Friday, November 20, 2009

Rahmat dalam Ujian.

bismillah. walhamdulillah.

(aku tak suke betul orang curi headline aku.kata afiq.hehe)

pertama sekali, mintak maaf afiq.hehe
kedua, masuk tajuk.

saya selaku manusia yang lemah daya fikir terasa amat tertarik dengan kata-kata "Rahmat Dalam Ujian".
Bagi saya frasa tersebut langsung tiada kena mengena dengan seorang lelaki bernama Rahmat yang sedang mengambil ujian atau apa,
tapi berkenaan dengan kebijaksanaan Allah yang terletak di tahap yang terlalu tinggi, di luar daya pemikiran manusia.

Selesai program Spell-It-Right, saya ingat saya ingin teruskan dengan siri Ar-Raheeq Al-Makhtum berikutan permintaan yang terlampau tinggi dan mendesak, namun ada sesuatu yang rasanya mengganggu saya lebih dari permintaan-permintaan tersebut.

Saya tak pasti sama ada perkara ini cuba didiamkan atau tidak, tapi sekadar buat pengetahuan para pengunjung blog sama ada yang masih di UIA PJ atau di mana-mana, bumi UIA PJ sedang diuji.

Perkara ini sepatutnya tidaklah begitu mengganggu saya, tapi kerana tirai pembukaannya adalah salah seorang committee saya, saya cuba mencari puncanya dan cuba mencari kaitan antara kes tersebut dan kes-kes yang menyusul.

Apapun, sangkaan saya malam tersebut tidak meleset sama sekali.
Sang iblis takkan menyerah begitu saja, tapi akan kembali.
Secara jujurnya, saya berasa sedikit tergugat kerana saya adalah antara yang paling kasar dengan makhluk itu pada kali pertama penjelmaannya.
Tapi syukur dengan kehadiran sahabat-sahabat yang kuat iman dan semangat, Allah kembalikan jiwa saya juga.

Benar kata Hassan Al-Banna, (atau sepertimana katanya)
"Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya"

Saya akui peristiwa-peristiwa ni agak menggusarkan, terutama di kalangan pihak akhawat.
Saya teringat perbincangan saya dengan Ustaz Afiq Arshad (kredit ni afiq ;)) berkenaan kebenaran dan kemungkinan iblis atau jin untuk masuk ke badan manusia menurut pendapat Al-Qardhawi, Ibn Taimiyyah dan beberapa ulamak lain, tapi perbincangan itu juga tergendala.
saya pun tak ingat kenapa.

namun apa yang saya ingin sampaikan kepada warga uia pj, apa yang berlaku bukanlah untuk kita risaukan atau takutkan.
apa yang lebih penting adalah sejauh mana pengajaran yang kita ambil daripada apa yang berlaku.
makhluk itu bukanlah sesuatu yang perlu kita takuti, kerana mereka jugak takutkan Allah.
jangan kerana sedikit gangguan mereka, fokus kita terpaling daripada Allah.

saya quotekan kembali kata-kata iblis yang manjadi watak pembukaan peristiwa berantai ni,
"Aku tak suka dia baca quran, aku tak suka dia solat, aku tak suka dia belajar pasal Islam!"

itu tujuan mereka pada asalnya.

saya seru sekalian warga UIA PJ, ini adalah ujian untuk menguji sejauh mana kita mengambil tahu tentang status iman dan kekuatan jiwa sahabat di sebelah kita.
atau kita bersahabat hanya pada status sahabat.

sahutlah kata-kata Al-Banna yang saya quotekan tadi, dan tambah juga dengan,
"Tiada kekuatan tanpa jemaah"

dan hadis "Orang mukmin itu umpama bangunan, mereka saling melengkapi antara satu sama lain"

marilah sama-sama kita ambil berat status iman dan kekuatan jiwa dan semangat sahabat sekeliling kita.
sama-sama kita bina kekuatan jiwa.
moga kita bukan orang seterusnya, dan bukan juga sahabat di sebelah kita.

wallahu'alam.

12 respons=):

tah sesape said...[Reply]

eee kureng tol la...

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

EH? kate tak boleh masuk internet?

Anonymous said...[Reply]

salam,
"aku tak suke betul orang curi headline aku.kata afiq.hehe"

kiranya benar ust afiq berbicara seperti ini,maka ketahuilah sesungguhnya kiranya isi bicara itu tidak tepat sama sekali..jika di lihat di blog2 laen yg lebih tua n berpengalaman dari ust afiq,ramai sungguh gamaknya yang menggunakan headline seperti itu...

maka,siapa tiru siapa??

soalan ini dilemparkan buat yg ingin memikir...

arakian,ampun maaf jua dipinta andai ada tersilap patah..selamat berkorban...

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

afiq tiru headline orang?

explanation, afiq. :p

tah sesape said...[Reply]

aku mencari hikmah dalam diam, mengelak sesal dalam berbicara..

salam aidil adha said...[Reply]

langkah yg bijak wat tah sesape..
=)
tahniah! anda telah membuat pilihan yg terbaik..

Anonymous said...[Reply]

aish ape ni.dok molek gadoh2 gini.headline tak headline.
tiap org pnye hak privasi msing2.(^^)..slmt berkorban.

hamba said...[Reply]

salam pengorbanan utk tah sesape...btl kata
anonymous..kenapa nk gaduh2...bgs...

warden malam said...[Reply]

ade jugak orang yang nak popularkan diri dengan mencelah di celahan yang tercelah...
guna dalil naqli kan ok...
bukankah begitu, wahai ali, animels, no one, pencacai?

muawiyah said...[Reply]

senyum itu sedekah.. dan carila 1000 kelebihan diri seniri dulu baru cari SATU keburukan owg len..to put in a nut shell,we must help one another in order to dwell in this challenging world..almuslim ahku muslim

penyibuk said...[Reply]

(headline dirahsiakan)

Aik?
Cari kelebihan diri sendiri?
Atau sepatutnya cari kesalahan diri sendiri? Muhasabah..
(bahagian ni tentu ada orang balas balik..)

Almuslim AKHU muslim

tah sesape said...[Reply]

bismillah

Jin nih suka menipu..tak yah caye pon takper..

dalil: Cerita syaitan mengajar Abu Hurairah ayat kursiy..

Nabi komen: sesungguhnya dia suka berbohong tapi kali ini dia bercakap benar

dan dalil2 lain dalam quran yang boleh dicarik sendiri oleh para hafiz quran..

wallahu a'lam