Kenapa reject plak permohonan ke ITM tu..
boring nya..
Ayah: mcmana nak pegi ke?..ikut suka la ..lagipun uni tempatan dah tolak..
Mahu tak mahu..rela atau paksa..no choice,,,hasrat hati nak ke ITM je..
Ayah sebenarnya susah hati beri keputusan..
maklumlah anak perempuan yang innocent ni..
nak terbang oversea..
yang selama ini membantu cari kayu di hutan..
yang selama ini kesawah padi waktu cuti sekolah..
yang selama ini membawa baldi ikut ayah menjala ..
yang selama ini memastikan siaran tinju sudah bermula..
Tak pa pi sana belaja betul2..
jgn kawin..jgn balik kalau tak selesai..
jgn malukan ayah''
jgn kawin dengan org sana..
jgn macam2..
no 1 jgn tinggal sembahyang...
Itulah lah keramatnya ayahku..
Bertahun berada disana..
Pesanan nya seumpama dia disisiku selalu..
Ye ayah aku belajar betul2 ...siang malam
Ye ayah aku tak tinggal solat..
Ye ayah aku tak kawin walaupun ada yang berminat..
Ye ayah aku improve kan CGPA untuk buat master..
Aku puas aku berjaya..
Tapi kenapa ayah tinggalkan ku
bilamana aku baru bermula untuk membalas jasamu..
bilamana ayah hanya dapat menghayun buai anak ku
yang baru berumur 7 hari..
dan pergi setelah merenung panjang aku dan anakku yang menangis
atas ribaan ku..
Aku kesal kerana tak berupaya membalas jasamu sepuas2nya
Namun kini ..aku mengerti
Doa, bacaan ayat suci al Quran , ku sedekahkan buatmu ayah
sehingga akhir hayat ku...
*Jgn terlewat,kasihi ibu bapa anda..jika tidak perasaan kesal akan
sentiasa bermain dalam hidup anda
------------------------------------------
(sementara ada kat rumah ni, banyak2 lah berbakti pada mak ayah ye.syukran.)
--------------------------------------------------------------------------------------
ouh ya, ana copy dari blog ini. ye. kadang kadang kita perlukan orang lain untuk kita fahami perasaan ibu bapa. rajin rajin singgahlah. ^_^
2 respons=):
to regret not.
heh.
sementara sempat
Post a Comment