"salam sejahtera buat mereka yang mengikut petunjuk" [taha, 20:47]
Forewords
for the future postings, im looking forward to post something about sirah.
however, before we pursue with the sirah,please enjoy the forewords from me.
forewords bertindak seperti muqaddimah dalam buku-buku atau kitab-kitab,
membosankan, tapi pada muqaddimah itulah terdapatnya maklumat tentang kitab tersebut,
tentang penulis, gaya penulisan yang penulis pilih dan sedikit olahan tentang kitab.
untuk pengetahuan semua pengunjung "the ninth generation",
isi-isi posting berkenaan kuliah sirah ini bukanlah buah fikiran saya,
tapi syarahan seorang ustaz tentang kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum,
tapi mungkin juga akan diselitkan sedikit buah fikiran saya,
yang mungkin saya akan sunting dari kitab-kitab sirah yang lain.
pertamanya saya minta maaf kepada pengunung sekalian untuk postings sebelum-sebelum ni, andai isinya kurang memuaskan.
namun pada hakikatnya, itulah yang paling menepati prinsip dan pegangan saya untuk dipostkan pada blog yang bukan blog persendirian.
walaubagaimanapun, berpandukan kritikan dan normal sense,
saya cuba membuat penambahbaikan sedikit demi sedikit.
namun apa yang penting, pengunjung sekalian,
entry yang mengandungi unsur hukum fiqh, politik, isu semasa yang berkaitan agama atau yang mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan perpecahan, insya-Allah tidak akan saya post.
dan saya juga mengharapkan "the ninth generation" tidak menjadi wadah perpecahan antara kita. (in case it will happen)
dan sebagai tambahan, saya juga tidak akan post entry yang saya tidak ada absolute knowledge tentangnya.
bukanlah maknanya apa yang saya postkan itu, saya tahu segala-galanya tentangnya,
tapi sekurang-kurangnya saya tahu dan faham apa yang saya postkan.
dan insya-Allah, saya akan cuba mengambil platform neutral dalam posting bersiri ini.
contohnya berkaitan Al-Bani, seorang ulama yang syadid dalam periwayatan hadis hingga ada yang tidak menyukai beliau.
namun saya akan tetap cuba mengambil platform neutral selagi ada kebaikan dari sudut periwayatan ilmu dan tidak menundang perpecahan
Ar-Raheeq Al-Makhtum
tentang kitab yang akan diguna untuk rujukan posting bersiri ini,
Ar-Raheeq Al-Makhtum karangan Saiful Rahman Mubarakfuri.
kitab ni pada tahun 70-an telah memenangi satu anugerah dari Muslim World League kerana ketepatan dari sudut hadis dan tarikh.
menurut penceramah, kekuatan kitab ini adalah kerana pengarang kitab ini berani mentahqiqkan tarikh.
satu contoh yang sering kita dengar adalah Rasul dibelah dada sebelum nubuwwah, sebelum israk mikraj, maksimumnya 2 kali, namun kita akan dapati jika dikaji secara tahlili, bilangan kali Rasul dibelah dada adalah 4 hingga 5 kali, dan sebahagiannya langsung tidak pernah kita dengar.
namun perkara ini juga ditulis dalam kitab-kitab lain, berdasarkan ketepatan periwayatan dan Syeikh Saiful Rahman berani meletakkan pandangan beliau sendiri.
ini merupakan antara kelebihan kitab ini.
namun seperti kitab-kitab lain, kitab ini juga mempunyai kekurangan atau kelemahannya tersendiri.
menurut pensyarah, kelemahan kitab ini adalah dari sudut fiqh kerana pengarang kitab tidak meletakkan fiqh dalam kitabnya, tidak meletakkan atau menyatakan pengajaran yang kita boleh ambik dari sesuatu peristiwa yang berlaku seperti yang kita dapati dalam "Fiqh Seerah" karangan Syeikh Ramadhan Al-Buti dan juga tulisan Muhammad Al-Ghazali.
namun insya-Allah saya akan cuba sedikit sebanyak selitkan Fiqh yang kita boleh ambil berpandukan Fiqh Seerah Syeikh Ramadhan Al-Buti dan mungkin juga kitab lain yang akan saya rujuk.
Kepentingan Sirah
sebenarnya kepentingan sirah tak perlu untuk diceritakan sebagaimana ulama' zaman dahulu tidak membahaskan tentang kepentingan sirah. hal tersebut kerana mereka di zaman dahulu sedia maklum tentang kepentingan sirah. namun as time passes by, dan kita yang mengaku cintakan Rasul semakin tdak endah dengan sirah dan tidak kurang juga yang belajar sirah hanya sekadar seperti mendengar cerita semata-mata seolah-olah mendengar kisah dari penglipurlara.
antara kepentingan mempelajari sirah yang terutamanya adalah:
1. Untuk membentuk aqidah
kita sedia maklum bahawa keadaan sahabat zaman dahulu yang begitu sukar bagi mereka untuk mempercayai apa yang datang kepada mereka secara begitu tiba-tiba.
