Friday, October 16, 2009

Ar-Raheeq Al-Makhtum - Siri Pemulaan

Latar Belakang Tanah Arab dan Yang Berkaitan

mengikut kronologi tajuk, perkara ini adalah yang pertama sekali yang dibincangkan dalam Ar-Raheeq Al-Makhtum, dan menerusi tajuk ini juga kita akan membincagkan kenapa Bangsa Arab, apa lebihnya Bangsa Arab dan apa lebihnya Tanah Arab berbanding Bangsa Malaysia dan Tanah Malaysia hinggakan dilantik seorang Rasul, dan mulanya berkembang Islam dari situ, dan tidak pula dilantik Rasul itu dari bangsa Melayu mahupun bangsa Malaysia.

Lokasi Tanah Arab

secara linguistiknya, Arab itu sendiri bermaksud, padang pasir yang tandus. padang pasir yang kering kontang, tiada air, tiada pula pokok. sejak dari mulanya pengkajian sejarah, sememangnya begitulah dipanggilnya Semenanjung Tanah Arab, kata Saifur Rahman Mubarakpuri.

Semenanjung Tanah Arab itu di baratnya dikelilingi oleh Tanah Merah dan Semenanjung Sinai, di timurnya pula Teluk Arab. manakala di utaranya Syria lama dan Iraq atau menurut peta lamanya, Syam, dan di selatannya pula adalah Laut Arab yang merupakan extension dari Lautan Hindi

Oleh kerana kedudukan geografi yang sebegini strategik, semenanjung ini telah memainkan dan mengekalkan suatu tugas yang cukup penting. Keadaannya yang terdiri daripada kebanyakannya padang pasir, panas terik tanpa air dan sangat sedikit tempat untuk berteduh, semenanjung ini jarang sekali dimasuki orang asing mahupun penceroboh. Hal ini lalu menyebabkan tiadanya pengaliran masuk ideologi, tamadun mahupun apa-apa ajaran, dan membenarkan penduduk Tanah Arab untuk bebas daripada menganut mana-mana ajaran dan agama, atau terpengaruh dengan mana-mana tamadun, meskipun Semenanjung itu dikelilingi oleh tamadun-tamadun gergasi lagi terkenal.

Itu faktor dalaman. Faktor luarannya pula telah menyebabkan Tanah Arab menjadi pusat dunia yang lama dan telah memberikan Tanah Arab perhubungan laut dan darat dengan kebanyakan negara ketika itu. Dan kerana struktur geografi yang sebegitu strategik, Tanah Arab telah menjadi pusat dagangan, budaya, agama dan kesenian.

Kabilah-Kabilah Arab

Bangsa Arab, menurut Saifur Rahman, dibahagikan mengikut susur galur keturunan, kepada 3 kumpulan, iaitu:

Arab Pupus: Arab Kuno yang sejarahnya sangat sedikit diketahui, di kalangan mereka adalah 'Ad, Thamud, Tasam, Jadis, Emlaq dan lain-lain lagi.

Arab Asli : saya (gurau je.haha) Arab Asli merupakan mereka yang berasal daripada keturunan Ya'rub bin Yashjub bin Qahtan, dan dengan nama lain, mereka juga dipanggil Arab Qahtan.

Arab yang diarabkan : berasal daripada keturunan Ismail, dan juga dipanggil Arab 'Adnan

Golongan Arab Asli ini pada asalnya tinggal di Yaman, dan terdiri pula dari banyak puak, dan 2 di antara mereka sangat terkenal.
1. Himyar: antara yang terkenalnya adalah Zaid Al-Jamhur, Quda‘a.
2. Kahlan: antara yang terkenal adalah pula Hamdan, Anmar, Tai’, Mudhhij, Kinda,
Lakhm, Judham, Azd, Aws, Khazraj dan keturunan Jafna — raja Syria lama

Cucu cicit dari puak Kahlan te;ah berhijrah dari Yaman untuk menetap di beberapa tempat berasingan di Semenanjung Tanah Arab, dan penghijrahan ini berlaku selepas runtuhnya Empangan Maghribi, dikatakan kerana kegagalan dagangan di bawah tekanan Rom.

Namun apa yang jelas, persaingan antara Himyar dan Kahlan telah menyebabkan puak Kahlan terlebih dahulu meninggalkan Yaman, dan pecahan puak Kahlan itulah yang membentuk Arab yang ada di Semenanjung Tanah Arab.

saya kira cukup sekadar itu untuk sejarah tanah arab dan kabilah-kabilah.
kesimpulan yang jelas dapat dilihat, adalah Tanah Arab adalah suatu kawasan yang asing dan terpencil, menyebabkan penduduk kawasan tersebut bersih daripada pengaruh budaya luar.
ini disebut juga dalam Fiqh Seerah Al-Buti, di mana kaum Arab dikatakan sebagai bahan mentah kerana bersihnya mereka daripada sebarang ideologi dan tamadun.

dan kerana kesucian itu, mereka lebih mudah untuk menerima acuan baru, dan lebih mudah untuk menerima Islam.

untuk siri seterusnya kita akan terus membincangkan tamadun-tamdun di sekitar tanah arab dan kepercayaan tanah arab, insya-Allah.

5 respons=):

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

sorry. i guess, this series is the best effort i can do in order to provide some beneficial entries for u guys.

some of you might know these alr, but refreshing knowledge isnt bad at all rite?

nwas, correct me at any time.

Jumaat said...[Reply]

Keep up the good work!
waitin' for the next series..

tah sesape said...[Reply]

masya Allah sheikh..
artikel yang bermanfaat

ps:baru abis fobia mengomen

Syed Mohd Syahmi said...[Reply]

>>jumaat

nak kene istiqamah nih. sem 2 bz banyak.

>>tah sesape(afiq) :p

belum semanfaat artikel ko.haha
commentophobia? 1st time dgr.hehe

M.O.S said...[Reply]

Teruskan menulis,
x sabar nak copy nih..