Bismillah walhamdulillah
Antara sifat yang terpenting yang perlu dipunyai bagi seorang da'ie ialah: dia perlu mengetahui mengenai apa yang dia serukan itu. Jadi,jika dia ingin menyeru kepada solat, hendaklah dia mengetahui mengenai perihal solat, jika dia ingin menyeru kepada puasa, hendaklah dia mengetahui mengenai puasa. Dan begitu juga, bahkan lebih berat tuntutannya, jika dia ingin melaksanakan amr' ma'ruf dan nahi munkar, dia hendaklah terlebih dahulu mengetahui apakah itu yang dimaksudkan dengan perkara ma'ruf dan apakah itu yang dimaksudkan dengan perkara munkar.
Menjadi sesuatu yang cacat dan malang apabila seseorang itu da'ie itu, dia sendiri tidak mengetahui apakah itu perkara munkar dan apakah itu perkara makruf. Maka bagaimanakah dia ingin melarang seseorang itu melakukan munkar sedangkan dirinya sendiri tidak tahu apa yang patut dilarangkan.
Sesungguhnya isi-isi agama ini telah ditetapkan oleh wahyu (divinely sanctioned). Sesuatu perkara itu yang munkar dan salah itu bukanlah hanya apabila perkara itu “buruk pada pandangan” dirinya, ataupun merupakan sesuatu yang “berlainan dengan tradisi setempat” kampungnya sendiri. Bahkan bukan juga apabila ianya “bertentangan dengan apa yang dipelajarinya” melalui sekolah-sekolah, majlis talaqi, pondok-pondok dan juga majlis usrahnya.
“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata dan yang haram itu telah nyata....” (Bukhari dan Muslim).
Dalil Alquran surah An Nahl:116
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـذَا حَلَـلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ
Ketiadaan sifat ini menyebabkan seorang dai'e tidak dapat menjalankan dengan cara yang betul, kerana kita mengetahui bahawa sesebuah amalan itu bukan sahaja memerlukan niat yang betul tetapi juga cara yang betul. Malah boleh sahaja amalan amr ma'ruf dan nahi munkar yang disangkakan mendapatkan pahala di akhirat kelak, membuahkan dosa atau sekurang-kurangnya mudharat kepada dirinya. Dan yang lebih teruk lagi, dia berpotensi memberi palit kepada seluruh gerak kerja da'wah yang lain atau menyebabkan orang bukan Islam dan orang-orang yang jahil mengaitkan sesuatu yang bukan dari Islam dengan Islam.
Tidak dapat mengenalpasti mana satu perkara yang munkar dan ma'ruf berpunca daripada kurangnya kefahaman (fiqh) mengenai tuntutan agama. Contohnya mengenai pemakaian. Serban dan jubah merupakan sunnah yang tidak disyari'atkan (sunnah ghairi tasyr'iyyah). Memakainya atas niat ingin bersamaan dengan nabi (bukan sbb nk gi majlis khatam ek), insyaAllah akan diganjari, dan mengajak orang lain memakainya ialah sesuatu yang baik walaupun Nabi sendiri tidak mengemphasizekan. Tetapi tidak boleh dianggap perbuatan tidak memakainya atau meninggalkannya ialah perbuatan yang buruk sehingga perlu ditegah, atau tanda “tidak cinta pada Nabi”. Islam tidak pernah menetapkan sebarang uniform untuk penganutnya.
Apabila kedengaran cerita-cerita (harap-harap x soheh) daripada senior sebelum melangkah ke Uia, bahawa ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati atau mempersoal mengapakah banin dahulunya berkopiah kini telah 'tertanggal' kopiahnya, maka saya memikirkan bala' apakah yang telah menimpa umat ini. Saya menjangkakan ada pihak yang akan menegur mengenai solat jemaah di masjid, atau galakan ke arah akhlak yang mulia dan akademik yang cemerlang tetapi kopiah?? Mungkin kopiah telah diqiaskan dengan tudung wanita yang menutupi dada sehingga menjadi taqwa seseorang itu diukur melalui kopiahnya. Wallahu a'lam.
