selamat pagi.
atau dalam bahasa arabnya, (alamak..malas pulak taip arab. fikir sendiri la ye.haha)
kali ini kita akan berbicara tentang pasangan yang romantik.
paling romantik.
ketika kem-kem teknik pembelajaran dan apa jua kem yang saya sertai,
mesti ada rakan-rakan saya yang memanfaatkan masa mereka yang terluang dengan dating bersama teman wanita yang dikasihi
('rakan-rakan saya' tu bukan di kalangan kalian dan kita ok? jgn cuba teka-teka siapa orangnya.hahah)
ada yang berdating di belakang surau. sebab gelap.
(katanya sekadar jumpa.yelah.saya percayakan dia.haha)
ada yang di bawah lampu jalan.
katanya suasana yang suram tu timbulkan suasana romantik.
ada pulak yang masa tengah hari rembang (tak paham tanya orang kedah.haha) di tengah-tengah jalan raya.
katanya supaya orang tak syak.
tapi majoritinya ketika bersama pasangan,
semuanya inginkan satu suasana yang romantik.
supaya timbulnya rasa bahawa di hati kita cuma dia.
maafkan saya,
maksud saya,
di hati mereka cuma kekasih mereka. (poyo sketlah.haha)
saya ucapkan tahniah kerana mereka dah kenal apa itu cinta.
dan andai mereka takde lampu pun,
dengan bau saja dah boleh kenal cinta.
kita bagaimana?
tiap-tiap hari kita laungkan cinta Allah,
tiap-tiap hari kita laungkan segalanya kerana Allah,
tapi pernahkah saat itu hadir dalam hidup kita?
pernahkah satu saat kita rasakan,
dah tiada satu pun dalam hati kita, melainkan Dia?
pernahkah kita rasakan,
kita dah tak perlukan apa-apa lagi dalam dunia ni, sebab Dia dah cukup?
pernahkah kita rasakan,
hati kita bagai nak pecah kerana terlampau cintakan Dia?
pernahkah kita keluarkan, berikan setiap yang ada pada kita, kepada Dia,
sebagai lambang cinta?
pernahkah setitis airmata kita gugur kerana rindu pada Dia,
sebagaimana menitis airmata kita kerana rindu pada ibubapa?
saya tertarik dengan Dalam Debat Cinta, posting ikhwah kita, Syed Anas.
jom kita praktikkan.
dalam ramai-ramai orang berdating dalam gelap malam,
dalam cahaya suram,
dalam bersendirian,
bersama kekasih buah hati mereka,
kenapa tidak kita juga berdating bersama kekasih yang kita agungkan,
yang kita laung-laungkan,
dalam gelap malam,
dalam cahaya suram,
dan secara bersendirian,
(saya taknak membicarakan pasal solat jemaah ok?kalau nak penjelasan, please ask in person atau pada yang lebih mengetahui)
dalam tahajjud?
kenapa tidak kita berikan segala yang ada pada kita,
termasuk diri kita sendiri,
pada Dia yang kita katakan kita cintai,
sebagai bukti cinta?
kenapa tidak kita punyai hanya Dia di hati kita,
sebagaimana kita laungkan,
ma fi qalbi ghairulllah?
atau kita sebenarnya tiada hati ketika kita melafazkan zikir itu?
mungkin juga.
mungkin kerana itu kita tak mampu menitiskan airmata kerana Dia.
saya mungkin dilihat sebagai lantang berbicara tentang ini,
(kali ini sekurang-kurangnya)
sedangkan saya hanya entah apa-apa,
tapi sebenranya tulisan kali ni bukanlah untuk sesiapa,
tapi untuk muhasabah diri sendiri juga
kerana jari-jemari yang menari ini,
mata yang pertama melihatnya adalah mata saya,
minda yang pertama menerimanya adalah saya.
moga saya bermuhasabah juga.
p/s:
sebenarnya posting ni untuk blog saya.
tapi takpelah.
tanggungjawab lebih utama. ;)
uqbah, nk promote blog boleh tak? :p
11 respons=):
my pleasure, syed
uqbah menyamar lagi.haha
tapi kan, ade owg kate gen9 ni ade yg bgayut malam2, nk kate bz kerja, psatuan dy cde wat program plak, mitak2 doa jauh dari lara n lagha lah ye...
bergayut tu takde termasuk dalam posting.
rasa nk masukkan ke? ;)
insya-Allah sahabat2 kita, kita yg jaga.
moga kita semua dalam pemeliharaan Allah.
keh..keh
lawak aa hang nih. nih kem betoi ka? ke hasil kreativiti untuk menjana idea?
>>afiq
nampaknya minda afiq terlampau suci untuk terima hakikat orang luar sebenarnya lebih jauh daripada itu. haha
wow tinggi tol la syed syahmi... cam hassan al banna berdakwah kat disko
ce check bebetol..
bkn nk su' zhon...
tp yelah..
mnsy lemah..
mdh terpedaya..
syaitan mengindahkan..
lg2 y dkatakan menjaga..
mgkn ada y tersasar..
slh mggnakan kmudahan..
dgn hujah y mengelirukan..
crlah cnta Ilahi...
y hny mdh dsbt dlm teori..
praktikal nya krg ht mgkn dokotori..
salam muhasabah~
aku pon riso dgn diriku ini..
org bg mesej tgh malam bole reply tp x pnh bgn tahajud..
makan sahur bole bgn tp asal azan jer automatik tido balik..
pg kelas mesti on time,tp solat fardu x pnh dpt takbiratul ula..
men pes2009 2 jam tahan,tp bila mengaji 2 maqra pon rasa cam 2 juzuk..
iman saya lemah tuan..sob3
bila disebut pes barula nk terasa pedih.
aduh~
iman aku pun macam lagi lemah.
pasni aku sms ko srh bgn tahajud k? ;)
takyah reply tau.ahah
ana pon nk jugak
Post a Comment