sebagai contoh, kita ambil fauzul kabir (bukan nama sebenar) dan rosaila (bukan nama sebenar)
bayangkan jika suatu hari datang rosaila (penegasan:bukan nama sebenar) berkata kepada fauzul (penegasan:bukan nama sebenar) berkata, "aku rasul yang telah diberi wahyu kepadaku"
tentu sekali tidak mudah bagi fauzul untuk mempercayai kata-kata rosaila sedangkan mereka seharian bersama-sama bersenam di gymnasium, membaca buku di perpustakaan dan solat jemaah di masjid.
sebagaimana mustahilnya fauzul mempercayai rosaila, seperti itulah keadaan yang berlaku ketika rasul mengisytiharkan kerasulan baginda, kerana Abu Bakr adalah manusia biasa, Abu Jahal juga manusia biasa dan apa yang mereka ada hanyalah sisa-sisa agama hanif yang masih diamalkan oleh sebilangan golongan yang tersangat minoriti seperti Zaid bin 'Amr.
kemustahilan mereka untuk mempercayai kata-kata Muhammad itu jelas terbukti ketika baginda menzahirkan dakwah islamiyyah di atas bukit safa, abu lahab tanpa berfikir dua kali melenting, "celaka engkau wahai muhammad!"
(atau dalam situasi uqbah-fauzul tadi, fauzul mungkin berkata, "masya-Allah rosaila! istighfar! istighfar! apakah anta sudah gila?")
namun bagi sebahagian lain para sahabat, berbekalkan cebisan-cebisan taurat dan injil, meskipun sukar bagi mereka untuk menerima sahabat mereka diangkat ke taraf yang sebegitu tinggi, mereka menerima tanpa persoalan, "kenapa engkau dan bukan aku?", atau persoalan lain dan juga tanpa sebarang bantahan.
2. memberi gambaran tentang fiqh fakwah Rasul
kita juga sedia maklum peribadi Rasulullah yang begitu tinggi dan tak berbaloi untuk digambar dengan kata-kata andai kita benar-benar menghayati.
peristiwa ini terlihat dengan cara Rasul menegur sahabat-sahabat, contohnya 'Ibn Abbas dalam hal untuk mengutamakan orang tua.
contoh hikmah Rasul menegur sahabat juga dapat dilihat dalam peristiwa lain seperti dalam cerita Perjanjian Hudaibiyah, ketika mereka tidak mahu mendengar kata nabi untuk bercukur dan membayar dam dan pelbagai lagi peristiwa lain.
dan tidak ketinggalan ketika Rasul dihantar ke kampung Halimatus Sa'adiah, di situ juga terdapat fiqh yang kita boleh ambil untuk diterap dalam usaha dakwah kita, insya-Allah.
3. cara untuk mengetahui tabiat musuh
hal ini hanya akan jelas pada kita setelah kita masuk ke fasa madinah (maksud saya dalam posting ni). menurut Prof Sano Kutub, cara Yahudi kontemporari gunakan untuk mengusai dunia adalah masih sama dgn ketika zaman Rasul, iaitu dengan penindasan dan penguasaan ekonomi.
4. untuk mengenali dan mempertahan peribadi Rasulullah
perkara ini merupakan antara perkara paling mustahak pada zaman kontemporari ini. Islam saban hari diserang dengan satu demi satu tuduhan yang menyebabkan salah tanggapan terhadap Islam semakin meluas dan tidak kurang juga orang Islam sendiri goyah imannya terhadap keindahan Islam.
bagi mereka yang menyertai Friendly Comparative Religion mungkin kurang menjadi masalah untuk memahami salah tanggapan yang cuba dipropagandakan oleh musuh, namun bukan cuma kita orang Islam yang ingin ke syurga. dan serangan-serangan yang Islam hadapi bukan sekadar itu sahaja. masih ada serangan yang belum terjawab, dan masih ada yang belum terungkai, contohnya berkaitan sebuah hadis riwayat bukhari yang dijadikan dalil oleh orientalis untuk membuktikan ketidaksucian Islam.
kebanyakan kita mungkin tahu untuk counter beberapa salahtanggapan, tapi seandainya kita disajikan dengan salahtanggapan yang diambil daripada riwayat-riwayat gharib, contohnya yang diambil dari Imam Sa'ud ketika Rasul bertandang ke rumah anak angkatnya, Zaid, baginda ternampak aurat Zainab lalu tertarik hati.
perkara sebegini jelas tercatat dalam matan hadis, lalu apa respons kit andai kita tidak mengetahui sirah?
memendam kebencian dalam hati sebagaimana sambil tercengang saya?
saya yakin kalian bukanlah golongan bertaraf serendah saya.
maka hanya dengan jalan mempelajari sirah kita dapat kenal peribadi dan jalan hidup Rasul untuk kita pertahankan kesucian Islam, membentuk aqidah dan terapkan sunnah dalam setiap inci kehidupan kita.
p/s: insya-Allah, doakan saya istiqamah untuk teruskan siri-siri berikutnya
2 respons=):
hai. aku dah tukar kan nama.hade.
ADOI.
baru aku perasan ade orang edit entry aku.
hak cipta terpelihara.anda disaman.
Post a Comment