Malah lebih menambah bala' lagi seseorang, apabila diberitahu bahawa pendapat si fulan itu kurang tepat terutama dalam realiti (waqi') kini, maka dia mengatakan : “Takkanlah salah, si fulan itu sentiasa memakai jubah dan serban ketika pergi ke masjid”. Adakah pakaian kini telah membutakan umat daripada meneliti dalil-dalil. Kepada orang ini kita menjawab: Seseungguhnya Abu Jahal lebih besar serbannya daripada si fulan itu (tak caye tgk Astro Oasis), tetapi dia tidak pernah berada dalam kebenaran.
Kegagalan memahami perkara khilafiah yang muktabar juga menyebabkan ramai yang menegah orang ramai perkara yang bukan munkar. Telah jelas dalam prinsip usul fiqh bahawa sebuah “mazhab orang awam ialah mazhab mufti mereka”. Jika mereka telah bertanya dua orang mufti dan mendapat dua jawapan yang berbeza, dia bebas memilih salah satu yang dia rasakan lebih dekat dengan prinsip islam; sama ada dari segi dalilnya atau dari segi kemudahannya(taisir).
Tetapi apa yang sering terjadi, terdapat orang yang membantah apabila sesuatu itu dilakukan di luar tradisi, biarpun pendapat tradisi itu kadang-kadang nampak lebih jauh dari prinsip Islam atau lebih memayahkan dan menyukarkan orang ramai berpegang kepadanya seperti halnya wali mujbir. Apabila diajukan sesuatu pendapat yang lain maka dia akan mengatakan : “Ini ialah sesuatu yang tidak pernah aku dengar”, walaupun pendapat-pendapat itu telah thabit dalam buku-buku fiqh dan jelas dalam hadith-hadith sahih. Kadang kita berfikir adakah ini pendapat yang diajukan itu benar-benar pendapat yang baru dicipta atau orang yang membantahnya sahaja yang baru mendengarnya.
Malah ada juga yang berkata: “Sesiapa yang ingin mengambil pendapat lain, seperti batalnya wudu', hendaklah mengambil wudhu' dengan cara mazhab yang lain itu juga”. Maka kita pun tertanya-tanya apakah bezanya cara mazhab lain mengambil wudhu' kerana ini merupakan perkara yang diterangkan dalam Quran). Kita juga ingin bertanya kepada 'ustaz' tersebut, adakah dia membayar zakat fitrah dengan beras (pendapat mazhab syafie') atau dengan wang tunai?(pendapat mazhab lain). Begitu juga had muka bagi wanita. Kadang-kadang sesuatu alasan yang diberikan itu agak ganjil dan tidak diterima logik. Tetapi malang sungguh, dia tetap berkeras dengan pendapatnya sambil membantah orang lain dan lebih teruk lagi jika dia menggunakan kata-kata kasar seperti syaitan atau menggelar kafir. Lau samaha Allah.
Selain itu, tidak wajar bagi seseorang meninggalkan amr ma'ruf dan nahi munkar atas alasan 'tidak cukup ilmu' atau 'ader khilaf ulama kat situ' sedangkan dia mengetahui khilaf itu ialah khilaf yang tidak kuat lagi lemah dan bersalahan dengan dalil dan juga prinsip Islam seperti rokok (makruh= diqiaskan dengan bawang, haram=diqiaskan dengan racun). Banyak kemungkaran lain yang telah jelas pengharamannya seperti aurat, membazir, tidak bersolat secara berjemaah, membuang masa dan lain-lain lagi yang boleh dia tegahkan dan menuntut ganjarannya di akhirat kelak.
Wallhu musta'an
ps: Alhamdulillah yang telah memberikan kesempatan kepada aku 'mendengar' sesi talaqi di Masjid Al-haram..walaupon aku hanya berhadapan dengan sebuah speaker
4 respons=):
Alhmdulillah, artikel yg bermanfaat:)
saya tidak setuju apabila mereka yg tidak memakai serban jubah dituduh x mencintai nabi.dan dgn asbab itulah sy jg x setuju apbila mereka yg menyambut maulid, dan dituduh bidaah(sedangkan ia bkn bidaah sesat), dituduh x ikut nabi dan x cinta Nabi.sama jg sy x setuju apabila golongan yg x smbut maulid dituduh x cinta Nabi.
