2010

Penjelasan mengenai kekeliruan istilah

Bismillah walhamdulillah.

Ramai telah berbicara mengenai ini tetapi masih terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat kini. Di harap artikel ini dapat menerangkankan beberapa perkara dengan sejelas-jelasnya seperti jelasnya cahaya matahari menerangi bumi (kalo arab dier jadik sedap phrase nih).

Bid’ah menurut bahasa.

Salah satu manhaj ahli ilmu yang bijak dan adil ialah merujuk bagaimana sesuatu istilah itu digunakan oleh Allah dan Rasulnya dalam nas Al-quran dan hadis yang sahih. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahqaf ayat 9:

قُلْ مَا كُنتُ بِدْعاً مِّنَ الرُّسُلِ

“Katakanlah: Aku bukanlah rasul yang pertama daripada rasul-rasul…

Apa yang cuba disampaikan oleh ayat di atas ialah Rasullah menegaskan ialah Baginda bukanlah rasul yang pertama yang membawa ajaran Tauhid ini dengan maksudajaran ini tidak dimulakan atau tidak bermula pada saat Baginda menjadi Rasul. Bahkan ajaran inilah yang telah disampaikan oleh rasul-rasul sebelum ini dan Baginda hanya MENYAMBUNG menyampaikan ajaran tersebut. Ayat di atas dikaitkan dengan ayat 36 daripada surah An-Nahl yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada tiap-tiap umat untuk menyerukan ‘Sembahlah Allah dan jauihilah Taghut…”

Maka berdasarkan ayat ini bida’ah bermaksud: sesuatu yang tiada asal-usulnya sebelum ini(lack of support/discontinuity from the past). Sunnah, antonim kepada bid’ah, pula bermaksud sesuatu yang ada asal-usulnya yang pernah ditunjuki oleh seseorang(nabi atau orang selainnya) sebelum ini.

Skop Bid’ah

Untuk memahami skop bid’ah atau apakah lapangan yang dikaitkan (field of concern) dengan istilah bid’ah kita wajar melihat hadis-hadis Nabi:

إيّاكم محدثات الامور فإنّ كل بدعة ضلالة

“Jauhilah Muhdasat al-Umur(perkara baru dalam urusan/innovation in certain field) dan sesungguhnya setiap bid’ah itu sesat”

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوردّ

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini yang tiada kena mengena padanya maka amalan itu tertolak”

Maka Rasullah secara jelas mengatakan bid’ah itu ialah yang perkara baru yang berkaitan dalam atau dengan sesuatu urusan(Al-Umur dan Amrina haza). Ulama’ menafsirkan bahawa ‘Al-amr’(urusan) di sini bermaksud urusan agama iaitu urusan ibadah dan aqidah. Dan perlu diperingatkan sekali lagi apabila menyebut perkara baru (muhdasatul umur/ ahdasa) seperti dalam hadis, ini menunjukkan perkara yang tiada asalnya sebelum ini(discontinuity from the past).

Maka, apabila menyebut berkaitan urusan agama(religion’s field), istilah bid’ah terlepas daripadanya (براُة atau tidak digunakan untuk urusan dunia. Sesetengah orang, apabila disebutkan kepadanya tentang sesuatu perbuatan itu ialah bid’ah, dia akan menjawab “Naik kereta juga bid’ah, komputer juga bid’ah” dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan urusan dunia. Apabila disebutkan bahawa hanya urusan agama SAHAJA yang terdapat dalamnya istilah bid’ah, ada yang beralasan bahawa ini ialah suatu perbuatan yang ‘memisahkan agama daripada urusan kehidupan’ atau agama ini tidak memisahkan antara ‘urusan dunia dan urusan akhirat’. Alasan tersebut tertolak dengan dua hujah:

1. Rasullah sendiri yang membahagikan atau mengekhaskan istilah bid’ah ini hanya kepada urusan agama atau akhirat. Ini dapat dilihat melalui lafaz yang Baginda gunakan iaitu (أمرنا هذا) yang bermaksud urusan kami iaitu urusan agama. Jika dilhat pada hadis lain, Baginda mengatakan “..Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu”. Maksud hadis ini jika dikaitkan dengan asbabul wurudnya, jika kita mengetahui bahawa sesuatu ubahsuai (innovation) boleh memberi KEBAIKAN kepada kita seperti mendapat hasil yang lebih dan cepat dalam bidang pertanian atau menjimatkan masa dan tenaga dalam bidang teknologi, kita dibenarkan untuk membuat ubahsuai(innovation) tersebut. Tetapi dalam bidang agama kita dilarang untuk mengubahsuai atau mengada-adakan sesuatu kerana agama ini telah pun lengkap (Maidah:3). Sebarang pengubahsuaian ialah bertujuan untuk menambah lebih KEBAIKAN dan sesuatu yang tidak logik apabila manusia lebih mengetahui tentang struktur agama ini melebihi Allah dan Rasulnya sehinggakan mereka ingin menambahbaik isi agama yang sudah ada.

