Tuesday, October 27, 2009

salam satu Malaysia

Tiba2 suatu hari...

"mama!mama!mama!tolonglah ana yang sedang bingung...merasakn virus-virus cinta..ANA PERLUKAN DOKTOR CHENTA!!!"kata MAT(bukan nama sebenar) kepada ibunya yang sedang menyiang sayur kankong di dapur....


Si ibu dengan tenang menjawab....


"Sebagai manusia..kita mmg xleh lari dr perasaan cinta. semua org yg berakal dan normal pasti akan mengalaminya kerana ini sudah menjadi fitrah manusia.. tapi masalahnye adalah bagaimana cara kita nak menyingkapi dan meraikan perasaan tersebut agar kita tdk terjebak dalam cinta yg berlandaskan nafsu semata2.

Ketelusan kita mengendalikan diri menentukan kualiti iman kita dikala kita sedang jatuh cinta..kerana ujian perasaan termasuk dalam senarai ujian yang cukup berat..
habis tu..mcmana cara kita nk menyingkapinya?




first and foremost!

1. Say no to dating
kalau kite tgk dating ni dah jadi perkara biasa dlm fenomena kapel zaman serba canggeh ni.. tapi..dalam Alquran jelas disebutkan "Jangan Mendekati Zina" AlIsra' 32, even dekat seinci pun xboleh..kenapa Allah swt melarang kite buat begitu?apa hikmahnye? sebab..dari sekecil2 hal yang mendekati zina itu akhirnya terjadilah zina yang besar dan berat..Subhanallah..sayangnya Allah swt pada kita..alhamdulillah=)

2.Sampaikanlah Dengan Jujur
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, lebih baik kita sampaikan perasaan kita dan kemudian perasaan tersebut mestilah dibingkaikan dalam syariat Islam. Bahkan dalam Islam tidak melarang seseorang wanita menyampaikan perasaanya kepada seseorang lelaki. Kalau kita singkap kembali sejarah Nabi, pernah terjadi seorang wanita datang bertemu Baginda dengan hasrat utk menikahi Baginda.Dalam hal tersebut, Baginda x menghukumnya tapi menanganinya dengan bijak.
Masalahnye adakah mungkinkita nak menikah dgn orang yg belum kite kenal betul2 peribadinya?
kalau kite tgk, istilah perkenalan dalam Islam adalah "ta'aruf". dalam proses ni, dipertemukan antara lelaki dan wanita yang didampingi oleh murabbi. inilah masanya seseorang menyampaikan niat dan kemudian memperkenalkan peribadi masing2 dgn segala kekurangan dan kelebihannya. Dalam hal ini Kejujuran diperlukan untuk menyampaikan apa yang seadanya pada diri kita. Jikalau keduanya saling bersetuju untuk menerima diri masing2 maka langkah selanjutnya adalah tawakkal.
Di sinilah keimanan kita benar2 diuji. Sejauh manakah tawakkal kita terhadapNya..

3. Pasrahkan semua kepada Allah swt
kadang2 x mudah bg kita utk menyampaikan maksud hati, apalagi kalau alasannya belum bersedia, atau bagi akhwat mungkin malu untuk meluahkan..bimbang dikatakan orangs sekeliling.."perigi cari timba"..wat d heck. klu iye pun cara yang halal ape salahnya kan.watever la..
anyhow, the 1 and only solution is dekatkan diri pada Allah swt. Mohonlah jikalau si dia baik untuk kita maka mohonlah agar dipermudahkan segala urusan tersebut supaya tidak tersasar dari syariat Islam. Dan jika si dia tidak baik atau tidak seswai maka mohonlah dijauhkan..dibuangkan si dia dari ingatan kita jauh2 supaya dapat mengelakkan zina hati..
perbanyakkan amalan2 yang dapat mendekatkan diri kita padaNya, hingga cinta kita padaNya tidak tertewas oleh sesiapa dan apapun..Dialah yang Maha Pencipta, Dialah yang Menggenggam hati kita..Kerana itu kepadaNya jugalah kita serahkan segala urusan..mengadu dan mengembalikan perasaan kita..




::.Cinta itu suci ia tidak boleh dinodai dengan kemaksiatan, tetapi perlu diraikan dalam redhaNYa.::


Ucapkanlah cintamu sedalamnya dgn penuh hikmah dalam doamu apalagi pada 2/3 malam..
InsyaAllah akan terasa betapa besar cinta kite kepadaNya dan xkan terkalah oleh apepun..wallahu'alam"

masa:(oktober 2034)
tempat:di dapur

Wednesday, October 21, 2009

iman semut vs iman manusia

suatu ketika dulu.....

