Sunday, December 20, 2009
maaf mengganggu...
bismillah....
salam 'alaikum...apa khabar para pembaca yg dirahmati Allah sekalian..
hari ni ana rasa terpanggel utk conteng sesuatu di sini..
kalau sudi nk dengar..silalah baca ye..
mm..ingat tak lg...tentang stu post yg tajuk dy "mana boleh!!susah la macam tu!!!"klik sini
igt tak??ye la..kt sini la..blog ni..klu tak igt..cbe baca..
dh baca??k..bgs..
it is about salah or prayer..if u read all the comments on it..anda mesti perasan..ada yg ckp lbh krg mcm ni..."eih.apala..komen dh berjela dah ni tp kesimpulannya apa??"btl tak??
jd..disini ana nak ulas sket ja...masing2 dah besar panjang..dah berkeluarga..dah berkahwin ramai anak(nada bacaan mesti betul)..pandai2lah fikir sendiri mana satu yg lg aula..ana teringat satu komen tu..ayt dy mcm ni.."mak ana pernah cakap,kalau kita selalu lambat2kan solat..jangan hairanlah kenapa doa kita lambat dimakbulkan..kenapa hidup kita seharian byk masalah..rasa tertekan..tension dan murung berpanjangan..ini kerana..hati kita yg fitrahnya inginkan rasa bertuhan..inginkan cinta dari MAHA PENCINTA..telah mula rasa jauh dari MAHA PENCIPTA...
mgkin ada yg kata mcm ni..
"ala...kalau ada kelas ke..lab session ke...dari pukul 4 smpi pukul 6pm..lps kls br solat asar..cne??bkn sengaja lewatkan solat.."
ok..semua org hadapi perkara yg sama..(hamba rasa la..)
analoginya begini...anda mempunyai seorang kekasih...memang dari awal detik percintaan antara anda dan si dia,anda telah berjanji akan 'dating' lima kali sehari..lima waktu yg si dia telah tetapkan..xkesah nk dating kt mana2 pn..asalkan tempat tu bersih dan bukan rumah syaitan...selama anda bercinta..anda x pernah mungkir janji..hadir 'dating' tepat pada masanya...berjumpa melepaskan rindu..dan menenangkan hati yg gundah gulana...
namun suatu hari...ditakdirkan anda ada kelas bio dan x dpt ber'dating' dgn si dia tepat pada masanya...anda berasa bersalah yg teramat sgt sbb membiarkan si dia menunggu anda sekian lama...apakah yg anda akan buat??
a)lps hbs kls bio..lepak2 dgn kwn dan bersembang2 tentang bola...kemudian barulah anda teringat akan si dia..lalu berjalan dgn macho dan ayu berlenggang lengguk ke tempat dating yg tlh dijanjikan untuk berjumpa dgn si dia
b)sejurus habis kls bio..anda terus membeli sekotak coklat ferrero rocher bersama sekuntum bunga mawar merah..lalu bergegas ke tempat 'dating' yg telah dijanjikan untuk berjumpa dgn si dia yg tersayang..
c)sebelum kls bio bermula..anda telah menelefon si dia dan memohon maaf kerana anda akan lambat sedikit hadir 'dating'..dan sejurus habis kls bio..anda terus membeli sekotak coklat ferrero rocher bersama sekuntum bunga mawar merah..lalu bergegas ke tempat 'dating' yg telah dijanjikan untuk berjumpa dgn si dia yg tersayang sebagai tanda permohonan maaf di atas kelewatan anda...
sememangnya bkn pilihan anda..kelas biologi dijalankan pada masa itu..tetapi sama ada tindakan a)..b)...atau c)...pilihan di tangan anda..anda yg menetukannya...hamba sarankan selalulah praktikkan seperti tindakan c)..kerana itu tanda kita ada sifat ihsan dan menunjukkan bahawa kita adalah PENCINTA YG SETIA...
jika kepada si dia kita sanggup buat apa sahaja agar si dia tidak berjauh hati di atas setiap apa yg kita lakukan...mengapa tidak pada si DIA YANG MAHA PENYANYANG...ALLAH TUHANKU DAN TUHANMU...
sama2 koreksi diri sucikan hati..moga kita tidak dilupai oleh Allahu Rabbi di hari KEBANGKITAN esok hari....