2. Apabila menyebut tentang ‘memisahkan agama daripada urusan kehidupan’ ataupun nama lainnya ialah konsep sekular, ianya bermaksud memisahkan NILAI-NILAI dan AMALAN-AMALAN agama daripada sesuatu urusan kehidupan. Sebagai contoh istilah ‘memisahkan politik daripada agama’ bermaksud menghilangkan nilai-nilai seperti keadilan, sifat amanah dan juga amalan agama seperti amr ma’ruf nahi munkar dan sistem hudud. Konsep sekular tidak bermaksud mengelakkan penggunaan ISTILAH agama dalam segenap kehidupan. Malah setiap istilah agama seperti tajdid(Riwayat Abu Daud), adil, amanah, al-yaqin (Hijr:99), ihsan, ahlul bait(ahzab) hendaklah difahami dan digunakan sesuai pada tempatnya.

Dan jika disebutkan berkaitan urusan agama terlepas juga istilah bid’ah daripada apa yang distilahkan sebagai ‘wasilah’ untuk menjalankan perintah agama atau lebih tepat ibadat. Antara contoh yang sesuai ialah kereta kebal dan teknologi persenjataan(dalam urusan jihad), penggunaan mata wang (ibadat zakat dan muamalat), baju-baju selain jubah(menutup aurat), ubat dan berus gigi(taharah:siwak), membuat ketupat (bergembira menyambut HARI RAYA) dan bermacam-macam lagi.

Polemik Kata-kata Umar.

Ramai yang menganggap perkataan Umar “sebaik-baik bid’ah ialah ini” dengan anggapan Umar telah membuat bid’ah iaitu menyeru orang ramai untuk solat sunat (Tarawih)secara berjemaah bermula pada zamannya. Ini merupakan takwilan yang salah kerana semasa Nabi masih hidup, baginda pernah melakukan solat sunat itu(Tarawih) secara berjemaah. Hal ini berbeza bagi sesiapa yang menyuruh atau membuat solat sunat lain seperti solat sunat rawatib secara berjemaah, ini dikira sebagai bid’ah. Adapun kata-kata Umar, bid’ah yang dimaksudkannya ialah perbuatan mengajak orang ramai yang ketika itu bersolat Terawih secara bersendirian atau dalam kelompok kecil di dalam Masjid Nabi supaya membentuk hanya satu jemaah yang besar kerana penurunan wahyu akan kewajipan solat Terawih(yang Nabi takuti) telah pun berhenti. Bid’ah yang digunakannya ini ialah merangkumi perbuatan ‘wasilah’ dalam mengamalkan agama bukannya doktrin agama itu sendiri. Sebagai seorang yang berbangsa Arab pula, Umar pastinya menggunakan perkataan bahasa Arab iaitu bid’ah sebagai maksud kepada innovation untuk mensifatkan perbuatannya itu. Maka dapat dipastikan di sini bid’ah yang dimaksudkan ialah dari segi BAHASA dan bukannya ISTILAH iaitu bid’ah dalam urusan agama.

Polemik Bid’ah Hasanah, Bid’ah hukum Taklifi

Terdapat pihak-pihak yang menyelitkan istilah bid’ah hasanah dan bid’ah hukum taklifi. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah ini? Bagi membincangkan perkara ini dengan lebih mudah dan bersopan santun, kita wajar membincangkannya berdasarkan contoh-contoh.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa ‘pengumpulan ayat-ayat Qura’n dalam mushaf serta menandakan titik-titik pada ayatnya’ merupakan satu bid’ah. Untuk memanggil sesuatu perkara itu bid’ah at the first place memerlukan kepastian adakah sesuatu perkara itu ia tiada asal-usulnya zaman Rasullah. Seperti yang kita ketahui bahawa Rasullah membenarkan sahabat baginda untuk menulis wahyu dan juga melantik beberapa penulis wahyu. Wahyu pula diturunkan secara berperingkat-peringkat (Isra’:106). Sahabat adakalanya bersama Rasullah ketika turunnya wahyu dan adakalanya tidak bersama baginda serta teknologi kertas semasa itu juga tidaklah maju. Kedua-dua keaadan ini menyebabkan ada sahabat yang menyalin hanya satu surah atau beberapa ayat sahaja dan mereka menyalin di tempat selain kertas seperti kain dan selainnya. Dalam kata lain, sekiranya teknologi kertas semasa itu semaju hari ini wahyu pula telah diturunkan sekali gus, maka semestinya sahabat-sahabat ini akan menyalinnya dalam mushaf. Keadaan ini merupakan dilalah(petunjuk) yang membenarkan penulisan al-Quran dalam mushaf dan secara langsung menunjukkan perbuatan ini ada asal-usulnya sebelum ini(have support from the past). Disebabkan bid’ah membawa konsep(lack of support/discontinuity from the past), adakah wajar penulisan al-Quran dalam mushaf dipanggil bid’ah at the first place?