"salam,you are kindly invited to contribute 'something' to theninthgen blog,and please make sure that whatever entry you wanna post to the gen nine blog is genuine(asli..or dlm bahasa jawa org pggl original..)"

tapi sekarang ni...

hamba nak contribute something yang diciplak dari blog sahabatmasjid UMNO..eh silap..UMP...(mohon izin yang berhormat admin)

Bismillah..walhamdullah..astaghfirullah....


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah iman manusia (kita) !!!

Tanyalah diri kita. Tanya iman kita.Adakah sudah cukup kuat dengan amalan-amalan yang kita laksanakan selama ini? Sama-samalah kita muhasabah.

p/s:- ana tak bermaksud untuk menunding jari ke arah mana2 bangsawan atau olahragawan atau awan...muhasabah untuk aku..ana...dia...dan..kamu....

Friday, October 16, 2009

Ar-Raheeq Al-Makhtum - Siri Pemulaan

Latar Belakang Tanah Arab dan Yang Berkaitan

mengikut kronologi tajuk, perkara ini adalah yang pertama sekali yang dibincangkan dalam Ar-Raheeq Al-Makhtum, dan menerusi tajuk ini juga kita akan membincagkan kenapa Bangsa Arab, apa lebihnya Bangsa Arab dan apa lebihnya Tanah Arab berbanding Bangsa Malaysia dan Tanah Malaysia hinggakan dilantik seorang Rasul, dan mulanya berkembang Islam dari situ, dan tidak pula dilantik Rasul itu dari bangsa Melayu mahupun bangsa Malaysia.

Lokasi Tanah Arab

secara linguistiknya, Arab itu sendiri bermaksud, padang pasir yang tandus. padang pasir yang kering kontang, tiada air, tiada pula pokok. sejak dari mulanya pengkajian sejarah, sememangnya begitulah dipanggilnya Semenanjung Tanah Arab, kata Saifur Rahman Mubarakpuri.

Semenanjung Tanah Arab itu di baratnya dikelilingi oleh Tanah Merah dan Semenanjung Sinai, di timurnya pula Teluk Arab. manakala di utaranya Syria lama dan Iraq atau menurut peta lamanya, Syam, dan di selatannya pula adalah Laut Arab yang merupakan extension dari Lautan Hindi

Oleh kerana kedudukan geografi yang sebegini strategik, semenanjung ini telah memainkan dan mengekalkan suatu tugas yang cukup penting. Keadaannya yang terdiri daripada kebanyakannya padang pasir, panas terik tanpa air dan sangat sedikit tempat untuk berteduh, semenanjung ini jarang sekali dimasuki orang asing mahupun penceroboh. Hal ini lalu menyebabkan tiadanya pengaliran masuk ideologi, tamadun mahupun apa-apa ajaran, dan membenarkan penduduk Tanah Arab untuk bebas daripada menganut mana-mana ajaran dan agama, atau terpengaruh dengan mana-mana tamadun, meskipun Semenanjung itu dikelilingi oleh tamadun-tamadun gergasi lagi terkenal.

Itu faktor dalaman. Faktor luarannya pula telah menyebabkan Tanah Arab menjadi pusat dunia yang lama dan telah memberikan Tanah Arab perhubungan laut dan darat dengan kebanyakan negara ketika itu. Dan kerana struktur geografi yang sebegitu strategik, Tanah Arab telah menjadi pusat dagangan, budaya, agama dan kesenian.

Kabilah-Kabilah Arab

Bangsa Arab, menurut Saifur Rahman, dibahagikan mengikut susur galur keturunan, kepada 3 kumpulan, iaitu:

Arab Pupus: Arab Kuno yang sejarahnya sangat sedikit diketahui, di kalangan mereka adalah 'Ad, Thamud, Tasam, Jadis, Emlaq dan lain-lain lagi.

Arab Asli : saya (gurau je.haha) Arab Asli merupakan mereka yang berasal daripada keturunan Ya'rub bin Yashjub bin Qahtan, dan dengan nama lain, mereka juga dipanggil Arab Qahtan.

Arab yang diarabkan : berasal daripada keturunan Ismail, dan juga dipanggil Arab 'Adnan

Golongan Arab Asli ini pada asalnya tinggal di Yaman, dan terdiri pula dari banyak puak, dan 2 di antara mereka sangat terkenal.
1. Himyar: antara yang terkenalnya adalah Zaid Al-Jamhur, Quda‘a.
2. Kahlan: antara yang terkenal adalah pula Hamdan, Anmar, Tai’, Mudhhij, Kinda,
Lakhm, Judham, Azd, Aws, Khazraj dan keturunan Jafna — raja Syria lama

Cucu cicit dari puak Kahlan te;ah berhijrah dari Yaman untuk menetap di beberapa tempat berasingan di Semenanjung Tanah Arab, dan penghijrahan ini berlaku selepas runtuhnya Empangan Maghribi, dikatakan kerana kegagalan dagangan di bawah tekanan Rom.

