Thursday, February 18, 2010

Kembara As-Sajdah (32:1-30)

Surah ini mengandungi 30 ayat, tergolong dalam surah2 Makkiyah, iaitu surah yang di turunkan sebelum penghijrahan baginda Rasulullah SAW ke madinah.

Dinamakan as-Sajdah kerana mempunyai ayat sejdah, iaitu ayat ke-15, dimana jika kita solat dengan membaca surah ini, disunatkan kita melakukan sujud sejadah.

Pembaca yang budiman.

Initipati2 dasar surah ini adalah:

1.Keimanan.

Surah ini menyatakan Nabi Muhammad SAW adalah benar2 seorang rasul yang diutuskan ALLAH. Surah ini juga menjelaskan pada musyrikin Mekah bahawa mereka belum diutuskan rasul pada zaman sebelumnya.

Surah ini juga menegaskan bahawa ALLAH Maha Esa dan menguasai, mentadbir dan menguruskan alam semesta ini dengan aturan yang paling sempurna.

Berkenaan hari kebangkitan juga ada disentuh dalam surah ini.

2.Qiamullail.

Surah ini menganjurkan orang islam supaya bersembahyang malam dan megerjakan witir.

Berkenaan qiamullail, dalam ayat 15-16, ayat ini menceritakan bagaimana sifat orang2 yang beriman dengan ayat ALLAH. Mereka akan sujud kepada-Nya bilamana diperingatkan dengan ayat2 Tuhan mereka. Di samping itu, mereka juga bertasbih serta memuji ALLAH dan tidak menyombong diri.

Dalam ayat ke-16, dari segi saintifik kita dapat melihat, ayat ini mengkhabarkan kepada kita bagaimana cara tidur untuk kita bangun pada malamnya untuk berqiamullail. "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya......" Secara logiknya, badan kita mestilah mengiring ke kanan atau kita tidur dalam posisi sebelah kanan badan kita menyentuh tempat tidur. Lambung adalah salah satu organ yang terletak disebelah bawah diaphgram di sebelah kiri badan.

3.Proses kejadian manusia.

ALLAH menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan menciptakan manusia daripada tanah. Cuba para pembaca menggosok lengan anda dengan tangan satu lagi sehingga terasa panas dek geseran yang berlaku. Kemudian letakkan bahagian yang dugosok tadi rapat ke hidung anda dan ciumlah baunya, anda akan dapati baunya seperti bau tanah liat, inilah bukti kita asalnya daripada tanah. Dan ketanah jua kita kembali bila dikuburkan nanti selepas melepaskan nyawa yang dipinjam.

ALLAH dengan Maha Kuasa mencitakan manusia daripada sari air yang hina, iaitu air mani.
Kemudian, ALLAH meniupkan roh kedalam tubuh manusia dan ALLAH manjadikan pada manusia itu pendengaran, penglihatan dan hati. Dan ALLAH mengakhiri ayat ke-9 dengan megatakan bahawa sedikit daripada manusia itu bersyukur.

Para pembaca sekalian, sedarkah kita, setiap hari kita hidup dengan menggunakan nikmat ALLAH, sebahagiannya adalah telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan hati untuk merasa. Tetapi lupakah kita akan semua itu datang daripada ALLAH. Oleh itu sama-samalah kita bersyukur dalam erti kata melaksanakan segala perintah-Nya.

4.Kebangkitan manusia di hari kiamat.

ALLAH yang Maha Kuasa memerintahkan Izrail, malaikat maut untuk mencabut nyawa yang dipinjamkan kepada manusia dan akan dihidupkan kembali untuk menemui ALLAH.

5.Penciptaan alam semesta.

ALLAH telah mencipyakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara lagit dan bumi itu. ALLAH dengan kekuasaaannya telah menciptakan lagit dan bumi dan diantara keduanya dalam masa enam hari, kemudian DIA bersemayan di atas 'Arasy-NYA. Ini menunjukkan bahawa betapa berkuasanya ALLAH menciptakan langit dan bumi tanpa penolong dan tanpa pemberi syafaat. Dan di akhir ayat ke-4, ALLAH bertanya apakah kamu tidak memerhatikan?

Ini bermakna kita sebagai muslim mestilah cuba mendalami ilimu2 sains dan ilmu lain dengan mengkaji dan menyelidik akan kebesaran ALLAH. Janganlah kita menjadi muslim hanya kepada diri kita sendiri tanpa orang lain merasai kehadiran.

Sahabat2 pembaca sekalian,

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi dan diantaranya terdapat banyak keajaiban, perhatikan sahaja dalam ilmu falak, anda tidak akan terlepas daripada mengkaji mengenai sistem2 suria, mengkaji bulan2 yang terdapat dalam sistem suria dan banyak lagi.

Dan ALLAH jugalah yang mengatur dan mengurus aturan dari langit ke bumi dan urusan itu naik kembali kepada-NYA dalam satu hari yang bersamaan seribu tahun menurut kadar manusia. Maknanya, urusan turun naik itu adalah berita2 yang dibawa oleh Malaikat. Perkara ini adalah tamsilan kepada kebesaran ALLAH dan keagungan-NYA.



PENUTUP

Daripada teks di atas, kita dapat perhatikan ALLAH mempunyai kuasa dan kehebatan yang Agung dalam mengatur semua perkara, tiada yang telepas daripada-NYA. Juateru kita sebagau hamba yang hina mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada kita.

Sukalah saya berharap kepada pembaca sekalian supaya kita semua bertaqwa dan merendah diri dalam melaksanakan amanah2 yang kita pikul dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, marilah kita sama mengamalkan konsep nasihat-menasihati kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripada lalai dan lupa.

Wasalamualaikum warahmatullah.

0 respons=):