"wahai manusia!kamulah yg memerlukan Allah dan Allah Dialah yg Maha Kaya,Maha Terpuji"(fatir:15)
"dan orang yg berdosa tidak akan memikul dosa org lain.Dan jika seseorang yg dibebani berat dosanya memanggil og lain utk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikit pun,meskipun yg dipanggilnya itu kaum kerabatnya.sesungguhnya yg dapat kau beri peringatan hanyalah org yg takut kpd (azab) Tuhannyasekalipun mereka tidak melihat-Nya dan mereka melaksanakan solat.dan barangsiapa menyucikan dirinya,sesungguhnya dia menyucikan diri utk kebaikan dirinya sendiri.Dan kepada Allahlah tempat kembali.
Thursday, December 17, 2009
INDONESIA....mentarbiyah kita...
salam keamanan.....
salam satu malaysia....
senja 17 disember kian berlabuh menutup tirainya...usai mengaminkan doa akhir tahun yg dibacakan oleh imam masjid negara kuala lumpur...abdullah tertunduk,muhasabah kembali apa jihadnya utk Islam....apa hijrahnya utk Islam.....mana buktinya rasa izzahnya dgn Islam???tepuk dada tanya iman...
sahabat sekalian...marilah kita mencontohi jejak langkah abdullah ini..renung kembali kelemahan dan insafi kejahilan diri...tahsin yg sohih,jauhi yg batil..
di kesempatan ini hamba senang utk menceritakan sedikit cerita benar yg bisa di hayati bersama..
suatu hari di lapangan terbang soekarno-hatta,indonesia...
brother A:dik!tu duet siape tu??
abdullah :erk?mane?owh...ni..duet sy...(monolog dlm ht je smbl cari2 mane duet dy
yg hlg tu)..terima kasih ye pak cik(monolog dlm hati jugak)
mak :berape duet yg cicir tu?
abdullah :20 000 je...
mak :ye le..20 000 pn duet jugak...
abdullah :20 000 rupiah kot....xsampai 7 hinggit....(monolog dlm hati lg..)
astaghfirullah..abdullah adalah contoh rata2 rakyat malaysia..sudah terbiasa hidup dlm kesenangan...20 000 rupiah dirasakan tak bernilai...sedangkan juta2 rakyat indonesia yg sanggup berjalan dari kereta ke kereta utk mendapat sesuap nasi..
suatu hari di jalan raya jakarta,indonesia....
abdullah:waduh!!!kok macet skali sih!!aahh...dari tadi kok terus-terusan
macet begini??
pak supir:iya dong....di jakarta emang sering kayak ini nyonya...wang bagi
diluasin jalannya udah abis dikorupsi sama pemerintah..
di tengah2 kemacetan itu...abdullah terpandang sepasang suami isteri yg uzur...umurnya lingkungan 80an mungkin...berdiri di atas tebing jalan,di sebelah lampu isyarat..sambil menadah mangkuk kecil..meminta ihsan simpati para pemandu menghulur sedikit rupiah...pak supir menghulur kurang lebih seribu rupiah(RM0.36)..
sang isteri menyambut dgn wajah yg begitu bersyukur...alhamdulillah...mgkin itulaj rejekinya buat membeli makanan tengahari...
"dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,'sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu kufuri(nikmatKu),maka pasti azabKu sgt berat" {14:7}
abdullah jadi teringat akan kata2 seorang pakar motivasi...
jika kamu mahu untuk ditarbiyah,maka seluruh alam ini mampu mentarbiyah kamu
baru abdullah tersedar...ini adalah tarbiyah....Allah mahu dia utk lebih bersyukurdgn nikmat yg Allah kurniakan kpdNya selama ini...