Namun apa yang jelas, persaingan antara Himyar dan Kahlan telah menyebabkan puak Kahlan terlebih dahulu meninggalkan Yaman, dan pecahan puak Kahlan itulah yang membentuk Arab yang ada di Semenanjung Tanah Arab.

saya kira cukup sekadar itu untuk sejarah tanah arab dan kabilah-kabilah.
kesimpulan yang jelas dapat dilihat, adalah Tanah Arab adalah suatu kawasan yang asing dan terpencil, menyebabkan penduduk kawasan tersebut bersih daripada pengaruh budaya luar.
ini disebut juga dalam Fiqh Seerah Al-Buti, di mana kaum Arab dikatakan sebagai bahan mentah kerana bersihnya mereka daripada sebarang ideologi dan tamadun.

dan kerana kesucian itu, mereka lebih mudah untuk menerima acuan baru, dan lebih mudah untuk menerima Islam.

untuk siri seterusnya kita akan terus membincangkan tamadun-tamdun di sekitar tanah arab dan kepercayaan tanah arab, insya-Allah.

Monday, October 12, 2009

Kuliah Sirah ~ Ar-Raheeq Al-Makhtum (Muqaddimah)

"salam sejahtera buat mereka yang mengikut petunjuk" [taha, 20:47]

Forewords

for the future postings, im looking forward to post something about sirah.
however, before we pursue with the sirah,
please enjoy the forewords from me.

forewords bertindak seperti muqaddimah dalam buku-buku atau kitab-kitab,
membosankan, tapi pada muqaddimah itulah terdapatnya maklumat tentang kitab tersebut,
tentang penulis, gaya penulisan yang penulis pilih dan sedikit olahan tentang kitab.

untuk pengetahuan semua pengunjung "the ninth generation",
isi-isi posting berkenaan kuliah sirah ini bukanlah buah fikiran saya,
tapi syarahan seorang ustaz tentang kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum,
tapi mungkin juga akan diselitkan sedikit buah fikiran saya,
yang mungkin saya akan sunting dari kitab-kitab sirah yang lain.

pertamanya saya minta maaf kepada pengunung sekalian untuk postings sebelum-sebelum ni, andai isinya kurang memuaskan.
namun pada hakikatnya, itulah yang paling menepati prinsip dan pegangan saya untuk dipostkan pada blog yang bukan blog persendirian.
walaubagaimanapun, berpandukan kritikan dan normal sense,
saya cuba membuat penambahbaikan sedikit demi sedikit.

namun apa yang penting, pengunjung sekalian,
entry yang mengandungi unsur hukum fiqh, politik, isu semasa yang berkaitan agama atau yang mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan perpecahan, insya-Allah tidak akan saya post.
dan saya juga mengharapkan "the ninth generation" tidak menjadi wadah perpecahan antara kita. (in case it will happen)
dan sebagai tambahan, saya juga tidak akan post entry yang saya tidak ada absolute knowledge tentangnya.

bukanlah maknanya apa yang saya postkan itu, saya tahu segala-galanya tentangnya,
tapi sekurang-kurangnya saya tahu dan faham apa yang saya postkan.
dan insya-Allah, saya akan cuba mengambil platform neutral dalam posting bersiri ini.
contohnya berkaitan Al-Bani, seorang ulama yang syadid dalam periwayatan hadis hingga ada yang tidak menyukai beliau.
namun saya akan tetap cuba mengambil platform neutral selagi ada kebaikan dari sudut periwayatan ilmu dan tidak menundang perpecahan

Ar-Raheeq Al-Makhtum

tentang kitab yang akan diguna untuk rujukan posting bersiri ini,
Ar-Raheeq Al-Makhtum karangan Saiful Rahman Mubarakfuri.
kitab ni pada tahun 70-an telah memenangi satu anugerah dari Muslim World League kerana ketepatan dari sudut hadis dan tarikh.
menurut penceramah, kekuatan kitab ini adalah kerana pengarang kitab ini berani mentahqiqkan tarikh.

