Wednesday, March 10, 2010

Asas dalam beragama

Bismillah walhamdulillah wasolati wasalam ala rasulillah.

Asas agama Islam itu terletak pada akidah. Oleh itu bagi seseiapa yang ingin mengenali Islam hendaklah memerhatikan sudut akidahnya. Malah bukan sahaja agama Islam, asas agama samawi lain (walaupun sebenarnya hanya Islam merupakan agama samawi) juga terletak atas akidah. Begitulah kaedah dalam beragama bagi agama samawi.

Manakala bagi agama-agama buatan (man-made religions), penekanan tidak diberikan kepada akidah. Kepercayaan yang berbeza-beza antara penganut-penganut tidak memberi sebarang calar kepada ‘iman’ mereka. Tanda seseorang itu menganuti agama Hindu itu ialah melaksanakan ritual-ritual Hindu. Mereka bebas mengabdikan ‘ibadah’ atau unsur-unsur kerohanian mereka kepada mana-mana tuhan yang mereka kehendaki. Malah tidak pula mereka dihukum ‘murtad’ apabila menyembah tuhan Hindu versi lain dan meninggalkan atau tidak menyembah tuhan Hindu yang lain. Seseorang penganut Buddha pula mungkin sahaja mempercayai pengasas agama itu ialah manusia biasa yang patut dijadikan inspirasi. Di kawasan lain, ada yang mempercayai bahawa Buddha itu ialah jelmaan tuhan, atau manusia yang menjadi tuhan maka sebahagiannya menyembah figure tersebut. Walaupun berlainan persepsi, mereka tetap digelar penganut Buddha kerana alamat seseorang itu menjadi penganut Buddha bukanlah pada kepercayaan mereka.

Berbeza dengan agama Islam, akidah merupakan sesuatu yang thabit. Seseorang itu mungkin seorang pelaku dosa atau seorang yang culas dalam mengamalkan perintah agama tetapi kedua-dua ini tidak akan mengeluarkannnya dari daerah keIslaman. Tetapi apabila seseorang itu melanggar batas-batas akidah secara pasti maka dia dihukum murtad, walaupun dia seorang yang kuat ibadahnya.

Apabila kita mengetahui bahawa asas agama Islam ialah akidah, maka untuk memahami ‘rupa bentuk’ agama ini, hendaklah dengan memahami akidah. Hari ini ramai orang yang memahami Islam dari sudut feqahnya, atau dari sudut tasaufnya atau mungkin juga dari sudut politik. Hal ini mengakibatkan mereka memahami Islam dengan salah. Maka tidak hairan, jika mellihat antara mereka yang murtad itu berpendidikan dalam agama,seorang ustazah atau ustaz. Malah kadang-kadang kita melihat seseorang itu ‘hebat’ berjubah dan berserban atau mungkin menjadi imam atau ‘pakar rujuk’ agama dalam sebuah kampung, tetapi pada masa yang sama mereka mempercayai perkara-perkara khurafat seperti tangkal, mandi safar, memuja kubur dan memohon hajat kepada individu-individu yang dianggap wali. Sedangkan tawasul melalui nabi ialah perkara yang dikhilafkan ulama’ maka apatah lagi hukumnya membuat perantaraan dengan individu-individu selain baginda.

Kegagalan memahami hakikat asas agama yang berada di atas akidah menyebabkan sebahagian orang meletakkkan asas kebenaran itu pada sesuatu keramat atau keajaiban. Maka sering kita mendengar sesetengah individu atau kumpulan itu mendakwa “ ‘Tok guru ’kami ini atau ‘syeikh’ kami mempunyai kelebihan tertentu atau keramat tertentu”. Setelah itu didakwanya ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang dibawanya juga benar. Sedangkan kita mengetahui bahawa sesuatu amalan kerohanian hanyalah diterima apabila ia bertepatan dengan Quran dan Sunnah. Keramat-keramat atau kuasa-kuasa ajaib tidak pernah menjadi dalil kepada ketepatan amalan.

Ada pula mendakwa bahawa guru mereka ialah wali-wali Allah atas kemampuan mereka berjalan atas air, bercakap dengan haiwan dan seribu macam keajaiban lagi. Kita membantah mereka ini dengan mengatakan ciri-ciri seorang wali Allah itu ialah beriman dan dan bertaqwa bukannnya dengan mempunyai kuasa-kuasa ajaib. Begitu juga perwatakan zahir seperti serban besar, tasbih yang panjang dan juga jubah labuh tidak pernah menjadi dalil dalam menentukan ‘kewalian’.