"dalam kemacetan...ia mentarbiyah aku utk sentiasa bersabar menghadapi segala bentuk musibah...dalam kesempitan hidup...ia mengajar aku utk sabar dan terus berusaha mencari jalan keluar....dalam kesenangan...ia mengajar aku utk sentiasa bersyukur dgn nikmat Tuhan...dalam kerunsingan...ia mengajar aku utk mengingati Tuhan agar kembali tenang...dalam kedamaian...ia mentarbiyah aku utk sentiasa memuji kebesaran Tuhan...."
saidina umar pernah berpesan agar sentiasa SABAR dan SYUKUR dlm kehidupan...Rasulullah sering berpesan agar sentiasa mentaati Allah....Allah mengingatkan ...dengan mengingati Allah hati akan tenang....
tiga kunci kebahagiaan...SABAR...SYUKUR...INGAT ALLAH...
jika kamu mahu untuk ditarbiyah,maka seluruh alam ini mampu mentarbiyah kamu
SEDIA DITARBIYAH AGAR MAMPU MENTARBIYAH!!!
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS...AMEEN...BIIZNILLAH INSYAALLAH....
BARAKALLAHU FIINA...
*macet=kesesakan lalu lintas
pak supir=pemandu/driver
korupsi=(faham2 lah ye sendiri)
regards~
hamba cinta Ilahi
Saturday, November 28, 2009
Perisai Muslim: Mari memakai ilmu pendinding(????)
Bismillah walhamdulillah wasolati wassalam ala rasulillah.
Jika mengenangkan manifestasi “qaulan sadida”(al-ahzab:70), sesungguhnya masa artikel ini muncul amatlah tidak sesuai , kerana mengenangkan waktu ini lebih sesuai untuk memperkatakan tentang salah satu “hari kebesaran yang dihadiahkan Allah” (hadis) . Tetapi apabila mengenangkan kepentingan maklumat ini untuk dikongsi bersama dan perbatasan masa diri sendiri ,saya berpendapat tidaklah ada salahnya untuk memunculkan artikel ini.
Supernatural
Sesungguhnya tiada sesiapa yang tidak terkejut apabila mendengar berita yang menjadi al-maklum di kebalakangan hari ini (bnda yang syed syahmi cerita kat bawah nih). Maklumlah, tempat kita sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian-kejadian supernatural ini. Tetapi begitulah seperti yang diungkapkan oleh nabi “walakin quluu qaddara allahu ma yasyaa’ ”, segala kejadian itu ialah mengikut percaturan Yang Maha Esa.
Maka jika ada ruang yang tidak menimbulkan fitnah, ingin saya menasihati kepada ‘mangsa-mangsa’ agar bersabar. Walaupun kadang-kadang sabar itu semakin hilang grip nya daripada genggaman kita, hendaklah kita sedari bahawa “sesungguhnya orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang memegang bara api” (hadis ).
Juga,
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku, dan sunnah khulafa rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpeganglah kepadanya, dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu” (Direkod oleh Abu Daud (no: 4609), Tirmizi (no: 2676), Ibn Majah (no: 42). Kata Tirmizi: “hadis sahih”).
Cukuplah firman Allah dibawah ini menjadi penenang hati, terutama buat orang yang paling pertama membaca artikel ini, untuk kita terus bersabar.
(az-zumar:10 )إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّـبِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Manusia itu secara umumnya memerlukan sesuatu sebagai pelindung diri dalam menghadapi hari-hari yang penuh rintangan. Tidak sedikit orang yang mempercayai kepercayaan khurafat seperti tangkal, azimat, atau kertas-kertas yang tertulisnya berbagai tulisan atau gambar-gambar lalu ditampalkan di dinding bilik dengan alasan bertabarruk. Mukmin sejati semestinya bersih akidahnya dan perbuatannnya dari tindakan sebegini.