satu contoh yang sering kita dengar adalah Rasul dibelah dada sebelum nubuwwah, sebelum israk mikraj, maksimumnya 2 kali, namun kita akan dapati jika dikaji secara tahlili, bilangan kali Rasul dibelah dada adalah 4 hingga 5 kali, dan sebahagiannya langsung tidak pernah kita dengar.
namun perkara ini juga ditulis dalam kitab-kitab lain, berdasarkan ketepatan periwayatan dan Syeikh Saiful Rahman berani meletakkan pandangan beliau sendiri.
ini merupakan antara kelebihan kitab ini.

namun seperti kitab-kitab lain, kitab ini juga mempunyai kekurangan atau kelemahannya tersendiri.
menurut pensyarah, kelemahan kitab ini adalah dari sudut fiqh kerana pengarang kitab tidak meletakkan fiqh dalam kitabnya, tidak meletakkan atau menyatakan pengajaran yang kita boleh ambik dari sesuatu peristiwa yang berlaku seperti yang kita dapati dalam "Fiqh Seerah" karangan Syeikh Ramadhan Al-Buti dan juga tulisan Muhammad Al-Ghazali.
namun insya-Allah saya akan cuba sedikit sebanyak selitkan Fiqh yang kita boleh ambil berpandukan Fiqh Seerah Syeikh Ramadhan Al-Buti dan mungkin juga kitab lain yang akan saya rujuk.

Kepentingan Sirah

sebenarnya kepentingan sirah tak perlu untuk diceritakan sebagaimana ulama' zaman dahulu tidak membahaskan tentang kepentingan sirah. hal tersebut kerana mereka di zaman dahulu sedia maklum tentang kepentingan sirah. namun as time passes by, dan kita yang mengaku cintakan Rasul semakin tdak endah dengan sirah dan tidak kurang juga yang belajar sirah hanya sekadar seperti mendengar cerita semata-mata seolah-olah mendengar kisah dari penglipurlara.

antara kepentingan mempelajari sirah yang terutamanya adalah:

1. Untuk membentuk aqidah

kita sedia maklum bahawa keadaan sahabat zaman dahulu yang begitu sukar bagi mereka untuk mempercayai apa yang datang kepada mereka secara begitu tiba-tiba.

sebagai contoh, kita ambil fauzul kabir (bukan nama sebenar) dan rosaila (bukan nama sebenar)
bayangkan jika suatu hari datang rosaila (penegasan:bukan nama sebenar) berkata kepada fauzul (penegasan:bukan nama sebenar) berkata, "aku rasul yang telah diberi wahyu kepadaku"

tentu sekali tidak mudah bagi fauzul untuk mempercayai kata-kata rosaila sedangkan mereka seharian bersama-sama bersenam di gymnasium, membaca buku di perpustakaan dan solat jemaah di masjid.

sebagaimana mustahilnya fauzul mempercayai rosaila, seperti itulah keadaan yang berlaku ketika rasul mengisytiharkan kerasulan baginda, kerana Abu Bakr adalah manusia biasa, Abu Jahal juga manusia biasa dan apa yang mereka ada hanyalah sisa-sisa agama hanif yang masih diamalkan oleh sebilangan golongan yang tersangat minoriti seperti Zaid bin 'Amr.

kemustahilan mereka untuk mempercayai kata-kata Muhammad itu jelas terbukti ketika baginda menzahirkan dakwah islamiyyah di atas bukit safa, abu lahab tanpa berfikir dua kali melenting, "celaka engkau wahai muhammad!"

(atau dalam situasi uqbah-fauzul tadi, fauzul mungkin berkata, "masya-Allah rosaila! istighfar! istighfar! apakah anta sudah gila?")

namun bagi sebahagian lain para sahabat, berbekalkan cebisan-cebisan taurat dan injil, meskipun sukar bagi mereka untuk menerima sahabat mereka diangkat ke taraf yang sebegitu tinggi, mereka menerima tanpa persoalan, "kenapa engkau dan bukan aku?", atau persoalan lain dan juga tanpa sebarang bantahan.

2. memberi gambaran tentang fiqh fakwah Rasul

kita juga sedia maklum peribadi Rasulullah yang begitu tinggi dan tak berbaloi untuk digambar dengan kata-kata andai kita benar-benar menghayati.
peristiwa ini terlihat dengan cara Rasul menegur sahabat-sahabat, contohnya 'Ibn Abbas dalam hal untuk mengutamakan orang tua.

contoh hikmah Rasul menegur sahabat juga dapat dilihat dalam peristiwa lain seperti dalam cerita Perjanjian Hudaibiyah, ketika mereka tidak mahu mendengar kata nabi untuk bercukur dan membayar dam dan pelbagai lagi peristiwa lain.

dan tidak ketinggalan ketika Rasul dihantar ke kampung Halimatus Sa'adiah, di situ juga terdapat fiqh yang kita boleh ambil untuk diterap dalam usaha dakwah kita, insya-Allah.

