sejak kita mula diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju hidup kita sendiri, secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak, kita sentiasa mengharapkan agar diri kita punya semangat.
semangat untuk mara ke hadapan.
semangat untuk meneruskan perjuangan.
semangat untuk terus hidup.
malangnya,
tiada siapa dapat menjamin semangat ini untuk terus berada di dalam diri kita. apabila semangat ini hilang, kita mula tidak tentu arah. kita jadi malas untuk berusaha. kita merasakan kita sudah hilang motivasi untuk belajar. kita mahu berhenti.
kemudian, kita mengambil inisiatif seperti selalunya kita buat bila berdepan dengan masalah; lari dari realiti-tidur. dalam harapan, moga-moga bangun kita pada esok hari akan menjanjikan satu hari yang penuh indah dan bersemangat. ceria dan semoga segalanya baik-baik saja.
mungkin,
impian singkat kita akan tercapai sebangunnya kita pada esok hari. namun, untuk sesuatu itu kekal, semangat itu tetap sama, adalah hampir mustahil( tak mustahil pun boleh kot^_^ )
tapi,
(ok, dah tak formal.heh)
tapi,
kalau kita faham. maksudnya, faham sebab apa kita belajar, tujuan kita belajar, maka semangat itu akan menjadi perkara kedua. sebab, kalau kita faham, walaupun kita tiada semangat, kita tetap akan belajar:)
faham.faham.faham.
semangat tak semangat lain cerita. yang penting buat apa yang diamanahkan pada kita :)
aqulu qauli haza... assalamu'alaikum.