"Apakah kamu boleh membelah Hati?"
berkenaan ini, sy syorkan tgk video ni, sekejap je 4 min..
http://www.youtube.com/watch?v=F3Bsc68L_78
sesuatu yg luar dari tradisi?
benar, perbezaan pendapat itu ada, apapun, perlulah kita merujuk kembali kpd para ulama' muktabar, dan para guru yg mempelajari ilmu agama secara bersanad dalam memahami QURAN & SUNNAH. x boleh kita mahu terus ambil QURAN & SUNNAH sbg hujjah terus tanpa melihat dr sisi para ulama' yg diyakini.krn pengajian ilmu agama secara bersanad itu yang bersambung rantaiannya drpd para salafussoleh itu adalah PENTING. x boleh kita mengaji agama, kitab terus dr INTERNET tanpa adanya GURU yg MURSYID.kerana akal kita tidak mampu memahami QURAN & SUNNAH sbgaimana mereka(salafussoleh).kerana kt tahu mereka hdp pd zaman yg hampir dgn zman Rasulullah, belajar dr para sahabat, kmdian bersambung kpd tabi'in, tabi' tabi'in sehinggalah zaman ini, justeru siapalah kita yg hidup di zaman fasad & mungkar ini dibandingkan dgn mereka.jd beradablah dengan para ulama'.
berkenaan wudhu' setahu saya ada perbezaan antara mazhab hanafi & syafie, imam syafie' mensyratkan basuh tiga helai rambut sudah mencukupi, tetapi imam hanafi mensyaratkan basuh seluruh kepala.(mgkn ini yg dmaksudkan ustz tersebut)
dan isu zakat tu menunjukkan Malaysia bknlah negara taasub mazhab.dan yg lain dlm rangkap terakhir penulis, sy bersetuju. :)
P/s: alhamdulillah, lepas ni boleh ke kuliah talaqqi ustz Muhadhir pulak(sy x tahu mungkin penulis selalu pergi..:), xpelah sekadar seruan kpd seluruh gen9).
pengalaman sy & sahabat, ketenangan majlis ilmu itu benar2 dpt dirasai dlm mjlis itu, apbila semuanya beradab dlm menuntut ilmu..
al-faqir ila Allah..
semoga negara kita selamat dan dijauhkan drpd golongan yang suka mengkafirkan umpamanya rasul dahri(disebut agar org ramai berjaga2)kerana tabiat inilah yg membawa kpd perpecahan ummat..
na'uzubillah, semoga Allah selamatkan umat Islam Malaysia dan seluruh dunia dari perpecahan dan ketandusan adab..ameen Ya Robb..
Bismillah
Tntang Maulid?..nnti dulu(dijawab komen)
Tntang belajar bersanad?...nnti dulu..(dijawab komen)
Tntang beradab dgn ulama?..nanti dulu(djwb komen)
Tntang syeikh takfir? heheh kenal ker sampai bole letak label tuh...erm nanti dulu(dijwab komen)
Tentang wudhu' dan had muka dan zakat(perenggan kedua terakhir).. untuk menerangkan bahawa bagaimana pula boleh pula mengambil pendapat lain sedangkan tak menukar mazhab secara keseluruhan..harap melihat pada perspektif yang sama dan Paham pada perspektif yang sama..
wallhu a'lam
ps: Speaker dalm artikel bukan speaker laptop tp speaker masjidil haram.
http://3.bp.blogspot.com/_dgWOGuDaS2I/S79dn-Xy2PI/AAAAAAAABSo/TmeOHsN-HOQ/s400/Rasul+Dahri+Mengkafirkan+Asya'iroh+(Majoriti+Umat+Islam+di+Malaysia).jpg
maaf, tapi saya sendiri telah menjumpai buku tulisan Rasul Dahri di library UIA P.J, dan ada dalamnya tulisan yang menghukum sesat pada tasauf.
Mufti sudahpun banned buku2 RAsul Dahri tp nmpaknya masih ada yg terlepas ke uia pj..
http://hip.lib.iiu.edu.my/ipac20/ipac.jsp?session=HX73504834Q06.111816&menu=search&aspect=basic&npp=10&ipp=20&profile=m&ri=&term=rasul%20dahri&index=.GW&x=0&y=0&aspect=basic
Post a Comment