3. cara untuk mengetahui tabiat musuh

hal ini hanya akan jelas pada kita setelah kita masuk ke fasa madinah (maksud saya dalam posting ni). menurut Prof Sano Kutub, cara Yahudi kontemporari gunakan untuk mengusai dunia adalah masih sama dgn ketika zaman Rasul, iaitu dengan penindasan dan penguasaan ekonomi.

4. untuk mengenali dan mempertahan peribadi Rasulullah

perkara ini merupakan antara perkara paling mustahak pada zaman kontemporari ini. Islam saban hari diserang dengan satu demi satu tuduhan yang menyebabkan salah tanggapan terhadap Islam semakin meluas dan tidak kurang juga orang Islam sendiri goyah imannya terhadap keindahan Islam.

bagi mereka yang menyertai Friendly Comparative Religion mungkin kurang menjadi masalah untuk memahami salah tanggapan yang cuba dipropagandakan oleh musuh, namun bukan cuma kita orang Islam yang ingin ke syurga. dan serangan-serangan yang Islam hadapi bukan sekadar itu sahaja. masih ada serangan yang belum terjawab, dan masih ada yang belum terungkai, contohnya berkaitan sebuah hadis riwayat bukhari yang dijadikan dalil oleh orientalis untuk membuktikan ketidaksucian Islam.

kebanyakan kita mungkin tahu untuk counter beberapa salahtanggapan, tapi seandainya kita disajikan dengan salahtanggapan yang diambil daripada riwayat-riwayat gharib, contohnya yang diambil dari Imam Sa'ud ketika Rasul bertandang ke rumah anak angkatnya, Zaid, baginda ternampak aurat Zainab lalu tertarik hati.
perkara sebegini jelas tercatat dalam matan hadis, lalu apa respons kit andai kita tidak mengetahui sirah?
memendam kebencian dalam hati sebagaimana sambil tercengang saya?
saya yakin kalian bukanlah golongan bertaraf serendah saya.

maka hanya dengan jalan mempelajari sirah kita dapat kenal peribadi dan jalan hidup Rasul untuk kita pertahankan kesucian Islam, membentuk aqidah dan terapkan sunnah dalam setiap inci kehidupan kita.

p/s: insya-Allah, doakan saya istiqamah untuk teruskan siri-siri berikutnya

Sunday, October 11, 2009

Jemputan


bismillah.

ni ada jemputan rumah terbuka dari rakan kita, Abdullah Hafidz.

"Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Moga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH dan redha-NYA.

Kepada SEMUA WARGA GEN9 dq/uiam yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah,
dengan segala hormatnya anda SEMUA dijemput ke rumah ana pada :-

Tarikh: SABTU, 17hb Oktober 2009@ 28 Syawal 1430H
Masa : 2.30 ptg - 6.30 ptg (tidak termasuk Masa Kecederaan @ Masa Tambahan)
Alamat : 55(corner lot), Jln 3/7, Tmn Changkat Desa, 68100, Batu Caves, Kuala Lumpur.

> Tak jauh daripada Markaz PAS Tmn Melewar. Kalau naik kereta, dah sampai situ, bolehlah call.

> Kalau naik kenderaan awam, naik LRT PUTRA berhenti di Terminal Putra@ Gombak. Bila dah sampai, bole naik teksi dalam RM6 - RM 10 atau pun call ana utk ambil...

>DIGALAKKAN membawa bersama ibubapa.

>Sgt diHARAPKAN agar semua warga GEN9 sedia meluangkan masa utk ziarah. Dulu waktu kat DQ, xsempat nak ajak, skrg dah ajak, So dtglah..

>Utk mudahkn ana, SIAPA yg InsyaALLAH DAPAT dtg,
tolong SMS @ CALL ana, 013-3639697. .. Jika ada kemusykilan silalah hubungi ana...
WALLAHUA'LAM. TERIma KAsih..."

dicopy dari yahoogroups! kita. mari kita ziarah rakan kita yang belajar di GMI ni :)

siapa yang berdekatan, boleh lah pakat datang ramai2 buat konvoi. rasanya tuan rumah lagi suka...hehe.

p/s:
1.afifi, ana minta maaf sebab tak buat promosi lanjutan kat blog ni. terlepas pula=_='
2. ada lagi yang nak buat rumah terbuka? cepat beritahu sebelum terlambat! huhu