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Maksudnya: “Sesiapa menggantungkan tangkal, maka dia melakukan syirik”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 17422). Komentar Al-Haithami, “Perawi-perawi Ahmad adalah tsiqah (kepercayaan)” (Majmak Zawaid 8399) . Al-Albani juga menilainya sahih. (Silsilah Sahihah 1/809)
Mukmin sejati itulah yang meyakini bahawa “sebaik-baik petunjuk itulah ialah petunjuk nabi Muhammad” (hadis). Lantas dalam pelbagai permasalahan yang menimpa, seorang mukmin itu akan cepat-cepat mencari penyelesaian melalui adillah islamiah yang thabit, tanpa semborono mengadakan atau mereka-mereka sesuatu perbuatan.
Mencari pendinding 'halal'
Jika berbalik pada persoalan kes-kes paranormal ini, amat menakjubkan bahawa Islam itu telah menunujukkan cara yang jelas dalam segi amalan, tanpa meninggalkan kita teraba-raba dan keliru mencari jalan penyelesaian. Ternyata amalan-amalan inilah yang tidak boleh disangkal autoritinya, menjadi kepercayaan kita, bukannya amalan-amalan lain yang tiada sumbernya.
Antara amalan-amalannya ialah:
1. “Sesiapa yang membacanya (ayat kursiy)pada waktu pagi dipelihara daripada gangguan jin hinggga petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan dipelihara daripada gangguan jin hingga waktu pagi”(riwayat al-Hakim.”Sahih”(lihat al Targhib wa-al Tarhib (662))
2. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini (surah albaqarah:285-286) pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”(Bukhari(5040),Muslim (807)
3. “Sesiapa yang membaca (surah al-ikhlas, al-falaq, dan an-Nas) tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukup baginya (sebagai pelindung) dari segala gangguan” (al-Tirmizi(3646),”hasan”,Lihat sahih Termizi 3/182)
4. “Sesiapa yang membaca (Bismillahillazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ardi…) sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang maka tidak apa pun yang membahayakannya”( Riwayat Abu Daud (5088), al Tirmizi (3388), “Sahih”.Lihat zad al-Ma’ad 2/371, Tuhfah al-Akhyar(39).)
5. “Sesiapa yang membacanya( a’uzu bi kamilatillah taammati min syarri ma khalaq) sebanyak tiga kali pada waktu petang , dia tidak akan digigit kala jengking pada waktu malam( An-Nasaie dalam Amal al yaum wa Lailah(590), “sahih”. Sahih al Jami’(1318), Tuhfah al Akhyar(45)
Itulah sebahagian yang dapat dinukilkan di sini. Meskipun sedikit biarlah ia menjadi amalan yang sentiasa kita istiqmahkan, lebih-lebih lagi mereka yang mendakwa mempunyai ‘saka’ dan ‘hantu belaan’ yang sentiasa mengikuti.
Dinamakan artikel ini dengan perisai muslim, kerana isi-isinya banyak diambil daripada kitab Hisnul Muslim (perisai muslim) yang menghimpunkan senarai doa-doa dan zikir yang ma’thur. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Sa’eed Al Qathanni (kenal ker??). Buku ini amat sesuai untuk sesiapa yang mencari-cari amalan harian untuk diamalkan. Buku ini boleh didapati dalam versi yang diterbitkan Telaga Biru, dengan harga rm 17 di lambakan gerai-gerai buku yang besilih ganti di UIA (saya tak dapat komisen ek promote nih)
Ma'thurat
Ada juga sebahagian orang yang menanyakan tentang bagaimana dengan pula dengan amalan ma'thurat.