Membentuk akidah yang mantap penting supaya iman tidak akan terlucut walau seberat mana dugaan yang dihadapi. Tabiat-tabiat agama dahulu seperti agama Nabi Musa memperlihatkan mukjizat-mukjizat ajaib seperti tongkat yang menjadi ular dan membelah lautan, manna wa salwa dan bermacam-macam lagi bagi memupuk keimanan. Tetapi berlainan pula dengan agama Islam. Mukjizat Al-quran yang ditinggalkan bukanlah sesuatu yang bersifat ajaib secara zahir seperti mukjizat-mukjizat nabi lain. Mukjizat Al-quran bersifat maknawi yang bermaksud difahami keajaibannya melalui daya fikir. Lihat sahaja bagaimana Alquran telah membentuk iman Bilal. Keimanan itu muncul hasil fikiran demi fikiran yang mencetuskan nekad sehingga beliau masih mempertahan tauhid walau diletakkan batu yang besar di atas dadanya. Selain itu,menjadi fitrah apabila wafat seorang nabi maka lenyaplah mukjizat yang dipunyainya. Mukjizat Al-quran pula kekal sehingga hari kiamat bagi sesiapa yang ingin mendapat petunjuk daripadanya malah sesuai pula ajarannya diamalkan tanpa mengenal zaman dan tempat.

Pada hakikatnya mukjizat alquran yang berasaskan fikir menjadi pemupuk akidah bukannya kisah-kisah pelik yang cuba membawa insaf seperti kisah pelik di tanah suci atau mayat bertukar menjadi benda-benda pelik ataupun paling kurang berulat, isteri atau anak yang derhaka muntah darah(dan juga sejadah berdiri barangkali..). Tidak dinafikan bahawa ramai yang insaf atau mendapat hidayah apabila mendengar cerita-cerita ajaib atau menyaksikan kejadian-kejadian pelik sebegini. Tetapi kita tegaskan bahawa cara itu merupakan tabiat agama-agama terdahulu. Maka iman yang diaruhkan (induced) dengan cara begini atau 'iman-iman terkejut' ini tidak bertahan lama (paling lama 3 bulan kot)dan tidak kukuh. Wajah agama kemudian akan dikaitkan dengan cerita-cerita ajaib dan karut-marut. Sesungguhnya umat ini akan mencapai kebaikan jika mereka memahami Alquran dengan kefahaman yang sebenar.

Ironi sebenarnya jika difikirkan, umat terdahulu terpaksa bergelut perasaan melangkau logik akal demi membuktikan iman ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj, tetapi umat kini mudah-mudah memandulkan pemikiran dengan mengenepikan logik akal demi mempercayai perkara karut-marut dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran nabi.

Wallahu Musta’an

Ps: Kalo letak dalil mau 5 muka surat gak nih…

20 respons=):

Uqbah Azam said...[Reply]

afiq,
aku tertarik dengan yang kau cakap fasal iman induced,
really,
memang tak tahan lama... kita boleh nangis banyak masa iman jenis ini meningkat, dan menyesali tiap dosa yang dilakukan,

malangnya,
iman yang dibina tanpa dasar faham ini langsung2 tak akan mendatangkan istiqamah. tak lama, kita akan kembali pada jahiliah yang baru kit a insafi tadi

moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang sejahtera imannya insyaALLAH =)

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

baru perasan post ni :)

sounds macam mukaddimah.
looking 4ward to topic 1.
nway, I got the point.

tah sesape said...[Reply]

Bismillah..

cadang nk wat bersiri gak...tapi aku dah compressed sume...mungkin kena susaulan dalil2 di ruangan komen jer kot..kalo ader permintaan atau aper2 raad la..

tq uqbah kantoikan

Uqbah Azam said...[Reply]

sori tatau nak address pada sape komen aku tadi, terpaksa... =)

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]
This comment has been removed by the author.
tah sesape said...[Reply]

erm tunggu la aku nak buat tajuk camnih:

Ahli sunnah wa jamaah:JENAMA yang ramai memakainya...

Anonymous said...[Reply]

so wat klu rmy y pakai?

Anonymous said...[Reply]

so wat kly rmy y pky?

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

kalau ramai orang pakai...


ha.
kita tunggu ulasan afiq nanti :)

kan? said...[Reply]

copy je la dr dr Maza..xgitu afiq?

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

anybody expect afiq going to do simple things like that?

hahah.

Uqbah Azam said...[Reply]

kan? dah buat silap besar, afiq tak macam tu =)

Anonymous said...[Reply]

ternyata, sgt bnyak pembela afiq di sini..

Anonymous said...[Reply]

adakah kami mungkin berdusta atas suatu kebenaran pada seorang sahabat?

bela bukan sebarang bela, bela sebab dah kenal lama dah dia.

hisyam said...[Reply]

subhanALLAH..tinggi..hehe

kan? said...[Reply]

to nik n ali:-
ok2.....no hard feelings.....tbe2 terasa nk ckp mcm tu..sbb tajuk yg afiq nk wt tu ssama mcm kt blog dr Maza...dat's y la...n...spe kata 'kan?' xknl afiq?..lbh dr knl.....kan?

Anonymous said...[Reply]

tau kenal.
saje nak imbau kenangan afiq kena provok waktu ribat. haha

Anonymous said...[Reply]

terlupa nak tambah, bagusnya..ternyata bnyak pembela afiq di sini..^^

no hard feelings ya

nik said...[Reply]

kita backup semua :)

tah sesape said...[Reply]

Bismillah,

Jangan gado2 ek, kecuali ngn fakta