Bagi kes penandaan titik dan baris untuk ayat al-Quran, kita perhatikan ‘illah(sebab/tujuan) mengapakah dibenarkan penulisan al-Quran terlebih dahulu. Nabi pernah melarang sahabatnya menulis al-Quran. Tetapi apabila ada sahabat yang mengadu tentang ingatannya yang lemah maka Rasullah membenarkannya menulis al-Quran. Jadi ‘illah bagi membenarkan penulisan al-Quran ialah supaya sahabat tadi membacanya dengan mudah dan juga betul. Ini kerana sekiranya Rasullah tidak membenarkan sahabat tadi untuk menulis al-Quran, sudah tentu dia akan membaca dengan salah atau menjadi sukar baginya untuk membaca al-Quran lantas dia tidak dapat mengamalkannya . Apabila zaman berlalu, penguasaan terhadap bahasa Arab makin kurang maka dengan illah yang sama iaitu supaya membaca dengan mudah dan betul, dilaksanakanlah penandaan titik dan baris. Adakah ini merupakan sesuatu yang dianggap bid’ah(discontinuity from the past) sedangkan pada zaman Rasullah sendiri telah wujud masalah yang sama?

Untuk pembinaan mihrab masjid, tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan mihrab di sini; adakah binaan tinggi dan masjid yang tinggi(Saba’:34) ataupun tempat Imam berdiri. Untuk menunjukkan penghormatan kepada sesuatu dihafal, marilah kita mengambil definisi yang digunakan al-Quran. Persoalan di sini ialah adakah zaman Nabi tidak terdapat bangunan? Jika ya, walau beratap langit dan berlantai bumi sekalipun, maka adakah wajar ini dikategorikan sebagai bid’ah? Jika jawapan anda tidak, maka bagaimana keadaan Masjid Quba’ yang ‘telah dibina atas dasar Taqwa’ (Taubah:108), yang dibina dengan batang dan pelepah-pelepah tamar semasa wahyu itu diturunkan. Adakah gelaran ‘berasaskan taqwa’ itu masih kekal atau telah dilucutkan(kerana telah direnovate dengan batu dan simen)?

Melihat contoh-contoh di atas, ternyata pembahagian bida’ah hasanah dan bid’ah hukum taklifi merupakan pembahagian yang sering disalahfahami malah wajar juga diberitahu di sini ia hanyalah alasan popular yang digunakan oleh pembuat-pembuat bid’ah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Soalan yang wajar di sini ialah adakah ulama’ terdahulu seperti Imam Syafie’ yang membahagikan bid’ah kepada dua dan Imam Izz Abdus Salam yang telah membahagikan bidah kepada 5 bahagian telah terlibat dalam usaha untuk ‘menghalalkan’ bid’ah ini? Semestinya TIDAK kerana mereka hanya tersilap memberi PENAMAAN sahaja maka seperti apa yang ditentukan dalam kaedah usul “la masyahah fi al-Istilah “ (tiada (mendatangkan) masalah dalam (penamaan) istilah). Dalam kata lain jikalah imam-imam tersebut masih hidup, pastilah mereka menjadi orang yang pertama menentang bid’ah yang dibuat oleh para pembuat bid’ah yang memanggilnya dengan bid’ah hasanah yang banyak berlegar kini. Dari segala apa yang ditulis ini, wajarlah fatwa Yusuf Qardawi menjadi penjelas yang lebih bagi sesiapa yang berminat untuk ‘mengecop’ sesiapa dengan gelaran pemecah belah.

Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah. Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan). Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah. Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)." Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu. Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya:"Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya.” (Sumber: islamonline.net)

Kesimpulannya bid’ah hanyalah berkisar mengenai ibadah iaitu akidah dan ibadah. Kedua-dua bidang ini tergolong dalam kaedah “Asal hukumnya(ibadah dan akidah) ialah tawaqquf sehinggalah ditemukan dalil”. Ini berlainan dengan perkara lain yang dikenali sebagi adat iaitu “asal hukum sesuatu itu ialah mubah”. Seseorang perlu ingat bahawa syarat penerimaan ibadah ialah IKHLAS dan MENGIKUT SUNNAH; kehilangan satu syarat ini membuatkan amalan tertolak. Nilaian sesuatu ibadat itu baik atau tidak bukanlah di mata kita yang menilainya. Terdapat kaedah yang lebih baik iaitu “lau kana khairan lasabaquna” yang bermaksud jikalaulah amalan itu baik, pastilah (generasi salaf) lebih mendahului kita dalam melakukannya.

2 respons=):

thinking.. said...[Reply]

good..but one question, apa dy bidaah yg ada org buat skrg ni?

tah sesape said...[Reply]

bismillah

Saya mencadangkan anda membaca buku Imam2 yang membahagikan bid'ah ini kepada beberapa bahagian (terutamanya ulama' mazhab syafie) dan elakkan membaca hanya qit'ah2 yang mengandungi makna bid'ah menurut mereka. Sebaliknya anda bacalah contoh2 apa yang merka golongkan dalam bid'ah dhalalh yang ramai masyarkat kini memamnggilny bid'ah hasanah.. selamat menjalankan rihlah ilmu...

ps:time kasih kerana tak panggil saya taksub, pemecah belah dan banyak lagi..