Bukanlah saya ingin menafikan segala jasa dan fadhilat yang terkandung dalam kitab tersebut, tetapi terdapat apa yang dinyatakan dalam Hisnul Muslim yang warid dari nabi, tetapi tidak di tandakan dengan bintang dalam Ma’thurat dan juga apa yang tidak terdapt dalam Hisnul Muslim terdapat dalam Al Ma’thurat. Tambahan lagi pengamalan dari segi bilangan, dan masa amalan juga tidak di emphasis kan, tidak seperti Hisnul Muslim yang menyatakan sumber, masa dan bilangan yang perlu dilafazkan . Kesimpulan yang adil ialah ramai yang membaca mathurat tetapi tidak mengetahui kaifiyat yang sebenar dalam membacanya. Salahnya ialah pada pembaca bukan pada kitab. Wallahu A’lam.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memohon perlindungan dan bantuan daripada Allah, sama ada daripada gangguan mistik jin dan makhluk halus lain, ataupun lambakan homework (eap) yang melihatnya sahaja,agak sama effectnya seperti melihat jin-jin yang ada.
Wallahu musta’an.
Ps: Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.(ini ialah versi yang betul ek..saper yang terdapat riwayat dari al juwailani tuh maknanya saya tersilap.)
Friday, November 20, 2009
Rahmat dalam Ujian.
Tuesday, November 10, 2009
Meningkatkan Potensi Diri..BOLEHKE~~
Apabila kita melakukan sesuatu yang rumit seperti membuat masalah matematik, berfikir teteng sesuatu tema atau menganalisis sesuatu percubaan, gelombang Alfa di otak kiri akan bergerak ke arah gelombang Beta untuk lebih cergas.
Sebaliknya gelombang Alfa di otak kanan akan bergerak ke arah gelombangTheta untuk lebih istirehat. Ketika kita menyelesaikan masalah yang rumit, otak kiri lebih cergas sementara otak kanan akan berehat seketika.
Peranan Otak Ketika Membaca..
Yakinkan diri dengan selalu menyebut: �Aku menggunakan kedua-dua bahagian otakku, untuk belajar dengan cemerlang dan berfikir secara kreatif.
Otak kanan yang kreatif jika tidak digunakan ketika belajar akan berkreatif dengan
berangan � angan (day dreaming)..
Otak Kiri
� Meneliti perkataan demi perkataan.
� Berfikir logiknya isi buku.
� Mengingat fakta, formula, perbendaharaan kata.
Otak Kanan
� Memahami isi buku keseluruhannya.
� Menggambarkan dalam minda apa yang dibaca.
� Bacaan dibawa kepada perasaan di dalam hati..
Menggunakan Kedua � dua Belah Anggota Badan...
Pasangan kedua-dua belah tangan dan kaki memberi keseimbangan ketika belajar..
Pergerakan jari boleh membantu anda daripada cepat letih membaca.
Allah S.W.T. telah memberitahu melalui firman-Nya di dalam Al-Quran mengenai menggunakan dan memanfaatkan kedua-dua belah anggota tubuh badan :
�Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasang semuanya, sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka atau dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.� (Surah Yasin:36)
Menggunakan Kedua-dua belah tangan...
Gunakan, aktifkan serta gerakkan kedua-dua belah tangan (elakkan munggunakan sebelah tangan sahaja) dalam setiap aktiviti belajar seperti :
-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memegang buku.
-Menyelak helaian buku.
-Tangan kanan menulis sementara jari tangan kii menunjuk pada buku rujukan.
-Memegang pembaris dan pemadam.
-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengetik kekunci komputer.
-Mengasah pensil.
Menggunakan kedua-dua belah kaki..
Ketika belajar hendaklah menggunakan dan menggerakkan kedua-dua belah kaki atau kedua-dua belah punggung serentak ketika:
� Mengalihkan posisi ketika duduk di kerusi jika berasa letih.
� Berdiri sebentar.
� Menggerak-gerakkan jari-jari kaki bagi kedua-dua kaki.
� Menggerakkan otot-otot betis dan paha untuk kedua-dua belah kaki untuk meehatkan daripada letih.
� Gerakkan kaki mengikut rentak muzik yang perlahan.
Jika letih duduk, alihkan posisi kedua-dua belah punggung sambil keua-dua belah tangan memegang kerusi dan kedua-dua belah kaki menumpu ke lantai.
Menggunakan Sumber Alam Sekitar Ketika Belajar....
Menggunakan Muzik Untuk Merangsang Kedua-Dua Belah Otak..
Imam Al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama dari alam semulajadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.
Contohnya bunyi deruan ombak yang tidak pernah berhenti, bunyi druan air sungai, bunyi tiupan angin di puncak gunung,titisan air hujan dan sebagainya.
Menggunakan Warna Untuk Merangsang Kedua-dua Belah Otak
Mata amat peka kepada warna. Warna yang lembut seperti hijau dan kuning akan merehatkan mata. Saraf mata berhubng terus ke otak untuk menterjemahkan warna yang dilihat.
Jika boleh warnakan bilik belajar anda dengan warna lembut yang berlainan untuk mengelakkan kebosanan. Lekatkan di dinding gambar, poster dan hiasan menggunakan warna yang ceria dan menenangkan.
� Apabila anda membuat Peta Minda gunakan pen, marker atau highlighter yang berlainan warna untuk menonjolkan fakta tertentu supaya otak mudah terangsang.
Menggunakan Bau-bauan Wangi Untuk Merangsang Kedua-dua Belah Otak...
Bau-bauan wangi juga merangsang serta meningkatkan daya ingatan ketika belajar .Buktinya dalam suasana persekitaran yang busuk, hanyir atau sebarang bau yang tidak menyanangkan, bolehkah anda belajar dengan baik ?
� Hendak solat.
� Hendak membaca Al-Quran.
� Hendak belajar .
� Hendak ke masjid.
� Hari Raya.
� Hendak bertemu dengan tetamu.
� Hendak bersama suami isteri.
Adalah diingatkan kepada para wanita dimakruhkan (dibenci Allah) berwangi-wangian apabila hendak keluar ke tengah masyarakat, hatta hendak ke masjid sekalipun.
Bagaimanapun hukumna tetap sunat (mendapat pahala) apabila berada di kalangan wanita, di kalangan keluarga mahram dan apabila bersama suami.
Duduk belajar sepanjang hari dan tidur sepanjang malam di dalam bilik berhawa dingin bukanlah satu amalan yang sihat. Tubuh badan anda tidak mengeluarkan peluh apabila berada di dalam bilik yang berhawa dingin.
Merangsang semua deria ketika belajar...
Apabila semua deria dirangsang ketika belajar maka fokus pembelajaran tertumpu ke satu arah..Anda hendaklah menggunakan secara maksimum deria yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. di dalam proses belajar :
� Deria lihat dengan mata.
� Deria dengar dengan telinga.
� Deria bau dengan hidung.
� Deria sentuh dengan jari-jemari.
� Deria rasa atau bertutur dengan lidah.
Kemahiran merangsang deria..
� Kemahiran mendengar penting kerana mendengar dapat menyerap lebih banyak perkataan.
� Otak dapat memproses kira-kira 800 perkataan seminit.
� 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan.
� 25% daripada apa yang didengar dapat difahami.
Daripada kajian yang dibuat, didapati keberkesanan penerimaan deria di dalam pembelajaran adalah seperti jadual di bawah.
Jadual keberkesanan penerimaan deria..
Peratus Keberkesanan
Deria yang dirangsang
10%
Baca (deria lihat).
25%
Dengar (deria dengar).
50%
Gabungan dengar dan lihat.
80%
Melihat atau membaca, kemudian melakar secara jahar (terang & nyata), menggunakan �peta minda� atau membuat nota
90%
Mengamalkan keempat-empat kaedah di atas dan memaksimumkan penggunaan deria